Friday, June 29, 2012

Teaser: Guestbook


Salah satu produk DIY saya. Guestbook. Jangan lupa ke photobooth saya nanti!

So family and friends, penat saya buat ni, korang kena tulis dalam ni. Tulis yang best2 je. Kalau nak mengutuk, dalam fesbuk boleh, jangan dalam guestbook saya tau! 






Guestbook review is coming soon, but of course after the wedding ceremony. 





Thanx for reading







Saturday, June 23, 2012

Bilik Pengantin: Part 1

Eceli rumah yang kami duduki ini baru beberapa tahun dibina dan kebanyakan perabotnya adalah baru termasuklah di bilik saya. Cat pun masih ok lagi, langsir pun elok lagi.

Tapi diri ni gatal nak tukar juga warna cat, perabot dan langsir. Iyalah, dulu sebilik dengan my lil sister bilik kaler pink2, cadar ropol2, siap ada bulan bintang that glow-in-da-dark kat siling, perasan teenagers. Sekarang, haruslah tukar mood kan... Tapi semua tu KIV dulu, depends kepada duit dan masa untuk cat.

Luckily ada seorang yang rajin ni menawarkan diri untuk cat bilik saya, so proceed la. Dari pink kepada peach. Wah Luqman (my 8 y/o lil brother) cakap cantik n i know bebudak ni sangat jujur. Ok puas hati walaupun penat sikit. Total lost mengecat bilik around Rm70.

About cadar pula, saya beli di Akemi around Rm800. But being cheapskate, haruslah tunggu masa sale 78% kan. Kiralah sendiri berapa lost untuk cadar. Dan another orang baik hati nak sponsor langsir pulak. Ok dah dihantar tempah but tak tahulah macam mana rupanya.

Set perabot sebelum ni kaler putih, kalau nak beli baru pun, mata ni hanya tertarik dengan kaler putih jugak. Macam tak de beza pulak kan. So i decide untuk beli katil sahaja since katil sebelum ni dah patah. Ntah berapa kali ayah betulkan, still patah lagi. Ye lah, dapat 2 lil boys yang suka sangat masuk bilik ni lepastu terus terjun atas katil macam terjun dalam swimming pool!

Sebelum make over:
 Cat pink, teddy bears dan dan ayah yang tak jemu membaiki katil yang asik patah.

Im so lucky sebab dikelilingi orang yang pemurah. Eceli masa katil baru sampai, i tak bayar sesen pun lagi. Bukan nak meminta-minta, tapi Tauke tu yang bagi sebab my aunt (Mak Ja) dah jadi regular customer. I suruh hantar hujung bulan lepas bayar, tapi dah dihantar dulu. Syukur... Boleh lah kemas bilik awal sikit.

Tengok tu, dua2 menyibuk nak mematahkan katil lagi!

Eceli ni katil idaman dari dulu, header dia sofa-look alike dan ada diamond

So sekarang bilik hampir siap. Cat, katil, susun atur semua dah ditukar. Cuma bersepah dengan kotak2 dan beg plastik doorgift. Tak sabar nak tunggu pasang langsir dan final touch-up dari Iris Awana. Akan diupdate di Part 2!






Thanx for reading







Friday, June 22, 2012

Teaser: Candy Buffet


Candy buffet adalah buffet terdiri daripada makanan ringan seperti kek, cupcake, kuih-muih, chocolate fountain, gula-gula, aiskrim dan jelly yang diberikan percuma kepada kanak-kanak (mak ayah kanak-kanak pun join 2 kaki). Ianya selalu disediakan untuk majlis keraian seperti resepsi, besday celebration etc.

This is mine. In progress. It is limited to 300 pax dan hanya akan dibuka bermula pada pukul 2.00 petang. Get ready ya...




