Friday, October 11, 2013

Sweet Escape to Star Cruise

Di sini ada beberapa cara mendapatkan tiket untuk ke cruise. Mana-mana cruise pun sama lah ye, tapi sekarang ni aku cerita tentang cruise yang aku naik, Superstar Libra Cruise.

1. Pergi ke website Star Cruises, mungkin boleh beli tiket direct dari sana tapi harga agak mahal tanpa promosi

2. Terus ke mana-mana travel agensi yang menyediakan pakej ke sana.

3. Beli voucher dari mana-mana website yang sediakan banyak deals. Aku selalu deal dengan 2 website ni, mydeal.com.my dan groupon.my

So untuk trip kali ni, kami beli voucher dari mydeal.com.my. Harga korang boleh tengok kat bawah ni.  Korang jangan fikir bebukan ye. Ni bukan nak menunjuk, tak de apa yang bagus pun. Hanya nak bagi info dekat siapa yang bertanya.



Voucher ini diuruskan oleh V-Travel Sdn. Bhd., Johor Bahru. Make sure baca semua terma dan syarat seperti redemption process (jangan terlepas tarikh) dan ada beberapa surcharge (handling, fuel dan booking fee). Kalau korang pilih tarikh yang peak time pun jadi mahal sedikit.

Pakej yang aku ambil ni include semalaman di atas cruise (+BBQ dinner +breakfast) dan semalaman di Flamingo Hotel (+breakfast) dan harga adalah untuk 2 orang. Transport ke cruise dan hotel tak disediakan ye. Dan harga tu tak solid, ada extra charge macam aku sebut tadi tapi tak lah mahal sangat. Yang penting, tak ada hidden charge!

Cas tidak termasuk dalam pakej

Kalau semua baca betul dan teliti, insyaAllah korang tak akan rasa tertipu. Dari awal aku berurusan hingga aku check-in check-out Cruise dan Flamingo Hotel, memang tak ada additional charge. Lepas bayar dan confirm tarikh dan masa, semua mereka uruskan dan urusan kami sepanjang di sana semuanya lancar. Alhamdulillah. Cuma aku je was-was terlebih.

Confirm payment, print iterenary, redeem di sana dan dapatkan access card

Nak tahu spesifikasi kapal, boleh refer gambar Star Cruises di bawah. Star Cruise Libra ni kecil berbanding Virgo dan Aquarius tapi lebih besar berbanding Pisces.



Bilik kami pun kecil je, memang kami ni budget traveller. Yang penting ada bilik air sendiri, bukan syer2. Jadi kalau korang rasa nak bilik yang lebih luas dan selesa pun boleh je, asalkan ada duit. Cuma aku tak pasti samada boleh upgrade bilik atau tidak kalau beli voucher macam aku ni.

Let say korang ni nak lagi jimat, boleh je naik cruise tanpa sewa bilik. So malam2 tu korang boleh la melepak di mana-mana. Tak perlu risau sebab ada banyak kerusi dan sofa disediakan. Lengang sangat orang sebab aku rasa semua orang melepak dalam bilik atau mana2 club/restaurant.


Setiap bilik disediakan souvenir dari Genting Hong Kong. Aku takut2 nak ambil sebab bila tengok harga gift ni dekat kedai souvenir, above RM500! Juling mata aku, biar betul! So aku confirmkan dengan pekerja di sana, diorang kata memang dia bagi free je, cuma if nak extra, kena belilah dengan harga cekik darah tu. So sekarang souvenir tu selamat dalam boot kereta aku, sampai hari ni aku asik lupa nak keluarkan.


Seperti yang aku cerita dalam entri sebelum ni, dinner dan breakfast di sini memang free buffet. Memang banyak pilihan makanan dan sangat puas hati. So kat sini tak perlu diet2, makan je semua. Lepas tu baru boleh cuci semua lemak dengan Herbalife Tea-Mix. Ok itu iklan sekejap.


Sepanjang sehari semalam aku atas kapal ni, memang ada banyak aktiviti. Kita kena alert lah dengan tentatif yang diberi dan poster2 yang bertampal di setiap pintu masuk restoran/club etc. Eh casino dan 'pertunjukan adult' pun ada tau! Tapi privacy kot.

