Friday, October 11, 2013

Sweet Escape to Star Cruise

Di sini ada beberapa cara mendapatkan tiket untuk ke cruise. Mana-mana cruise pun sama lah ye, tapi sekarang ni aku cerita tentang cruise yang aku naik, Superstar Libra Cruise.

1. Pergi ke website Star Cruises, mungkin boleh beli tiket direct dari sana tapi harga agak mahal tanpa promosi

2. Terus ke mana-mana travel agensi yang menyediakan pakej ke sana.

3. Beli voucher dari mana-mana website yang sediakan banyak deals. Aku selalu deal dengan 2 website ni, mydeal.com.my dan groupon.my

So untuk trip kali ni, kami beli voucher dari mydeal.com.my. Harga korang boleh tengok kat bawah ni.  Korang jangan fikir bebukan ye. Ni bukan nak menunjuk, tak de apa yang bagus pun. Hanya nak bagi info dekat siapa yang bertanya.



Voucher ini diuruskan oleh V-Travel Sdn. Bhd., Johor Bahru. Make sure baca semua terma dan syarat seperti redemption process (jangan terlepas tarikh) dan ada beberapa surcharge (handling, fuel dan booking fee). Kalau korang pilih tarikh yang peak time pun jadi mahal sedikit.

Pakej yang aku ambil ni include semalaman di atas cruise (+BBQ dinner +breakfast) dan semalaman di Flamingo Hotel (+breakfast) dan harga adalah untuk 2 orang. Transport ke cruise dan hotel tak disediakan ye. Dan harga tu tak solid, ada extra charge macam aku sebut tadi tapi tak lah mahal sangat. Yang penting, tak ada hidden charge!

Cas tidak termasuk dalam pakej

Kalau semua baca betul dan teliti, insyaAllah korang tak akan rasa tertipu. Dari awal aku berurusan hingga aku check-in check-out Cruise dan Flamingo Hotel, memang tak ada additional charge. Lepas bayar dan confirm tarikh dan masa, semua mereka uruskan dan urusan kami sepanjang di sana semuanya lancar. Alhamdulillah. Cuma aku je was-was terlebih.

Confirm payment, print iterenary, redeem di sana dan dapatkan access card

Nak tahu spesifikasi kapal, boleh refer gambar Star Cruises di bawah. Star Cruise Libra ni kecil berbanding Virgo dan Aquarius tapi lebih besar berbanding Pisces.



Bilik kami pun kecil je, memang kami ni budget traveller. Yang penting ada bilik air sendiri, bukan syer2. Jadi kalau korang rasa nak bilik yang lebih luas dan selesa pun boleh je, asalkan ada duit. Cuma aku tak pasti samada boleh upgrade bilik atau tidak kalau beli voucher macam aku ni.

Let say korang ni nak lagi jimat, boleh je naik cruise tanpa sewa bilik. So malam2 tu korang boleh la melepak di mana-mana. Tak perlu risau sebab ada banyak kerusi dan sofa disediakan. Lengang sangat orang sebab aku rasa semua orang melepak dalam bilik atau mana2 club/restaurant.


Setiap bilik disediakan souvenir dari Genting Hong Kong. Aku takut2 nak ambil sebab bila tengok harga gift ni dekat kedai souvenir, above RM500! Juling mata aku, biar betul! So aku confirmkan dengan pekerja di sana, diorang kata memang dia bagi free je, cuma if nak extra, kena belilah dengan harga cekik darah tu. So sekarang souvenir tu selamat dalam boot kereta aku, sampai hari ni aku asik lupa nak keluarkan.


Seperti yang aku cerita dalam entri sebelum ni, dinner dan breakfast di sini memang free buffet. Memang banyak pilihan makanan dan sangat puas hati. So kat sini tak perlu diet2, makan je semua. Lepas tu baru boleh cuci semua lemak dengan Herbalife Tea-Mix. Ok itu iklan sekejap.


Sepanjang sehari semalam aku atas kapal ni, memang ada banyak aktiviti. Kita kena alert lah dengan tentatif yang diberi dan poster2 yang bertampal di setiap pintu masuk restoran/club etc. Eh casino dan 'pertunjukan adult' pun ada tau! Tapi privacy kot.

Sementara menunggu lif

Korang jangan ingat aku gi masuk pulak. Dah kata aku merayau keliling kapal malam tu, so semua map atas kapal aku dah hafal (tapi sebab lambat update, aku dah lupa). Masa tau ada event sebegitu semua, aku jadi takut pulak. Banyak nya benda2 munkar atas kapal ni, Ya Allah janganlah kau tenggelamkan aku dengan mereka ni. Ha sampai macam tu...

