Tuesday, May 24, 2011

Dulu PTPTN, Sekarang PLKN


Dulu aku pernah cakap dengan Mr.F yang aku tak nak mengundi. Tapi dia cakap, "Scholarship nak, undi tak nak. Mana boleh..." Nak mengundi apanya kalau asik menyusahkan aku je! Dulu PTPTN (entri ini), sekarang PLKN pulak. 
Masa aku kat Matriks Tangkak dulu, aku dapat panggilan PLKN. Kena tangguh lah. So aku pun try call talian hotline yang dia dok gebang2 kat TV tu. Dari pagi ke malam, ke pagi balik, nan adooo jawapannya. So aku pun buat surat penagguhan. Setel lah kononnya. Sampailah berita baru-baru ni.

Golongan berusia 35 tahun mungkin ikuti PLKN: Abdul Hadi 



2011/05/20

SEREMBAN: Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil tidak menolak kemungkinan ada golongan berusia sehingga 35 tahun akan berada di kalangan pelajar lepasan sekolah untuk mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pada masa depan. 

Beliau memberi amaran remaja yang cuba melarikan diri daripada menyertai PLKN hari ini berkemungkinan besar akan berhadapan dengan situasi yang kurang menyenangkan itu pada masa hadapan.

"Peruntukan akta menetapkan, mereka akan tetap dicari dan dipanggil untuk menjalani PLKN sehingga mereka berusia 35 tahun," katanya kepada pemberita selepas melawat kem PLKN Seri Perkasa di sini hari ini.
Katanya, nama mereka tidak akan dipadamkan, sebaliknya akan dicari oleh polis jika gagal melaporkan diri selepas dipanggil mengikuti latihan. 

Abdul Hadi turut memberi ingatan kegagalan melaporkan diri akan menyebabkan mereka menerima hukuman untuk membuat kerja-kerja kemasyarakatan tetapi selepas tamat hukuman, mereka akan tetap dikehendaki memasuki program itu. 

"Sejak program ini dimulakan pada 2004, seramai 9,000 orang gagal melaporkan diri dan nama mereka sudah diberi kepada pihak polis. Kes mereka juga dirujuk kepada Peguam Negara. Peguam Negara membuat kata putus, untuk memanggil mereka semula," katanya. 

Beliau berkata, tahun ini merupakan kali pertama nama-nama yang gagal melaporkan diri dahulu dipanggil semula dan buat permulaan, 500 orang telah dipanggil.
 
Katanya, beberapa pembaharuan dibuat untuk kumpulan kedua PLKN yang sepatutnya melaporkan diri pada Mac tetapi ditunda sehingga 15 Mei untuk membolehkan mereka menerima tawaran memasuki universiti tempatan atau ke tingkatan enam. 

Pembaharuan ini membolehkan mereka yang dipanggil tidak perlu memasuki kem dahulu dan kemudian memohon penangguhan kerana ini membazirkan masa dan wang ibu bapa serta kerajaan. 

"Di pihak kerajaan, kita akan dapat menjimatkan wang elaun, dobi, kos pakaian, gunting rambut dan makanan," katanya. 

Mulai tahun ini, katanya, pelatih PLKN akan menggunakan pakaian seragam celoreng jenis baru yang lebih selesa dan segak berbanding pakaian lama yang menggunakan bahan yang tidak begitu sesuai dengan cuaca panas di negara ini. - BERNAMA


Aku bukan nak mengelat. Kalau umur belasan dulu, memang aku minat camping2, kem2 ni sume. Tapi katakan aku grad umur 27 tahun, plus married, tak kan aku nak pergi lagi geng ngan budak sekolah kot. Camne ni? 
Tak kisah lah kau nak buat baju kain kapas ke, kain sutera ke, aku tetap tak nak!!! Beranak tetiap tahun sampai umur aku 35 pun aku sanggup.

Pastu aku try call PLKN tuk tanya hal yang sebenar, heh masih sama macam dulu, tak dapat pun. 


Baik tak payah bagi contact number. Bengong!

Kesimpulannya, aku tak nak mengundi. Bak kata seseorang, sume harga barang naik. Jom turunkan 'diorang' dulu, baru harga barang turun. Jom!




Notakaki: Entri bukan entri politik, hanya luahan hati aku. Lagi satu nape tulisan aku all caps kat atas tu, aku pun mushkil...

