Assalamualaikum
Minggu ni aku masih berada dalam mood pertunangan. Cewah... Jangan muntah. So sebelum mood tu hilang, aku nak update gambar seberapa banyak yang boleh. Ingat hari ni ingat nak update gambar hantaran, tapi rasa cam tak best la kalau tak letak gambar pertunangan dulu.
Semua gambar aku dah upload di FB. Sekarang ni, aku open gambar tu kepada semua friend of friend. Tak lama lagi, bila mood bertunang tu dah hilang, aku akan restrict kepada friends only. Aku sesaje open gambar di FB tu sementara waktu untuk promote mak andam, pembuat kek dan penggubah hantaran aku. Sebab aku puas hati sangat100x dengan diorang ni, so nak la promote kan bisnes diorang.
Anyway, thanx kepada semua yang ucap tahniah dan cakap aku cantik. #_#. Ade jugak beberapa strangers di FB (ntah bila aku accept die dalam frenlist aku pun x tau) tanya pasal hantaran, make up dan pelamin. Aku dah bagi contact number diorang. So kak Shima n Emmy, nanti nak upah tolong promote ye... Hehe. Tak ikhlas betul.
Ok ok x mau cakap banyak-banyak, jom tengok gambar. Dekat bawah ni de beberapa gambar pertunangan aku. Selebihnya boleh tengok kat FB aku sebab susah nak upload kat blog ni. Nak kene resize dulu la itu la ini la. Sampai ke malam tak siap la jawabnya. Atau mungkin ada shortcut tapi aku je yang x tau. Memang aku ni ada buta IT sket... Redha je.
Mini pelamin sesuai untuk pertunangan dan akad nikah |
Sangkar ni aku request sendiri dari mak andam |
Bilik jangan diabaikan. Hanya perlu tampal sticker untuk meng'english'kannya |
Bunga yang tak sempat digubah. Hentam je... Asalkan pink! |
Hantaran dariku. Pink purple dengan deco sangkar. Love! |
Hantaran darinya. Green with white roses. Looks fresh! |
Labmates dah sampai dari JB, aku tak siap-siap lagi |
Lepas make up |
Orang-orang kuat majlis |
Hasil tangan Emmy dari Ellyna Bridal |
Baju dari Elena Boutique. Nak sewa? Call me. |
Rombongan lelaki |
My future sister-in-law. InsyaAllah |
Nur Insyirah Damia. Flower girl? Lebih kurang la... |
Tada...!!! My Mr Fiancee |
Doakan kami ye... |
FYI, sume gambar ni tak diedit. Ade yg dari kamera hanfon aku, ade dari kamera kawan dan ade dari DSLR. So kalau korang perasan kualiti gambar semua berbeza. Apa? Tak perasan? Baguslah, maksudnya kamera hanfon aku ni setaraf DSLR la ye? Ok sampai sini dulu. Jumpa lagi. Bye!
No comments:
Post a Comment