Assalamualaikum
Sepuluh
bulan aku tak update blog ni. Sepuluh bulan inilah aku perap banyak perkara.
Sebenarnya banyak nak diceritakan. Dan sebenarnya juga, banyak kali dah aku
sebut perkara yang sama dekat entri sebelum2 ni! Banyak nak diceritakan
konon!
Tapi
izinkan aku update entri tak bermotif ini dulu. Bagi warm up lah kan. Tak kisah
ada yang membaca atau tidak sebab aku buat blog ni memang untuk syok sendiri
pun.
Ok
sebenarnya kalau sesiapa perasan, aku memang transparent tentang email dan
nombor telefon. Ini disebabkan aku adalah Herbalife distributor, so senang
untuk sesiapa nak buat order. Dah nombornya di dalam header/FB fanpage yang
berkaitan Herbalife, so patutnya faham2 lah kan yang nombor itu hanya untuk hal
berkaitan Herbalife.
Tapi
aku pernah dapat call yang nak order bipang! Tahu bipang tu apa? Pergi google
dulu. Aku fikirkan mak cik yang tersalah nombor tapi katanya memang dia nak
call Zura dari Segamat. Yes aku lah tu! Puaslah aku memicit2 kepala, berkerut2
kening memikirkan sejak bila pulak lah aku ni jual bipang. Amnesia ke aku ni??
Nauzubillah min zalik!
Rupanya
kawan dia ada terbaca entri aku tentang hantaran tunang (klik). Inipun lepas aku found out sendiri. Salah satu hantaran
aku tu adalah bipang kacang. Dan dia dapat nombor aku dari kawannya. So
daripada blogger (syok sendiri), aku dah jadi penjual bipang! Memang salah info
lah kawan mak cik ni...
Lagi
satu cerita, aku pernah update tentang anniversary aku ke StarCruise Penang (klik).
Kali ni aku dapat PM di FB pulak dari stranger (Inbox aku adalah 'public'
setting) yang tanya if aku masih buat Travel and Tour ke StarCruise. Hehe
pening ok. Aku tak tahulah abang tu tersalah baca atau cara penyampaian aku ni
yang buat orang confius?
Tapi
tak pelah, apa yang aku boleh tolong, InsyaAllah aku tolong. At least ada juga
pembaca blog ni kan? Terima kasih kerana sudi singgah ye. Tapi bab bipang tadi tu, memang minta
maaf lah ye mak cik. Masa mak cik call tanpa mukadimah tu, memang aku blur
sangat2 apa kaitan aku dengan bipang kacang. Pffft!
Cerita
lain pula, tentang booking hotel ke Sabah melalui Agoda.com. Aku rasa aku dah beritahu detail dalam setiap entri berinfo aku sebelum
ni. Tapi bila ada yang tanya tentang macam mana nak bayar Agoda.com guna credit
kad etc., aku jadi cuak kay! Takut aku nak ajar2 orang bab payment ni. Karang
tersalah, aku juga yang kena. Zaman ni zaman teknologi, tak pasal2 aku femes
jadi viral pulak. So di kesempatan ini aku nak letak disclaimer: Sila baca
setiap arahan atau T&C dalam setiap urusan kamu. Sebarang kesilapan adalah
tanggungjawab sendiri.
Ok
last but not least. Yang ni memang ramai Bride-to-be (B2B) email aku sebab nak
minta terjemahan solat untuk dibukukan sebagai doorgift (klik). Tapi so far lepas aku
reply email diorang, tak ada sorang pun yang reply terima kasih. Duh, aku ni
bunyi macam tak ikhlas kan? Kalau ikhlas tak mengharapkan apa2 balasan. Nak
diikutkan, memang aku tak harapkan apa2, tapi where's your manner B2B sekalian? Dah nak kawin dah kot. Ke aku sorang je yang sensitif bab2 ni?
Kadang2 bila fikirkan hal ni, aku
istigfar semula. Tak nak lah pertolongan jadi sia2. Think positive lah, mungkin
diorang terlupa. Kebetulan pula semua B2B terlupa, kan? Kan? Tapi tak apalah,
ikhlas tu ibarat seekor semut hitam di atas batu hitam di dalam kegelapan
malam. Tak ada sesiapa yang tahu kecuali Allah SWT. Jangan lepas ni terus tak nak email aku pula. Kita sama2 buat MLM pahala, cuma aku macam pelik je dengan B2B ni. Ragam masing2 kan...
So
itu je luahan perasaan yang terpendam selama sepuluh bulan ni. Aku akan ke
Bandung Oktober ini, InsyaAllah. Sebelum bertangguh banyak entri, aku try
update cerita family day kami di Langkawi, cerita raya, cerita adik aku kawin,
cerita besday dan anniversary kami. Walaupun dah lama berlalu, tapi aku
nak up juga entri tu untuk kenangan nanti. Oh Info Herbalife lagi. Eh macam banyak!
Since
aku akan pergi 6 hari ke Bandung tanpa hubby nanti, aku tanya dia 'What makes
you miss me?' Jawapan --> your bebelan.
Ok
fine. Terima kasih kerana sudi membaca entri tak ada motif ini sampai habis.
Bye.