Nora Elena Episod Akhir



Rumah sewa aku tak ada TV. Tapi tak menjadi masalah sangat sebab still boleh layan macam2 rancangan. Bukan setakat TV3, Maharaja Lawak di Astro Warna pun aku boleh tengok di YouTube. Cuma rajin atau malas je lah nak mencari video yang high quality.

Semenjak Nora Elena ditayangkan 2 minggu lepas, aku memang tak tengok. Biarlah orang kata best, hebat, gempak mana pun, aku boh layannn... TV dah lah tak de, malas nak follow2 drama ni. Sampailah aku terbaca di blog Milea yang drama Nora Elena adalah adaptasi dari novel Kasih Yang Suci. Tetiba terus teruja!


Sinopsis novel Kasih Yang Suci



Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri utk menjadi suaminya. Nora Elena keliru...



Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang.


"Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua." tegas Seth.


Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya... Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?

Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa... saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima.


Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti



Sinopsis Drama Nora Elena



Diadaptasi dari salah satu novel popular terbitan Karangkraf – Kasih Yang Suci, mengisahkan tentang perjalanan hidup NORA ELENA yang dihantui pengalaman pahit akibat dirogol 10 tahun yang lalu.

Walaupun sukar untuk melupakan insiden hitam tersebut, kini beliau selesa menjalankan kehidupannya seperti normal dan bakal mengahwini Idham. Namun, keadaan mula berubah setelah bertemu Seth Tan. Idham bercadang untuk membatalkan majlis perkahwinannya dengan Nora Elena setelah menerima satu panggilan misteri yang menceritakan perihal Nora Elena yang bukan lagi seorang perawan.

Lebih mendebarkan, Seth Tan menawarkan dirinya untuk menggantikan tempat Idham di dalam majlis perkahwinan tersebut kerana masa semakin suntuk. Apakah yang akan berlaku kepada Seth Tan, dan siapakah watak di sebalik panggilan misteri tersebut?


So kalau terlepas atau memang tak ada TV macam aku, boleh la layan kat Tonton atau Malaymoviesfull. Kalau nak cepat, gi layan Tonton. Tapi kalau nak boleh forward part tak best, reverse balik part yang romantik, leh lah tunggu kat Malaymoviesfull tu sebab dia akan bagi link ke Youtube video yang high quality, siap subtitle.

Oh tentang episod akhir? Ni kawan aku bagi link


Dapat tak? Aku memang tak reti donlod2 ni. Kalau tak de, pegi marah dia, jangan marah aku. Ok bye!


Tuesday, May 17, 2011

Entri Tertunda- Selamat Hari Guru






Alamak! Semalam lah Teacher's Day, hari ni dah Wesak Day. Aku dah terlambat update. Tak pe, nak taip cepat-cepat. Nak ucap Selamat Hari Guru kepada cikgu-cikgu yang mengajar aku di:


1.     Tabika Kemas, Kg. Pogoh, Segamat, Johor (1992)

2.     Taska Kg. Paya Pulai,  Segamat, Johor (1993)

3.     Sekolah Kebangsaan Bendahara Seri Maharaja, Kg. Kandang, Melaka (1994-1998)
Esp Cikgu Salleh, Cikgu Zawidah, Cikgu Chua, Cikgu Ghani, Cikgu Zainah, Cikgu Ismail dan Ustazah Rogayah.

4.     Sekolah Kebangsaan Tinggi Perempuan Melaka, Durian Daun, Melaka (1999-2003)
Esp BC Lim, cikgu Kimia paling garang tapi tiba-tiba in lurve dengan Kimia bila dah belajar tusyen dengan dia. Juga tuk Ustazah Hindung, Ustazah Zaini dan Puan Haliza, warden asrama yang garang macam singa aummm.

5.     Kolej Matrikulasi Johor (2004/2005)

6.     Universiti Teknologi Malaysia (2005-Current)
Of kos la untuk my SV yang sudi amik aku jadi post-grade student dia dan bagi duit. Ehehe. Dan tuk semua lecturer yang mengajar di Bioprocess Department.

Next, Selamat Hari Guru untuk semua cikgu Kadet, cikgu tusyen esp Mr. Balbir dan cikgu Sekolah Memandu. Ada lagi yang tertinggal tak?

Oooh untuk kawan-kawan yang berjaya jadi cikgu jugak. Mungkinkah aku pung akan ikut jejak langkah korang? Naaa I don’t think so.

Jadi cikgu ni memerlukan kesabaran yang tinggi terutamanya nak berhadapan dengan budak-budak zaman sekarang ni. Alangkan dengan mak pun dah main maki-maki, (entri ini) apatah lagi dengan cikgu kan. Karang ada yang keluar paper ‘cikgu bergaduh dengan pelajarnya’ pulak nanti.

