Friday, August 17, 2012

Doakan Kawan Saya, Pesakit Kanser Rahim


Ehem salam Jumaat! Hehehe... (gelak gatal). Ini adalah entri autopublish. InsyaAllah saya  dah berada di Melaka. Hubby pun dah tak kerja hari ini, so kami nak mengemas rumah. Tapi sekali sekala saya balik Melaka ni, teringin nak melawat bff saya dari kecil, Tikah.

Sebelum tu, sempena Jumaat terakhir dalam bulan yang mulia ni, saya nak minta tolong kawan2 doakan bff saya tu (Tikah). Dia sudah di peringkat 5 barah rahim. Semoga dia diberikan kekuatan melawan penyakit seterusnya dikurniakan kesihatan dan kebahagiaan.

Entri ini memang dicipta khas untuk Tikah. Kenangan kami dahulu dan kronologi kesihatannya. Mungkin agak panjang tapi saya gagahkan juga tulis untuk kenangan kami nanti.

Kami tinggal berjiran di Taman Desa Duyung Melaka selama 10 tahun sehinggalah keluarga saya berpindah ke Segamat. Kalau dah berjiran dan berkawan selama 10 tahun tu, keakraban tak payah dipersoalkanlah. Dialah kawan bermain, bergelak, bergaduh, menangis, mengaji, berterawih (walaupun masa kecik dulu pergi masjid untuk main2 je), makan, lumba dan jatuh basikal, jatuh longkang, teman belajar bawa motor, teman gi kedai, semualah! Sampai kampung dia pun aku selalu pergi dan kampung aku di Segamat pun dia pernah ikut.

Bila aku pindah ke kampung, kami dah jarang berhubung. Masa tu Friendster Facebook semua aku tak kenal lagi. Tapi kami tak lost contact. Hinggalah satu hari mak cik Tikah call aku dan ceritakan penyakit Tikah, aku jadi tergamam, macam tak percaya dia didiagnos sakit tersebut. Dah ditahap 3 pula tu!

Ceritanya bila dia kerap sakit perut hingga hampir pitam dan ‘period’ melebihi 15 hari. Dia dimasukkan ke wad sakit puan HB Melaka (sama wad bersalin). Malangnya bila terpaksa ambil final exam di sana dan lebih malang bila lecturer nya menyangka dia hamil/gugurkan kandungan. Puas ibu Tikah disoal tentang perangai sebenar Tikah hingga mengangis ibunya bila anak yang sedang sakit dituduh sebegitu (hamil/gugur).

Selepas tu dia kerap mengalami pendarahan yang on/off tak kira masa. Dan setiap kali pendarahan disertai dengan sakit yang lagi hebat dari senggugut. Setelah beberapa kali keluar masuk hostital (kerajaan) dan discan, barulah boleh detect tentang darah beku dirahimnya. Doktor pernah suggest untuk pembedahan besarkan pintu rahim (im not sure why, any docs here?), tapi tak dipersetujui oleh ahli keluarga dengan alasan akan merosakkan selaput dara.

6 bulan selepas itu (Ogos 2011), kencingnya didapati tidak lawas. Susah dan sakit untuk membuang air kecil, so that setiap 15 minit akan ke toilet. Perut jadi buncit dan sangat tegang. Pergi ke klinik, doktor bagi ubat kencing dan disuruh admit ward, tapi ditolak dengan alasan nak menghadiri majlis konvokesyennya keesokan hari. Alhamdulillah dia dapat hadir di majlis konvonya walaupun dalam keadaan sakit dan tak selesa.

Selepas majlis konvo, dia bergegas ke rumah neneknya untuk melawat neneknya yang sakit sebelum mereka berdua (Tikah dan neneknya) dikejarkan ke hospital. Tikah terus ditolak ke bilik doktor pakar, dipakaikan tiub kencing dan ditahan di wad. Malangnya, neneknya ‘pergi’ pada minggu kedua mereka dimasukkan ke hospital. Walaupun ditahan di hospital yang sama, tapi nurse tak benarkan Tikah selalu melawat neneknya. Hanya pada hari neneknya ‘pergi’, Tikah dibenarkan ‘outing’ selama setengah hari.

