Sunday, December 28, 2014

La Bonita Casa Villa, Bandung


Salam. Sementara ada kerajinan, rasa macam nak menyambung cerita Bandung. Tapi rasa macam tak sesuai pula lebih2 lagi waktu Malaysia dilanda musibah ni. So kita skip dulu cerita jalan2 di sana tapi aku bagi guide macam mana nak book hotel di booking.com ye.

As in previous post ada mention kami stay di La Bonita Casa Villa kan? Nak cerita detail lagi tentang villa ni sebab tak banyak review walaupun villa ni ok je sebenarnya (hopefully lepas ni datang lagi dapat free extra bed). Hehe.


Main entrance La Bonita Casa Villa
 
Villa 2 tingkat ini mempunyai 3 bilik di tingkat bawah dan 2 bilik di tingkat atas. Kesemua 5 bilik mempunyai aircond, TV, almari, side table dan private bathroom with hot shower. Setiap bilik disediakan katil queen. Kecuali master bedroom disediakan king bed dan ada bathtub dalam bilik airnya. Two extra single bed disediakan di dua buah bilik. Di ruang tamu pula disediakan 1 extra bilik air so total keseluruhan bilik air adalah 6.


King size bed di master bedroom

Bathroom di master bedroom


Ruang tamu pun agak luas sebab disekalikan dengan ruang makan dan ruang menonton TV. Kalau family members yang ramai tu boleh je tido di sofa sebab sofanya agak selesa. Kalau nak lepak2 surf internet pun boleh sebab mereka menyediakan wifi percuma yang sangat laju!




Disinilah tempat kami berkumpul setiap malam untuk kira2 duit dan bajet setiap orang. Yang paling serabut dah tentunya si Mr and Mrs Bendahari. Minta dan pulang duit/hutang dah macam main Saidina. Kenangan.






Kemudahan lain macam peti ais, dapur memasak, ampaian baju, sejadah, seterika dan tuala semua disediakan. Cuma mesin basuh je tak ada tapi kita boleh hantar baju di dobi berhampiran.

Villa ini dijaga oleh 2 orang lelaki. Salah seorang Wahyu namanya. Mereka yang akan menyediakan sarapan setiap pagi. Selalu yang dimasak adalah nasi goreng atau naik berlauk. Pagi2 makan nasi lauk fuh! Dan sarapan mereka memang sedap dan kena dengan tekak kami ni. Habis licin semua siap suruh masak second batch lagi. Dan diorang ni juga yang akan basuh dan kemas pinggan mangkuk yang kita guna. Macam di hotel pulak.

Mereka sangat baik melayan kerenah semua orang. Sanggup tolong aku cari dan belikan lesung kayu dan bakul kayu untuk menyimpan nasi. Ni gara2 pesanan last minute dari mak aku lah ni. Kalau nak berurusan dengan mereka pun senang sahaja sebab mereka available via Whatsapp. InsyaAllah kalau kesana lagi, boleh bawa ole2 untuk mereka.


Penjaga villa di kanan sekali 

Part tak berapa best bila villa ni jauh di pedalaman. Walaupun 10 minit je berjalan kaki ke jalan besar, tapi bahaya juga untuk orang penakut cam aku ni. But its ok, kami kan ada supir. Selalunya kami keluar pagi, balik malam. Tak ada masa dan kudrat dah nak berjalan kaki malam2 tu.

So macam mana nak cari homestay guna booking.com? Sebab selalunya kita jumpa hotel je kan. Sapa dah tau gi main jauh2 sebab aku baru je tahu ni lepas balik dari Bandung. 

Pergi ke booking.com, masukkan lokasi dan tarikh macam biasa. Di bahagian tetamu, masukkan ‘pilihan lain’, nombor bilik mestilah satu dan masukkan bilangan ahli rombongan korang.




