Friday, March 30, 2012

Lets Honeymoon, Newlyweds! RM25 to all destinations!



Hai salam Jumaat. U’olls... tau tak tentang promosi Air Asia sekarang ni? Promosi2 sebelum ni saya dok tengok2 je, kali ni turn saya pula book! Alhamdulillah... dapat jugak lah ke Sabah dengan harga RM55. Pergi balik berdua hanya RM220 sahaja. Tak cukup murah lagi, nak free pulak? Hah, tunggu lah korang kot2 ada rezeki nanti. Saya nak cari tiket yang RM55 ni pun dah tensi sebab tiap kali nak bayar, akan ada error. Try book lagi sekali harga dah naik RM119.  At last, dapat jugak tapi hujung tahun. Ok lah tu...


Klik untuk tumbesaran


So sesiapa newlyweds yang belum pergi honeymoon, atau nak berhoneymoon kali ke 2, 3 tu, jom book AirAsia sebelum 1 April. Yup esok lusa aje... Cepat2 ke website AirAsia. Pandai2 lah korang mencari ke destinasi mana yang murah dan best ye! Hotel tu nanti2 baru fikir. InsyaAllah kamu tak akan tidur di jalanan dengan adanya agoda.com

Ok bercerita tentang agoda.com, ia adalah website untuk memudahkan pencarian hotel dengan harga best deal, seterusnya memudahkan kita book hotel tersebut.  Tanpa bayar apa2 pun ok, free cancellation fee dan no hidden charge (tax & service charge included). But of course kena bagi payment detail. Saya guna Maybank debit card je (with Visa). Actually saya memang selalu survey hotel melalui agoda.com sebab senang, tapi tak tahu pulak rate harganya sangat murah. Kadang2 dah murah, siap ada discount lagi.

Ada beberapa tips dari kakak2 senior lab tentang cara mencari hotel di agoda.com. First is to type the destinantion. Saya beri contoh Kota Kinabalu. Then masukkan tarikh check in dan check out. Enter search button! Kamu akan di beri senarai hotel. So ikut lah kamu nak hotel berapa bintang, ikut budget dan keselesaan masing-masing.


Klik untuk tumbesaran


Saya ambil 3 bintang je sebab kami lebih kepada aktiviti outdoors, bukan nak terperuk je di bilik. Nama pun 2nd honeymoon. Meh nak bisik sket, first honeymoon nanti saya ambil bilik with jakuzi dan indoor swimming pool. Tapi tak book lagi, so malas update. Lagipun itu Iris Awana yang sponsor. =)

Tapi selain dari mengambil kira 'bintang' hotel, kena tengok juga rating yang diberi (atas kanan). Saya pilih Gaya Center Hotel sebab dari 2177 reviewers, mereka memberi average 8.3 / 10 rating which is fantastic! Memiliki sifat susah untuk berpuas hati, saya search tentang hotel tu pulak (iyalah, bukan well known hotel pun). Alhamdulillah, dekat dengan pusat bandar, pusat membeli belah, pasar filipina dan tepi laut!


Ok rasanya dah cukup detail. Cari dan menanglah tiket flight dan hotel yang murah. Good luck semua! 





 Thanx for reading 







Friday, March 16, 2012

JPO stands for Johor Premium Outlets

Sambungan lagi dari cerita minggu lepas, lepas kenduri kahwin Yan, kami terus ke Johor Premium Outlets (JPO). Motifnya adalah untuk menghilangkan segala lemak selepas makan dengan jayanya di majlis tersebut.

*Tukar mood serius*

Johor Premium Outlets dibuka secara rasmi pada 11 Disember 2011 dan waktu operasinya adalah pada setiap hari dari jam 10pagi ke 10malam.

Untuk sesiapa yang selalu melalui highway PLUS menghala ke Selatan (~Km 11) pasti kamu akan nampak signboard besar JPO dengan pelbagai jenama antarabangsa dipaparkan.

Di JPO, terdapat lebih dari 80 outlets yang menjual barang berjenama dengan harga yang lebih murah.  Contoh outlets yang saya masih ingat seperti Burberry, DKNY, Esprits, Ralph Lauren, Fossil, Padini, Guess, Roxy, Timberland, Coach dan juga jenama cadar terkenal, Akemi!


Untuk sesiapa yang ingin kesana, boleh ikut panduan yang diperoleh dari blog ini.

