Sunday, December 28, 2014

La Bonita Casa Villa, Bandung


Salam. Sementara ada kerajinan, rasa macam nak menyambung cerita Bandung. Tapi rasa macam tak sesuai pula lebih2 lagi waktu Malaysia dilanda musibah ni. So kita skip dulu cerita jalan2 di sana tapi aku bagi guide macam mana nak book hotel di booking.com ye.

As in previous post ada mention kami stay di La Bonita Casa Villa kan? Nak cerita detail lagi tentang villa ni sebab tak banyak review walaupun villa ni ok je sebenarnya (hopefully lepas ni datang lagi dapat free extra bed). Hehe.


Main entrance La Bonita Casa Villa
 
Villa 2 tingkat ini mempunyai 3 bilik di tingkat bawah dan 2 bilik di tingkat atas. Kesemua 5 bilik mempunyai aircond, TV, almari, side table dan private bathroom with hot shower. Setiap bilik disediakan katil queen. Kecuali master bedroom disediakan king bed dan ada bathtub dalam bilik airnya. Two extra single bed disediakan di dua buah bilik. Di ruang tamu pula disediakan 1 extra bilik air so total keseluruhan bilik air adalah 6.


King size bed di master bedroom

Bathroom di master bedroom


Ruang tamu pun agak luas sebab disekalikan dengan ruang makan dan ruang menonton TV. Kalau family members yang ramai tu boleh je tido di sofa sebab sofanya agak selesa. Kalau nak lepak2 surf internet pun boleh sebab mereka menyediakan wifi percuma yang sangat laju!




Disinilah tempat kami berkumpul setiap malam untuk kira2 duit dan bajet setiap orang. Yang paling serabut dah tentunya si Mr and Mrs Bendahari. Minta dan pulang duit/hutang dah macam main Saidina. Kenangan.






Kemudahan lain macam peti ais, dapur memasak, ampaian baju, sejadah, seterika dan tuala semua disediakan. Cuma mesin basuh je tak ada tapi kita boleh hantar baju di dobi berhampiran.

Villa ini dijaga oleh 2 orang lelaki. Salah seorang Wahyu namanya. Mereka yang akan menyediakan sarapan setiap pagi. Selalu yang dimasak adalah nasi goreng atau naik berlauk. Pagi2 makan nasi lauk fuh! Dan sarapan mereka memang sedap dan kena dengan tekak kami ni. Habis licin semua siap suruh masak second batch lagi. Dan diorang ni juga yang akan basuh dan kemas pinggan mangkuk yang kita guna. Macam di hotel pulak.

Mereka sangat baik melayan kerenah semua orang. Sanggup tolong aku cari dan belikan lesung kayu dan bakul kayu untuk menyimpan nasi. Ni gara2 pesanan last minute dari mak aku lah ni. Kalau nak berurusan dengan mereka pun senang sahaja sebab mereka available via Whatsapp. InsyaAllah kalau kesana lagi, boleh bawa ole2 untuk mereka.


Penjaga villa di kanan sekali 

Part tak berapa best bila villa ni jauh di pedalaman. Walaupun 10 minit je berjalan kaki ke jalan besar, tapi bahaya juga untuk orang penakut cam aku ni. But its ok, kami kan ada supir. Selalunya kami keluar pagi, balik malam. Tak ada masa dan kudrat dah nak berjalan kaki malam2 tu.

So macam mana nak cari homestay guna booking.com? Sebab selalunya kita jumpa hotel je kan. Sapa dah tau gi main jauh2 sebab aku baru je tahu ni lepas balik dari Bandung. 

Pergi ke booking.com, masukkan lokasi dan tarikh macam biasa. Di bahagian tetamu, masukkan ‘pilihan lain’, nombor bilik mestilah satu dan masukkan bilangan ahli rombongan korang.




Ni contoh2 homestay yang disenaraikan. Ada 340 kesemuanya. Dah siap dikira jumlah harga untuk 3 malam termasuk tax. Senang! Nak sort lagi, boleh pilih kategori di atas tu samada resort, apartment, rumah atau villa. Selalunya jika masukkan 12 tetamu, automatik akan diberi rumah 5 atau 6 bilik. So kalau nak rumah kecik, masukkanlah 6-10 tetamu walaupun bilangan tetamu sebenarnya adalah 12 orang. Tak yah skema sangat nak jawab soalan dia. Faham tak penerangan ni? Tapi kena tengok juga syarat2 nya, ada rumah yang sangat mengambil berat bilangan tetamu, so extra bed yang disediakan akan dicas berlainan.

