Showing posts with label Review Kahwin. Show all posts
Showing posts with label Review Kahwin. Show all posts

Monday, March 4, 2013

Review: Wedding Album


Salam. Cerita tentang Official Photographer (OP), OP saya biasa2 je. Di rumah abah, OP yang Iris Awana sediakan tu freshie lagi. Banyak nice shot yang tak dicapture! Kata nak hantar 2 orang, tapi sorang je yang betul2 photographer. Lagi sorang tu setakat ada DSLR je, tu dikira photographer jugak ke??! Album hancur.

Untuk rumah mak, OP nya expert. Orang lama. Edit pun cantik. Tapi tu lah, orang lama tak ikut trend semasa la camne nak edit n so on. Album pun diberi sticky album je, tapi worth la dengan harganya. Satu hari dah siap nak bagi edited softcopy dan album.

Untuk belah lelaki, OP tu sedara-mara je. Tak expert sangat la, aku tak minat sangat kualiti gambar dia. But nemai, memang nak memurah je, asalkan ada gambar. Tapi tu lah, dialah OP, dialah juga kendarat. Cis! Banyak juga shot yang tak di snap.

Orang kata, photographer lah penting kan sebab nak rakam setiap detik. Siap ada bride yang hire 2nd OP. Tapi aku lagi pentingkan videographer untuk rakam memori bergerak. Lagi best melabur kat situ!

Sebab gambar tu asal ada, dah lah. Diorang edit tak cantik tak apa, nanti ada duit, hire orang edit gambar tu balik.  Pastu tak payah nak keluar modal banyak2 untuk album sebab boleh buat sendiri. Jauh beza kot harganya! Aku beli harga RM75 je untuk 40 pages custom album. Boleh baca tentang promosi tu di sini.

Kupon untuk album RM75 tu expired 18 Febuari lepas. Maka, 17 Febuari malam tu baru aku buat final touch up dan send the order. Haha last minute betul! Tapi, 21 Febuari tu diorang dah hantar album yang aku order. Cepat betul!

This is the album...




Kalau nak tengok e-flip photobook nya, boleh klik link di bawah:
Resepsi 3 (9 September 2012)





Thanx for reading

Wednesday, February 27, 2013

Review: Guestbook


Salam. Ok update cepat2. Ini guestbook yang saya DIY sendiri. Kalau order 60 pages guestbook siap ada kaler ni mau seratus plus2. Tapi ini less than RM30 kalau tak termasuk kos printing. Printer dan dakwat ihsan dari housemate. Lepastu terus binding hardcover (macam thesis) dekat kedai stationary. Siap!

The hardcover thesis, eh guestbook

Front page

Dari labmates

Dari kawan2 DTU Denmark. Cis poyo pulak

Sebahagian dari belah mertua

The best wishes, unik dengan pantun dan tulisan jawi

The end...




Thanx for reading

Friday, January 18, 2013

Review: Doorgift (Bacaan Solat & Terjemahan)


Hari Jumaat ni, nak syer satu idea. Syer pahala pun iya juga.

Sekarang ni ramai orang selalu bagi Yaasin sebagai doorgift. Kalau dekat Mydin, sekeping RM1 untuk naskah paling kecil. Soalannya, berapa ramai orang akan gunakan Yaasin yang kita beri?

Salah satu mungkin sebab naskah yang kecil, tulisannya pun kecil. So mereka prefer guna Yaasin mereka sendiri yang of course tulisannya lebih besar dan jelas (selalu mak cik pak cik lah).

Soalan lain, berapa ramai yang faham setiap maksud bacaan dalam solat? Sedikit info untuk dikongsi:


Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud
Berapa ramai orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya.

Ketahuilah solat adalah ibadah utama yang akan dihisab terlebih dahulu di akhirat oleh Allah SWT, berbanding dengan amalan-amalan yang lain. Sekiranya solat seseorang itu dalam keadaan sempurna, maka barulah dihitung pula amalan yang lain. Oleh itu, langkah awal bagi mendapatkan kekhusyukan dalam menunaikan solat adalah dengan membaca bacaan solat dengan baik (Khusnul Qori’ah), berusaha untuk memahami dan mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu, terutama sekali Al- Fatihah, gerakan dalam solat dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut difahami oleh orang yang melaksanakannya.


So apa kata kita bukukan pula bacaan dalam solat dan terjemahannya sebagai doorgift. InsyaAllah bermanfaat. Sekarang dah ramai syarikat printing yang boleh accept custome order macam ni.

