Showing posts with label Friends. Show all posts
Showing posts with label Friends. Show all posts

Friday, March 8, 2013

Universal Studios Singapore 2013


Last Saturday, aku dan hubby dan 3 cousins ke Universal Studio Singapore. Its a first time for them tapi 2nd for me. Tahun lepas aku dah pernah pergi, around March juga. So kira macam annual visit lah ni. Tapi tak ada apa yang berubah atau bertambah pun...




Nasib baik tiket ni disponsor oleh abang ipar aku, kalau tak, fikir 2-3x gak nak pergi main benda yang sama. Tapi, of course lah trip kali ni lagi best sebab ada hubby sekali kan!




A night before, aku dah prepare daging cincang masak macam kebab. Tapi hubby request pedas sikit, so aku letak black pepper. Then salut telur dan bread crump. Sabtu pagi2, hubby deep fry roti gulung tu while aku menggoreng nasi. Nak makan kat sana mahal dan susah mencari yang dijamin halal woo...

We start dengan ke Hollywood bergambar dengan KungFu Panda dan Betty Boop. Itu je yang ada, layan je lah. Next, ke New York City dan kebetulan ada Breakdance Show. Stop sekejap sambil cousin merakam their dancing. Di New York, just main Sesame Street Spaghetti Space Chase. Kids ride je tu, tapi aku teruja gak sebab tengok giant spaghetti meatball dalam tu. Next, ke Light, Camera, Action which is shooting set by Steven Speilberg. Kami dok depan sekali, barulah terasa ketakutannya.




Di Sci-Fi City, hubby je yang naik Battlestar Galactica CYLON, kami yang penakut ni tunggu kat bawah sambil main game kanak-kanak, Accelerator. Tapi bila hubby dah naik sorang, aku menyesal pula tak ikut. Haish! Next, ke Transformers Ride, game yang selalu dikerumuni manusia dan kami beratur around 30 min but they all love it so much. Petang tu kami ulang lagi se-round.


After 30mins queue


Next, ke kawasan Ancient Egypt bergambar-gambar dahulu. Aku tak ingat game ni macam mana, yang aku tahu best je sampai aku ulang 2x masa 1st trip dulu. Aku bantai cakap best je kat diorang dan semua ikut aku naik Revenge of the Mummy Roller Coaster. Kahkah. Menyesal Azli (cousin’s hubby)! Petang tu kita dok ulang sekali lagi, dia dah tak mau dah. Rela duduk luar jaga beg je!






Bila dah main 2 game adventurous ni, barulah terasa lapar dan mengisi perut. Alhamdulillah ringan sikit beg bila makanan semua dah masuk perut. Next station kami ke The Lost World. Memula kami ke Canopy Flyer. Pun si Azli tak nak join. Haha. Dia dah aim ke Jurassic Park Rapids Adventure, sibuk sangat nak main air. Siap dah beli Poncho (baju hujan) $3 sepasang. Aish, kata nak main air, apa barang cover2. Biarlah lencun! Aku n hubby selamber je redah. Nasib baik basah sikit je, tempat kami strategik dari kebasahan. Aunty depan kami basah lencun muka macam kena simbah sebesen!






Settle a-must-visit-places, sekarang nak ber-relax pulak dengan tengok movie Shrek 4D Adventure. So next station kami adalah Far Far Away. Bila keluar movie je, hujan turun agak lebat. But its ok, agenda kami hanya indoor sahaja.




Di Madagascar, kami naik boat ride, A Crade Adventure. ‘Adventure’ lah sangat... Haha. Bolehlah kalau untuk first timer. Aku yang dah 2nd time ni, busan dah. Walaupun queue tak panjang, diorang tak nak ulang masuk lagi sekali.

Kami pergi men-jamak takhir before ulang ke Revenge of Mummy dan Transformers Ride. Lepastu jalan2 di New York, makan-makan menghabiskan roti gulung sambil tengok firework show sempena Chap Go Meh. We end up the visit in Souvenir Shop.