Terima kasih ye cikgu-cikgu semua sebab dah mengajar saya sampai saya jadi macamana saya sekarang ni. Ehehe. Faham tak? Jasamu tak kan ku lupa!

Lastly, jom skodeng blog cikgu femes ni. Sapa lagi kalau bukan Cikgu Shida. cikshidadariparitmimingartvideos.blogspot.com. Pheww! Panjang giler nama! Aku pun tak berapa minat dia tapi tak de lah sampai nak ngutuk kan. Tertarik dalam entri cikgu ni bila dia tulis, taik sama busuk hati lain-lain. Ehehe. Oh lari topik.

Ok lah u olls, thanx for reading my entri. Bye!

Sunday, May 15, 2011

PTPTN Ruined My Life!

Tahu tak aku adalah salah seorang peminjam ingkar yang tak bayar PTPTN dan dah kena blacklist? Nasib tak banyak sangat, 5k je masa aku 1st sem dulu. Lepas tu aku dapat scholar JPA.

Dulu tahun satu, aku sangat naif. Bukan tahu nak simpan duit ke apa. Apa yang terjadi tu biarkan lah berlalu dan dijadikan pengajaran. Tapiiiii.... kalaulah ada mesin masa Doraemon, aku nak gi balik ke tahun 2005 tu dan sepak-sepak diri aku sendiri! Dapat duit banyak2, joli katak kau ye! 

Ni semuanya alasan-alasan aku kena blacklist:

1. Patutnya aku buat surat penangguhan pembayaran balik, tapi dah nama nya surat penangguhan, aku pun tangguh-tangguh lah nak buat! Hehehe.

2. Lagi satu, dulu sangat susah nak access internet. Broadband pun tak femes lagi masa tu. Kalau ada pun harga modem masa tu masih semahal RM500. So aku kekurangan info tentang apa yang sepatutnya aku buat dengan PTPTN ni.

3. Lagi yang menyumbang kelewatan bayar adalah aku tak dapat semua notis-notis dari PTPTN sebab aku dah pindah rumah. Aku malas nak tukar alamat (refer alasan #1 dan #2), aku hanya harapkan penyewa rumah lama aku tolong update kan. Tapi memang orang tu tak leh pakai lor...

4. Kesimpulannya, semuanya salah aku. Tapi tak yah lah kejam sangat kot. Mentang-mentang lah aku anak pengembala lembu je bukan anak politician. Oooo ok. Anak politician tak pinjam PTPTN.

So untuk sesiapa yang ada hutang PTPTN dan berniat nak sambung belajar tu, gi lah buat surat penangguhan pembayaran cepat-cepat. Jangan jadi macam aku. Hutang 5k je, plus interest plus saman plus kos guaman sume aku rasa mau 8k aku kena bayar kot. Its true, believe me!

Sekarang ni hutang PTPTN aku dah setel, tinggal kos guaman je. Memang buncit lah perut kau peguam, dapat duit aku ribu-ribu tanpa aku guna pun khidmat kau. Pokai aku weh! Ini memang betul-betul penindasan! 

Nak sedapkan hati aku, baik aku fikir sekurang-kurangnya aku bernasib baik sebab dapat JPA dulu. Free! Kalau tak, seumur hidup wooo menanggung hutang PTPTN 28k tu! PTPTN is a real Ah Long! PTPentipu!

Dah malas aku nak pikir, wat sakit hati je. Apa yang penting, PTPTN setel, pasport pun dah siap, dan aku boleh cakap, "Denmark, wait for me! " Ok itu suara hati je. Tak nak mengharap sangat. Cuma suara hati tu terekspress pulak dekat blog ni. Hehehe.




Gambar google. Malas nak snap pasport aku. Sama je pung!


Doalah SV aku tak berubah fikiran. Takut je tetiba dia kata, "awak tak de result lagi, tak yah pergilah Denmark". Perghh.... saya dah suh ayah saya jual lembu Dr sebab nak bayar PTPTN! Lembu kesayangan saya pulak tu! Ok tipu. Papepun, juat wait n see. Tak nak mengharap. Ok dah bye!



Notakaki: Nasib akak kat Jabatan Senarai Hitam PTPTN and akak kat Imigresen sangat baik dan helpful. Syukur diorang tak PMS. Haha.