Dari Singapura melalui Woodlands
Singapura Sultan Iskandar Ciq JB Jalan Yahya Aldatar Lebuhraya Tebrau Lebuhraya Utara Selatan Exit 253 Exit 304 Exit 302A Johor Premium Outlets (JPO)
Dari Sinagpura melalui 2nd Link
Singapura Tuas Lebuhraya Hubungan Kedua Malaysia Singapura Exit 304 Exit 302A Johor Premium Outlets (JPO)
Dari Kuala Lumpur
Kuala Lumpur Lebuhraya Utara Selatan Lebuhraya Hubungan Kedua Malaysia Singapura Exit 253 Exit 304 Exit 302A Johor Premium Outlets (JPO)

Saya memang betul-betul mencuci mata. Selain dari melihat pakaian, saya tertarik dengan design bangunannya. Boleh dikategorikan sebagai open-air shopping complex kerana hanya outlets terletak di dalam bangunan manakala ruang legar nya berkonsepkan outdoors. Ia seakan-akan taman di dalam bangunan.  Mungkin gambar di bawah boleh memberi sedikit imaginasi tentang apa yang saya ingin sampaikan.





So selain dari menjimatkan penggunaan air-cond dan elektrik, kaum-kaum bapa boleh bersantai bersama anak-anak sementara menunggu isterinya shopping! Satu perancangan yang bagus, kan?


Sebetulnya, kalau hanya untuk window shopping, masa 2 jam sudah mencukupi. Cuma saya pergi agak lewat dan terpaksa makan dan sembahyang Maghrib di sana. Agak kecewa sebab food courtnya yang cantik tak mempunyai banyak pilihan makanan dan suraunya pun agak kecil.




Sebelum balik, sempat singgah Fossil untuk snap gambar wallet murah RM80 untuk tunjuk si dia dan juga ambil gambar JPO night version!






Bye-bye JPO! Kita jumpa lagi nanti untuk hantarans hunting.




 Thanx for reading 







Wednesday, March 14, 2012

Izyan's Solemnisation and Reseption



Bersambung dari perjalananku meeting dari JB ke Melaka ke Uniten dan ke Melaka semula, Ahad pagi-pagi kami dah bertolak balik dari Melaka ke JB semata-mata nak hadiri pernikahan labmate, Izyan (yang aku presentkan slide dia tu). Agak sedih di situ sebab walaupun dah cuba pecut kereta 140km/hr (tu je aku mampu), masih tak sempat nak sampai JB sebelum pukul 9pagi. 

Walaupun dah terlambat, aku sedapkan hati sendiri, kot2 pak imam tu terlambat bangun ke, nikahkan orang kat tempat lain dulu ke, supaya aku sempat sampai tengok Yan nikah. Tapi, tak de rezeki aku. Tak pe, yang penting mereka selamat dinikahkan.

What I can say is, pak imam, ketua kampong yang duduk di bandar semua punctual. Kalau dah kata nak nikah pukul 9pagi, pukul 8.50 diorang dah terpacak depan rumah pengantin. Tapi kalau kat kampung... MasyaAllah! Janji pukul 9 malam, 10.30 malam baru nampak batang hidung pak imam tu! Betul tak my beloved cousin, Hafizah Saadan?

Kami sampai dalam pukul 10.30pagi, nasib baik majlis masih meriah. Dapatlah aku masuk 1,2 gambar dalam kamera OP Izyan sebelum aku balik bilik qada’ tidur aku. 



Saat paling best untuk pernikahan di Johor, lafaz Sakinah 
Syahdunya. Nasib aku tak ada, kalau tak, join menangis 
Lepas part sedih. Happy moment 
Di pelamin nikah. Pelamin pagola yang cantik! 
Whos next??? 

Lepas qada' tidur, bangun je terus perut menyanyi minta diisi. Teruk betul. Terus siap2 ke majlis Yan di dewan Alumni, UTM. Motif? Makan! Lauk pauk dari Pak Lah's catering sangat best! 


Orang kurus, pakai apa pun cantik kan 
They r so sweet together. Individually tak ye ;P
Labmates - Lab Atas Bukit 

Tahniah Yankumi dan Hadi. Kami doakan semoga korang berdua sentiasa bahagia, kekal ke anak cucu dan seterusnya ke syurga. Amin...