Sebenarnya terjemahan solat ni adalah salah satu doorgift wedding saya. Tapi lambat untuk dikongsi di sini until saya dapat request dari B2B blogger sha. Kalau sesiapa nak, boleh email saya. Free je... Siap doa pengantin, bacaan solat, doa wuduk, azan dan doa azan, zikir harian dan wirid. Semua ada terjemahannya. 


Boleh email siti.norbaidurah@gmail.comKorang ni tolong lah rajin sikit, aku dah bagi email ni, tolong email aku dulu, senang aku terus reply dan attach file tu. Penat aku nak copy paste email korang n compose mesej. Hehe aku ni kan pemalas. Kadang2 pelupa.

Credit to Prof Wan Azelee yang mengumpulkan segala doa dan terjemahan.





Thanx for reading

Tuesday, January 8, 2013

Wedding Highlight: 08 & 09 September 2012


Hai Selamat Tahun Baru. Hihi lama tak update, busy sikit pindah rumah. Nanti kita cerita hal pindah-memindah ni. Kali ni tak tipu, entri nya dah ada, cuma kena edit2 sikit je.

Alhamdulillah dah setengah tahun kawin, HAPPILY. How time flies! Another 6 months to complete all labworks, OFFICIALLY! But I dont think I can finish my PhD without delay it to another semester(s). *sad face* Doakan saya ya...

Oh ok tukar topik. Dulu saya dah share video highlight di majlis rumah abah (08 Julai 2012), video directed by ManisDV Production. Boleh tengok video tu di link ni. Tapi video highlight je, full video terlalu besar untuk upload. Cukuplah untuk tontonan family and anak cucu saya nanti.

Untuk resepsi rumah mak dan bertandang, saya guna khidmat Pujangga Studio. Nanti boleh buat review dua2 videographer ni ye. Layankan dulu video ni. Frankly speaking, saya suka video masa majlis bertandang di Melaka sebab nampak kemeriahannya! Mungkin disebabkan pemilihan lagu juga...




Majlis Resepsi Kedua (08 September 2012) - link



Highlight Zura & Hidayat : Majlis Persandingan from Pujangga Studio on Vimeo.



Majlis Bertandang (09 September 2012) - link



Thanx for reading


Thursday, December 27, 2012

Review: Signage/ Penanda Arah


Bahan-bahan menbuat signage:
v  Kertas A4 160gram (biar tebal supaya tak ditiup angin)
v  Printer color (lagi bagus kalau ada external ink)
v  Plastik transparent
3 in 1 printer with external ink

A4 papers. Laptop and mouse too... =p

Memula design signage. Nama hendaklah sebesar yang mungkin supaya orang senang nampak. Lain2 adalah anak panah, tarikh dan lokasi. Lepas tu kalau hias2, silalah gunakan khidmat pak cik google image. Search ‘wedding cartoon’ or whatsoever.

Designing. Oh pakai Word je??
Dah siap, print menggunakan printer sendiri, kawan atau opis. Lepastu kalau sesiapa banyak duit, boleh laminate. Tapi aku tak mampu. Nak laminate sehelai A4 pun cost RM2. Kalau berhelai signage tu?? So aku balut je dalam plastik transparent saiz lebih kurang A4 (beli di kedai hardware) dan selotape.

Left or right??
Proses pemasangan, serahkan je pada adik-beradik atau sedara-mara lelaki. Sediakan aja tali rafia, kayu atau apa2 yang berkaitan. Sekian... 




Thanx for reading

Friday, December 21, 2012

Review: Bilik Pengantin


Tadi tengok di traffic source blog, ramai yang search word ‘bilik pengantin’. Nak kita update bilik pengantin. Eceli sekarang ni dah tak de hias2 bilik pengantin dengan tirai, cadar ropol2 semua. Dah tak kisah semua tu.

Tapi kot ye pun tak kisah, jangan lah sampai sepah2 sebab orang kampung, sedara-mara reporter paparazi ni semua kata kita pemalas. Asal bilik tu kemas, bersih, bau wangi daun pandan ala-ala pengantin cukuplah kan.

Me too... Boleh baca renovation bilik pengantin disini. Cuma cat semula dengan warna yang less girlish dan tukar katil yang patah. Langsir pun sponsor. Cadar Akemi beli time Jcard day. Dan aircond tu abah pasang tanpa pengetahuan aku. Terima kasih abah!

Tapi disebabkan pakej Iris Awana tu include hiasan bilik tidur, so aku mintak dia hiasan yang selalu dia buat dekat pelamin. Tak nak tirai2 old skul sume. Haha. Amik aku, sampai pukul 2 pagi diorang memasang bunga ni sekuntum2. 

