Alhamdulillah. Proses beli
rumah kedua kami sudah selesai. Boleh refer post sebelum ni di sini dan sini. Urusan renovate, cat, masuk perabot pun dah
selesai. Urusan kemasukan penyewa pun dah selesai. Kami penuhkan dengan perabot dan barangan elektrik asas untuk tingkatkan value sewaan.
Tapi yang belum selesai, setiap
kali balik kampung, selain dari soalan cepumas tentang anak dan belajar, soalan
terbaru adalah tentang rumah. Kenapa tak beli rumah dekat Johor? Kenapa beli
rumah dekat Melaka? Kenapa sewakan, tak duduk sendiri? Mungkin kami tak sama macam anak mak cik. Dapat kerja
bagus, terus buat loan maksimum untuk beli rumah impian. Tapi bukan kami.
Sebabnya?
Jana
Pendapatan dengan Beli Rumah (dan disewakan)
Dulu kami memang masih
berkira2, terfikir2 nak membeli / menyewa atau beli dan duduk / beli dan
sewakan. Tapi bila dikira dari sudut pelaburan, beli dan duduk sendiri itu tak
berbaloi. Rumah impian kita biasanya harganya mahal. Kalau terlalu gopoh
membeli, ‘kekayaan’ kita akan tersekat. Kita menanggung hutang besar yang tak
bagi apa-apa pulangan. Betul, ada yang kata rumah adalah aset. Tapi pada kami,
jika rumah yang kita duduki perlukan pengeluaran duit (ansuran bank dibayar
setiap bulan, belum termasuk kos maintenance dan pelbagai cukai), maka ia
bukanlah aset tetapi liabiliti.
Walaupun kami berhutang untuk
membeli, hakikatnya kami sudahpun memiliki dua aset tanpa menggunakan duit
poket sendiri. Rumah yang dibeli sekarang mempunyai ansuran bank RM700 dan
disewakan RM900, maka kami ada positive cashflow RM200 sebulan! Ini belum
termasuk positive cashflow dari rumah sewa pertama, RM250! InsyaAllah rumah
pertama (kos murah) tu akan habis bayar pada tahun hadapan. Dan jumlah sewaan
yang kami dapat (RM450) tu dah cukup untuk tampung kos sewa rumah yang kami duduk di JB sekarang
(RM300). Rumah flat 3 bilik, cukuplah sementara kami duduk berdua sekarang ni.
Rumah
Penjara Kewangan
Disebabkan saya pun belum
bekerja dan hubby pula bekerja swasta, kami tangguhkan untuk membeli rumah
sendiri untuk kebebasan bergerak. Contohnya jika tiba2 saya dapat tawaran
bekerja atau hubby dapat tawaran kerja dengan gaji lebih baik, maka yang manakah
mahu dipilih?
1. Pindah ke tempat baharu dan
sewakan rumah lama? Macam mana kalau disewakan tapi tak boleh cover ansuran
bank? Itu belum cerita dengan kos yang dah dikeluarkan untuk renovate rumah
tersebut menggunakan personal loan. atau...
2. Mungkin kita sanggup berpenat2 berulang-alik dari tempat kerja ke rumah dan berhabis beratus-ratus untuk
minyak dan tol? atau...
3. Lupakan sahaja tawaran kerja
tersebut jika ianya tidak berbaloi dengan tambang minyak dan tol.
Rasanya dalam kedudukan kami
sekarang, lebih baik menyewa dan gunakan duit yang ada untuk pelaburan
(hartanah). Rumah boleh jadi liabiliti (beban kewangan), dan rumah juga boleh
jadi aset kepada kewangan. Beli rumah untuk kediaman sendiri itu memang best,
tapi jangan bangga mengatakan ianya adalah aset selagi ianya tidak menambah
kewangan kita. Dan kami tak mahu terburu-buru beli rumah idaman seolah-olah
akan tua dan pencen di sini. Kami dah ada tapak rumah masing2 di Melaka dan
Segamat.
Saya bukanlah orang yang hebat
nak bercerita tentang hartanah, tapi berpandu kepada otai2 hartanah dan
insyaAllah kami dalam proses permulaan untuk menyimpan hartanah (rumah/tanah)
sebagai aset. InsyaAllah. Hakikatnya, membeli atau menyewa, kita hanya
perlukan tempat perteduhan sementara di dunia.
Kredit: Artikel ini diolah dari
idea dari sini: Beli atau Sewa Rumah, Mana Lebih Berbaloi. Nak tahu lebih boleh
klik untuk artikel 2 Kerugian Beli Rumah Paling Mampu dan Beli Rumah Tanpa Hutang