Showing posts with label Puasa. Show all posts
Showing posts with label Puasa. Show all posts

Thursday, August 16, 2012

Random: Kahwin & Raya

Salam. How about my wedding review? Hah amik kau, setiap hari satu entri! Ada satu hari yang indah last week, saya memang banyak leisure time, buatlah entri pukal. Lepas tu set time untuk autopublish. Satu hari satu entri.

Entri ini pun autopublish juga. Saya mungkin tengah drive balik kampung hubby. Iya... saya balik sendiri je, hubby tak jemput pun sebab dia kerja. Kalau nak diikutkan, dia nak menjemput esok (Jumaat). Tapi... malaslah nak tunggu dia. Nanti terkebil-kebil sensorang kat rumah sewa ni. Bukan saya tak pernah drive sensorang.

Pejam celik pejam celik (nasib baik masih boleh celik semula), sekejap je dah sampai penghujung Ramadhan kan? Rasa sedih sebab Ramadhan nak meninggalkan kita. Saya ni asik melagha je. Terawih skip2, Al-Quran tak sempat khatamkan lagi, amal jariah pun kurang.

Tapi alhamdulillah tahun ini lebih baik dari sebelum2 ni. Walaupun skip terawih di masjid, tapi gagahkan diri berterawih sensorang di rumah. Pahala di rumah pun dapat dengan sediakan makan+minum+pakaian hubby (walaupun hanya tolong kak ipar masak). Tapi itulah, seminggu sekali je dapat collect pahala cenggitu. Rugi2...

Raya tahun ni adalah raya pertama bergelar isteri. Dan... raya pertama jatuh pada besday saya ke 25! Yeay! Tapi berita sedihnya, tahun ni adalah tahun pertama tanpa baju raya! Ala berita je sedih, saya tak sedih pun. Boleh beraya pakai baju lace nikah n songket malam berinai tu. Hah kau ado?

Eh panjang pulak ceritanya. Ni nak bagitahu, entri review kawen stop hingga semalam. Lepas ni saya akan review lebih detail setiap persiapan (bergantung kerajinan), tapi kena tunggu gambar dari official photographer. Deal?

So dikesempatan ini, saya nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua yang membaca/terbaca blog ini. Untuk yang kenal saya, maaf zahir dan batin. Untuk yang kenal di alam maya pun, nak minta maaf juga kekalau komen/kunjungan tak berbalas atau ada tulisan yang menyinggung perasaan. Semua yang saya tulis (esp tentang kawen) hanya untuk berkongsi kegembiraan dan idea, macam sume B2B/ex-B2B buat tu... Bukan nak menunjuk2 pun.

Eh bila da nak stop menulis. Ntah2 saya pun dah sampai Melaka sekarang ni. Jumpa di my first review: Solemnization Attire ye! Da~

Random entri mesti dengan random pic.
Tetiba rasa comel je pic ni, upload la. Haha





Thanx for reading







Wednesday, September 7, 2011

Beberapa Hari Sebelum Raya...



Sebenarnya nak cerita tentang persiapan raya, tapi rasa macam ketinggalan pulak sebab orang sume dah sibuk cerita open house sana sini, aku baru nak taip entri persiapan raya. Heh!

Tapi biarlah. Belog aku, ye tak?


27 Ramadhan:

Projek aku n adik, buat kuih raya. Tak de lah susah mana sebenarnya. Yang penting basic 1 butter dan 1 telur kuning. Gula, tepung gandum dan jagung tambah men agak-agak je. Pastu tambah lah nestum, cornflake, milo, kismis ikut suka hati. Acuan dan topping ikut kreativiti sendiri. So satu hari pagi ke malam dapatlah 5 jenis kuih raya resipi sendiri...


Gambar hiasan je dulu ye. Gambar kuih nanti aku upload dengan resipi sekali.



28 Ramadhan:

Sebab rumah mak dah renovate baru, aku pun eksaited nak tuka almari baru yang dah kembang dek banjir dulu. So seharian tu keje aku kembur kain baju, buang mana yang patut, sedekah yang still cantik tapi tak muat, yang lebih kemas balik dalam gobok baru...



29 Ramadhan:

Pepagi tu aku tolong ayah aku jual daging lembu. Jadi cashier je, tapi penat lah jugak 2 jam dok berpanas. Nasib baik seekor je yang ditumbangkan...



Ni lah dia car boot sale!



Balik rumah, memasak untuk jamuan berbuka pulak. Tak de invite orang kampung, adik beradik ayah aku 14 orang datang pun dah tak muat rumah.



Juadah berbuka, rendang ayam kampung


Pulut periuk kera




Selain tu ada pisang masak lemak, labu masak air, urau, ikan goreng dan air kelapa.

At da same time, menyibuk kacau orang buat lemang. Dari 200 batang buluh, hanya 80 je yang jadi lemang sebab semua dah kepenatan termasuklah aku...