So conclusion nya, memang best! Best kalau korang nak jadikan ini sebagai experience korang. Rasa romantik je duduk kat dect teratas dengan hubby sampai layan angin malam.

Ni belum malam tapi hampir senja

Cuma, aktiviti tu tak berapa best untuk kita yang muslim ni. Unless kau ada duit nak masuk spa atau nak masuk semua club dan casino tu. Eh jangan lah korang! Setakat 1 malam atas kapal ni cukuplah. Kalau 2 ke 3 malam kami atas kapal ni, tak tau dah nak buat apa. Kalau ada swimming suit, mungkin best sikit kot.

Pool yang sentiasa lengang

Dari segi layanan, anak kapal sangat baik dan helpful. Kebanyakannya adalah dari Thailand, Indonesia, Malaysia. Mereka offer kami ke Krabi, of course not for free lah kan. InsyaAllah memang aku teringin ke sana, tapi bukan naik cruise ler. Hihi naik flight kan cepat sikit sampai.

The best part is, mereka alert yang kami ke sana untuk celebrate besday (based on hubby’s IC kot). Walaupun sebenarnya 2 in 1, his besday and our anniversary. Itu yang disediakan kek untuk hubby, siap bagi surprise card depan bilik. Walaupun kek kecik but its ok. Pada aku, peringatan tu yang penting, tanda dihargai.

So itu je kot. Entri ni bukan berbayar pun dari Star Cruises. Heheh!





Thursday, October 10, 2013

First Anniversary Getaway: Flamingo Hotel

Selepas check out dari cruise, kami terus ke Bukit Bendera sebelum cek in ke Flamingo Hotel by the Beach, Tanjung Bungah. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Terus dapat kunci bilik.


Bilik yang disediakan luas sangat! Macam family room. Almari baju pun besar macam almari rumah. Cuma kami tak dapat beach view tapi swimming pool view.



So petang-petang tu korang boleh lah bersiar-siar di pantai Tanjung Bungah atau Batu Feringgi tu. Tempat kejadian tsunami sembilan tahun lepas. Tapi kami tak pergi pun, kami ada agenda lain, mengisi perut lah!

Kalau dah ke Penang, mestilah nak cari Pasembur kan. So kami ke tempat yang famous dengan Pasembur, Gurney Drive. Tepi laut juga ni, tapi susahnya nak park kereta, tepi jalan semua full!

So end up kami ke carpark berbayar di Plaza Gurney. Jauh juga lah berjalan dari sana ke kedai pasembur ni, tapi along the way ada banyak penjaja menjual toys, girl accessories, jeruk.



Sesampai je terus attack kedai pasembur pertama. Kami ambil tak banyak sebab ada side order Laksa Penang yang super sedap! Pasembur ‘tak banyak’ ni pun dah sepinggan RM30, mahal sebab ada sotong besar. Tapi semua sedap, perut pun puas hati! Alhamdulillah...


Sebelum pulang, berjalan sekejap di tepi pandai. Window shopping di sepanjang jalan, semakin malam makin banyak penjaja buka kedai mereka. Then window shopping lagi dalam Gurney Plaza.


Hari seterusnya, bersarapan di Flamingo Hotel dan check out awal pagi. Sebab jauh perjalanan kami nak balik ke Melaka. Perjalanan masuk ke pulau kami menaiki feri, keluar pulau kami menggunakan jambatan Pulau Pinang. Baru ku tahu tol around RM 8 hanya dikenakan jika ingin masuk ke pulau sahaja.



So tamatlah cerita First Anniversary Getway kami ke Pulau Pinang. Nanti akan update cerita Superstar Libra Cruise pula since ramai yang bertanya.


TQ for reading my entry. XOXO




First Anniversary Getaway: Bukit Bendera

Dah baca tentang our Getaway for first day? Nah ini sambungan untuk hari kedua. Memang lokasi tak dirancang. On the way dari cruise ke carpark aku wasap kawan ku Insp Radzy tentang lokasi best di Penang.

Dia suggest beberapa tempat dan salah satunya Bukit Bendera. Aku pun tak sure apa ada di Bukit Bendera dan on the way ke sana pun aku masih was-was, best ke idak agaknya Bukit Bendera ni? Ah, on GPS dan hentam je.


Untuk pemegang MyCard, akan diberi diskaun ye. Student, senior citizens atau kids layak dapat harga lebih murah. Btw, masa beratur beli tiket naik cable car ni, sepupu aku call dan wish Happy Anniversary. Wah terharu! Terus masukkan nama dia dalam list untuk dapat souvenir dari aku.


Tips1: Bawa makanan dan tikar naik ke atas, so boleh lah berpiknik. Sebab tak banyak pun aktiviti yang boleh dibuat di atas tu selain melihat pemandangan Pulau Pinang dari atas.


