Thursday, January 15, 2015

Aset Kedua

Assalamualaikum.

Dah baca entri aku pasal Bandung? Cerita tak habis lagi tu tapi aku nak melompat cerita tentang rumah. Entri pertama tahun baru, mestilah nak cerita hal yang baru kan? Boleh lah ye, blog sendiri, ikut suka hati sendiri.

Ok nak dijadikan cerita lepas husband aku bekerja di Johor tahun lepas, kewangan kami walaupun masih tak kukuh, tapi lebih stabil dari dulu. Alhamdulillah. So bila dikira-kira bajet, kami setuju nak membeli rumah. Maka bermulalah sesi pencarian rumah.

Perkara pertama yang kami buat adalah ke bank dan tanya berapa anggaran loan yang boleh dibuat berdasarkan gaji hubby. Setelah diambil kira gaji bersih, komitmen bulanan dan lain2, kebanyakan bank membenarkan loan around RM220k. Cukup lah tu kalau sekadar nak beli rumah teres 3 bilik.

So kami pun start survey rumah. Tapi masih belum ada kata putus. Di Melaka atau JB? Rumah baru atau second hand? Nak duduk sendiri atau nak disewakan? Belum lagi bab-bab lain macam teres atau apartment? 3 bilik atau 4 bilik? Bumi lot atau non-bumi lot? Pajakan atau milik kekal? Ish pening tau tak? Sebab bajet kami tak lah besar mana tapi kalau boleh mestilah nak yang terbaik kan.

Disebabkan persoalan tu, range pencarian kami sangat besar. Sentiasa buka Mudah.my untuk cari rumah area Johor dan Melaka. Juga alert dengan flyer pembukaan taman baru yang diletak dalam peti surat. Belum ada yang menarik hati ini. Kalau ada pun, harga terlampau mahal. Kadang2 sampai dah bosan mencari.

At last, Allah permudahkan. Alhamdulillah. Satu hari ada kawan mesej dan beritahu kawannya nak menjual rumah di Melaka. Dan kebetulan kawannya tu adalah kawan hubby. Wah best ni! Harga yang diberi pun rendah dari bajet kami, RM180k. So tengok2 lah keadaan rumah. Semuanya lebih dari apa yang kami harapkan. 

Rumah 2nd hand tapi baru diduduki selama 3 tahun, so kondisi rumah masih baru. 4 bilik dan 2 bilik air. Bilik ketiga diubahsuai dengan penambahan loteng. Dapur dah dilengkapi kitchen cabinet, stove dan exhaust bernilai RM7k. Bahagian dapur pun dah disambung simen dan berpagar. Dan lebih best lagi, kawasan berhampiran Multimedia Universiti (MMU), so senang lah nak cari penyewa di kalangan student. Rumah pun dah di cat dengan warna feveret aku, pink dan merah. Eww merah?? Sabar, cerita tak habis lagi.

Di sebabkan kami berurusan sendiri dengan owner (tanpa agen sebab lebih murah), so semua dokumen kami sediakan sendiri. Perkara pertama adalah ke Pejabat Tanah dan Penilaian Melaka untuk tahu harga sebenar rumah. Anggarannya adalah RM150k which is lebih murah dari harga yang diletak owner. Ini bermaksud kami kena tambah duit sendiri around RM30k. But nemai, itu hanya anggaran sahaja. Next step kami submit loan application di beberapa buah bank. Tujuannya untuk memilih bank dengan tawaran yang terbaik. And of course, kami hanya apply untuk Islamic loan.

Dan dipendekkan cerita, ada beberapa bank dah approve tapi sedihnya mereka menilai hartanah tersebut dengan harga RM160k maximum. Kalau kami nak beli juga rumah tu, kena tambah RM20k (sebab owner nak jual RM180k kan). Itu belum termasuk deposit 10% (RM18k) sebab bank hanya luluskan loan 90% dari harga rumah. Total kami kena sediakan RM38k, tak kira samada duit sendiri atau personal loan.

Kami cuba minta diskaun dari owner tapi tak dapat. In fact kali pertama deal dengan owner aku dah terus minta diskaun tapi fixed price katanya. Tak pe lah, mungkin bukan rezeki kami, so aku berterus-terang je dengan owner yang aku tak jadi beli rumah tu. Walaupun hubby boleh je buat another loan (sebab limit hubby RM220k as mentioned sebelum ni), tapi kami tak nak berhutang keliling pinggang. Dan kami tak nak beli sesuatu yang lebih mahal dari value sebenarnya. Tak nak!

Tapi bila dah rezeki kan, owner reply “Oklah dik, asalkan jadi”. Alhamdulillah! RM20k diskaun tu..! Maka bermulalah cerita kami turun naik BSN, pejabat lawyer dan pejabat KWSP untuk sign agreement. Inilah permulaan aset kedua kami yang sekarang telah menjadi hakmilik dan sedang dalam proses penambahbaikan. InsyaAllah akan di syer nanti.


Rumah dengan kereta owner lama


Btw tadi aku mention yang segala urusan jual beli ni diuruskan sendiri tanpa perlu agen kan? Sebenarnya senang tapi almaklumlah pertama kali buat kerja-kerja agen ni, jadi macam remeh juga lah. Nanti bila2 senang, aku syer to-do-list nya ok? Bye!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...