Showing posts with label UTM. Show all posts
Showing posts with label UTM. Show all posts

Friday, April 27, 2012

Model UTM



Gambar ni diambil 2 tahun lepas, masa tu aku still pakai tudung bawal (kanan). Dah beberapa kali gambar ni digunakan untuk poster di Career Fair, etc. Poster besar gila, lagi besar dari saiz sebenar model. 


Model sebenar dan poster

Poster di atas tu masa Career Fair di Persada JB. Nak promote jap, laki dok tengah tu single lagi, sedang mencari. Dia ada PhD, sekarang tgh buat post-doc. Yang comel kiri kanan tu dua2 dah berpunya...

Lepas poster, iklan surat khabar pulak. Sesiapa yang baca Berita Harian semalam? Saya tak baca pulak. Kalau ada, meh post kat rumah saya artikel ni, nak tampal kat softboard depan lab. 

Keratan Berita Harian. Kena mintak royalty ni!

Sesambil tu boleh promote program Pasca Ijazah kemasukan September 2012. Sesiapa berminat, boleh ke website UTM untuk info lanjut. 



Notakaki: Rasanya dah lama tak update entri kawin. Tunggu weekend ni ye, banyak stori-morinya...

Thanx for reading







Monday, March 12, 2012

Meeting at Residence Hotel, Uniten


Okay ini cerita Sabtu lepas tapi tak sempat update sebab busy... (kali ni betul busy). Sabtu lepas ada meeting project kami, Robust Enzyme di Residence Hotel Uniten. Tapi disebabkan kekurangan bajet, kami kena cari alternative lain selain tidur di hotel tersebut. So aku menumpang rumah mak cik di Melaka.

Kami patut pergi berempat, tapi Kimi sakit, dan Izyan pulak cuti kawen, so tinggallah aku dan Kak Atul. Suddenly Bos bagitahu suruh aku presentkan slide Kimi. Fine... nasib baik tahu sikit2 tentang project dia. So malam tu stadilah sket pasal apa yang nak dipresent slide Kimi. Supaya senang nak goreng nanti. Then dok google map pulak untuk ke hotel tersebut. Serius tak paham direction dia, so aku tidur je dengan harapan dapat mimpi direction tersebut.

Tidur pukul 2, bangun pukul 5, then drive dari Melaka ke Residence Hotel tanpa tahu jalan mana yang patut lalu. Malas lah cerita panjang, kami jumpa juga tempatnya sebelum meeting start dan lagi penting, sebelum Bos sampai!

Ingatkan nak lah melayan mata yang mengantuk ni, tapi tiba2 Bos datang dok sebelah aku! Banyak pulak yang disuruhnya. Tukar perbelanjaan itu, edit slide dia, tambah slide Laura. Bagus jugak, sebab aku terus hilang mengantuk! Bila dah ditengok banyak yang aku tolong, tu yang agaknya dia willing nak presentkan slide Kimi. Aku Cuma presentkan slide Izyan. Itu pun banyak Bos tolong explain kat kengkawan sume tu. Aku memang tergagap2 lah kalau sume Dr & Prof mula menyoal bertubi-tubi.

Situasi meeting agak tegang, Cuma sesekali sahaja ada gelak & tawa. So tak berani nak ambil gambar. Kena berlakun serius jugak (dok sebelah Bos kan...) Hanya waktu makan je rasa heaven, dengan chocolate fountain nya...  Fuh! Aiskrim je tak ada. Hanya ini je sebab yang boleh membuatkan aku teruja pergi meeting.


Tengok, panjang tangan aku capai makanan






Next Entri: Izyan's solemnisation and reseption

 Thanx for reading 







Sunday, March 27, 2011

Congratulations and Celebrations


Specially dedicate this song to labmates dan sesiapa yang berkenaan.




Bila dengar lagu ni teringat kenangan waktu konvokesyen dulu. Berkobar-kobar nyanyi lagu UTM dan lagu ni dalam dewan. Sambil lambai2 mortar board, tangkap2 belon yang jatuh dari atas. Huh memang the best moment ever! 

