Showing posts with label Resipi. Show all posts
Showing posts with label Resipi. Show all posts

Friday, April 5, 2013

Menu-menu


Aku pandai masak? Tergelak mak aku dengar! Tersembuq ayaq liuq abah aku! Hubby pun dah tahu aku tak pandai masak, so apa yang aku hidang tu dia telan aje. Asalkan air tangan isteri... cewah.

Tapi nak puji juga, hubby selalu tolong aku masak, tugas dia potong memotong. Dia juga yang selalu sediakan stok cili dan bawang blend. Nak harap aku, berair sungai mata ni..! Tapi bab basuh pinggan, tak yah ler bagi kat dia... ‘rajin’ sangat.

Dah itu je nak cerita. Selebihnya nak update gambar makanan. Macam tak percaya aku masak semua benda-benda ni. Laksa johor tu yang tak tahan..!


Macaroni goreng


Beefsteak


Laksa Johor

Asam pedas ikan parang + ulam

Nasi ayam kukus

Ayam percik

Sup ayam

Roti gulung breadcrump (ni gambar inti minced beef blackpepper)

Pizza Roti Gardenia


Thanx for reading

Thursday, April 4, 2013

Resipi: Pizza Roti Gardenia


Resepi simple, tak sangka hubby suka. Dah berapa batch dah aku buatkan dia. Jom update cepat2.

Bahan-bahan:
Roti Gardenia Wheatmeal (Gardenia biasa pun boleh)
Mayonis Lady’s Choice
Tuna Bumble Bee (Jenama Ayam Brand lagi best!)
Nenas potong Ayam Brand (dipotong supaya lebih halus)
Thousand Island Sos Lady’s Choice
Sos Barbeku Life
Sosej Ayam A1 (direbus dan dihiris)
Cheddar Cheese Anchor (dihiris lebar)
Bawang besar putih (dihiris)

Bahan-bahan

Cara-cara:
1. Panaskan oven pada suhu 170°C
2. Sapukan roti dengan mayonis, diikuti sos barbeku dan tuna ikut selera masing-masing. Aku dah beberapa kali bereksperimen, better lebihkan tuna dan kurangkan BBQ sos.
3. Taburkan sosej ayam, nenas dan bawang yang dah dihiris.
4. Taburkan cheddar cheese yang dah dihiris. Kalau ada mozarella cheeze, boleh taburkan sekali. Picitkan sos thousand island di atasnya.
5. Bakar selama 15 minit atau sehingga cheddar dan mozarella cair.


In the oven - 1st batch


Ni je yg sempat ambil gambar


Untuk latest batch ni, hubby nak suh letak pepperoni, tapi aku mencari di Jusco tak berjumpa. So letak lah sandwich ayam ni. 


2nd recipe for 4th batch pizza


Kali ni kami add-on 2 jenis sandwich ayam, macaroni (dah direbus) dan tomato. Korang nak tambah/kurangkan apa-apa bahan, boleh je, ikut selera masing-masing!


On the way ke oven


Dihidang dengan baked beans


Senanglah kalau hubby asik makan camni je, sebab dia pun tolong sama membuatnya. Cuma bil letrik ler tak menahan..!!! Lagi sekali, thanx labmates bagi oven, sangat berguna!




Thanx for reading

Sunday, February 10, 2013

Resipi: Bread Pudding


Dah macam belog masakan pulak lately ni. Padahal review kawin tak siap lagi. (Review and jurnal ilmiah pun tak siap, sedar sikit !) <-- Haa... suara hatiku berkata-kata. Ala kejap je nak share, sharing is loving aite.

As u noe, hubby datang jumpa aku seminggu sekali je. Dia suka sangat membeli itu ini, selalunya roti. Lepastu balik Melaka tinggalkan semua tu. The next 1 week datang, roti tu ada lagi tak berusik, dah nak expired pun.

So macam mana nak habiskan roti sebungkus dalam masa 1 hari before expired? Bread pudding is one of the solution!