Sebenarnya aku merancang ke Bandung lagi bulan September 2015 ni. Kali ini dengan family pula. Dah beli tiket dah pun. So disebabkan dah pandai guna booking.com ni, banyaklah pilihan homestay yang ada. Ini senarai homestay dan harga untuk 3 malam yang aku dah shortlisted.

1. Rose Villa Homestay (6 bilik RM1620)
2. La Bonita Casa Villa (5 bilik RM1300)
3. Cipedes Villa (4 bilik RM1170)
4. D’Fafifa Guesthouse (3 bilik RM760)
5. Cipedes Apartment (3 bilik RM630, 2 bilik RM450)

Antara kesemua diatas, aku dah booked 3 homestay dengan persetujuan semua. Ini yang salah satu best guna booking.com ni sebab kebanyakannya tak minta booking fee pun! Main book je dulu lepastu baru fikir. Kalau tahun depan ada bajet lebih, kita duduk villa mahal sikit untuk kami 14 orang. Atau mungkin juga 2 unit Cipedes Apartment sebab ada swimming pool. Tengoklah macam mana ye.

Bye!




Global Outreach Program UTM ke Bandung, Indonesia


Salam. Sebelum tu jom doakan mangsa banjir agar diberi keselamatan dan kesabaran menempuh ujian ini. Semoga dipermudahkan urusan semua orang termasuk para penyelamat dan sukarelawan.

Sebenarnya ni entri lama tapi tak post lagi sebab malas. Tapi sekarang macam rajin sikit sebab ramai tak ada dekat lab (menghabiskan cuti tahunan), maka aktiviti2 tak berapa berfaedah lain tak dapat dilakukan seorang diri, maka kita update blog je.

Pertengahan Oktober 2014, aku dan labmates dah ber-short escape ke Bandung, Indonesia. Rombongan ini adalah dibawah program GOP anjuran UTM. Alhamdulillah berkat kerjasama kami semua, dapatlah kami ke sana dengan percuma. Walaupun kertas kerja kami disiapkan disaat-saat akhir, tapi banyak urusan yang dipermudahkan. Rezeki kami pun murah sebab banyak company2 supplier barangan lab dan orang perseorangan yang sudi menaja. Alhamdulillah terima kasih semua! Semoga murah lagi rezeki mereka yang menaja dengan ikhlas tu.

Ok ini cerita preparation je dulu ye. Entri ini cuma nak guide sesiapa yang teringin ke sana je.


FLIGHT

Kami menaiki penerbangan AirAsia (KLU-BDO) returns flight lebih kurang RM275. A few days lepas kami book tiket, harga tiket tu turun naik around RM200 – RM300. Nasiblah dah terbeli sebab harga tiket ni sentiasa berubah. So kalau rasa harga tu affordable, grap je lah cepat2 ye. Nak elak lebihan bayaran semasa book tiket flight? Nah tips:

-kami tak pilih seat sebab pilihan seat akan dicas extra RM6
-kami tak ambil extra luggage dari Malaysia ke Bandung.  So bawa baju sikit je dan tak melebihi 7kg untuk dibawa naik sebagai hand luggage
-Tak perlu ambil travel insurance (depends kepada keperluan masing2)
-Membuat bayaran menggunakan online banking (cas RM3++) instead of menggunakan kad kredit (cas RM20++)

Dulu masa kami pergi Bandung, tak ada lagi flight JB ke Bandung. Memang kena naik dari KL/Singapore. Sekarang ni perjalanan JB-BDO dah ada! Tapi hanya satu perjalanan sahaja sehari. Kalau macam ni, orang2 JB dah boleh berjimat tak perlu ke KL/Singapore dulu.


HOTEL

Disebabkan peserta rombongan ini ramai, kami decide nak menginap di homestay sebab lagi murah dan luas. Plus ada disediakan ruang tamu, ruang makan dan dapur so that kami semua boleh main lari2 dengan gembiranya. Ok tak kelakar. Tak tahu nak cakap apa sebenarnya.