Credit pic to the vendor: Partyprint







Thanx for reading







Jemputan Walimatul Urus - Azura & Hidayat


Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera




Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi, pada pagi Jumaat yang mulia ini, saya dengan segala hormatnya kami menjemput saudara mara, rakan taulan dan kenalan sekeluarga ke majlis resepsi kami :

:: Siti Norbaidurah binti Ayob Mohd. Hidayat bin Mohamed Sakan ::

08 July 2012 bersamaan 17 Shaaban 1433 H (Ahad)
Lot 6937, Kg. Bukit Limau Manis, Pogoh 3, 85000 Segamat, Johor 








Semoga dengan kehadiran dan doa restu hadirin sekalian akan menyerikan lagi majlis kami dan mendapat keberkatan ALLAH SWT. InsyaAllah...





Thanx for reading







Thursday, June 21, 2012

Siapa Kata Umur Muda Tak Perlu Kolagen?



Bersambung dari kisah kolagen dust semalam, ini adalah FAQs tentang kolagen yang diemail dari Auntie Nani (the supplier)



***

Apa itu Kolagen?

Allah ciptakan tubuh manusia dengan kandungan binaan tubuh yang terdiri daripada kolagen. Tanpa kolagen kulit tidak boleh berdiri anjal. Kolagen juga penting sebagai agen awet muda, baik untuk mengurangkan pereputan tulang, menggalakan pertumbuhan rambut dan mengurangkan berat badan.

Dan Collagen Dust™ ini merupakan sumber protein dari hidupan laut iaitu tulang dan sisik ikan yang diperolehi secara saintifik dan teknlogi terkini. Collagen Dust™ menggantikan dan tambahan pada kolagen yang ada dalam badan kita yang mudah termusnah akibat persekitaran dan toksin –toksin dalam badan.


Halal?

Yes, certified. Kebanyakan produk kecantikan ada menambahkan concentrated collagen powder (Collagen Dust™) didalam produk mereka.


Siapa yang sesuai menggunakannya?

Kolagen ini sesuai untuk lelaki dan wanita. Sesuai untuk semua kecuali untuk IBU MENGANDUNG dan kanak-kanak berumur dibawah 7 TAHUN.


Umur masih muda pun perlukan kolagen?

Perkembangan pesat tubuh badan manusia berubah saat demi saat. Bila menjangkau usia 20 tahun, tubuh mula kehilangan 1.5 % kolagen dari tubuh badan. Pada usia 30-an, tubuh mula kehilangan 15 % kolagen dan bila berusia 40-an mula kehilangan 35 % kolagen dari badan kita.
                                     
Maka semakin banyak kita kehilangan kolagen dalam badan semakin kurang agen sokongan untuk kulit jadi anjal. Kehilangan kolagen dari dalam badan manusia bergantung kepada individual. Ada sesetengah agak pesat dan ada pula yang agak lambat. Ini bergantung kepada diet pemakanan, persekitaran dan toksin yang secara tidak kita sedari mengganggu sistem kesihatan tubuh badan.


Fungsi terhadap kulit?

Dengan pengambilan kolagen internally, ia akan stimulate your own collagen production, replace  elasticity of the skin, firmer, ven-toned and younger looking skin.


Fungsi terhadap rambut dan kuku?

Kolagen menguatkan kuku dan rambut. Rambut juga akan menjadi lebih elastik (from ingestion)


Bagaimana menggunakannya?

Cara penggunaan, ambil satu sudu teh sekali setiap hari dan bancuh ke dalam segelas jus buah atau apa-apa minuman sejuk. Boleh juga ditabur di atas makanan. Selain dari tu ambil secubit bubuh diatas tapak tangan untuk dicampurkan bersama krim, toner atau losen yang kita gunakan. Boleh juga ambil secubit campur sedikit air boleh disapu pada wajah atau buah dada untuk anjal. Maknanya penggunaan luar dan dalam akan memberi kesan yang lebih memberangsangkan.


Apa perbezaan dengan kolagen yang ada di pasaran?

Collagen Dust™ ini didapati dari seorang kawan yang juga seorang pengilang yang supply marine kolagen pada syarikat-syarikat kosmetik di Malaysia.

