Friday, May 22, 2015

Anggun Bergaya dengan Mini Kurung Moden


Hai. Pejam celik dah masuk bulan Shaaban. Kurang 30 hari je lagi kita nak menyambut Ramadhan, lepas tu Syawal lah pula. Macam baru je raya tahun sudah kan? Macam baru je melaram baju-baju tahun lepas kan?

Ok apa kata kita tengok balik baju raya tahun lepas. Mesti ada koleksi kurung pesak, kurung moden, kebaya, peplum, jubah. Maklumlah, sekarang ni terdapat banyak variasi pilihan baju kurung moden terkini di pasaran. Tapi rasa-rasanya ada tak Mini Kurung Moden?




Haa.. Baju Mini Kurung Moden ini adalah jenis baju kurung moden yang paling popular sekarang! Mini kurung dengan ini adalah rekaan moden juga lebih versatile sebab selain untuk digayakan pada hari raya, ia juga boleh digayakan ke majlis-majlis istimewa juga tau.

Maklumlah kita ni duduk di Malaysia, baju kurung tu sudah cukup sebati dengan budaya masyarakat di Malaysia. Tidak kiralah apa bangsa, semuanya sesuai untuk menggayakan Mini Kurung Moden ini. Sifatnya yang cukup versatile memberi kelebihan untuk mereka yang memakainya untuk digayakan walau ke mana sahaja seperti majis formal, majlis makan malam, majlis perkahwinan malah ke tempat kerja juga!




Apakah yang membuatkannya begitu popular dalam kalangan rakyat Malaysia? Ianya sangat selesa untuk digayakan dalam apa jua keadaan dan ke mana jua anda mahu pergi lagi-lagi jika anda pakai baju kurung cotton yang diperbuat daripada kapas. Selain mencerminkan budaya Melayu yang penuh adab sopan, memakai baju ini akan membuatkan anda kelihatan lebih ayu dan manis.





Nak gaya glamour pula? Padankan baju mini kurung pilihan anda bersama sepasang kasut tumit tinggi, beg tangan ala-ala mewah dan tudung terkini bersama warna yang bersesuaian, nah dari gadis manis tadi, terus membuatkan anda kelihatan lebih menyerlah!





Dah, apa tunggu lagi? Jom dapatkan Mini Kurung Online di mana-mana butik termasuklah butik pakaian Muslimah online.









.





Monday, April 20, 2015

Beli Rumah atau Sewa Rumah?



Alhamdulillah. Proses beli rumah kedua kami sudah selesai. Boleh refer post sebelum ni di sini dan sini. Urusan renovate, cat, masuk perabot pun dah selesai. Urusan kemasukan penyewa pun dah selesai. Kami penuhkan dengan perabot dan barangan elektrik asas untuk tingkatkan value sewaan.







Tapi yang belum selesai, setiap kali balik kampung, selain dari soalan cepumas tentang anak dan belajar, soalan terbaru adalah tentang rumah. Kenapa tak beli rumah dekat Johor? Kenapa beli rumah dekat Melaka? Kenapa sewakan, tak duduk sendiri? Mungkin kami tak sama macam anak mak cik. Dapat kerja bagus, terus buat loan maksimum untuk beli rumah impian. Tapi bukan kami. Sebabnya?

Jana Pendapatan dengan Beli Rumah (dan disewakan)

Dulu kami memang masih berkira2, terfikir2 nak membeli / menyewa atau beli dan duduk / beli dan sewakan. Tapi bila dikira dari sudut pelaburan, beli dan duduk sendiri itu tak berbaloi. Rumah impian kita biasanya harganya mahal. Kalau terlalu gopoh membeli, ‘kekayaan’ kita akan tersekat. Kita menanggung hutang besar yang tak bagi apa-apa pulangan. Betul, ada yang kata rumah adalah aset. Tapi pada kami, jika rumah yang kita duduki perlukan pengeluaran duit (ansuran bank dibayar setiap bulan, belum termasuk kos maintenance dan pelbagai cukai), maka ia bukanlah aset tetapi liabiliti.

Walaupun kami berhutang untuk membeli, hakikatnya kami sudahpun memiliki dua aset tanpa menggunakan duit poket sendiri. Rumah yang dibeli sekarang mempunyai ansuran bank RM700 dan disewakan RM900, maka kami ada positive cashflow RM200 sebulan! Ini belum termasuk positive cashflow dari rumah sewa pertama, RM250! InsyaAllah rumah pertama (kos murah) tu akan habis bayar pada tahun hadapan. Dan jumlah sewaan yang kami dapat (RM450) tu dah cukup untuk tampung kos sewa rumah yang kami duduk di JB sekarang (RM300). Rumah flat 3 bilik, cukuplah sementara kami duduk berdua sekarang ni.