Sejak hari itu, 2 bulan dia terlantar di hospital. Antibiotik yang diberi pun tak memberi kesan terhadap kesihatan malah diasingkan wad dengan pesakit lain disebabkan kencing berkuman. Tapi masalah sebenar kencing tidak lawas masih tidak boleh didetect. Ada juga doktor cakap rahim membengkak dan menghimpit pundi kencing, menyebabkan susah nak membuang air kecil. Tapi result scan tak menunjukkan pembengkakan rahim.

Oktober 2011, ujian ultrasound dijalankan menunjukkan tiada masalah dengan buah pinggang Tikah. Ujian ct scan pulak menunjukkan ada cyst dikedua-dua ovarinya (cyst di ovari kanan lebih besar). Pembedahan selama 8 jam dijalankan untuk membuang cyst belah kanan. Sample tisu rahim juga diambil dan perlukan masa 2 minggu untuk tahu keputusan.

November 2011, Tikah ke hospital untuk tukar tiub kencing. Masa ni, keputusan dari sample tisu rahim dah dapat. MasyaAllah, dia didapati kanser rahim tahap 3! Doktor terus nak jalankan kimo secepat mungkin. Bagaimanalah perasaan orang yang sihat, ceria tiba-tiba didiagnose kanser tahap 3 ya? Ini ada sikit luahan hati Tikah yang aku copy dari blog dia...

“Hanya Tuhan yang tahu perasaan ketika itu. Memikirkan hari2 akan datang, perjalanan hidup yang akan berubah, impian yang musnah, keinginan masih tak tercapai. Dugaan datang sekaligus dalam hidup. Bagaimana mak ayah mahu jaga aku? Aku akan susahkan mak dan ayah, padahal aku sepatutnya senangkan mereka. Pesanan ayah pada mak, jangan menangis depan aku. Ya aku pun tak akn menangis depan mak. Allah beratnya ujianMu untukku”.

Bertahan dengan keadaan kesihatan sebegitu dan kerap keluar masuk hospital, makin hari makin menyebabkan kanser di rahim lebih merebak. Selain ubat hospital, perubatan kampung dan segala supplement, tak ada apa yang boleh dibuat melainkan berdoa agar dikurangkan kesakitan. Rawatan kimoterapi pula memang mematikan sel kanser, tapi kesihatan Tikah turun dengan mendadak.

Sekarang ni, doktor sahkan saluran darah dah tersumbat, ada darah beku di peparu dan buah pinggang didapati rosak tahap 1. Lebih menyedihkan, kanser dah ditahap 5! Peha, kaki, limpa dan peparu sakit, nak makan sakit, nak tidur sakit, lenguh2 satu badan, tak boleh jalan mahupun duduk, abdomen kanan dah ditebuk, perut membengkak, inilah keadaan Tikah di HB Melaka sekarang.

Besar betul dugaan Tikah dan keluarganya dibulan Ramadhan ini. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang menggalas dugaan. Ya, ini bukanlah masalah tapi adalah dugaan. Sesungguhnya setiap dugaan itu, Allah tahu kita mampu melaluinya dan akan dibekalkan kekuatan. Ia juga tanda Allah sedang menguji hambaNya dan tanda Dia sayang pada kita.




Tikah, aku tahu kau tabah dan kuat semangat. Aku akan sentiasa doakan kau! Just do your best: jaga kesihatan dan pemakanan, jangan lupa makan ubat. Jangan tinggal solat dan berdoa agar semuanya dipermudahkan.




Thanx for reading







Thursday, August 16, 2012

Random: Kahwin & Raya

Salam. How about my wedding review? Hah amik kau, setiap hari satu entri! Ada satu hari yang indah last week, saya memang banyak leisure time, buatlah entri pukal. Lepas tu set time untuk autopublish. Satu hari satu entri.