Tuesday, May 10, 2011

Bahaya Bersukan






Nama: Izrul Affan
Hubungan: Adik
Sebab: Main futsal
Akibat: Patah kaki


What? Main futsal pun boleh patah kaki? Ha tu lah jangan tak percaya. Bukan patah macam ranting kayu tu tau, tapi patah menegak dari bawah lutut ke buku lali.

Teruk kan? Nak teruk lagi, yang patah kaki kiri tapi kena operate kedua-dua kaki serentak! Sebab nak amik urat/tulang (not sure) belikat dari kaki kanan sket untuk tampal kat rongga-rongga kosong bila plat besi dah dimasuk ke kaki kiri. Huh ngilunya aku dengar. 

Sepanjang di hospital, dia dijaga oleh kawan baik, Jo yang teman tidur, makan, borak, mandi, membuang sume lah. Setianya seorang sahabat... Mak aku pun cuti seminggu tuk jaga n masak tuk dia. Dia tak mau makanan hospital, tak sedap. Memang pun...

Operation nya kejap lagi, kul 12 ni. Semoga semuanya dipermudahkan. Amin...

Friday, May 6, 2011

Happy Mother's Day, Mak!


Seperti tahun-tahun sebelum ini, Hari Ibu biasanya disambut pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei. Tahun ini, sambutan hari ibu jatuh pada 8 Mei 2011. Macam pengumuman raya pulak...

Bila cakap tentang sambutan Hari Ibu, ramai yang cakap hari-hari adalah hari ibu. Ceh bajet anak solehah lah tu cakap hari-hari adalah hari ibu. Memang betullah tu, tapi hari-hari ke kau bagi hadiah kat ibu? Hari-hari ke bawak mak korang jalan-jalan dan belanja makan atau masakkan makanan kegemarannya? Tidak kan...

So apa kata, sempena Hari Ibu ni kita sambutnya dengan sesuatu yang special untuknya. Kami sekeluarga dah menyambutnya awal-awal. Tak semestinya 8 Mei kan. Asalkan ada satu hari yang special dan tarikh dekat-dekat tu kira ok lah. Ada terasa bahangnya.

Ini semua sebab kami kebetulan berkumpul ramai-ramai di KL last week. Apa yang kami buat?


Surprise her with this Jusco 'Spread The Wings of Love' tag! 
Mak bangga giler tengok nama dia kat situ.

Treat her at Kenny Rogers Roaster

Mum, son, DIL-to-be

Sori ye along, Aiman n Aizim korang tak de... Jimat sket duit.

Hadiah yang mak pilih sendiri

And lastly, booking spa untuk mak memanjakan diri.  Las week cancel, aku yang ganti tempat mak. Dis week nak book tapi last minute mak bagitahu nak gi KL sebab adik patah kaki. So postpone lah next week ye. Thanx to Kak Yang, owner Pusat Kecantikan Puteri (PKP) yang rajin melayan aku yang kejap jadik kejap tak kejap postpone. Haish...

Sempena Mother's Day,  PKP ada menyediakan beberapa promosi. Aku tak kisah lah mak nak treatment apa nanti, tak risau sangat sebab harganya semua affordable dan puas hati. Ada facial, kolagen, massage, sauna, jakuzzi, ped & manicure,  mandi susu, bunga sume bagai lah. Mak pilih aje. Jangan mak amik pakej pengantin sudah lah. Kena lah aku mintak bayar ansuran kat Kak Yang. Ehehe ;-p

Mak, mak suka tak? Happy Mother's Day mak! Mak tahu kami sayang mak kan? Cukup lah tu ye sebab kami tak reti nak buat ayat-ayat jiwang ni. 

Oh ya, lepas kami belanja makan dan beli hadiah ni, mak cakap, "Inilah 'hadiah' berkat pengorbanan dan kesabaran mak membesarkan adik bla bla bla (tak ingat)". Bukan hadiah handbag yang mak maksudkan, tapi kejayaan dan kebahagiaan kami yang dimaksudkannya. 

Terrrrrrlalu banyak liku-liku hidup aku dan mak tempuhi selama ini dan liku-liku itu masih ada yang aku belum nampak kesudahannya. Apa yang penting, kami akan melaluinya bersama-sama. Terima kasih mak!



                                                                             (¯`v´¯)
                                                                              .`·.¸.·´
                                                                              ¸.·´¸.·´¨) ¸.·*¨)
                                                                            (¸.·´ (¸.·´ .·´¸¸.·¨


Notakaki1: Sempena Mother's Day, teringat dekat mereka yang pernah jadi ibu. Mari sedekahkan Al-Fatihah kepada Rahmah Ibrahim (nenek), Munah Dagang (nenek) dan Asiah Tahir (ibu Mr.F). 


