Tuesday, July 16, 2013

Bangkok: Day 2

Entri panjang. Hari ke 2 di Bangkok, kami keluar bersarapan di First Hotel’s Halal Restaurant seawal jam 6.30 pagi! Selepas tu, naik bas dan destinasi pertama kami adalah Chao Phra Ya River. On the way ke sana, ada banyak temples dan patung2 sebagai hiasan dalam bangunan atau di tepi jalan.

Restoran di bawah hotel

Chao Phra Ya River dikenali sebagai River of the King. Disepanjang sungai, adalah beberapa temples dan tempat bersejarah. Salute dengan tourist guide kami, Mr Coco sebab dia banyak pengetahuan tentang sejarah Thailand. Hafal setiap nama tempat dan sejarahnya. Pembunuhan, peninggalan, perebutan kuasa, ergghhh.


Ter-splash dek air sungai

Salah satu tempat suci mereka. Lupa nama temple

Floating market

Next adalah Safari Bangkok. Sori aku tak tahu entrance fee, sila google ye. Aku ingatkan ada train disediakan, rupanya bas tourist tu yang masuk dalam zoo. So kalau korang naik kereta, drive sendiri lah dalam zoo tu. Agak2 nak merempit dengan lion ke tiger pun boleh.







Kami lunch di Jungle Cruise Restaurant. Banyak betul pilihan makanan, tapi kebanyakannya non-halal. Cuma satu section je halal which is Indian Food. We eat beryani dan beberapa side dishes yang aku lupa nama dia. Maap! Tapi sebenarnya bila pergi ke tempat yang susah dapat makanan halal ni, makanan india adalah salah satu pilihan yang halal. Ha faham tak. Ayat tunggang langgang.






Seterusnya kami dibawa ke Gems Gallery. Di sana ada movie show tentang sejarah dan cara menghasilkan gem, dari cara melombong tradisional kecil-kecilan ke moden besar-besaran. Dari raw kepada gem yang terpotong dan terikat cantik di cincin. Kami juga di bawa go thru melawat ‘mini factory’ cara potong dan mengikat gems. Last section is the gallery! Mahal betul, 10k-20k untuk setiap accessories yang diikat ruby, amethyst, etc.


Mini factory. Gambar google


Next adalah galeri kulit. A lot of accessories (beg, purse, etc) yang originally dari kulit ular, buaya. Tapi sory, both gallery tak dibenarkan mengambil gambar. 

Dan malam kami dibawa ke Siam Niramit Theater Show. Boleh search di sini. Ni memang recommended, a must visit place kalau ke Bangkok! Kalau di Malaysia, bawa naik kereta masa teater KL Drift tu kira hebat, di sana diorang bawa gajah naik atas stage! Props mereka besar2 (rumah, kapal, bangunan) bersakala 1:1 atas pentas. Mustahil polisterin sebab mereka boleh berlari berjoget atas props tu. Dan props tu keep on bertukar in a minutes! Ok jakun jap.


Di luar teater

Tapi lebih gayat bila tiba2 ada sungai atas stage. Oh ku ingatkan props sungai tipu2, cuma air setinggi buku lali rupanya ada pelakon yang terjun bermandi manda dalam sungai tu. Arggh menci la teater yang buat aku berfikir macam mana pentas tu secanggih itu!



Sumber google. Btw backdrop semua 3D skala 1:1 ye.




Wednesday, July 10, 2013

Bangkok: Day 1

Dah sebulan aku balik dari Bangkok. Update cepat2. Kami bertolak dari airport Senai jam 8.50 pagi, transit di KLIA selama 2 jam dan bertolak ke Bangkok pada jam 2 petang. Btw, tukar duit di Malaysia, RM1 = BHT 10.47, tapi tukar di Bangkok lagi murah kot!


Kami (around 30 orang) check in as a group dari Johor. Cuma aku dan husband je terpisah sebab kami join last minute. Tapi bagus juga sebab aku n hubby dapat duduk sebelah menyebelah. Instead of duduk dalam group, bersepah2 anak bini semua. Pandai2 lah tukar seat dengan orang lain. Plus, aku dapat duduk di emergency lane yang space nya lebih luas! Dah bertukar flight JB-KL dan KL-BGK pun kami di emergency lane. 


Lama juga transit di KLIA. Lapar tapi tak nak makan kat sana sebab mahal. Bersedia mengosongkan perut untuk makan dalam flight. Tapi bau Famous Amos memanggil2, tapau je la 100g . Tak sia2 tahan lapar, ayam beryani dalam flight memang best! Btw ini adalah kali pertama aku naik Malaysia Airlines (MAS).


Aku rasa flight KL-BGK ni 90% adalah Herbalife sebab senang je nak kenal.  They were not only use, but also wear the brands. Eceli flight KL-BGK tak ada TV, so aku keluarkan file + jurnal siap2, selit sebelah seat, konon nak membaca. Tapi lepas makan aku termain Plant Vs Zombie pulak. Cis. Tup2 dah sampai Bangkok!

Bangkok Day 1 (13 Jun 2013)

So di Suvarnabumi Airport, sementara menunggu bas dari travel agency Happy Holiday, kami survey talian talifon + internet. Pakej dari company Happy Tourist menarik minat sebab ada unlimited internet usage for 7 days! Memang nak pancing tourist ni!

Tourist agency di Bangkok kebanyakan (or kesemua) menggunakan double decker bus! Di sana sini senang nampak bas macam ni which is jarang kita nampak di Malaysia. Kebiasaan di Malaysia, double decker ni hanya digunakan agensi bas ekspress.

Dewan IMPACT

Dari airport ke hotel mengambil masa 1 jam. But untuk 1st day, kami di bawa ke IMPACT (dewan) untuk pendaftaran Extravaganza 2013. Aku dah underestimate Bangkok! Bangkok bandar yang membangun. In fact IMPACT tu tersangat lah besar, sepuluh kali ganda lebih besar dari Bukit Jalil kot (ok aku tak pernah pergi Bukit Jalil). Tapi memang lebih besar, thats why event Extravaganza Asia Pacific ni tak pernah dibuat di Malaysia. Setiap tahun hanya rotate Thailand – Singapore.

Kami dibawa menaiki tuk tuk dari bus park ke entrance 1

Dari entrance 1 ke main hall kena melintas jejantas yang canggih ini

Kami hanya masuk melalui General Entrance
Selepas pendaftaran, terus dinner di Sophia Halal Restaurant. Semuanya disediakan travel agency. Menu pun dah siap diorder. Aku tak sempat nak justify menu apa yang dihidangkan sebab bila pinggan hidangan sampai je, terus licin bak diserang piranha! Yang aku perasan, tom yam Thailand kurang pedas dan bersantan!  Sedap!

Tak sempat aku nak snap, piranha dah serbu

Around 10 pm baru kami bergerak balik ke First Hotel, di tengah bandaraya Bangkok. Dah check in, kami keluar semula ke 7-Eleven mencari ubat gigi. Bangkok ni ada bersepah 7E. Aku naik jejantas untuk ke 7E berhadapan hotel, dah berada diseberang jalan barulah nampak pemandangan sekitar hotel. Rupanya dekat sebelah hotel ada tiga biji 7E kiri kanan ok!

First Hotel di tengah bandaraya Bangkok


Lepas balik, masuk bilik, rendam dalam tab dan tidur tanpa on air-cond. Tingkat 8, sejuknya udara di Bangkok...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...