Entri ini pun autopublish juga. Saya mungkin tengah drive balik kampung hubby. Iya... saya balik sendiri je, hubby tak jemput pun sebab dia kerja. Kalau nak diikutkan, dia nak menjemput esok (Jumaat). Tapi... malaslah nak tunggu dia. Nanti terkebil-kebil sensorang kat rumah sewa ni. Bukan saya tak pernah drive sensorang.

Pejam celik pejam celik (nasib baik masih boleh celik semula), sekejap je dah sampai penghujung Ramadhan kan? Rasa sedih sebab Ramadhan nak meninggalkan kita. Saya ni asik melagha je. Terawih skip2, Al-Quran tak sempat khatamkan lagi, amal jariah pun kurang.

Tapi alhamdulillah tahun ini lebih baik dari sebelum2 ni. Walaupun skip terawih di masjid, tapi gagahkan diri berterawih sensorang di rumah. Pahala di rumah pun dapat dengan sediakan makan+minum+pakaian hubby (walaupun hanya tolong kak ipar masak). Tapi itulah, seminggu sekali je dapat collect pahala cenggitu. Rugi2...

Raya tahun ni adalah raya pertama bergelar isteri. Dan... raya pertama jatuh pada besday saya ke 25! Yeay! Tapi berita sedihnya, tahun ni adalah tahun pertama tanpa baju raya! Ala berita je sedih, saya tak sedih pun. Boleh beraya pakai baju lace nikah n songket malam berinai tu. Hah kau ado?

Eh panjang pulak ceritanya. Ni nak bagitahu, entri review kawen stop hingga semalam. Lepas ni saya akan review lebih detail setiap persiapan (bergantung kerajinan), tapi kena tunggu gambar dari official photographer. Deal?

So dikesempatan ini, saya nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua yang membaca/terbaca blog ini. Untuk yang kenal saya, maaf zahir dan batin. Untuk yang kenal di alam maya pun, nak minta maaf juga kekalau komen/kunjungan tak berbalas atau ada tulisan yang menyinggung perasaan. Semua yang saya tulis (esp tentang kawen) hanya untuk berkongsi kegembiraan dan idea, macam sume B2B/ex-B2B buat tu... Bukan nak menunjuk2 pun.

Eh bila da nak stop menulis. Ntah2 saya pun dah sampai Melaka sekarang ni. Jumpa di my first review: Solemnization Attire ye! Da~

Random entri mesti dengan random pic.
Tetiba rasa comel je pic ni, upload la. Haha





Thanx for reading







Wednesday, August 15, 2012

The film of RAIKAN CHENTA is coming soon! (Video)



Finally... the teaser is released! Padahal videographer pun saya tak sempat nak review lagi. Tapi sementara rajin nak mengupdate ni, saya reveal je lah apa yang ada dulu ye. 

Note: Tekan PLAY then PAUSE. Tunggu video habis buffering dulu baru PLAY semula. Ni untuk tgk video dengan smooth. Enjoice!




Ni baru iklan je. Nak tengok the making of this film? Here it is...






My cousin aka bff dengan hubbynya yang teman sepanjang outdoor. Tukang pegang props padahal saya tak sempat nak guna pun props tu. Lokasi di gate keretapi Jalan Muar.

Ada my lil sister dengan kawan dia juga tapi dia tu cameraphobic. Susah betul nak bergambar! Nanti kau, kalau jumpa gambar kau dalam kamera OP, akan along upload muka kau yang comot tu!



Hubby dukung saya yang 46kg ni tak sampai seminit, tapi macam nak terkena buasir je gayanya!

Eceli we are lucky sebab keretapi nak lalu. Memula Abg Man (videographer) ni tak bawa keluar pun kamera dia dari kereta sebab tak nampak shoot yg menarik. Hanya Yusuf (photographer) je dok snap2 gambar kitorang.