Bilalah aku nak konvo lagi ye... 3 ke 4 tahun lagi? InsyaAllah.

Semalam 3 labmates aku dah menghabiskan master diorang. A big congratulations untuk Kak Iza, Kak Faz dan Usop.




Another congratulation untuk Kak Faz yang dah ada baby girl yang comel. Konvo dengan anak + husband. Sweet kan? Nak jugak lah! Hihi. ;-)




Congratulation jugak untuk kawan ku yang dah bertunang pada hari yang sama. Identiti dirahsiakan atas permintaannya. So tak yah lah korang nak main teka-teka. Tak de hadiah disediakan.







Hantaran warna royal blue. Santik kan? Hanya 2 gambar ni je yang boleh boh kat sini. Nak tengok gambar pengantin jugak? Ok la ok la. Nah.


-
-
-
-
-
-







Hahaha. Kejam kan? Sume muka orang aku sensored kan. Whos next??? Ok kali ni boleh main teka-teka. Tapi masih tak de hadiah disediakan.


Akhir sekali, congrats untuk diri sendiri yang dah spent >RM200 di pesta konvo. No regrets at all! Worth la. 


Baju yang aku pakai tu 3pasang Rm100! Tudung tu paling murah aku pernah jumpa. Rm18 je! Tempat lain kemain tekan harga sampai Rm30, at least. Huh mana lah aku tak gila. Tiap2 hari pergi! Tapi blouse kat sana mahal2. So aku tak layan! 


Ok lah semua. Nak siapkan proposal. Kalau tak macam mana nak konvo 3, 4 tahun lagi dengan husband dan anak. Kan? Kan? Ok, babai. Jumpa lagi.




Notakaki: Ok kan gambar camtu? Aku dah censored kan.

Friday, March 11, 2011

UTM International Johor Horse Show


Assalamualaikum


Selamat hari Jumaat semua! Hari ni 11 haribulan kan? Dah 2 hari terlambat post ni. Nak bagitau kat UTM ada menganjurkan UTM International Johor Horse Show 2011 yang dah pun start dari 9 Mac 2011.




Fiesta ni berlangsung pada 9-13 March 2011. Sempat lagi nak pergi tengok beratus-ratus kuda tu. Jom pergi kawan-kawan! Tentatif nya seperti di bawah...




 Wah wah wah patut lah aku nampak UTM upgrade Equine Centre nya! Nak organize international show rupanya...

Pape pun, aku bangga lah ngan UTM. Uni ko hader? Hahahaha. Tak sabar lak nak tunggu siapnya stadium dan kolam renang UTM. Boleh la berenang dengan sewenang-wenangnya penuh dengan senyuman pasni sebab masuk tanpa bayaran. 






Aku sambung blajar kat UTM ni pun sebab nak menunggu stadium ngan kolam renang tu siap tau! Hehe boleh terima tak alasan?

Bila stadium dan kolam renang dah siap pun nanti, masih banyak kawasan di UTM yang masih kosong. Banyak lagi kawasan hutan bersedia untuk dibangunkan. Nak buat track untuk jungle tracking pun boleh!

Berborak-borak ngan kawan tadi, terkeluarlah sejarah kenapa kawasan UTM ni luas sangat. Pertamanya sebab kedudukannya bukan di tengah-tengah bandar. Keduanya? Nah tengok map Johor ni dulu.




Menurut sejarah dongeng,  dulu Sultan Johor berniat nak membuka satu universiti di Johor. Baginda pun amik peta dan terus membulatkan (gambar di atas) kawasan tanpa menyedari bulatannya hampir meliputi seluruh kawasan Skudai! 

Iye lah, map tu kecik, yang dibulatnya besar-besar nak buat ape? Hah ambik kau! Uni sebesar-besar tidak!

Ok itu aje tuk hari ini. Nak cerita pasal UTM International Horse Show, 'ter'melalut ke sejarah UTM lak. Sebelum 'ter'masuk ke sejarah uni lain, aku chiao dulu k. Bubui! 


Notakaki: Kredit gambar Fiesta dan Stadium

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...