Bahan-bahan:

5-6 keping roti Gardenia
Mentega
200ml (1/2 tin) susu cair
2 biji telur
4 sudu besar gula pasir
1 sudu besar Vico/Milo
1 sudu besar oat
sedikit kismis

Cara-cara:

1. Sapukan mentega pada roti. Siat2 roti yang dah disapu mentega dan susun dalam loyang. Aku tak de loyang, guna pinggan kaca. Tapi sapu dulu sedikit mentega pada loyang/pinggan kaca.

2. Kacau sebati susu cair, telur, gula, oat, Vico/Milo dan kismis. Curah di atas roti dan biar sekejap untuk diserap. Jangan curah banyak sangat sampai berkuah, nanti susah roti nak garing masa membakar. Tambah lagi kismis di bahagian atas.

3. Bakar dalam oven pada suhu 180ºC selama 30 minit atau hingga roti agak garing bahagian atas. 

4. Hidang dengan teh strawberi untuk minum petang. Macam biasa, nomnomnom!




Selalunya bread pudding ni orang makan dengan sos custard yang manis kot. Tapi aku malas, so buat bread pudding manis siap-siap. Tak payah nak sos-sos bagai. Tu yang sampai 4 sudu gula (rasa sendiri). Nak tukar kepada susu pekat atau madu pun boleh. Lagi satu, sepatutnya masukkan sedikit esen vanila untuk hilangkan bau telur, tapi lupa nak beli. So gantikan dengan Vico, dah alang-alang masuk Vico, aku ternampak oat depan mata, masukkan juga. Ni  kiranya resepi sendiri la. Hehe.




Thanx for reading

Wednesday, January 30, 2013

Resipi: Laksa Johor


Dah lama husband request tapi tak teringat nak buat. Last week labmate ada bawa laksa johor, terus teringatkan request husband. Luckily esoknya terkena hari Khamis cuti Maulidur Rasul, seharian lah kat dapur mengerjakannya. Bab asing tulang ikan tu yang penat sikit.

Malam tu husband datang n surprisekan dia (boleh tak surprise dengan laksa johor, tak kena langsung). Tutup mata dia n suruh dia bau dan rasa. Ada dia kata sambal tahi minyak! Cis, terlebih kerisik lah pulak. Tapi dia bagi 4/5 bintang. Ok lah tu. First trial kot, boleh improve.




Bahan A:
1 biji bawang besar *
2 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
2 inci lengkuas *
2 inci halia *
2 sudu besar cili kisar *
1 sudu kecil jintan manis ditumbuk
1 sudu kecil ketumbar ditumbuk
2 sudu besar udang kering ditumbuk
2 sudu besar serbuk kari
2 batang serai diketuk


Bahan B:
Air rebusan ikan
1 kotak santan

Bahan C:
800 gram ikan kembung
100 gram udang basah

Bahan D:
2 sudu besar kerisik
3 keping asam keping
Segenggam daun kesum
2 batang bunga kantan dibelah 2
Bahan E:
Garam halus
Gula

Bahan E:
Limau kasturi dipotong 2
Bawang besar dihiris
Timun dihiris

Cara-cara:
1. Rebus bahan C. Bila dah sejuk, buang tulang ikan dan blend. Buang kulit udang dan blend juga. Jangan buang air rebusan.
2. Kisar semua bahan A bertanda *. Kemudian campur bahan kisar dengan jintan manis, ketumbar dan serbuk kari. Tumis semua bahan A sehingga bau wangi
3. Masukkan bahan B. Saya masukkan air rebusan 1 senduk je dulu. Lepastu masukkan santan then baru adjust kepekatan kuah dengan baki air rebusan tadi. Kacau sebati dan biar mendidih.
4. Masukkan bahan C (isi ikan dan udang yang dah diblend). Kacau rata hingga kuah sedikit pekat.
5. Masukkan kesemua bahan D dan kacau rata.
6. Adjust dengan garam dan gula secukup rasa.
7. Hidang dengan bahan E dan belacan. Eh jangan lupa spaghetti sekali. Nomnomnom.




