Assalamualaikum.
Dah baca entri aku
pasal Bandung? Cerita tak habis lagi tu tapi aku nak melompat cerita tentang
rumah. Entri pertama tahun baru, mestilah nak cerita hal yang baru kan? Boleh lah ye, blog sendiri, ikut suka hati sendiri.
Ok nak dijadikan
cerita lepas husband aku bekerja di Johor tahun lepas, kewangan kami walaupun
masih tak kukuh, tapi lebih stabil dari dulu. Alhamdulillah. So bila
dikira-kira bajet, kami setuju nak membeli rumah. Maka bermulalah sesi
pencarian rumah.
Perkara pertama yang
kami buat adalah ke bank dan tanya berapa anggaran loan yang boleh dibuat
berdasarkan gaji hubby. Setelah diambil kira gaji bersih, komitmen bulanan dan
lain2, kebanyakan bank membenarkan loan around RM220k. Cukup lah tu kalau
sekadar nak beli rumah teres 3 bilik.
So kami pun start
survey rumah. Tapi masih belum ada kata putus. Di Melaka atau JB? Rumah baru
atau second hand? Nak duduk sendiri atau nak disewakan? Belum lagi bab-bab lain
macam teres atau apartment? 3 bilik atau 4 bilik? Bumi lot atau non-bumi lot?
Pajakan atau milik kekal? Ish pening tau tak? Sebab bajet kami tak lah besar
mana tapi kalau boleh mestilah nak yang terbaik kan.
Disebabkan persoalan
tu, range pencarian kami sangat besar. Sentiasa buka Mudah.my untuk cari rumah
area Johor dan Melaka. Juga alert dengan flyer pembukaan taman baru yang
diletak dalam peti surat. Belum ada yang menarik hati ini. Kalau ada pun, harga
terlampau mahal. Kadang2 sampai dah bosan mencari.
At last, Allah
permudahkan. Alhamdulillah. Satu hari ada kawan mesej dan beritahu kawannya nak
menjual rumah di Melaka. Dan kebetulan kawannya tu adalah kawan hubby. Wah best
ni! Harga yang diberi pun rendah dari bajet kami, RM180k. So tengok2 lah
keadaan rumah. Semuanya lebih dari apa yang kami harapkan.
Rumah 2nd
hand tapi baru diduduki selama 3 tahun, so kondisi rumah masih baru. 4 bilik dan
2 bilik air. Bilik ketiga diubahsuai dengan penambahan loteng. Dapur dah
dilengkapi kitchen cabinet, stove dan exhaust bernilai RM7k. Bahagian dapur pun
dah disambung simen dan berpagar. Dan lebih best lagi, kawasan berhampiran
Multimedia Universiti (MMU), so senang lah nak cari penyewa di kalangan
student. Rumah pun dah di cat dengan warna feveret aku, pink dan merah. Eww
merah?? Sabar, cerita tak habis lagi.
Di sebabkan kami
berurusan sendiri dengan owner (tanpa agen sebab lebih murah), so semua dokumen
kami sediakan sendiri. Perkara pertama adalah ke Pejabat Tanah dan Penilaian
Melaka untuk tahu harga sebenar rumah. Anggarannya adalah RM150k which is lebih
murah dari harga yang diletak owner. Ini bermaksud kami kena tambah duit
sendiri around RM30k. But nemai, itu hanya anggaran sahaja. Next step kami
submit loan application di beberapa buah bank. Tujuannya untuk memilih bank
dengan tawaran yang terbaik. And of course, kami hanya apply untuk Islamic
loan.
Dan dipendekkan
cerita, ada beberapa bank dah approve tapi sedihnya mereka menilai hartanah
tersebut dengan harga RM160k maximum. Kalau kami nak beli juga rumah tu, kena
tambah RM20k (sebab owner nak jual RM180k kan). Itu belum termasuk deposit
10% (RM18k) sebab bank hanya luluskan loan 90% dari harga rumah. Total kami kena sediakan RM38k, tak kira samada duit sendiri atau personal loan.
Kami cuba minta
diskaun dari owner tapi tak dapat. In fact kali pertama deal dengan owner aku
dah terus minta diskaun tapi fixed price katanya. Tak pe lah, mungkin bukan
rezeki kami, so aku berterus-terang je dengan owner yang aku tak jadi beli
rumah tu. Walaupun hubby boleh je buat another loan (sebab limit hubby
RM220k as mentioned sebelum ni), tapi kami tak nak berhutang keliling pinggang. Dan kami tak nak beli sesuatu yang lebih
mahal dari value sebenarnya. Tak nak!
Tapi bila dah rezeki
kan, owner reply “Oklah dik, asalkan jadi”. Alhamdulillah! RM20k diskaun tu..! Maka bermulalah cerita kami turun naik
BSN, pejabat lawyer dan pejabat KWSP untuk sign agreement. Inilah permulaan
aset kedua kami yang sekarang telah menjadi hakmilik dan sedang dalam proses
penambahbaikan. InsyaAllah akan di syer nanti.
Rumah dengan kereta owner lama |
Btw tadi aku mention yang segala urusan jual beli ni diuruskan sendiri tanpa perlu agen kan? Sebenarnya senang tapi almaklumlah pertama kali buat kerja-kerja agen ni, jadi macam remeh juga lah. Nanti bila2 senang, aku syer to-do-list nya ok? Bye!