Rumah Penjara Kewangan

Disebabkan saya pun belum bekerja dan hubby pula bekerja swasta, kami tangguhkan untuk membeli rumah sendiri untuk kebebasan bergerak. Contohnya jika tiba2 saya dapat tawaran bekerja atau hubby dapat tawaran kerja dengan gaji lebih baik, maka yang manakah mahu dipilih?

1. Pindah ke tempat baharu dan sewakan rumah lama? Macam mana kalau disewakan tapi tak boleh cover ansuran bank? Itu belum cerita dengan kos yang dah dikeluarkan untuk renovate rumah tersebut menggunakan personal loan. atau...

2. Mungkin kita sanggup berpenat2 berulang-alik dari tempat kerja ke rumah dan berhabis beratus-ratus untuk minyak dan tol? atau...

3. Lupakan sahaja tawaran kerja tersebut jika ianya tidak berbaloi dengan tambang minyak dan tol.

Rasanya dalam kedudukan kami sekarang, lebih baik menyewa dan gunakan duit yang ada untuk pelaburan (hartanah). Rumah boleh jadi liabiliti (beban kewangan), dan rumah juga boleh jadi aset kepada kewangan. Beli rumah untuk kediaman sendiri itu memang best, tapi jangan bangga mengatakan ianya adalah aset selagi ianya tidak menambah kewangan kita. Dan kami tak mahu terburu-buru beli rumah idaman seolah-olah akan tua dan pencen di sini. Kami dah ada tapak rumah masing2 di Melaka dan Segamat.

Saya bukanlah orang yang hebat nak bercerita tentang hartanah, tapi berpandu kepada otai2 hartanah dan insyaAllah kami dalam proses permulaan untuk menyimpan hartanah (rumah/tanah) sebagai aset. InsyaAllah. Hakikatnya, membeli atau menyewa, kita hanya perlukan tempat perteduhan sementara di dunia.

Kredit: Artikel ini diolah dari idea dari sini: Beli atau Sewa Rumah, Mana Lebih Berbaloi. Nak tahu lebih boleh klik untuk artikel 2 Kerugian Beli Rumah Paling Mampu dan Beli Rumah Tanpa Hutang




Monday, February 9, 2015

Bertukang dan Mengecat Rumah Baru


Sambungan dari sini.
(Gambar adalah keadaan rumah sebelum kami duduk)


01 Dec 2014

Tarikh kami sah memiliki rumah tu. Tapi owner lama kata nak sewa rumah tu sementara rumah baru dia siap. Tapi at last tak jadi sewa dan bagitahu kami nak keluar dari rumah tu pada 10 Jan 2015, a day before diorang keluar. Sakit hati tak?. Sewa bulan 12 tak dibayar pun. 

Stove, water heater dan rak stainless steel yang dijanjikan nak ditinggalkan pun habis dikebas. Nak diikutkan syarat dan perjanjian, semua tu dah termasuk dalam harga yang aku bayar. Yang mereka tinggalkan penyapu, mop, baldi, beberapa sampah dan rumah yang kotor! Ok habis cerita.


13 Jan 2015

Kami balik ke Melaka nak membersihkan rumah. Plan asal kami bajet 2 hari untuk kerja2 membasuh dan mengecat. Tapi, sehari suntuk hanya untuk membasuh rumah! BASUH RUMAH KOSONG. Bunyi macam senang tapi banyak benda2 remeh temeh sebenarnya. Sebab banyak sampah ditinggalkan.

Hubby ambil masa 45 minit nak sental satu bilik air. Berkeladak katanya. Aku pula ambil masa 1 jam nak basuh dapur. Sental sinki, sental cabinet etc. Masa ni tak ada istilah LAP, semuanya kena SENTAL. Next adalah basuh lantai dan kononnya nak mengecat lepas tu, tapi tak larat. So terus balik je dan biarkan lantai kering overnight.


14 Jan 2015 

Kami rancang nak habiskan cat bilik, then setel lah kerja kami. Sebab bilik ni banyak sangat contengannya. Almaklumlah dulu owner ada 4 kids. Memang penuh sangat! Nasib baik aku dah prepare mentally masa kali pertama melawat rumah ni dan owner lama pun dah mention tak akan cat semula rumah. 


Gambar bilik ketiga yang ada loteng tu.
Bilik inilah tempat anak2 dia bermain kot.
Masa aku view rumah, adalah contengan sikit2.
  Bila diorang dah keluar, aduh lagi penuh 'wall art' tu!
Lupa lagi nak snap. Duh!