Homestay yang kami pilih: La Bonita Casa Villa di Jalan Hegar Asih berdekatan Rumah Mode (< 1km) dan Paris Van Java (~1.5km). Sebenarnya tak banyak review tentang homestay ini walaupun banyak diiklankan ni agoda.com dan booking.com. Mula2 paranoid juga, takut ditipu (atau mungkin berhantu)? Tapi  Alhamdulillah, everything went smooth.

So sesiapa rasa nak pergi sekeluarga, nak cari homestay 5 bilik di Bandung serendah ~RM300/night, homestay ni memang recommended. Inilah homestay termurah aku jumpa. Keluasan, kebersihan, makanan dan servis semua ok. Cuma lokasi agak pedalaman dan kurang sesuai untuk merayap jalan kaki malam2 mengambil angin. 


Gambar dari klikhotel


SUPIR

Di Indonesia, khidmat sewa kereta adalah lebih disarankan dari menaiki teksi kerana harganya lebih murah dan untuk mengelakkan penipuan meter teksi. Dan perkhidmatan sewa kereta di sana adalah termasuk bayaran driver (supir), minyak, tol dan tips. Rasanya kalau kita google tentang khidmat supir di Indonesia, banyak syarikat yang boleh memberikan perkhidmatan sewa kereta ni.

Khidmat sewa kereta yang kami gunakan adalah dari Serumpun Tours and Travel. Menurut kawan (AJK pengangkutan program kami), khidmat sewa di sini lebih murah daripada mana2 Tours & Travel agensi lain. Dan sepanjang di sana, kami berpuas hati dengan perkhidmatan supir kami (Pak Hendra). Pak Hendra tahu selok belok di Bandung dan pandai merancang perjalanan kami. So dalam masa satu hari, kami dapat melawat banyak tempat2 menarik di Bandung termasuklah tempat2 yang tidak disenaraikan dalam tentatif program.





TUKARAN RUPIAH

Kami tukar MYR (Ringgit Malaysia) ke IDR (Indonesian Rupiah) dari money changer di Malaysia. Murah sedikit berbanding tukaran IDR di Indonesia. Kadar tukarannya lebih kurang je, so tak payah pening kepala. Aku suggest kalau kita tahu money changer murah di Malaysia, tukar di situ je lah. Cuma jangan tukar di airport je sebab cas tukarannya sangat mahal.
Penukaran di Malaysia: IDR 1 juta = RM275 (on October 2014)
Penukaran di Indonesia: IDR 1 juta = RM285

Option lain ialah aktifkan pengeluaran wang antarabangsa untuk kad bank ATM korang dan withdraw duit di sana. Aku rasa cas yang dikenakan bank lebih murah berbanding money changer. 
Withdraw duit di CIMB Indonesia: IDR 1 juta = RM270

Murah kan? Even aku ada guna kad kredit pun lebih murah ratenya.

Ok itu sahaja setakat ini. Segala yang aku cerita adalah berdasarkan opinion aku. Mungkin bukan yang terbaik, tapi korang boleh jadikan pilihan kami ni salah satu dari option korang. For more info, boleh ke agoda.com atau booking.com untuk La Bonita Casa Villa atau ke FB Serumpun Tours and Travel. Ada masa kita cerita lagi k. Bye!







Friday, September 19, 2014

Membebel je

Assalamualaikum

Sepuluh bulan aku tak update blog ni. Sepuluh bulan inilah aku perap banyak perkara. Sebenarnya banyak nak diceritakan. Dan sebenarnya juga, banyak kali dah aku sebut perkara yang sama dekat entri sebelum2 ni! Banyak nak diceritakan konon! 

Tapi izinkan aku update entri tak bermotif ini dulu. Bagi warm up lah kan. Tak kisah ada yang membaca atau tidak sebab aku buat blog ni memang untuk syok sendiri pun.

Ok sebenarnya kalau sesiapa perasan, aku memang transparent tentang email dan nombor telefon. Ini disebabkan aku adalah Herbalife distributor, so senang untuk sesiapa nak buat order. Dah nombornya di dalam header/FB fanpage yang berkaitan Herbalife, so patutnya faham2 lah kan yang nombor itu hanya untuk hal berkaitan Herbalife.