Notakaki2: Get well soon Angah! Kaki patah sebab main futsal? Hmmm... =(

Thursday, May 5, 2011

Ahli Keluarga Baru


Perasan tak dekat previous entri, ada tunjuk gambar baby ikut kami shopping? Tak ingat tak pe, ini gambarnya.


Menyusu, tidur, menyusu, tidur


Ni lah anak along aku, Putra Aqif Danial bin Izrul Aizat. Masa ni umur dia baru 43 hari kot. Asalkan boleh je mak dia bawak berjalan. Nasib Danial ni senyap je, tidur je dalam stroller dia. Nasib jugak badan dia besar, so bila orang tanya, mak dia cakap umur 2 bulan. Haha tak kan nak bagitahu tak abis pantang lagi kot...

Along dah awal-awal tanya mak, nak sekolah kan anak dia kat Segamat. Mak pulak dah awal-awal cop nak jaga semua cucu-cucu dia nanti. Siap suruh semua ikut letak first name Putra tuk semua cucu lelaki. Kalau perempuan pulak mesti first name Ratu! Aku cop Ratu Elizabeth ye adik2. Korang nak jugak, amik Ratu Elizabeth II ke III.

Eh sori Danial. Nak cerita pasal Danial ni termelalut ke lain lak. Rupa Danial ni sebijik copy paste muka along. Tapi kulit dan rambut tu putih halus macam mak dia. Nasib baik... Agagaga


Along dan Aina


Adorable baby!


Cucu sulung emak!


Pastu dia ni suka gelak. Tak payah nak agah-agah lebih-lebih, tengok muka kita senyum pun dia boleh gelak. Tengah tidur pun dia boleh senyum sensorang. Ntah apa lah mimpinya tu...


Gelak


Gelak lagi


Ni gelak ke sangap?

Ni lah first baby yang leher tak kuat lagi yang aku berjaya dukung, pangku dan tidurkan. Yeay dah boleh kawin yeay!

Nanti gi sana lagi nak ambil gambar banyak-banyak lagi lah. Asik terlepas je nak snap time dia senyum masa tidur dan menguap. Sangat comel...

Wednesday, May 4, 2011

Shopping Tudung


Tahu tak GM Plaza tu dekat mana? Untuk peniaga dan pemborong, diorang tahu lah kot sebab itulah tempat diorang perabis duit memborong. Bila beli dalam kuantiti yang banyak, bolehlah dapat harga borong yang jauh beza dengan harga sebenar. 

Tak nak ketinggalan, last week aku ke sana dengan famili semua. Motif utama? Shopping tudung, brooch, accessories dan garam bukit. Semuanya bukan untuk pakai sendiri. Gila ke borong tudung banyak2 nak pakai sensorang. Ni untuk berniaga lah...


GM Plaza, Klang

Gayat sekejap

Tauke pening. Dah murah pun nak mintak diskaun lagi ke. Grrr

Papa borong brooch. Mama dah aim mana yang nak cilok

Bermeeting jap sebelum meneruskan perjuangan shopping

Baby pun ikut. Tidur je keje dia...

Tengok, kami sanggup ke sana untuk dapatkan harga murah so boleh lah jual pun dengan harga murah. So kengkawan, tolong lah support ye. Tengah kumpul duit nak kawin ni... Macamana nak tolong? Jom serbu sini! (klik gambar bawah)




Blogshop ni kepunyaan adik aku, Izrul Affan. Yup tauke nya lelaki tapi sori dah berpunya... Blog ni diuruskan GF nya. So support lah kami ye sebab kami tengah kumpul duit nak kawin sama-sama tahun depan ni.

Tapi buat masa sekarang belum ada accessories di sini. Accessories dan brooch semua dijual offline je oleh mak aku. Kalau beli kat mak aku, leh masuk buku lima tiga lima. Hehe tengok, mak aku pun support anak-anak nak kumpul duit kawin. Tq mak!

Ada request dari JB ke? Boleh masuk buku tiga lima jugak. Kalau tak, aku malas nak angkut. Nanti bawak banyak, tak jalan, pastu dah out-of-date pulak. Tu yang malas. Susah-susah, gi je lah beli online kat sini.

Apa lagi? Gi lah serbu sana. Bye!










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...