Sementara menunggu lif

Korang jangan ingat aku gi masuk pulak. Dah kata aku merayau keliling kapal malam tu, so semua map atas kapal aku dah hafal (tapi sebab lambat update, aku dah lupa). Masa tau ada event sebegitu semua, aku jadi takut pulak. Banyak nya benda2 munkar atas kapal ni, Ya Allah janganlah kau tenggelamkan aku dengan mereka ni. Ha sampai macam tu...

So conclusion nya, memang best! Best kalau korang nak jadikan ini sebagai experience korang. Rasa romantik je duduk kat dect teratas dengan hubby sampai layan angin malam.

Ni belum malam tapi hampir senja

Cuma, aktiviti tu tak berapa best untuk kita yang muslim ni. Unless kau ada duit nak masuk spa atau nak masuk semua club dan casino tu. Eh jangan lah korang! Setakat 1 malam atas kapal ni cukuplah. Kalau 2 ke 3 malam kami atas kapal ni, tak tau dah nak buat apa. Kalau ada swimming suit, mungkin best sikit kot.

Pool yang sentiasa lengang

Dari segi layanan, anak kapal sangat baik dan helpful. Kebanyakannya adalah dari Thailand, Indonesia, Malaysia. Mereka offer kami ke Krabi, of course not for free lah kan. InsyaAllah memang aku teringin ke sana, tapi bukan naik cruise ler. Hihi naik flight kan cepat sikit sampai.

The best part is, mereka alert yang kami ke sana untuk celebrate besday (based on hubby’s IC kot). Walaupun sebenarnya 2 in 1, his besday and our anniversary. Itu yang disediakan kek untuk hubby, siap bagi surprise card depan bilik. Walaupun kek kecik but its ok. Pada aku, peringatan tu yang penting, tanda dihargai.

So itu je kot. Entri ni bukan berbayar pun dari Star Cruises. Heheh!





8 comments:

  1. Selamat pagi,

    Nak tanya, jika saudari tinggal di cruise dahulu ke hotel dahulunya? Kalau di cruise dahulu, macam mana saudari pergi ke hotel? Drive sendiri dari jeti swettenham?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pilih stay di cruise dulu. Depends kepada waktu kita sendiri sebenarnya, yang penting kena bagi confirmation dekat travel agensi tu tarikh yang kita pilih untuk kedua2 tempat tu. btw, cruise bukan berlayar setiap hari dalam seminggu ye. kena tengok jadualnya di website dulu. ataupun awak call terus ke travel agensinya dan tanya ttg schedule cruise.

      kami naik kereta dulu sebab nak berjalan banyak tempat. so dari cruise ke hotel naik kereta je lah, guna GPS. jauh juga hotelnya tp ok je sbb penang tak jam. if u naik flight, guna taxi je lah dari cruise-hotel. no problem, taxi banyak.

      Delete
  2. nak tanya..perlu ada passport ke untuk naik cruise ni?n apa procedure?kne book tket awal2 or boleh walk in bli je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dalam negara (penang) tak perlu pasport. kalau cruise ke krabi / singapore perlu pasport. depends nak book awal or terus beli di kaunter sana. tapi kalau duduk jauh dari penang, baik book dulu.

      Delete
  3. salam maaf , sy nak tnya .. kalau sy nak naik cruise tanpa mnginap boleh ke?? mcm mne nak cari tiker untuk naik cruise sahaja .. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. nak naik cruise memang kena menginap sebab cruise hanya start berlayar jam 7pm. Tapi ada pilihan untuk tak ambil bilik, boleh lepak dekat luar, ada banyak kerusi disediakan. kalau nak tiket, blh ke link sy bg atas tu.

      Delete
  4. salam... nak promo sikit. kami ada menawarkan pakej star cruise dengan harga yang murah. layari laman web kami untuk maklumat lanjut.

    terima kasih tuan tanah ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tuk date 12/8 ni ada x untuk 4 org

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...