Ni contoh2 homestay yang disenaraikan. Ada 340 kesemuanya. Dah siap dikira jumlah harga untuk 3 malam termasuk tax. Senang! Nak sort lagi, boleh pilih kategori di atas tu samada resort, apartment, rumah atau villa. Selalunya jika masukkan 12 tetamu, automatik akan diberi rumah 5 atau 6 bilik. So kalau nak rumah kecik, masukkanlah 6-10 tetamu walaupun bilangan tetamu sebenarnya adalah 12 orang. Tak yah skema sangat nak jawab soalan dia. Faham tak penerangan ni? Tapi kena tengok juga syarat2 nya, ada rumah yang sangat mengambil berat bilangan tetamu, so extra bed yang disediakan akan dicas berlainan.

Sebenarnya aku merancang ke Bandung lagi bulan September 2015 ni. Kali ini dengan family pula. Dah beli tiket dah pun. So disebabkan dah pandai guna booking.com ni, banyaklah pilihan homestay yang ada. Ini senarai homestay dan harga untuk 3 malam yang aku dah shortlisted.

1. Rose Villa Homestay (6 bilik RM1620)
2. La Bonita Casa Villa (5 bilik RM1300)
3. Cipedes Villa (4 bilik RM1170)
4. D’Fafifa Guesthouse (3 bilik RM760)
5. Cipedes Apartment (3 bilik RM630, 2 bilik RM450)

Antara kesemua diatas, aku dah booked 3 homestay dengan persetujuan semua. Ini yang salah satu best guna booking.com ni sebab kebanyakannya tak minta booking fee pun! Main book je dulu lepastu baru fikir. Kalau tahun depan ada bajet lebih, kita duduk villa mahal sikit untuk kami 14 orang. Atau mungkin juga 2 unit Cipedes Apartment sebab ada swimming pool. Tengoklah macam mana ye.

Bye!




Global Outreach Program UTM ke Bandung, Indonesia


Salam. Sebelum tu jom doakan mangsa banjir agar diberi keselamatan dan kesabaran menempuh ujian ini. Semoga dipermudahkan urusan semua orang termasuk para penyelamat dan sukarelawan.

Sebenarnya ni entri lama tapi tak post lagi sebab malas. Tapi sekarang macam rajin sikit sebab ramai tak ada dekat lab (menghabiskan cuti tahunan), maka aktiviti2 tak berapa berfaedah lain tak dapat dilakukan seorang diri, maka kita update blog je.

Pertengahan Oktober 2014, aku dan labmates dah ber-short escape ke Bandung, Indonesia. Rombongan ini adalah dibawah program GOP anjuran UTM. Alhamdulillah berkat kerjasama kami semua, dapatlah kami ke sana dengan percuma. Walaupun kertas kerja kami disiapkan disaat-saat akhir, tapi banyak urusan yang dipermudahkan. Rezeki kami pun murah sebab banyak company2 supplier barangan lab dan orang perseorangan yang sudi menaja. Alhamdulillah terima kasih semua! Semoga murah lagi rezeki mereka yang menaja dengan ikhlas tu.

Ok ini cerita preparation je dulu ye. Entri ini cuma nak guide sesiapa yang teringin ke sana je.


FLIGHT

Kami menaiki penerbangan AirAsia (KLU-BDO) returns flight lebih kurang RM275. A few days lepas kami book tiket, harga tiket tu turun naik around RM200 – RM300. Nasiblah dah terbeli sebab harga tiket ni sentiasa berubah. So kalau rasa harga tu affordable, grap je lah cepat2 ye. Nak elak lebihan bayaran semasa book tiket flight? Nah tips:

-kami tak pilih seat sebab pilihan seat akan dicas extra RM6
-kami tak ambil extra luggage dari Malaysia ke Bandung.  So bawa baju sikit je dan tak melebihi 7kg untuk dibawa naik sebagai hand luggage
-Tak perlu ambil travel insurance (depends kepada keperluan masing2)
-Membuat bayaran menggunakan online banking (cas RM3++) instead of menggunakan kad kredit (cas RM20++)

Dulu masa kami pergi Bandung, tak ada lagi flight JB ke Bandung. Memang kena naik dari KL/Singapore. Sekarang ni perjalanan JB-BDO dah ada! Tapi hanya satu perjalanan sahaja sehari. Kalau macam ni, orang2 JB dah boleh berjimat tak perlu ke KL/Singapore dulu.