Thanx for reading 







Monday, March 12, 2012

Meeting at Residence Hotel, Uniten


Okay ini cerita Sabtu lepas tapi tak sempat update sebab busy... (kali ni betul busy). Sabtu lepas ada meeting project kami, Robust Enzyme di Residence Hotel Uniten. Tapi disebabkan kekurangan bajet, kami kena cari alternative lain selain tidur di hotel tersebut. So aku menumpang rumah mak cik di Melaka.

Kami patut pergi berempat, tapi Kimi sakit, dan Izyan pulak cuti kawen, so tinggallah aku dan Kak Atul. Suddenly Bos bagitahu suruh aku presentkan slide Kimi. Fine... nasib baik tahu sikit2 tentang project dia. So malam tu stadilah sket pasal apa yang nak dipresent slide Kimi. Supaya senang nak goreng nanti. Then dok google map pulak untuk ke hotel tersebut. Serius tak paham direction dia, so aku tidur je dengan harapan dapat mimpi direction tersebut.

Tidur pukul 2, bangun pukul 5, then drive dari Melaka ke Residence Hotel tanpa tahu jalan mana yang patut lalu. Malas lah cerita panjang, kami jumpa juga tempatnya sebelum meeting start dan lagi penting, sebelum Bos sampai!

Ingatkan nak lah melayan mata yang mengantuk ni, tapi tiba2 Bos datang dok sebelah aku! Banyak pulak yang disuruhnya. Tukar perbelanjaan itu, edit slide dia, tambah slide Laura. Bagus jugak, sebab aku terus hilang mengantuk! Bila dah ditengok banyak yang aku tolong, tu yang agaknya dia willing nak presentkan slide Kimi. Aku Cuma presentkan slide Izyan. Itu pun banyak Bos tolong explain kat kengkawan sume tu. Aku memang tergagap2 lah kalau sume Dr & Prof mula menyoal bertubi-tubi.

Situasi meeting agak tegang, Cuma sesekali sahaja ada gelak & tawa. So tak berani nak ambil gambar. Kena berlakun serius jugak (dok sebelah Bos kan...) Hanya waktu makan je rasa heaven, dengan chocolate fountain nya...  Fuh! Aiskrim je tak ada. Hanya ini je sebab yang boleh membuatkan aku teruja pergi meeting.


Tengok, panjang tangan aku capai makanan






Next Entri: Izyan's solemnisation and reseption

 Thanx for reading 







Saturday, March 3, 2012

Senarai Andaman di Segamat, Johor



Seperti yang dijanjikan, di sini ada beberapa list Andaman dari Segamat. Harap boleh membantu kamu semua.

1. Iris Awana Wedding Planner (Highly Recommended)
My wedding planner. Ada servis termasuklah catering, Andaman, khemah, fotografi, kad kahwin dan persembahan  (kompang, tarian etc) dengan harga berpatutan. Boleh ke websitenya (sini) atau FB nya (sini). Contoh pelaminnya seperti di bawah (letak lebih sket sebab ada banyak cantik2).


Pelamin colorful arabian


Pelamin pokok sakura?


Pelamin tiang roman, not as usual tiang roman


2. Pusat Kecantikan Puteri (Highly Recommended)
Ownernya adalah my cousin, Kak Iza Maria. Selain Andaman, di PKP ada menyediakan khidmat spa (facial, sauna, massage, manicure & pedicure). Kalau nak memanjakan diri macam puteri, meh datang sini! Spa/Bridal nya terletak di Taman Utama (berhampiran Kipmart). Boleh ke websitenya (sini) atau FBnya (sini). Contoh pelamin:


Pelamin 1 panel


3. Ellyna Bridal (Recommended)
Ini adalah mak andam saya semasa bertunang. Kalau nak tengok contoh make up dan pelamin mininya, boleh ke entri bertunang saya (sini). Contoh pelamin lain seperti di bawah. Kedainya terletak di Bukit Siput. Sori saya tak tahu if mereka ada website tapi kalau ada pertanyaan, boleh contact salah seorang pekerja (pak andam saya dulu) di FBnya (sini).