Sementara menunggu our last bas 9.30pm, kami ke Candylicious dan Hard Rock Cafe, mengambil gambar sambil kaki memasing dah tempang dan mata dah kuyu. Badan pun dah berbau... Euuuwwww...






Thanx for reading

Friday, August 17, 2012

Doakan Kawan Saya, Pesakit Kanser Rahim


Ehem salam Jumaat! Hehehe... (gelak gatal). Ini adalah entri autopublish. InsyaAllah saya  dah berada di Melaka. Hubby pun dah tak kerja hari ini, so kami nak mengemas rumah. Tapi sekali sekala saya balik Melaka ni, teringin nak melawat bff saya dari kecil, Tikah.

Sebelum tu, sempena Jumaat terakhir dalam bulan yang mulia ni, saya nak minta tolong kawan2 doakan bff saya tu (Tikah). Dia sudah di peringkat 5 barah rahim. Semoga dia diberikan kekuatan melawan penyakit seterusnya dikurniakan kesihatan dan kebahagiaan.

Entri ini memang dicipta khas untuk Tikah. Kenangan kami dahulu dan kronologi kesihatannya. Mungkin agak panjang tapi saya gagahkan juga tulis untuk kenangan kami nanti.

Kami tinggal berjiran di Taman Desa Duyung Melaka selama 10 tahun sehinggalah keluarga saya berpindah ke Segamat. Kalau dah berjiran dan berkawan selama 10 tahun tu, keakraban tak payah dipersoalkanlah. Dialah kawan bermain, bergelak, bergaduh, menangis, mengaji, berterawih (walaupun masa kecik dulu pergi masjid untuk main2 je), makan, lumba dan jatuh basikal, jatuh longkang, teman belajar bawa motor, teman gi kedai, semualah! Sampai kampung dia pun aku selalu pergi dan kampung aku di Segamat pun dia pernah ikut.

Bila aku pindah ke kampung, kami dah jarang berhubung. Masa tu Friendster Facebook semua aku tak kenal lagi. Tapi kami tak lost contact. Hinggalah satu hari mak cik Tikah call aku dan ceritakan penyakit Tikah, aku jadi tergamam, macam tak percaya dia didiagnos sakit tersebut. Dah ditahap 3 pula tu!

Ceritanya bila dia kerap sakit perut hingga hampir pitam dan ‘period’ melebihi 15 hari. Dia dimasukkan ke wad sakit puan HB Melaka (sama wad bersalin). Malangnya bila terpaksa ambil final exam di sana dan lebih malang bila lecturer nya menyangka dia hamil/gugurkan kandungan. Puas ibu Tikah disoal tentang perangai sebenar Tikah hingga mengangis ibunya bila anak yang sedang sakit dituduh sebegitu (hamil/gugur).

Selepas tu dia kerap mengalami pendarahan yang on/off tak kira masa. Dan setiap kali pendarahan disertai dengan sakit yang lagi hebat dari senggugut. Setelah beberapa kali keluar masuk hostital (kerajaan) dan discan, barulah boleh detect tentang darah beku dirahimnya. Doktor pernah suggest untuk pembedahan besarkan pintu rahim (im not sure why, any docs here?), tapi tak dipersetujui oleh ahli keluarga dengan alasan akan merosakkan selaput dara.

6 bulan selepas itu (Ogos 2011), kencingnya didapati tidak lawas. Susah dan sakit untuk membuang air kecil, so that setiap 15 minit akan ke toilet. Perut jadi buncit dan sangat tegang. Pergi ke klinik, doktor bagi ubat kencing dan disuruh admit ward, tapi ditolak dengan alasan nak menghadiri majlis konvokesyennya keesokan hari. Alhamdulillah dia dapat hadir di majlis konvonya walaupun dalam keadaan sakit dan tak selesa.