Tips2: Beli souvenir di atas Penang Hill lebih murah dan banyak pilihan berbanding di kaki bukit Penang Hill. Tapi kena pandai2 pilih kedai juga lah.


Di atas tu, ada beberapa tempat boleh dilawati seperti Owl Museum (RM10/adult, RM5/child), naik buggy mengelilingi lereng bukit bendera, ukir inai dan bergambar dengan haiwan liar.


Bergambar dengan haiwan di sini Cuma RM10! Murah ye, so tak nak lepas kan peluang. Tapi kalau bergambar dengan parrot rasa membazir je duit tu, so cabar diri bergambar dengan ular. Walaupun aku sebenarnya penggeli reptiles terutamanya cicak, so ular ni lagi lah geli geleman. But yes, I did it!


Di atas puncak Bukit Bendera, ada masjid, kuil dan tokong. Kebetulan kami melawat ketika azan Zuhur, so sempatlah solat di sana. Then ke kuil yang penuh dengan patung2 dewa. Setiap patung tu hubby suruh aku ambil gambar. Nanti balik dia nak search sejarah disebalik nama dewa2 tu.



Membaca bukan setakat sejarah Islam, tak kisahlah sejarah agama atau budaya mana2, is hubby’s hobby. Tapi aku kagum sebab dia ingat setiap yang dibaca, tak macam aku yang 'memory low' ni. Lepas tu cerita kat aku. Aku angguk je. Vinayagar, aku pun lupa dah apa ceritanya.



Seterusnya balik ke hotel yang dah booked dalam pakej yang sama, Flamingo Hotel. To be continue...

Wednesday, October 9, 2013

First Anniversary Getaway: His Besday Cake

Kalau korang pernah baca entri sebelum ni, aku memang suka surprise kan hubby sempena besday dia. Dari kami bertunang hingga kawin. But this time, dengan aku sekali surprise.



Ok sambungan entri day 1 dan night 1, ini cerita day 2. Bila kami keluar bilik, ada memo di letter box kami. Wow rupanya mereka notis yang kami datang sini untuk rai besday hubby! Walaupun tujuan yang sebenar-benarnya untuk rai anniversary kami, tapi macam lah diorang tahu kami nikah pada besday hubby kan.



So kami call untuk reservation. Selepas confirm masa dan tempat untuk claim besday kek, kami pergi breakfast di pool dahulu. Again, makanan di sini memang varieties. Puas hati dapat makan semua.



Then, kami berjalan2 dulu ambil angin laut di deck teratas sambil menunggu makanan turun ke perut. Hihi sebab sekejap lagi nak claim besday kek pula.


Dan inilah kek besday nya! Kecik je tapi sedap MasyaAllah! Dah katanya prepared by a Chef, specially for us besday boy kan. Sukalah dia..!



Last check out is 12.00 noon tapi kami around 11 am dah check out. Banyak destinasi lain pula. To be continue...




First Anniversary Getaway: Penang Cruise Night 1

Sambungan dari entri Day 1. Selepas check in, sila cari kertas tentatif untuk semua aktiviti yang akan berlangsung di atas cruise. Untuk kami, apa lagi yang menggembirakan selain makan time! Selain tu, ada banyak aktiviti lain. A lot of shows and contests.



Dalam cruise ni, dinner dan breakfast disediakan, for free. Ada 2 tempat yang menyediakan dinner free. Chinese food di Chinese Restaurant (tak ingat nama. Tu lah, dan berbulan baru nak update) dan BBQ di bersebelahan pool, Deck 8. So kami pilih BBQ, of course.


Makanan di sini memang banyaaakkk! Setaraf atau mungkin lebih dari Hotel 5 bintang. Kalau 1 booth tu sediakan seafood, all types of seafood ada. Kalau booth nasi, semua jenis nasi ada. Sama juga booth pasta, salad, ulam, kek, dessert, fruits, western. Just name it. Oh lauk nasi campur je tak ada. Yang lain, kalau booth tu ada, memang rambang mata lah nak pilih yang mana layak untuk masuk ke pinggan. Kambing golek tu yang menggiurkan!



My favourite lasagna!

Lepas makan 1 ke 2 round, cruise pun mula berlayar jam 7.00 malam. Oooh syukur aku tak mabuk laut. Kalau tak, rugi makanan yang masuk ke perut. Makan, minum, relax2 bagi makanan turun, borak2 kejap dengan orang2 sebelah meja, dan makan semula, so around 8.00 malam aku stop makan. Ok cukuplah tu.

Kami pun ke Deck 9 (deck tertinggi) untuk ambil angin malam. Nak berenang, tak teringat pula nak bawa swimming suit. Around midnight hanya beberapa orang je masuk pool tu! Jakuzi di sebelah pool pula kosong, tak ada orang. Rugi aku tak bawa swimming suit. Kalau tak boleh juga bakar lemak lepas melantak tu.


