Hai. Lama tak jumpa since entri sebelum ni tentang Iris Awana Wedding Planner. Satu bulan satu entri, teruk kan? Ok hari ni nak sambung cerita tentang wedding planner (wp), tapi bukan tentang Iris Awana, tetapi secara general tentang kebaikan, keburukan dan tips memilih wedding planner. (sesekali update nak lah cerita panjang)
Setelah disurvey dari ex-bride, ramai yang kata banyak perkara yang perlu dilakukan untuk melangsungkan perkahwinan dengan sempurna. Untuk saya yang ‘busy’ labwork, ditambah kesudian ayahanda dan bonda untuk sponsor, besarrrr tapak tangan saya untuk menerima cadangan mereka memilih wp. Nampak macam best je kan. Tapi wp Segamat tak sama ngan KL ye... So jangan expect apa-apa, cuma konsep je sama, khidmat pakej di bawah satu bumbung. So, antara kebaikannya:
1. Memudahkan
Baju nikah, baju sanding, pelamin, mak/pak andam, kanopi, meja makan, bilik tidur, hantaran, catering/rewang, menu sajian, santapan pengantin, fotografi, videografi, kad kahwin, banner & banting, PA system, cenderahati, flower girl, sign board. Phew! Baru listing dah pening kan? Walaupun ada sedara-mara membantu, tetap pening dan celaru mencari dan membuat pilihan.
2. Tidak perlu buang masa
Untuk orang yang busy/suka buat busy cam saya ni sesuailah, tak perlu buang masa, minyak kereta, tenaga dan idea untuk survey sana sini dalam satu masa menguruskan hal yang berbeza.
3. Mahir dan berpengalaman
Kebanyakan mereka adalah berpengalaman dan boleh berkongsi idea dengan kita dalam mengatur rentak perjalanan majlis, tema dan konsep, dan memastikan semua persiapan berjalan lancar.
4. Harga lebih murah
Wp membantu berbincang tentang bajet dan tawaran yang disediakan untuk menjimatkan kos. Ini hanya berkemungkinan sahaja ye. Mungkin ya, mungkin tak, depends kepada wp yang dipilih. So cari betul2!
Tapi, tepuk dada tanya selera! Kalau nak menggunakan khidmat dari vendor berlainan pun ok jugak. Sebab, mana lah tahu tetiba wp ni buat hal, habis ruin semua perancangan yang dah dibuat kan? (takut pulak tetiba, doakan wp saya tak buat hal)
So, tak nak lah cakap keburukan menggunakan wp ni, takut pulak. Kita lencong sket tajuk kepada kebaikan menggunakan vendor berbeza:
1. Mendapat tajaan
Wah ini best! Mungkin ada insan yang berhati mulia nak sponsor, so bolehlah kamu pilih pakej-pakej yang ditawarkan.
2. Membanding dan memilih
Pilih yang cantik, bagus tapi harga murah! Pastikan pilihan memuaskan hati semua pihak. Tapi, jangan sampai terlalu memikirkan bajet, takut tidak selari dengan semua persiapan. Nanti pelamin semua dah cantik2, datang pengantin dengan make up, ya ampun! Tu lah, nak murah sangat.
3. Kepakaran berbeza
Bidang masakan, andaman dan dekorasi adalah bidang yang berbeza. Jadi, buatlah pilihan yang bijak sebelum setuju bekerjasama dengan pihak tersebut.
So, bagi sesiapa yang nak pilih wp, ini ada beberapa tips yang diambil dari majalah:
1. Survey dengan bertanya kepada rakan-rakan atau sedara-mara tentang cara kerja wp (jika mereka pernah menggunakan khidmat wp tersebut)
2. Cari dan book wp seawal setahun dan selewat-lewatnya 6 bulan sebelum untuk memberi masa kepada wp membuat persiapan majlis kita
2. Cari dan book wp seawal setahun dan selewat-lewatnya 6 bulan sebelum untuk memberi masa kepada wp membuat persiapan majlis kita
3. Cari yang berpengalaman dan mampu memikul tanggungjawab tersebut
4. Selalu berbincang supaya tak miscommunication (nak lain, dapat lain)
5. Cari wp yang boleh berbincang, menerima idea kita, sabar, sanggup menerima teguran dan boleh memahami masalah, situasi dan emosi pengantin dan keluarga
Sekian sahaja untuk hari ini, harap membantu B2B di luar sana.
? Thanx for reading ?
No comments:
Post a Comment