Friday, March 8, 2013

Universal Studios Singapore 2013


Last Saturday, aku dan hubby dan 3 cousins ke Universal Studio Singapore. Its a first time for them tapi 2nd for me. Tahun lepas aku dah pernah pergi, around March juga. So kira macam annual visit lah ni. Tapi tak ada apa yang berubah atau bertambah pun...




Nasib baik tiket ni disponsor oleh abang ipar aku, kalau tak, fikir 2-3x gak nak pergi main benda yang sama. Tapi, of course lah trip kali ni lagi best sebab ada hubby sekali kan!




A night before, aku dah prepare daging cincang masak macam kebab. Tapi hubby request pedas sikit, so aku letak black pepper. Then salut telur dan bread crump. Sabtu pagi2, hubby deep fry roti gulung tu while aku menggoreng nasi. Nak makan kat sana mahal dan susah mencari yang dijamin halal woo...

We start dengan ke Hollywood bergambar dengan KungFu Panda dan Betty Boop. Itu je yang ada, layan je lah. Next, ke New York City dan kebetulan ada Breakdance Show. Stop sekejap sambil cousin merakam their dancing. Di New York, just main Sesame Street Spaghetti Space Chase. Kids ride je tu, tapi aku teruja gak sebab tengok giant spaghetti meatball dalam tu. Next, ke Light, Camera, Action which is shooting set by Steven Speilberg. Kami dok depan sekali, barulah terasa ketakutannya.




Di Sci-Fi City, hubby je yang naik Battlestar Galactica CYLON, kami yang penakut ni tunggu kat bawah sambil main game kanak-kanak, Accelerator. Tapi bila hubby dah naik sorang, aku menyesal pula tak ikut. Haish! Next, ke Transformers Ride, game yang selalu dikerumuni manusia dan kami beratur around 30 min but they all love it so much. Petang tu kami ulang lagi se-round.


After 30mins queue


Next, ke kawasan Ancient Egypt bergambar-gambar dahulu. Aku tak ingat game ni macam mana, yang aku tahu best je sampai aku ulang 2x masa 1st trip dulu. Aku bantai cakap best je kat diorang dan semua ikut aku naik Revenge of the Mummy Roller Coaster. Kahkah. Menyesal Azli (cousin’s hubby)! Petang tu kita dok ulang sekali lagi, dia dah tak mau dah. Rela duduk luar jaga beg je!






Bila dah main 2 game adventurous ni, barulah terasa lapar dan mengisi perut. Alhamdulillah ringan sikit beg bila makanan semua dah masuk perut. Next station kami ke The Lost World. Memula kami ke Canopy Flyer. Pun si Azli tak nak join. Haha. Dia dah aim ke Jurassic Park Rapids Adventure, sibuk sangat nak main air. Siap dah beli Poncho (baju hujan) $3 sepasang. Aish, kata nak main air, apa barang cover2. Biarlah lencun! Aku n hubby selamber je redah. Nasib baik basah sikit je, tempat kami strategik dari kebasahan. Aunty depan kami basah lencun muka macam kena simbah sebesen!






Settle a-must-visit-places, sekarang nak ber-relax pulak dengan tengok movie Shrek 4D Adventure. So next station kami adalah Far Far Away. Bila keluar movie je, hujan turun agak lebat. But its ok, agenda kami hanya indoor sahaja.




Di Madagascar, kami naik boat ride, A Crade Adventure. ‘Adventure’ lah sangat... Haha. Bolehlah kalau untuk first timer. Aku yang dah 2nd time ni, busan dah. Walaupun queue tak panjang, diorang tak nak ulang masuk lagi sekali.

Kami pergi men-jamak takhir before ulang ke Revenge of Mummy dan Transformers Ride. Lepastu jalan2 di New York, makan-makan menghabiskan roti gulung sambil tengok firework show sempena Chap Go Meh. We end up the visit in Souvenir Shop.






Sementara menunggu our last bas 9.30pm, kami ke Candylicious dan Hard Rock Cafe, mengambil gambar sambil kaki memasing dah tempang dan mata dah kuyu. Badan pun dah berbau... Euuuwwww...






Thanx for reading

Wednesday, March 6, 2013

Mum's Family Gathering


Some updates about family day mak di PD masa cuti raya cina. Ramai betul orang bercuti di sana, sampai jam jalan di Teluk Kemang.