Hiasan yang lebih kurang sama di pelamin gazebo/candy buffet

Kalau perasan, cat bilik ni oren + light peach. Oren untuk feature wall

Sayang woo bunga ni. Rasa nak kunci bilik tak nak bagi Iris masuk amik semula bunga ni!




Thanx for reading

Tuesday, December 18, 2012

Review: Candy Buffet


Sebelum ni pernah buat teaser candy buffet. Boleh baca disini.

Candy buffet deco

Candybuffet ni dari PartyPrint. Sebenarnya boleh buat sendiri2, tapi malas. Plus, kalau buat sendiri tak ada mesin chocolate fountain, padahal itulah main reason aku nak buat candybuffet ni.

Side view: Mr & Mrs

Diorang datang setup awal, around 11pm. Lepas setup terus balik sebab diorang dah ajar adik aku, Aliah cara nak guna mesin tu. Kalau nak guna pekerja diorang, kena tambah extra RM50 pulak. Ish membazir.

Penjaga booth candy

Booth tu sepatutnya buka pukul 1pm tapi bila dah setup awal2, ramai lah kanak2 berkumpul dok berebutkan mashmallow salut coklat. Kelakar pun ada sampai kena sorok mashmallow tu bawah meja!


Bukan kedekut, tapi kalau orang yang sama sekali tapau 2,3 pinggan lepas tu tak abis, tauke gula pun boleh tutup kedai kan. Lagipun, aku nak reserve sikit candy tuk untuk kawan-kawan aku dan pihak lelaki yang datang pukul 1pm.

Left: Macaroon, chocolate bar, biscuit stick

Candy stick

Lollypops

Left: Chocolate cake, apam polkadot, popcorn

Popcorn

Chocolate fountain

3-tiers candy rack

Pakej yang aku amik ni include chocolate cake (1), cotton candy (100), mashmallow (220), chocolate fountain, candy stick (100), biscuit stick (1kg), smarties (2kg), jelly beans (2kg), lollypops, ice pop, customized design chocolate bar, popcorn. Lepastu aku ada tambah apam polkadot dan macaron dari Kak Elly Bakery Segamat. Aku pun ada berangan nak buat fruit stick. Cucuk buah untuk salut coklat. Tapi berangan je, so korang pun kena bayangkan je. Banyak cenggitu, kalau siapa yang tak dapat juga, kira dah habis lah. Eh pengantin pun dapat merasa tau!

Notakaki: Kalau korang perasan, mana ada gambar mashmallow stick. Ha tu adik aku dah sorok. Cuba tengok muka tak bersalah dia kat gambar #3! Cis.


Thanx for reading

Monday, December 17, 2012

Review: Pelamin Gazebo


Gazebo dikenali juga sebagai pangkin, wakaf, kubu (wah macam kubu pertahanan!) dijadikan tempat beriadah keluarga. Sebenarnya abah aku memang suka benda2 macam ni. So alang2 nak majlis kawin, dia buatkan lah sebiji untuk tetamu/sedara-mara melepak.



Nak beli sebiji kat kedai jati memang mahal. Jadi abah upah pekerja Indo cari kayu di hutan (ni lah untungnya duduk kampung), dan tukang kayu untuk buatkan gazebo ni ikut citarasa abah. Kira customized order lah kan. Finishing kami adik beradik lah yang terpaksa tampal wood filler, gosok dengan kertas pasir dan cat. Nasib baik abah tak suruh aku wiring jugak. Tu upah cousin aku, dari siang ke malam nak mengerjakan wiring je.


Bila dah siap, aku pulak mengatal nak jadikan tempat nikah. Dah ajukan pada Iris Awana, beria dia setuju sebab katanya lain dari lain, bole masuk koleksi galeri diorang. Tapi bila fikir balik, macam tak privacy untuk majlis akad nikah sebab gazebo ni dok tepi jalan, nanti bising bunyi lori lalu-lalang. So cancel.

Tak puas hati, aku fikir nak jadikan tempat potong kek. Tapi cancel juga. Last minute baru dapat idea nak malam berinai disitu. Kebetulan macam kena dengan baju songkek aku, ala-ala klasik. Itupun lepas tanya hubby. Bukan minta permission ke apa (masa ni belum kawin lagi), cuma nak make sure mak pak cik dia semua tak de sakit lutut ke kaki tuk panjat gazebo tu nak inaikan kami. Syukur both families semua sporting, sampai kompang kena ulang berkali-kali nak menunggu queue berinai abis.