Cuma bezanya yang ini adalah pure kolagen tanpa campuran bahan lain. Kita boleh mencampurkannya dengan minuman atau apa sahaja skincare yang kita guna. Jadi keberkesanan tidak mengambil masa yang panjang. Paling cepat dalam masa seminggu dah boleh nampak kesannya ke atas keanjalan kulit wajah.


Apa side effect jika berhenti menggunakannya?

Jawabnya sama iaitu kalau ada berhenti mengambil protein apa akan jadi pada diri anda? Tentu anda tidak mendapat khasiat protein itu sendiri. Atau kalau anda berhenti mengambil sayur, tentu anda tidak mendapat khasiat sayur itu. Begitu juga dengan kolagen. Kolagen bukan merupakan sejenis dadah maka tiada apa-apa side effect. Sekiranya kamu mengambil sebarang ubatan lain juga tidak menjejaskan pengambilan kolagen dengan syarat di ambil dalam waktu yang berbeza. 


***

Again, saya bukanlah jurujual atau agen yang mengambil komisen jualan. This info is just for sharing. Sharing is caring, caring is loving, aite? Nak beli, boleh ke blog auntie nani here.





Thanx for reading







Tuesday, June 19, 2012

Collagen Supplement Ganti Rawatan Spa


B2B sekalian, sebelum kahwin, apa treatment yang kamu buat? Sauna, body scrub, body mask, body bleaching, body massage and aromatheraphy, mandi bunga, mandi susu, manicure and pedicure cost aloooottttt! Dan sekali buat terus berkesan ke? Na... (geleng-geleng kepala)

Bukanlah nak kata pergi spa tak bagus, cuma setakat pergi lawatan satu dua kali sebelum kahwin, memang tak ada nya korang keluar spa tu terus jadi putih, jerawat semua hilang.

Dan bukan juga saya tak layan langsung spa ni, tapi pergi pun hanya untuk me’relax’kan minda dan badan. Selebihnya, saya prefer menjaga pemakanan dan supplement.

Tapi itulah. Saya ni ada satu masalah consistency. Memula beli itu ini, semangat berkobar-kobar nak telan semua-semua tu. Kalau boleh dengan botol-botol sekali. Tapi seminggu dua je lah rajin makan. Lepas tu dah skip sehari, skip dua hari, skip berhari-hari.

Tapi bila tinggal kurang sebulan dari hari bahagia ni (ceh ayat skema), paksa lah jugak diri ni untuk berdisiplin ambil supplement.

Selain dari Vit C yang emak bekalkan, saya pakai Pure Collagen Dust yang Hanis Zalikha pakai tew... Beli kat mak dialah ni! Wah verangan nak kulit macam dia...


Pure Collagen Dust


Ini adalah kebaikan kolagen yang saya copy paste dari belakang botolnya.

Stimulate own collagen production, replace elasticity of the skin, for firmer, ven-toned & younger-looking skin, rejuvenate, regenerate & revitalise the body skin, smooth out fine lines & wrinkles, create glowing & radiant complexion, improve hair, nails & connective tissues, treatment of osteoporosis & artritis, improve sleep pattern, fat reduction

Apa itu kolagen? Halal ke? Muda-muda pun perlu ambil kolagen? Kalau berhenti amalkan, apa side-effectnya? Apa kesannya pada kulit, rambut dan kuku? Boleh hilangkan sakit sendi dan otot?

Wah dah macam bagi talk atau promote barang pulak aku ni. No lah, Im just sharing... Nanti aku copy paste kan pulak jawapan dari auntie Nanie di next post ok!



Auntie Nani, mak Hanis. Visit her blog here








Thanx for reading







Thursday, June 14, 2012

Teaser: DIY Kad



Sebelum mengedarkan kad esok hari (InsyaAllah, but depends kepada mood big boss juga), meh lah layan saya sat, nak sambung cerita tentang kad hari itew. Luckily kad tu sampai dan siap on time. Eceli kad yang di order di Indonesia tu belum siap di print inlay nya. 