Tapi aku pernah dapat call yang nak order bipang! Tahu bipang tu apa? Pergi google dulu. Aku fikirkan mak cik yang tersalah nombor tapi katanya memang dia nak call Zura dari Segamat. Yes aku lah tu! Puaslah aku memicit2 kepala, berkerut2 kening memikirkan sejak bila pulak lah aku ni jual bipang. Amnesia ke aku ni?? Nauzubillah min zalik! 

Rupanya kawan dia ada terbaca entri aku tentang hantaran tunang (klik). Inipun lepas aku found out sendiri. Salah satu hantaran aku tu adalah bipang kacang. Dan dia dapat nombor aku dari kawannya. So daripada blogger (syok sendiri), aku dah jadi penjual bipang! Memang salah info lah kawan mak cik ni...




Lagi satu cerita, aku pernah update tentang anniversary aku ke StarCruise Penang (klik). Kali ni aku dapat PM di FB pulak dari stranger (Inbox aku adalah 'public' setting) yang tanya if aku masih buat Travel and Tour ke StarCruise. Hehe pening ok. Aku tak tahulah abang tu tersalah baca atau cara penyampaian aku ni yang buat orang confius? 




Tapi tak pelah, apa yang aku boleh tolong, InsyaAllah aku tolong. At least ada juga pembaca blog ni kan? Terima kasih kerana sudi singgah ye. Tapi bab bipang tadi tu, memang minta maaf lah ye mak cik. Masa mak cik call tanpa mukadimah tu, memang aku blur sangat2 apa kaitan aku dengan bipang kacang. Pffft!

Cerita lain pula, tentang booking hotel ke Sabah melalui Agoda.com. Aku rasa aku dah beritahu detail dalam setiap entri berinfo aku sebelum ni. Tapi bila ada yang tanya tentang macam mana nak bayar Agoda.com guna credit kad etc., aku jadi cuak kay! Takut aku nak ajar2 orang bab payment ni. Karang tersalah, aku juga yang kena. Zaman ni zaman teknologi, tak pasal2 aku femes jadi viral pulak. So di kesempatan ini aku nak letak disclaimer: Sila baca setiap arahan atau T&C dalam setiap urusan kamu. Sebarang kesilapan adalah tanggungjawab sendiri.

Ok last but not least. Yang ni memang ramai Bride-to-be (B2B) email aku sebab nak minta terjemahan solat untuk dibukukan sebagai doorgift (klik). Tapi so far lepas aku reply email diorang, tak ada sorang pun yang reply terima kasih. Duh, aku ni bunyi macam tak ikhlas kan? Kalau ikhlas tak mengharapkan apa2 balasan. Nak diikutkan, memang aku tak harapkan apa2, tapi where's your manner B2B sekalian? Dah nak kawin dah kot. Ke aku sorang je yang sensitif bab2 ni? 

Kadang2 bila fikirkan hal ni, aku istigfar semula. Tak nak lah pertolongan jadi sia2. Think positive lah, mungkin diorang terlupa. Kebetulan pula semua B2B terlupa, kan? Kan? Tapi tak apalah, ikhlas tu ibarat seekor semut hitam di atas batu hitam di dalam kegelapan malam. Tak ada sesiapa yang tahu kecuali Allah SWT.  Jangan lepas ni terus tak nak email aku pula. Kita sama2 buat MLM pahala, cuma aku macam pelik je dengan B2B ni. Ragam masing2 kan...




So itu je luahan perasaan yang terpendam selama sepuluh bulan ni. Aku akan ke Bandung Oktober ini, InsyaAllah. Sebelum bertangguh banyak entri, aku try update cerita family day kami di Langkawi, cerita raya, cerita adik aku kawin, cerita besday dan anniversary kami. Walaupun dah lama berlalu, tapi aku nak up juga entri tu untuk kenangan nanti. Oh Info Herbalife lagi. Eh macam banyak! 

Since aku akan pergi 6 hari ke Bandung tanpa hubby nanti, aku tanya dia 'What makes you miss me?' Jawapan --> your bebelan. 

Ok fine. Terima kasih kerana sudi membaca entri tak ada motif ini sampai habis. Bye.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...