So apa lagi yang kami boleh buat. Meronda sepanjang kapal. Ada VIP lounge, gym, jogging track, tennis court, casino, night club, spa, swimming pool and jakuzi, a lot of restaurants, souvenir shop. Banyak lagi lah.


Selepas rondaan sepanjang kapal, penat terus ke swimming pool semula. Ada performance live band. Dari Balada, ke Jazz, ke Rock. Suara memang best tapi halahai seksinya... aku pergi sebab di sana diselitkan sekali dengan kelas belajar tarian cha-cha. Tergeliat pinggang ni.



Tuesday, October 8, 2013

First Anniversary Getaway : Penang Cruise Day 1


Ni cerita tentang anniversary kami yang pertama, hari yang sama dengan besday hubby ke 31 tahun. Ye, tua dah dia. Seperti entri sebelum ni ada bagitahu yang kami akan ke atas laut, eceli kami naik cruise! Superstar Libra Cruise.

Dah lama aku teringin nak naik cruise, so bila hubby offer ke Penang ni rasa macam bulan jatuh ke riba! Tapi ini hanya percutian bajet, bukan lah cruise mewah macam dalam filem tu. Alhamdulillah dapat lah merasa tidur dalam cruise sehari semalam. Nanti aku conclude kan apa yang aku rasa tapi sekarang nak cerita itinerary kami dulu.

Kami bertolak dari Melaka pukul 7.00 pagi dan sampai di Penang jam 1.00 petang. Beratur di Jeti untuk naik feri dan sampai di pulau dalam pukul 2.00 petang. Sepanjang beratus kilometer tu, hubby drive sorang je. Lebiu lah! 


Sampai di pulau, kami terus menuju ke Jeti Swettanham. Walaupun belum boleh cek in, tapi kami nak usha2 dulu, nanti senang nak mencari. Alhamdulillah, dari Melaka ke Penang semua tak de lah aku sesat marat hasil bantuan GPS dan kawan aku, polis di Penang.


Lepas dah tahu lokasi jeti dan tempat untuk parking, kami berjalan2 cari makanan dulu. Jauh juga kami ke Queensbay Mall, kawan aku tu suggest makan dekat kedai penjaja di tepi laut. Agak jauh juga dari Jeti, tapi syukur tak jem. 


Aku pesan char kuey tiaw peberet aku. Aku tak minat sangat laksa penang ni, so hubby pesan untuk dia satu je. Laksa yang sampai, perghh cair berminyak. Ish berdosa betul aku mengutuk dalam hati, bila dah makan sesudu, rasa sedaaaaaappppp nya!!!! Jauh beza dengan laksa penang yang ada kat negeri lain. Memang resepi diorang ni menderhaka betul, tak sesedap di Penang!


Lepas dah kenyang, terus nak mencari masjid. Kami cari masjid berdekatan Jeti je, Masjid Keling Kapitan. Segarkan muka, solat jamak dan refill air, terus kami ke Jeti sebab jam hampir pukul 5.00 petang. Saja nak datang awal sebab sebenarnya aku takut di tipu oleh ejen. Manalah tahu juga ada masalah2 lain timbul. Hihi paranoid betul kan.


Kami cari carpark bersebelahan Jeti, RM5 semalaman. Siap ada pagar yang hanya dibuka pada waktu-waktu tertentu (aku terlupa), so take note. Manalah tahu tetiba korang salah timing nak ambil kereta, pagar pula berkunci.


Sepanjang aku berjalan kaki ke  Jeti, ada banyak travel agensi yang menyediakan perkhidmatan cruise, samada di Penang sahaja atau ke Krabi, Thailand. Di kaunter cruise, aku cuma tunjuk IC sambil hati berdebar. Again, paranoid sangat. Takut data kami tak di-key in lah. Takut ada extra charge lah. Macam-macam. Haha. Tapi Alhamdulillah, all went smoothly.


Kami di beri Access Card di mana kad ini digunakan sepanjang berada di atas cruise. Nak beli barang, masuk spa, semua swipe kad ini je, nanti masa cek out baru di kira semua. Sebelum masuk ke cruise, kad Access diperlukan, IC kami diambil dan disimpan, bag di scan oleh Kastam.


Walaupun kapal ni tak berapa mewah, tapi dekorasi dalamnya macam hotel 4 ke 5 bintang juga lah. Tapi bilik kami, tak ler sampai 4 ke 5 bintang. Kami ambil bilik paling murah je. In fact, memang travel agency ni sediakan cheapest room untuk percutian bajet ni.




Ok to be continue...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...