HOTEL

Disebabkan peserta rombongan ini ramai, kami decide nak menginap di homestay sebab lagi murah dan luas. Plus ada disediakan ruang tamu, ruang makan dan dapur so that kami semua boleh main lari2 dengan gembiranya. Ok tak kelakar. Tak tahu nak cakap apa sebenarnya.

Homestay yang kami pilih: La Bonita Casa Villa di Jalan Hegar Asih berdekatan Rumah Mode (< 1km) dan Paris Van Java (~1.5km). Sebenarnya tak banyak review tentang homestay ini walaupun banyak diiklankan ni agoda.com dan booking.com. Mula2 paranoid juga, takut ditipu (atau mungkin berhantu)? Tapi  Alhamdulillah, everything went smooth.

So sesiapa rasa nak pergi sekeluarga, nak cari homestay 5 bilik di Bandung serendah ~RM300/night, homestay ni memang recommended. Inilah homestay termurah aku jumpa. Keluasan, kebersihan, makanan dan servis semua ok. Cuma lokasi agak pedalaman dan kurang sesuai untuk merayap jalan kaki malam2 mengambil angin. 


Gambar dari klikhotel


SUPIR

Di Indonesia, khidmat sewa kereta adalah lebih disarankan dari menaiki teksi kerana harganya lebih murah dan untuk mengelakkan penipuan meter teksi. Dan perkhidmatan sewa kereta di sana adalah termasuk bayaran driver (supir), minyak, tol dan tips. Rasanya kalau kita google tentang khidmat supir di Indonesia, banyak syarikat yang boleh memberikan perkhidmatan sewa kereta ni.

Khidmat sewa kereta yang kami gunakan adalah dari Serumpun Tours and Travel. Menurut kawan (AJK pengangkutan program kami), khidmat sewa di sini lebih murah daripada mana2 Tours & Travel agensi lain. Dan sepanjang di sana, kami berpuas hati dengan perkhidmatan supir kami (Pak Hendra). Pak Hendra tahu selok belok di Bandung dan pandai merancang perjalanan kami. So dalam masa satu hari, kami dapat melawat banyak tempat2 menarik di Bandung termasuklah tempat2 yang tidak disenaraikan dalam tentatif program.





TUKARAN RUPIAH

Kami tukar MYR (Ringgit Malaysia) ke IDR (Indonesian Rupiah) dari money changer di Malaysia. Murah sedikit berbanding tukaran IDR di Indonesia. Kadar tukarannya lebih kurang je, so tak payah pening kepala. Aku suggest kalau kita tahu money changer murah di Malaysia, tukar di situ je lah. Cuma jangan tukar di airport je sebab cas tukarannya sangat mahal.
Penukaran di Malaysia: IDR 1 juta = RM275 (on October 2014)
Penukaran di Indonesia: IDR 1 juta = RM285

Option lain ialah aktifkan pengeluaran wang antarabangsa untuk kad bank ATM korang dan withdraw duit di sana. Aku rasa cas yang dikenakan bank lebih murah berbanding money changer. 
Withdraw duit di CIMB Indonesia: IDR 1 juta = RM270

Murah kan? Even aku ada guna kad kredit pun lebih murah ratenya.

Ok itu sahaja setakat ini. Segala yang aku cerita adalah berdasarkan opinion aku. Mungkin bukan yang terbaik, tapi korang boleh jadikan pilihan kami ni salah satu dari option korang. For more info, boleh ke agoda.com atau booking.com untuk La Bonita Casa Villa atau ke FB Serumpun Tours and Travel. Ada masa kita cerita lagi k. Bye!







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...