Hai.
Pejam celik dah masuk bulan Shaaban. Kurang 30 hari je lagi kita nak
menyambut Ramadhan, lepas tu Syawal lah pula. Macam baru je raya tahun sudah
kan? Macam baru je melaram baju-baju tahun lepas kan?
Ok
apa kata kita tengok balik baju raya tahun lepas. Mesti ada koleksi kurung
pesak, kurung moden, kebaya, peplum, jubah. Maklumlah, sekarang ni terdapat
banyak variasi pilihan baju kurung moden terkini di pasaran. Tapi rasa-rasanya
ada tak Mini Kurung Moden?
Haa..
Baju Mini Kurung Moden ini adalah jenis baju kurung moden yang paling popular
sekarang! Mini kurung dengan ini adalah rekaan
moden juga lebih versatile sebab selain untuk digayakan pada hari raya, ia juga
boleh digayakan ke majlis-majlis istimewa juga tau.
Maklumlah kita ni duduk di Malaysia, baju kurung tu sudah cukup sebati
dengan budaya masyarakat di Malaysia. Tidak kiralah apa bangsa, semuanya sesuai
untuk menggayakan Mini Kurung Moden ini. Sifatnya yang cukup versatile memberi
kelebihan untuk mereka yang memakainya untuk digayakan walau ke mana sahaja
seperti majis formal, majlis makan malam, majlis perkahwinan malah ke tempat
kerja juga!
Apakah yang membuatkannya begitu popular dalam kalangan
rakyat Malaysia? Ianya sangat selesa untuk digayakan dalam apa jua keadaan dan
ke mana jua anda mahu pergi lagi-lagi jika anda pakai baju kurung cotton yang
diperbuat daripada kapas. Selain mencerminkan budaya Melayu yang penuh adab
sopan, memakai baju ini akan membuatkan anda kelihatan lebih ayu dan manis.
Nak gaya glamour pula? Padankan baju mini kurung pilihan anda
bersama sepasang kasut tumit tinggi, beg tangan ala-ala mewah dan tudung
terkini bersama warna yang bersesuaian, nah dari gadis manis tadi, terus membuatkan
anda kelihatan lebih menyerlah!
Dah, apa tunggu lagi? Jom dapatkan Mini Kurung Online di mana-mana butik termasuklah butik pakaian Muslimah online.
.