Pelamin astana (wrought iron)


4. Ellif Bridal
Saya tak kenal personally siapa mereka, tapi dari gambar2 yang di'stalk', MUA mereka adalah orang yang sama dari Ellyna Bridal. Adakah Ellyna Bridal sudah bertukar nama? Im not sure. Tapi pelamin mereka memang cantik! Kedainya di Bandar Putra dan kalau nak cuci mata, boleh ke FBnya (sini).


Pelamin bulat (cinderella-look-alike)


5. Amalina Bridal
Saya pernah jumpa dan lunch bersama Lin ni. Muda lagi Lin ni tau. Dulu2 dia ikut aunty dia mengandam, sekarang dia tgh nak set up bisnes sendiri. So any pelamin baru, dia akan cuba buatkan sebab dia pun nak simpan buat koleksinya sendiri. Boleh ke FBnya (sini) dan contoh pelamin di bawah.


Pelamin 3 panel


6. D'Kay's Idaman
Rasa macam pernah dengar dan pergi ke D'Kays Idaman ni. Mungkin di belakang Upwell Segamat. Untuk tahu lebih lanjut, terus ke fabpage D'Kay's Idaman (sini). Saya percaya mesti ada banyak pelamin di butiknya, cuma tak di upload ke FB. So far ni je yang saya jumpa yang agak lain dari lain, pelamin berkembar untuk 2 pasang pengantin.


Pelamin 3 panel, pelamin berkembar




Mana2 yang saya tak recommend tu bukan bermaksud tak bagus ya, cuma saya tak pernah berurusan dengan mereka, setakat kenal2 camtu je, so tak berani nak jamin. Tapi kalau nak deal dengan andaman 1,2 dan 5 tu, jangan lupa bagitahu Zura yang recommend. Ceh ceh nak ada nama jugak. 


Ok lah u'olls. Ada beberapa lagi Bridal, tapi lain kali lah akan diupdate lagi, di entri ni jugak ye. 








 Thanx for reading 







Thursday, March 1, 2012

Bride To Be Blogger???

Aku nak jadi B2B (bride-to-be) blogger, tapi rasa macam tak layak. Kebanyakan mereka akan DIY (do it yourself) segala persiapan perkahwinan. Dari yang penting (pelamin, baju, bunga tangan, etc) hinggalah yang remeh (quest book, photo booth) ß pada aku remeh kot.

Kagum jugak aku dengan mereka ni. Tapi aku? Ntah bilanya nak DIY. Dari sehari ke seminggu ke sebulan, berangan je lah nak buat semua tu. Punyalah belek majalah dan blog sana sini, tapi semua perancangan tu tersimpan dalam otak je. Mesej tu tak dapat disampaikan ke tangan untuk jadi se-kreatif mereka. Selebihnya, aku ni tak de masa dan besar huruf M, Malas!

Tapi tak pe lah, walaupun tak banyak info, syer sikit dengan korang pun jadi lah. First of all adalah tentang vendor yang dipilih. Sebab aku pernah rasa susahnya nak cari vendor di Segamat. Especially kita-kita yang akan buat majlis di Segamat, tapi kerja/belajar di luar Segamat ni kan. Bukan tetiap minggu balik kampong tuk survey mak andam. Kalau nak cari thru FB ke belog, tak ramai mak andam segamat ni rajin promote secara online, atau mungkin google search tapi tak kena keyword nya... (apa aku cakap ni?)

Selain tu, aku nak shortlist kan vendor2 yang bakal dipilih. So tak payahlah aku tulis atas kertas kan, jimat penggunaan pokok. Kalau dah ditulis di dalam blog, senang sket nak cari semula dan terus ke link mereka.

So sekarang, Alhamdulillah, 90% dah tak payah pikir. Tak payah pikir ye, bukan dah siap! Cuma dah di sub-sub tugas. Nanti akan update details nya.

Oh ya, walaupun tak dapat nak jadi B2B blogger sejati, aku nak juga make over blog ni tuk amik mood wedding (haruslah selari dengan entri kan). Header sebelum ni gambar aku (seperti di bawah), macam dah busan tengok. 


Sebelum


Selepas

Kali ni cuma ubah gambar, dan diblur. Low profile kononnya. Thanx to Wan Hazel yang buatkan template dulu dan sekarang. Harap lepas ni akan rajin update. 

So itu je untuk hari ini. Nantikan entri yang aku dok janji dari haritu tentang servis iris awana, sewaan dulang hantaran dan persiapan perkahwinan in detail.








Thanx for reading 







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...