Inlay 


Memang saya nak print di Malaysia je sebab nak cepat dan tak nak amik risiko salah ejaan etc. Di sana saya cuma suruh mereka hotstamp nama kami (dakwat gold tu) di luar kad sahaja. So saya suruh vendor di sana ceraikan talak satu inlay dan kadnya...


Luckily ada kedai printing di Taman U (Sigai Jati Emas) boleh print kan sebab inlay yang vendor Indo sediakan bukan bersaiz standard. Tebal pun dah macam manila kad.

Sekarang dari tak de kerja, jadi satu hal pulak nak gam inlay dan kadnya. Shortcut nya, kita guna getah rambut transparent untuk ikat kad dan inlay tersebut. Susah jugak nak mencari yang transparent macam ni. Kat Mydin je ada...

Getah transparent

Tapi dah try tunjuk kawan. Dia kata macam mana lekatkan? Maksudnya dia tak terperasankan getah tu. Mission accomplished! So boleh teruskan trick tersebut dan mari kita DIY!


Mr.F ikut balik kampung untuk fitting baju, paksa dia lipat inlay


My side. Ready to distribute

Groom side






Thanx for reading







Friday, June 8, 2012

Sebalik Tabir Deco Hantaran

Hujung minggu lepas, banyak kerja yang dapat disetelkan. Salah satunya shopping bunga untuk gubahan hantaran. Kalau hantaran bertunang dulu aku serahkan semuanya pada cousin, Kak Shima, kali ni aku nak pilih sendiri bunga2 nya...


Hantaran bertunang

Tapi still kena bawa Kak Shima ni lah sebab dia jugak yang nak mendeco nya nanti... 

Tak ingat nama kedai ni, tapi terletak di Taman Utama, Segamat. Kedai di corner lot, dibelakang Secret Recipe. Best shopping disini sebab ada baaaaanyak pilihan! Di bahagian bawah adalah riben, doorgift, manik dan ntah apa lagi mak nenek semua ada. Di bahagian atas pula dipenuhi bunga2 seluas 2 lot kedai. Haish manalah aku tak rambang mata memilih...

Ini adalah separuh dari hasilnya. Ni deco untuk hantaran dari perempuan. Eceli tak tetapkan warna pun. Tengok mana yang cantik, sapu je...



From me. Lebih kurang je dgn deco dulu...

Ini pula dari lelaki. Kebetulan Mr.F ada sekali. Dah disuruh dia pilih, jawapannya, tak kisah lah apa2 bunga pun! Dah agak dah.



Haa pilih2...


Kira setiap kuntum bunga cukup ke tidak


Tak sesabar nak tengok hasilnya..!






Thanx for reading







Oh Tidak Kusangka!



Dari dulu lagi dah kuduga hal ini akan terjadi, pasti terjadi! Tapi selagi mak abah tak suarakannya, aku buat bodoh je abaikan semua nasihat orang. Hinggalah pada suatu hari, apa yang aku takut-takutkan terjadi juga. Mak dan abah kebetulan suarakan perkara yang sama.

Boleh ke aku turut apa saranan mereka padahal banyak persiapan belum di buat? Pernah aku suarakan pada Mr.F tentang perkara ini, dan dia pun memikirkan perkara yang sama, “Boleh ke? Banyak lagi yang perlu perbincangan ni.” Sebab itulah dari sehari ke sehari aku tangguhkannya.

Hinggalah aku membuat keputusan nekad pada hari ini. Kata mak dan abah supaya aku meninggalkan Mr.F akan kuturuti. Tak ada lagi dating, calling, SMS-ing, FB-ing, Whasapp-ing lepas ni. Oh tak sampainya hati! Kamu jaga diri baik-baik ya. 

Dah la. Tak payah nak poyo sangat. Mak abah ko tak bagi jumpa sebab katanya nak jaga seri. Sebab hari ni dah 30 days and counting down. Gedik betul.


Dear Mr.F, kita jumpa 07.07.2012 selepas Asar ya. InsyaAllah.





Thanx for reading







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...