Saturday, February 25, 2012

Dulang Hantaran Berpayung


Tak tahu lah nak cakap macam mana. Dalam pelbagai masalah datang dalam menguruskan hal-hal perkahwinan, Allah temukan aku dengan hambaNya yang baik hati. Sedikit sebanyak buat hati yang sedih ni bertukar ceria dan bersyukur.

Ok, ceritanya tentang dulang hantaran. Untuk dari lelaki, kami dah beli bekasnya. Murah je, dan berbaloi sebab nak disewakan nanti. Tunggu masa je nak publish iklan sewa tu. Dari perempuan pula, tengah mencari-cari. Aku berkenan yang berpayung macam ini. Nak beli mahal, so konon nak sewalah...

Dulang berpayung. Tunjuk sikit je...

Credit pic to itawazi.blogspot.com. Siap ada nama kedai dan num fon lagi, punya lah copy paste pemalas nak crop kan. Okay iklan sekejap. Di Hijabiza, selain menjual hijab, boleh juga sewa dulang hantaran begini. Hanya contact nombor di atas dan harga boleh dirunding.

Tapi untuk aku, free aje. Cuma kena deco sendiri. Of course lah boleh kak... Saya kan kreatif... (Tipu!)

Boleh baca tak? Maaf tulisan kabur.

Phew! setel bab hantaran! Terima kasih akak!

So sesiapa yang nak cuba nasib tray free jugak, try lah contact dia. Hihi. Fb nya Hijabiza Segamat. Selain hantaran, square hijabnya cantik2 sampai aku yang dah lama tak bertudung begitu (macam sebelum ni tak bertudung pulak kan, i mean aku yang selalu ber'shawl') pun rasa teruja.






 Thanx for reading 







Sunday, February 19, 2012

Pada Tarikh Ini...

Pada tarikh ini, satu tahun yang lepas, aku sedang kalut lagi mengemas bilik, menggosok baju, dan tak hiraukan hiruk pikuk yang terjadi di luar. Aku percaya mak dan abah boleh handle semua hura-hara itu.

Tepat jam 11.00 pagi, tetamu dah memenuhi ruang untuk bacaan Yaasin dan cukur jambul Delisya Dania. Alhamdulillah selesai dua majlis, cuma kekalutan aku tak selesai lagi bila last minit nak kena tukar langsir bilik (entri ini). Dengan henfon kena block, memang aku tak dapat nak update dengan kawan-kawan dan Mr.F yang nak datang.

Jam 1.00 tengahari, mak andam sampai, coreng-corengkan muka aku, siap, balik! Padahal bunga tangan aku dia tak bagi! Nak call pun tak boleh, so redha je.

Jam 2.00 ptg mereka sampai, berbincang sekejap yang aku tak sempat nak rasa nervous pun, dah dipanggil keluar. Syukur, kami selamat bertunang lebih kurang jam 2.30 petang 19 Febuari tahun lepas.

Hari ini, genap setahun kami bertunang dan banyak sungguh ujian orang darah manis ni. Cuma ujian ini bukanlah dari pergaduhan kami, tapi lebih kepada dalam melaksanakan majlis. Aku dah cuba buat yang terbaik dan termampu, tapi bila masalah luaran, campur tangan orang, ego, pentingkan diri, kisah-kisah silam datang, susah untuk aku puaskan hati semua orang. Kenapalah mesti merumitkan sebuah perkahwinan?

Seperti cerita budak lelaki, datuknya dan keldai. Masuk ke kampung A dengan budak lelaki menunggang keldai, akan dicemuh budak lelaki itu kerana membiarkan datuknya yang dah tua berjalan kaki. Masuk ke kampong B dengan datuknya menunggang keldai, akan dicemuh datuk itu kerana membiarkan cucunya yang masih muda berjalan kaki. Masuk ke kampong C pula tanpa sesiapa menunggang keldai, dikatakan bodoh kerana tidak menggunakan haiwan itu sebagai pengangkutan.

Cerita ini selalu aku dengar dari kecil, tapi tak de lah aku nak samakan sesiapa dengan budak lelaki, datuk atau keldai. Persamaan hanya pada masyarakat tersebut, tentang kita tak boleh memuaskan hati semua pihak. Tapi percayalah, aku dah cuba yang terbaik!

Sudahlah, macam melalut. Terima kasih kalau ada yang sudi membaca. Doakan yang terbaik ye. Oh ya, happy 1st engagement anniversary Mr.F! InsyaAllah tak ada 2nd engagement anniversary sebab kita nak kawin tahun ni juge.... Hehehe...