Kerusi sanding dan pokok hidup keliling gazebo ni sendirian berhad. Yang lain2 deco dari Iris Awana. Credit to them sebab aku cuma nak kain tirai putih je untuk hiasan. Tetiba balik dari nikah (dari masjid) aku tengok diorang dah mengerjakan gazebo ni sampai jadi taman bunga siap spotlight, candelier dan juaraian-juraian manik!



Untuk hari langsung, kami tukar function gazebo ni untuk candy buffet sebab aku sanding dekat dalam rumah, pelamin lain. Inilah hasilnya candt buffet dari PartyPrint. Nanti update candy buffet pula. 

Notakaki: Ada bridal pernah nak sewa kerusi kayu tu. Bagi murah je tanpa deposit, tapi cancel last minute. So sewaan masih dibuka tapi kali ni kena bagi deposit dulu ya. Sesuai untuk tema Bali/tradisional.



Thanx for reading

Friday, December 14, 2012

Review: Baju Resepsi


Review tak payah ikut susunan ye? Tapi kita ikut suka hati aku. Sementara apa yang teringat dan apa yang ada depan mata je.

Hari ni cerita baju resepsi. Sebenarnya banyak baju yang dah di-shortlisted dari majalah. Tapi bila sebulan sebelum kawin, aku angkut semua majalah bawak balik kampung. Then bila Iris Awana mintak contoh baju yang aku nak, terus kelam kabut. So aku bagi je mana-mana gambar yang ada dalam simpanan.


Ni contoh yang aku bagi Iris. Baru 2 contoh pun dah pening nak buat pilihan. So serahkan biar Iris yang buat keputusan mana yang nak dibuat. Tapi warna haruslah combination 3 pastel colors (peach, pink, purple), contoh kat gambar kanan sekali.

Masuk je butik terus nampak baju ni dan wish its mine.  

Rupanya betul, custom made by Iris Awana

Tapi bila close up, tak siap jahit lagi... 

Dalam 2 minggu sebelum majlis, aku pergi Iris nak finalise yang semua persiapan. Nampak baju ada dekat patung tapi tak dapat cuba lagi sebab tengah buat detailing. Penuh dengan jarum peniti. Karang ada yang tercucuk pulak. So berangan je lah sampai hari langsung. Ni lah hasilnya...








Thanx for reading

Friday, October 12, 2012

Review: Vintage Handbouquet


Minggu ini nak habiskan cerita handbouquet (HB). HB nikah di entri ini. Untuk HB resepsi, plan asal nak pakai fresh flower, pastel colors. Tapi bila browsing, jumpa HB DIY Vintage di The Craft Portion. Menarik juga walaupun made from kain, tapi boleh simpan terus dan buat hiasan.

HB dari The Craft Potion (FB Link)

Ini contoh2 HB di The Craft Portion. Dan dibawah contoh HB yang dibuat untuk saya, DIY Vintage namanya. Cuma ada manik berjuntaian tu saya tambah sendiri. Tak perlu pun masuk manik sebiji2 kat benang, just beli rantai manik Rm10 kat pasar malam then jahit ke HB tu.


Customized for me

Kalau perasan, ada amik berjuntaian di HB

Masa resepsi rumah mak, rancangnya nak pakai baju champange color. So saya dah order HB DIY Chanel color (champange + black) dari vendor yang sama, The Craft Potion. Tapi at last tukar tema baju warna royal blue, so saya cancel la HB DIY Chanel color tu dan minta sepupu (Kak Shima) buatkan artficial HB warna biru putih. Saya request ada bunga putih (tak nak bunga biru), dan tambah blue pearl, blue butterflies dan blue riben yang panjang.

Chanel color dari The Craft Potion, but not for me lerrr

White hydrangea flower with accessories

Next untuk resepsi lelaki di Melaka tema kaler hijau ala2 garden lah kononnya. So saya terfikir nak pakai long HB, contoh gambar di bawah. Saya pakai artificial flower je, so mintak tolong Kak Shima lagi buatkan. Tapi masa nak berarak tu, rasa HB tu macam besar sangat compared to my badan. Rasa macam bawa pokok bunga pulak. Mak andam pun suggest pakai HB Vintage haritu. At last HB panjang tu saya buat hiasan kat kepala katil.

Contoh long HB

Recycle HB Vintage. Nasib baik sesuai dengan baju

Ada 3 lagi different HB yang saya gunakan pada malam berinai di kesemua tiga rumah. Tapi tu semua mak andam yang sediakan. Tak perlulah cerita juga, panjang dah entri ni. Pheww! Berupdate juga akhirnya...




Thanx for reading






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...