Assalamualaikum
Selamat pagi. Pagi-pagi lagi tangan ni dah gatal nak menaip walaupun otak beku tak tau nak tulis pe. Dari semalam nak cakap tentang hantaran kan? So sementara aku rajin ni, baik aku taip je. Karang bila datang mood malas nak menaip aku, memang dok depan laptop main IT girl je la... Tak tahu? IT girl adalah salah satu application di FB. Rugi tak main tau. Kalau ade sesape nak main game tu, jangan lupe add aku in ur clique ya!
Ok cite pasal hantaran ni, bukan hantaran yang bape ribu serba satu tu. Tu rahsia... Tapi hantaran yang dulang berbalas dulang nih. Bukan dulang kosong la! LOL. Ade la barang-barang atasnya...
Gambar-gambar dibawah ni adalah hantaran dari aku. Aku namakan 'Sangkar Cinta'. Haha. Aku tahu ape perasaan korang. Aku pun rase geli je nak namakan camtu... Biarlah. Kalau my Mr Fiancee panggil 'Sangkau Cinta'. Orang Melakau la katekan...
|
Sebahagian dari 16 hantaran |
Hantaran ni dari idea aku sendiri. Tips untuk korang yang nak buat pertunangan/perkahwinan ala-ala dalam taman, sangkar ni sangat sesuai dijadikan sebagai dekorasi tak kiralah di pelamin, bilik dan hantaran. Kalau tak de taman nak dijadikan lokasi, dirumah pun tak ada masalah., yang penting kene banyak bunga-bunga. Sebab tu korang nampak bilik dan pelamin aku banyak bunga. Alang-alang nak bunga banyak-banyak, aku apply sekali bilik dengan english style.
Yang penting kita kena tahu apa yang kita nak. Walah! Kalaulah dalam research aku pun aku tahu ape yang aku nak kan bagus... Ok, menyimpang lak. So bile dah tahu nak konsep pe, aku bagitahu lah kat sepupu (Kak Shima) dan suruh die surveykan harga sangkar. Tahu berapa? Yang kecik RM40 u! Lari bajet aku. So aku pun try lah google kalau-kalau ade sesape nak sewakan. Memang ada, tapi kebanyakannya sewakan siap dengan dekorasi sekali. Satu gubahan mau pergi RM50! Kalau gubahan dengan fresh flower dah RM90! Tak boleh jadi nih! Cari punya cari, at last aku jumpa juga blog
Tepak Sireh. Selain sangkar, banyak lagi bekas-bekas hantaran yang lawa boleh disewa disini.
So bila dah bagi sangkar kat Kak Shima, aku pun tunjuk contoh hantaran yang aku minat. Warna? Of course la pink purple sebab tu adalah warna bunga. Kate nak tema bunga-bunga kan... Tapi aku tak expect lak dia akan letak bunga orkid. Aku tak berapa minat sangat. Tapi tak pe la, dah siap cantik jugak. Nak tengok hasilnya?
|
Sireh junjung sebagai kepala adat |
|
Bunga rampai, juga pelengkap adat |
Untuk kain, aku lagi prefer bagi kain untuk dibuat baju melayu berbanding dengan kemeja atau T-shirt. Sebab, baju Melayu ni boleh digunakan untuk nikah, tak payah nak beli-beli lagi. Sama jugak dengan kasut. Tapi kalau aku bagi dia kasut untuk nikah, dia pakai sekali je la. Membazir sebab dia bukannya kerja ofis yang akan selalu pakai kasut formal tu. So aku belikan dia kasut dari Oberman. Dia minat sangat kasut buatan German, berkualiti katanya. Iye kan aje...
|
We choosed pearl white for our solemnization |
|
Songket, also for solemnization |
|
Songkok dan butang baju |
|
Kasut |
Seperti hantaran pertunangan orang lain, aku ada juga bagi sejadah, kain pelikat dan Al-Quran. Sejadah dan kain pelikat dibeli di Kampung Jawa, Melaka. Murah-murah. Al-Quran pulak dibeli oleh
Hajah Nur Fahanis dari Mekah. Thanx Anis. Camne gaye la dia bawah Al-Quran besar-besar tu eh...
|
Kaabah, Al-Quran di dalamnya |
|
Kain pelikat |
|
Sejadah |
Hantaran sampingan lain adalah jam dan cincin. Mr Fiancee dah lama teringin nak pakai jam chronograph. Aku pulak baru je teringin, semenjak dia tunjuk contoh jam chronograph kat aku. Biarlah, aku kan penyibuk. So kitorang survey-survey dan terjumpa satu kedai yang murah. Tapi kene hati-hati jugak, takut murah sebab tiruan ye! Tapi bila dah ditanya-tanya, memang ramai cakap kedai ni jual jam original dengan harga murah. Kedainya di depan bus stand lama Melaka. Kitorang pun terus capai jam Casio chronograph sepasang!
Info tambahan, kalau korang ade duit lebih nak beli jam mahal-mahal sket, belilah dari betul-betul watchmaker macam Casio, Seiko, Roscani dan Oris. Tag Heuer dan Rolex juga. Wah mahal tuh! Tak kisah lah, yang penting bukan dari Guess atau whatsoever sebab korang hanya beli jenamanya sahaja!
Cincin pulak kitorang sesaja menggedik nak couple-couple kan jugak. So tempahkan lah untuk dia. Di Melaka, hanya di Kg. Jawa ada servis tempah cincin. Masa tunang ni lah lawa kalau batu cincin tu ada kaler-kaler. We choosed pink untuk delima. Batu delima tu memang dia ada, ikat dengan silver, tak yah nak suasa. Tak kuasa. Membazir.
|
Jam dan cincin |
|
Cincin silver untuknya |
Selebihnya adalah makanan. Orang kata majlis tunang ni elok bagi makanan manis-manis. Ye ke? Heart shape fondant cake dan buttercream cupcakes tu aku order dari
Kak Lynn. Belah lelaki kate sedap, habis licin!
|
Buah-buahan |
|
Coklat | |
|
Heart shape fondant (Moist chocolate) |
|
Buttercream cupcakes (vanilla) |
|
Bipang kacang berbentuk bunga ros. Kreatif! |
|
Dodol Melaka |
Ok itu sahaja. Harap info yang aku bagi ni leh sedikit sebanyak membantu korang memilih barang untuk dijadikan hantaran. Harap dekorasi hantaran aku ni jugak boleh beri idea kat korang camne nak buat hantaran yang cantik tapi dengan harga murah.
Oh ya. Sesiapa yang nak tempah gubahan hantaran boleh mesej aku. Kak Shima tak mau direct bagi num fon dia kat sini.
Sekian, babai!
No comments:
Post a Comment