? Thanx for reading ?







Kebaikan dan Tips Memilih Wedding Planner


Hai. Lama tak jumpa since entri sebelum ni tentang Iris Awana Wedding Planner. Satu bulan satu entri, teruk kan? Ok hari ni nak sambung cerita tentang wedding planner (wp), tapi bukan tentang Iris Awana, tetapi secara general tentang kebaikan, keburukan dan tips memilih wedding planner. (sesekali update nak lah cerita panjang)

Setelah disurvey dari ex-bride, ramai yang kata banyak perkara yang perlu dilakukan untuk melangsungkan perkahwinan dengan sempurna. Untuk saya yang ‘busy’ labwork, ditambah kesudian ayahanda dan bonda untuk sponsor, besarrrr tapak tangan saya untuk menerima cadangan mereka memilih wp. Nampak macam best je kan. Tapi wp Segamat tak sama ngan KL ye... So jangan expect apa-apa, cuma konsep je sama, khidmat pakej di bawah satu bumbung. So, antara kebaikannya:

1. Memudahkan
Baju nikah, baju sanding, pelamin, mak/pak andam, kanopi, meja makan, bilik tidur, hantaran, catering/rewang, menu sajian, santapan pengantin, fotografi, videografi, kad kahwin, banner & banting, PA system, cenderahati, flower girl, sign board. Phew! Baru listing dah pening kan? Walaupun ada sedara-mara membantu, tetap pening dan celaru mencari dan membuat pilihan.

2. Tidak perlu buang masa
Untuk orang yang busy/suka buat busy cam saya ni sesuailah, tak perlu buang masa, minyak kereta, tenaga dan idea untuk survey sana sini dalam satu masa menguruskan hal yang berbeza.

3. Mahir dan berpengalaman
Kebanyakan mereka adalah berpengalaman dan boleh berkongsi idea dengan kita dalam mengatur rentak perjalanan majlis, tema dan konsep, dan memastikan semua persiapan berjalan lancar.

4. Harga lebih murah
Wp membantu berbincang tentang bajet dan tawaran yang disediakan untuk menjimatkan kos. Ini hanya berkemungkinan sahaja ye. Mungkin ya, mungkin tak, depends kepada wp yang dipilih. So cari betul2!

Tapi, tepuk dada tanya selera! Kalau nak menggunakan khidmat dari vendor berlainan pun ok jugak. Sebab, mana lah tahu tetiba wp ni buat hal, habis ruin semua perancangan yang dah dibuat kan? (takut pulak tetiba, doakan wp saya tak buat hal)

So, tak nak lah cakap keburukan menggunakan wp ni, takut pulak. Kita lencong sket tajuk kepada kebaikan menggunakan vendor berbeza:

1. Mendapat tajaan
Wah ini best! Mungkin ada insan yang berhati mulia nak sponsor, so bolehlah kamu pilih pakej-pakej yang ditawarkan.

2. Membanding dan memilih
Pilih yang cantik, bagus tapi harga murah! Pastikan pilihan memuaskan hati semua pihak. Tapi, jangan sampai terlalu memikirkan bajet, takut tidak selari dengan semua persiapan. Nanti pelamin semua dah cantik2, datang pengantin dengan make up, ya ampun! Tu lah, nak murah sangat.

3. Kepakaran berbeza
Bidang masakan, andaman dan dekorasi adalah bidang yang berbeza. Jadi, buatlah pilihan yang bijak sebelum setuju bekerjasama dengan pihak tersebut.

So, bagi sesiapa yang nak pilih wp, ini ada beberapa tips yang diambil dari majalah:

1. Survey dengan bertanya kepada rakan-rakan atau sedara-mara tentang cara kerja wp (jika mereka pernah menggunakan khidmat wp tersebut)
2. Cari dan book wp seawal setahun dan selewat-lewatnya 6 bulan sebelum untuk memberi masa kepada wp membuat persiapan majlis kita
3. Cari yang berpengalaman dan mampu memikul tanggungjawab tersebut
4. Selalu berbincang supaya tak miscommunication (nak lain, dapat lain)
5. Cari wp yang boleh berbincang, menerima idea kita, sabar, sanggup menerima teguran dan boleh memahami masalah, situasi dan emosi pengantin dan keluarga

Sekian sahaja untuk hari ini, harap membantu B2B di luar sana.  







? Thanx for reading ?







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...