Aku rancang nak buat tema 1 bilik 1 warna macam peach, purple, green dan baby blue. Tak lupa juga feature wall mesti warna yang lebih gelap dari ton warna yang sama. Tapi hubby kata tak payah sebab rumah ni nak disewakan je. Ikutkan hati dia nak cat putih je semua! Luckily hubby masih ada toleransi, dia suruh aku decite 1 warna sahaja. Ok lah, let’s go with peach. Setel bab cat bilik.

Next adalah ruang tamu. Warna asal ruang tamu adalah merah, hot pink dan light pink. Sekali tengok dulu, aku suka lah juga sebab warna favourite. Dua tiga kali tengok (lepas rumah kosong tanpa perabot), aku jadi sakit mata dengan semua warna terang ni. Tapi hubby tak nak tukar sebab cat yang digunakan owner adalah cat mahal dan kondisinya masih elok. Ditambah pula faktor masa, tenaga dan wang, so aku macam pasrah redha je lah dengan warna tu. Nanti kita tone down lah dengan warna putih dari perabot dan langsir.


Ini gambar ruang tamu owner lama. 
Aku lupa nak snap gambar close up. 
Sebenarnya cat ni terang, berkilat dan ada sesetengah tempat bercapuk2. 

Cat kat dapur ini pulak warna biru. Terang juga.
Mungkin cat yang sama dengan bilik kedua diorang.
Hmmmph!


Lagi satu hal adalah pokok menjalar dibahagian garaj. Pokok sireh menjalar tu memang cantik, tapi daun2 kering berguguran tu menyakitkan mata. Pendapat aku, kalau duduk rumah teres tak payah lah nak bercucuk tanam sebab ruang yang ada tu lebih baik disimen untuk memudahkan park kereta. Kalau nak menghias rumah pun, boleh tanam bunga dalam pasu atau tanam di tanah dibahagian luar pagar. 

So bab2 simen ni hubby sub pada kawannya. Ada beberapa kerja lain yang diupah macam pasang awning, tukar 3 pintu yang PECAH dan tukar 7 tombol pintu yang TERCABUT. Fuh ganas betul!


Nampak pokok sireh belah kanan tu?
Dah selamat dah dibuang.
Bahagian depan rumah tu ada yang bersimen je tanpa cat.
Yang bercat pun dah tertanggal2. 


Kebetulan sub kerja pada kawan, lebih baik kita upah sekali untuk dia cat rumah kan? Pujuk punya pujuk, hubby setuju nak tukar cat merah tu. Dah alang2 upah cat, kita cat je satu rumah termasuk dapur dan garaj, katanya. Bila minta quotation mengecat, simen garaj, pintu dan tombol kesemuanya RM2k! Tersedak sekejap. Ini tak termasuk harga cat. Tak termasuk upah cat bilik sebab bab cat bilik kami dah setelkan.


Bahagian belakang rumah.
Cat semua dah tertanggal.
So kena plaster dulu baru boleh cat semula.


Nampak macam mahal, so kami minta list harga setiap satu dan survey online, memang macam tu lah anggaran kosnya. Tanya mak abah yang selalu buat minor/major renovation, katanya dah murah dah RM2k tu. Lepas diingat balik kerja kami mengecat 2 bilik pun memakan masa sehari, plus sakit2 badan, kami surrender nak buat sendiri. Lagipun bajet untuk beli perabot dah cancel, so boleh lah guna duit tu untuk upah orang.

Hubby suruh aku decide warna ruang tamu. Disebabkan badan penat, otak pun tak mampu menjana kekreatifan. Untuk play safe, kita ambil cream dan dark coklat je. Kebetulan kitchen cabinet bewarna coklat/cream dan tiles pun warna seakan-akan sama, so kita sekaligus je dari garaj, ruang tamu ke dapur dengan warna yang sama. Tak perlu membazir beli banyak2 warna.


Kita tunggu je hasilnya nanti. 



Thursday, January 15, 2015

Aset Kedua

Assalamualaikum.

Dah baca entri aku pasal Bandung? Cerita tak habis lagi tu tapi aku nak melompat cerita tentang rumah. Entri pertama tahun baru, mestilah nak cerita hal yang baru kan? Boleh lah ye, blog sendiri, ikut suka hati sendiri.

Ok nak dijadikan cerita lepas husband aku bekerja di Johor tahun lepas, kewangan kami walaupun masih tak kukuh, tapi lebih stabil dari dulu. Alhamdulillah. So bila dikira-kira bajet, kami setuju nak membeli rumah. Maka bermulalah sesi pencarian rumah.