200 batang buluh untuk lemang

Kelapa untuk lemang, sponsor dari kebun mak cik

Adik dan daun pisangnya

Basuh buluh untuk buang miang

Part paling susah, masukkan daun pisang dalam buluh

Finally...

Malam tu lepas basuh periuk, mop lantai, cat rumah, sibuk sediakan barang untuk juadah hari raya pulak. Memang penat tak hengat, tapi tu lah kenangan. Sekian, Selamat Hari Raya semua! Next post, gambar raya.





♥ Thanx for reading ♥







Tuesday, August 9, 2011

Nasi Mandrem + Ayam Penyet


Dah sebulan balik ke Malaysia, baru berkesempatan berjumpa mereka semua. Rindu! Walaupun jumpa sekejap sebab rush nak terawih, cukup lah tuk melepas rindu dan mendengar gosip terbaru.

Thanx u oll sebab teman I berbuka. I tot kena berbuka sorang2 sebab housemates sume tak de.


Menu hari ini, nasi mandrem plus ayam penyet. Sedap dan tak mahal. RM 4.50 je. So sesapa ada di JB, meh singgah Restoran Pinang di Taman U. 


Jangan risau, nasi dia tak mandrem, aku yang pepandai bagi nama sebab bila makan teringat-ingat je... Mengidam-idam je... 





Credit gambar to JJM sebab aku lapar, lupa snap



Dah habis makan baru teringat nak bergambar



Dayat, Flo, Fizz Fairus



Baby, Flo lagi? and Yati



Muka lepas kena nasi mandrem. Licin pinggan!



Aku tak tapau pun ok


Gonna miss all of u... Ceh over pulak! Sume dok dekat UTM je pun... Pffft! Nanti besday I, kita kuar lagi kan... I tak nak apa2, Samsung Tab je pun boleh.




Monday, August 8, 2011

Aktiviti Ramadhan Anwar Hadi & Aiman Azlan




Alhamdulillah dah hari ke lapan puasa. Kejap je masa berlalu. Tak terkejar aku dibuatnya! Sebab tu lah dah seminggu ni aku baru nak cerita pasal puasa kan? Tak pe, better late than never.

So macamana puasa korang? Ada TERtinggal atau TERmakan tak? Second day haritu, aku tak sihat, so ponteng sehari. Nak buat macam mana. Sakit...

Ganti puasa tu semestinya. Tapi ganjaran berpuasa tu tak sama seperti puasa dalam bulan Ramadhan. Ade lah sedikit sebanyak dengar dari tazkirah masa terawih tu. Walaupun puasa seribu bulan, ganjarannya tak sebanyak ganjaran seperti puasa di bulan Ramadhan.


Haish ruginya pada sapa yang memang sengaja ponteng puasa tu kan...


Ganjaran lain? Jom layan video tentang aktiviti sepanjang Ramadhan dan ganjarannya.  







Video yang santai tapi bermesej kan? Good job Anwar Hadi n Aiman Azlan! 

Aku? Tak terfikir pun untuk buat vlog. Not konfiden enaf. Plus... engat senang ke??? Nah tengok bloopers video atas tadi. Susah sungguh nak bikin video berdurasi 2:32 tuh.







Ok, selamat beramal dan selamat berbuka semua! Menu aku hari ini, ayam penyet peha, extra sambal belacan dan limau!







Friday, July 29, 2011

Salam Ramadhan






Jika semua harta adalah racun,
maka zakatlah penawarnya
Jika seluruh umur adalah dosa,
maka taubatlah ubatnya
Jika seluruh bulan adalah noda,
maka Ramadhan lah pemutihnya

Sebelas bulan banyak kata sudah di ucapkan dan dilontarkan,
tak semua mendamaikan
Sebelas bulan banyak prilaku yang sudah dibuat dan diciptakan,
tak semua menyejukkan
Sebelas bulan banyak keluhan, kebencian, kebohongan,
tak semua menyenangkan

Marhaban ya Ramadhan….
Termenung ku sejenak
Mengingat akan kesalahanku yang lampau
Diri ini hanyalah manusia biasa
Manusia yang tak pernah luput dari salah dan silap, khilaf dan dosa
Kerana kita bukan mahkluk yang sempurna
Maka, selaku pembuat onar serta kesalahan
Memohon maaf atas segala perilaku, ucapan, tingkah laku serta prasangka
Baik yang disengaja mahupun tidak
Agar tak ada dendam dan rasa dengki
Agar tiada amalanku yg mendatang tergantung dan tak dihitung oleh Nya
Agar amal ibadah kita di bulan yang penuh barkah ini diterima Nya
Maafkan ku, terucap dari hati yang paling dalam
Maafkan lah, semua kesalahanku


Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak
Selamat Berpuasa!






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...