Selepas majlis konvo, dia bergegas ke rumah neneknya untuk melawat neneknya yang sakit sebelum mereka berdua (Tikah dan neneknya) dikejarkan ke hospital. Tikah terus ditolak ke bilik doktor pakar, dipakaikan tiub kencing dan ditahan di wad. Malangnya, neneknya ‘pergi’ pada minggu kedua mereka dimasukkan ke hospital. Walaupun ditahan di hospital yang sama, tapi nurse tak benarkan Tikah selalu melawat neneknya. Hanya pada hari neneknya ‘pergi’, Tikah dibenarkan ‘outing’ selama setengah hari.

Sejak hari itu, 2 bulan dia terlantar di hospital. Antibiotik yang diberi pun tak memberi kesan terhadap kesihatan malah diasingkan wad dengan pesakit lain disebabkan kencing berkuman. Tapi masalah sebenar kencing tidak lawas masih tidak boleh didetect. Ada juga doktor cakap rahim membengkak dan menghimpit pundi kencing, menyebabkan susah nak membuang air kecil. Tapi result scan tak menunjukkan pembengkakan rahim.

Oktober 2011, ujian ultrasound dijalankan menunjukkan tiada masalah dengan buah pinggang Tikah. Ujian ct scan pulak menunjukkan ada cyst dikedua-dua ovarinya (cyst di ovari kanan lebih besar). Pembedahan selama 8 jam dijalankan untuk membuang cyst belah kanan. Sample tisu rahim juga diambil dan perlukan masa 2 minggu untuk tahu keputusan.

November 2011, Tikah ke hospital untuk tukar tiub kencing. Masa ni, keputusan dari sample tisu rahim dah dapat. MasyaAllah, dia didapati kanser rahim tahap 3! Doktor terus nak jalankan kimo secepat mungkin. Bagaimanalah perasaan orang yang sihat, ceria tiba-tiba didiagnose kanser tahap 3 ya? Ini ada sikit luahan hati Tikah yang aku copy dari blog dia...

“Hanya Tuhan yang tahu perasaan ketika itu. Memikirkan hari2 akan datang, perjalanan hidup yang akan berubah, impian yang musnah, keinginan masih tak tercapai. Dugaan datang sekaligus dalam hidup. Bagaimana mak ayah mahu jaga aku? Aku akan susahkan mak dan ayah, padahal aku sepatutnya senangkan mereka. Pesanan ayah pada mak, jangan menangis depan aku. Ya aku pun tak akn menangis depan mak. Allah beratnya ujianMu untukku”.

Bertahan dengan keadaan kesihatan sebegitu dan kerap keluar masuk hospital, makin hari makin menyebabkan kanser di rahim lebih merebak. Selain ubat hospital, perubatan kampung dan segala supplement, tak ada apa yang boleh dibuat melainkan berdoa agar dikurangkan kesakitan. Rawatan kimoterapi pula memang mematikan sel kanser, tapi kesihatan Tikah turun dengan mendadak.

Sekarang ni, doktor sahkan saluran darah dah tersumbat, ada darah beku di peparu dan buah pinggang didapati rosak tahap 1. Lebih menyedihkan, kanser dah ditahap 5! Peha, kaki, limpa dan peparu sakit, nak makan sakit, nak tidur sakit, lenguh2 satu badan, tak boleh jalan mahupun duduk, abdomen kanan dah ditebuk, perut membengkak, inilah keadaan Tikah di HB Melaka sekarang.

Besar betul dugaan Tikah dan keluarganya dibulan Ramadhan ini. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang menggalas dugaan. Ya, ini bukanlah masalah tapi adalah dugaan. Sesungguhnya setiap dugaan itu, Allah tahu kita mampu melaluinya dan akan dibekalkan kekuatan. Ia juga tanda Allah sedang menguji hambaNya dan tanda Dia sayang pada kita.




Tikah, aku tahu kau tabah dan kuat semangat. Aku akan sentiasa doakan kau! Just do your best: jaga kesihatan dan pemakanan, jangan lupa makan ubat. Jangan tinggal solat dan berdoa agar semuanya dipermudahkan.




Thanx for reading







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...