Dah sebulan aku balik
dari Bangkok. Update cepat2. Kami bertolak dari airport Senai jam 8.50 pagi,
transit di KLIA selama 2 jam dan bertolak ke Bangkok pada jam 2 petang. Btw,
tukar duit di Malaysia, RM1 = BHT 10.47, tapi tukar di Bangkok lagi murah kot!
Kami (around 30 orang)
check in as a group dari Johor. Cuma aku dan husband je terpisah sebab kami join last
minute. Tapi bagus juga sebab aku n hubby dapat duduk sebelah menyebelah.
Instead of duduk dalam group, bersepah2 anak bini semua. Pandai2 lah tukar seat
dengan orang lain. Plus, aku dapat duduk di emergency lane yang space nya lebih
luas! Dah bertukar flight JB-KL dan KL-BGK pun kami di emergency lane.
Lama juga transit di
KLIA. Lapar tapi tak nak makan kat sana sebab mahal. Bersedia mengosongkan
perut untuk makan dalam flight. Tapi bau Famous Amos memanggil2, tapau je la
100g . Tak sia2 tahan lapar, ayam beryani dalam flight memang best! Btw ini adalah kali pertama aku naik Malaysia Airlines (MAS).
Aku rasa flight KL-BGK
ni 90% adalah Herbalife sebab senang je nak kenal. They were not only use, but also wear the
brands. Eceli flight KL-BGK tak ada TV, so aku keluarkan file + jurnal siap2,
selit sebelah seat, konon nak membaca. Tapi lepas makan aku termain Plant Vs
Zombie pulak. Cis. Tup2 dah sampai Bangkok!
Bangkok Day 1 (13 Jun 2013) |
So di Suvarnabumi
Airport, sementara menunggu bas dari travel agency Happy Holiday, kami survey
talian talifon + internet. Pakej dari company Happy Tourist menarik minat sebab
ada unlimited internet usage for 7 days! Memang nak pancing tourist ni!
Tourist agency di
Bangkok kebanyakan (or kesemua) menggunakan double decker bus! Di sana sini
senang nampak bas macam ni which is jarang kita nampak di Malaysia. Kebiasaan
di Malaysia, double decker ni hanya digunakan agensi bas ekspress.
Dewan IMPACT |
Dari airport ke hotel
mengambil masa 1 jam. But untuk 1st day, kami di bawa ke IMPACT (dewan) untuk
pendaftaran Extravaganza 2013. Aku dah underestimate Bangkok! Bangkok bandar
yang membangun. In fact IMPACT tu tersangat lah besar, sepuluh kali ganda lebih
besar dari Bukit Jalil kot (ok aku tak pernah pergi Bukit Jalil). Tapi memang
lebih besar, thats why event Extravaganza Asia Pacific ni tak pernah dibuat di
Malaysia. Setiap tahun hanya rotate Thailand – Singapore.
Kami dibawa menaiki tuk tuk dari bus park ke entrance 1 |
Dari entrance 1 ke main hall kena melintas jejantas yang canggih ini |
Kami hanya masuk melalui General Entrance |
Selepas pendaftaran,
terus dinner di Sophia Halal Restaurant. Semuanya disediakan travel agency.
Menu pun dah siap diorder. Aku tak sempat nak justify menu apa yang dihidangkan
sebab bila pinggan hidangan sampai je, terus licin bak diserang piranha! Yang
aku perasan, tom yam Thailand kurang pedas dan bersantan! Sedap!
Tak sempat aku nak snap, piranha dah serbu |
Around 10 pm baru kami
bergerak balik ke First Hotel, di tengah bandaraya Bangkok. Dah check in, kami
keluar semula ke 7-Eleven mencari ubat gigi. Bangkok ni ada bersepah 7E. Aku
naik jejantas untuk ke 7E berhadapan hotel, dah berada diseberang jalan barulah
nampak pemandangan sekitar hotel. Rupanya dekat sebelah hotel ada tiga biji 7E
kiri kanan ok!
First Hotel di tengah bandaraya Bangkok |
Lepas balik, masuk
bilik, rendam dalam tab dan tidur tanpa on air-cond. Tingkat 8, sejuknya udara
di Bangkok...
Bestnye zura jalan sampai ke bangkok, lame dah dija tak ke sana. Zura cpt update pasal cruise nak bace. Cepat cepat paksaan ni hehe dija tak suke dalam flight duduk emergncy lane haha dah la tak boleh sandar kalo prjalanan makan masa 2jam pun dah cukup sakit duduk twgak je tau hee
ReplyDelete