We stayed at Kemang Indah Kondominium. Condo ni ada swimming pool (of course kondo ada pool kan). Tapi pool nya dalam, around 1.5m. Walaupun aku tahu berenang, tapi tak konfiden sebab kalau ter-stop di tengah2 kolam, paras air betul2 kat hidung. Dah lah airnya kotor dan pekat dengan klorin. Euww!





Me n hubby from Melaka. Along, adik2 dan mertuanya dari Sekinchan dan KL while my parent dan makcik pakcik lain dari Segamat. Alhamdulillah selamat sampai pada Sabtu petang. Malam tu terus terjun kolam dan ber-BBQ!




The next day, diorang ke Putrajaya sekejap untuk jemputan kahwin. Aku n hubby lak ke Teluk Kemang, kebetulan family hubby pun ada ber-picnic disana. Biasalah cuti sekolah kan, parking penuh sepenuh manusia di laut. Ni baru betul lautan manusia!




Lepastu balik kepangkuan family aku, terus angkut semua pelampung ke pantai di belakang kondo. Pantai ni bersih dan lengang, tak ramai orang tahu. Tapi happening juga sebab dah ada banana boat dan beberapa watersport activities.




Malam kami berkaraoke pulak. Tapi bilik kecik, terpaksa tempah 2 dan terasinglah kami lelaki perempuan. Penat menyumbangkan lagu, pergi mengenyangkan perut di.. di.. tak ingat nama restoran pulak. Lepastu balik tidur sebab Isnin nak balik ke kampung masing2.




Alhamdulillah ini 1st family gathering family aku di luar Segamat. Family gathering hubby boleh baca disini. Minggu lepas adik aku ajak pergi Cameron pulak, tapi tak dapek la, dah berjanji dengan sepupu nak ke USS. Nanti adalah entri USS kat sini.

Awal April akan ada family gathering keluarga hubby lagi, tapi keluarga kecik la. Tak involve sepupu sepapat semua, siblings hubby dan anak2 buah dia pun dah cukup meriah. Bilalah aku pulak nak menyumbang anak buah ni. Eh... Haha!



Thanx for reading

Monday, March 4, 2013

Review: Wedding Album


Salam. Cerita tentang Official Photographer (OP), OP saya biasa2 je. Di rumah abah, OP yang Iris Awana sediakan tu freshie lagi. Banyak nice shot yang tak dicapture! Kata nak hantar 2 orang, tapi sorang je yang betul2 photographer. Lagi sorang tu setakat ada DSLR je, tu dikira photographer jugak ke??! Album hancur.

Untuk rumah mak, OP nya expert. Orang lama. Edit pun cantik. Tapi tu lah, orang lama tak ikut trend semasa la camne nak edit n so on. Album pun diberi sticky album je, tapi worth la dengan harganya. Satu hari dah siap nak bagi edited softcopy dan album.

Untuk belah lelaki, OP tu sedara-mara je. Tak expert sangat la, aku tak minat sangat kualiti gambar dia. But nemai, memang nak memurah je, asalkan ada gambar. Tapi tu lah, dialah OP, dialah juga kendarat. Cis! Banyak juga shot yang tak di snap.

Orang kata, photographer lah penting kan sebab nak rakam setiap detik. Siap ada bride yang hire 2nd OP. Tapi aku lagi pentingkan videographer untuk rakam memori bergerak. Lagi best melabur kat situ!

Sebab gambar tu asal ada, dah lah. Diorang edit tak cantik tak apa, nanti ada duit, hire orang edit gambar tu balik.  Pastu tak payah nak keluar modal banyak2 untuk album sebab boleh buat sendiri. Jauh beza kot harganya! Aku beli harga RM75 je untuk 40 pages custom album. Boleh baca tentang promosi tu di sini.

Kupon untuk album RM75 tu expired 18 Febuari lepas. Maka, 17 Febuari malam tu baru aku buat final touch up dan send the order. Haha last minute betul! Tapi, 21 Febuari tu diorang dah hantar album yang aku order. Cepat betul!

This is the album...




Kalau nak tengok e-flip photobook nya, boleh klik link di bawah:
Resepsi 3 (9 September 2012)





Thanx for reading

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...