Thanx for reading

Thursday, January 24, 2013

Resipi: Coleslow, Baked Beans dan Mashed Potato



Salam Maulidur Rasul
مُحَمّدْ سَيّدنَآ عَلۓِ ۈسَلّمْ صَلّیۓِ آللّهُمَ



Ada request nak resipi coleslow dan mashed potato. Resipi ayam panggang di sini. Tak expect lak ada yang nak sebab benda tu main agak2 je. Esp coleslow tu, hubby yang buat. Cincang kubis dan karot halus-halus. Kalau nak tambah kubis ungu pun boleh. Lepastu gaulkan dengan mayonis dan susu cair, main agak2 je. Tapi saya guna susu pekat sebab nak rasa manis sikit.





Baked beans tu pun dari tin je. Tapi still tumis dengan bawang dan cili. Make sure cili tu dah masak betul baru masukkan baked bean. Tak perlu kacau sangat, takut hancur. Ni pun hubby yg buat sebenarnya. Meal yang penuh dengan kerjasama. 





Untuk mashed potato pulak basuh bersih dan rebus kentang 2 biji besar (untuk 2 orang) tanpa buang kulit. Make sure air cukup banyak untuk tenggelamkan keseluruhan kentang, so kentang akan lembut sama rata. Lama juga saya rebus, sampai betul2 lembut, cucuk-cucuklah dengan garfu. 

Bila dah lembut, tutup api dan biar sejuk. Buang kulit kentang dengan tarik menggunakan garfu. Lepas tu lenyek-lenyek atas penapis dan ambil bahagian yang terkeluar di bawah. Lenyek sampai habis semua keluar ke bawah.




Lepas tu, kalau ada scoop ice cream, boleh ceduk kentang dah dilenyek dan buat bentuk bulat. Tapi aku pakai tangan je. Hubby tak kisah, tapi basuhlah tangan tu dulu! Sambil-sambil tu boleh banyakkan berzikir semasa masak untuk suami, InsyaAllah suami akan sentiasa berkelakuan baik dan makin sayang!




Sos Black Pepper:
Bahan-bahan:
1 sudu bawang putih dan merah diblend (aku dah blend siap2, tu guna sukatan sudu)
½ kiub ayam Knorr
1 sudu besar susu tepung (optional kot, tapi aku guna gak susu Omega)
½ sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos lada hitam
1 sudu kecil rempah lada hitam ditumbuk (bukan serbuk)
1 sudu besar mentega
½ sudu besar tepung jagung

Cara-cara:
1.  Cairkan mentega atas kuali
2. Tumis bawang, masukkan kiub ayam Knorr, sos tiram, sos lada hitam, susu tepung
3. Larutkan tepung jagung dalam air, masukkan sekali dalam tumisan
4. Masukkan biji lada hitam yang dah ditumbuk
5. Siap, taadaaaaa..!!!




Eh ada yang nak resipi brokoli jugak ke? Hehe. 



Thanx for reading

Tuesday, January 22, 2013

Resipi: Ayam Panggang ala Kenny Rogers


Resipi Ayam Panggang ala Kenny Rogers??? Saya pun tanya pak cik gugel tapi alter sikit ikut suka hati. Tapi nak syer lagi tak pe kan?

Ayam Panggang ala Kenny Rogers
Bahan-bahan:
- 1 ekor ayam
- 6 biji bawang merah
- 4 biji bawang putih
- 1 sudu kecil jintan manis *
- 1 sudu kecil ketumbar *
- 1 sudu kecil lada hitam *
- 1 kiub pati ayam Knorr
- 3 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar madu
- 1 susu besar gula pasir (saya guna gula perang)
- 1 ½ sudu kecil garam halus

Cara-cara:
1. Tumbuk halus bahan bertanda *
2. Blend kesemua bahan-bahan lain di atas dan dicampur bahan bertanda *
3. Peram dengan ayam semalaman
4. Sebelum memanggang, sapu sedikit marjerin dan bakar 200ºC selama 1 ½ jam.


Perap ayam semalaman

Hubby tolong cek setiap 1/2 jam dan tambah bahan perap.
(padahal dia tak sabar nak tunggu ayam siap!)

Well cooked!

Boleh hidang dengan side dishes



Thanx for reading

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...