Perkara pertama yang kami buat adalah ke bank dan tanya berapa anggaran loan yang boleh dibuat berdasarkan gaji hubby. Setelah diambil kira gaji bersih, komitmen bulanan dan lain2, kebanyakan bank membenarkan loan around RM220k. Cukup lah tu kalau sekadar nak beli rumah teres 3 bilik.

So kami pun start survey rumah. Tapi masih belum ada kata putus. Di Melaka atau JB? Rumah baru atau second hand? Nak duduk sendiri atau nak disewakan? Belum lagi bab-bab lain macam teres atau apartment? 3 bilik atau 4 bilik? Bumi lot atau non-bumi lot? Pajakan atau milik kekal? Ish pening tau tak? Sebab bajet kami tak lah besar mana tapi kalau boleh mestilah nak yang terbaik kan.

Disebabkan persoalan tu, range pencarian kami sangat besar. Sentiasa buka Mudah.my untuk cari rumah area Johor dan Melaka. Juga alert dengan flyer pembukaan taman baru yang diletak dalam peti surat. Belum ada yang menarik hati ini. Kalau ada pun, harga terlampau mahal. Kadang2 sampai dah bosan mencari.

At last, Allah permudahkan. Alhamdulillah. Satu hari ada kawan mesej dan beritahu kawannya nak menjual rumah di Melaka. Dan kebetulan kawannya tu adalah kawan hubby. Wah best ni! Harga yang diberi pun rendah dari bajet kami, RM180k. So tengok2 lah keadaan rumah. Semuanya lebih dari apa yang kami harapkan. 

Rumah 2nd hand tapi baru diduduki selama 3 tahun, so kondisi rumah masih baru. 4 bilik dan 2 bilik air. Bilik ketiga diubahsuai dengan penambahan loteng. Dapur dah dilengkapi kitchen cabinet, stove dan exhaust bernilai RM7k. Bahagian dapur pun dah disambung simen dan berpagar. Dan lebih best lagi, kawasan berhampiran Multimedia Universiti (MMU), so senang lah nak cari penyewa di kalangan student. Rumah pun dah di cat dengan warna feveret aku, pink dan merah. Eww merah?? Sabar, cerita tak habis lagi.

Di sebabkan kami berurusan sendiri dengan owner (tanpa agen sebab lebih murah), so semua dokumen kami sediakan sendiri. Perkara pertama adalah ke Pejabat Tanah dan Penilaian Melaka untuk tahu harga sebenar rumah. Anggarannya adalah RM150k which is lebih murah dari harga yang diletak owner. Ini bermaksud kami kena tambah duit sendiri around RM30k. But nemai, itu hanya anggaran sahaja. Next step kami submit loan application di beberapa buah bank. Tujuannya untuk memilih bank dengan tawaran yang terbaik. And of course, kami hanya apply untuk Islamic loan.

Dan dipendekkan cerita, ada beberapa bank dah approve tapi sedihnya mereka menilai hartanah tersebut dengan harga RM160k maximum. Kalau kami nak beli juga rumah tu, kena tambah RM20k (sebab owner nak jual RM180k kan). Itu belum termasuk deposit 10% (RM18k) sebab bank hanya luluskan loan 90% dari harga rumah. Total kami kena sediakan RM38k, tak kira samada duit sendiri atau personal loan.

Kami cuba minta diskaun dari owner tapi tak dapat. In fact kali pertama deal dengan owner aku dah terus minta diskaun tapi fixed price katanya. Tak pe lah, mungkin bukan rezeki kami, so aku berterus-terang je dengan owner yang aku tak jadi beli rumah tu. Walaupun hubby boleh je buat another loan (sebab limit hubby RM220k as mentioned sebelum ni), tapi kami tak nak berhutang keliling pinggang. Dan kami tak nak beli sesuatu yang lebih mahal dari value sebenarnya. Tak nak!

Tapi bila dah rezeki kan, owner reply “Oklah dik, asalkan jadi”. Alhamdulillah! RM20k diskaun tu..! Maka bermulalah cerita kami turun naik BSN, pejabat lawyer dan pejabat KWSP untuk sign agreement. Inilah permulaan aset kedua kami yang sekarang telah menjadi hakmilik dan sedang dalam proses penambahbaikan. InsyaAllah akan di syer nanti.


Rumah dengan kereta owner lama


Btw tadi aku mention yang segala urusan jual beli ni diuruskan sendiri tanpa perlu agen kan? Sebenarnya senang tapi almaklumlah pertama kali buat kerja-kerja agen ni, jadi macam remeh juga lah. Nanti bila2 senang, aku syer to-do-list nya ok? Bye!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...