Suddenly dengar ting ting keretapi nak lalu. Terus kami keluar dari landasan sambil berkata dalam hati 'spoil. kacau je keretapi ni.

Tapi lain pula untuk Abg Man. Dia cecepat lari amik kamera dari kereta dan suruh hubby dukung saya. Dia kata ni shoot menarik untuk rakam esp bila kain dan veil saya diterbangkan oleh keretapi.

Oh tak terfikir pun! Dan terhasillah short film tersebut. Beberapa scene lain tu tak payahlah nak cerita semua eh. 




Thanx for reading







Outdoor Photoshoot 1

Ok ini adalah review terakhir untuk majlis. Lepas ni saya akan review tentang semua vendor dan persiapan majlis. Cuma tak tahu lah nak mula dari mana. Nantilah baru fikir.

Hari ini kita cerita tentang outdoor photoshoot ye. Disebabkan hari ini adalah wordless Wednesday, maka saya kurangkanlah bercakap (menaip) ye. Padahal tak ada idea. Ini saya list kan beberapa tempat yang sesuai untuk outdoor photoshoot di Segamat.

1. Gate keretapi (berdekatan bus stand Segamat).





2. Rock Garden





3. Lombong di Jalan Muar





Sori kualiti dan skill bergambar tak memuaskan. Ni dari kamera henfon je. Lambat pulak menunggu OP nye gambar. Harap hasilnya kebaboom lah ye, dah kemain lama sangat!




Thanx for reading







Tuesday, August 14, 2012

Majlis Resepsi Perempuan: 08 Julai 2012

Hari ini kita cerita tentang majlis resepsi pula ye. Nak baca entri majlis nikah, berinai part 1 dan berinai part 2 boleh klik link tersebut.

Majlis dimulakan dengan majlis khatam Al-Quran saya, bacaan Yaasin dan marhaban pada pukul 10.00 pagi. Pukul 12.00 tengahari baru majlis habis. Saya segarkan badan dan mula make up untuk bersanding.


Rasa macam dah terlambat je sebab saya sepatutnya bersanding pukul 1.00 petang, tapi saya tengok mak andam ni macam relax je. Saya pun ikut je lah, karang rushing2 muka jadi celoreng pula. Rupanya memang ada salah faham. Mak andam ni ingat saya bersanding pukul 2.00 petang!


Walaupun terlambat sikit, but its ok sebab bersanding pukul 2.00 petang tu memang dah kebiasaan di Johor. Alhamdulillah yang lain2 berjalan lancar. Iris Awana pandai arrange masa; sampai bila saya harus duduk di pelamin, meja makan dan potong kek. 



DJ pun tahu2 je tugas dia dan pandai mengawal keadaan. Sampai bawa masuk microfon ke dalam rumah untuk membuat live update, menjemput keluarga untuk berinai dan mengawal keadaan (memberi arahan) kepada tetamu untuk duduk di tempat disediakan. Tak de lah saya ni macam patung je duduk atas pelamin tu.


Keluarga pihak lelaki berangkat balik dalam pukul 3.30 petang. Kami bergambar di pelamin dan bilik sekejap sebelum ke outdoor. Alhamdulillah cuaca sangat baik, lauk semua cukup. Itu yang paling penting! Cuma beberapa kesilapan kecil yang tak dapat dielakkan, saya minta maaf banyak2! Tidak disengajakan.


Lagi gambar resepsi di FB Iris Awana dan my FB. Tapi unofficial dan unedited version lah dulu ye. Till then... kita jumpa di outdoor pula ye!





Thanx for reading







Monday, August 13, 2012

Malam Berinai: Part 2

Sambungan dari entri Malam Berinai Part 1.

Alololooo manja ngadanya...

Kek letak mana?” tanya ayah bila dia naik atas gazebo. Ssshhhh aku suruh ayah cover line. Karang hubby nampak pakatan dua beranak ni, kantoi pulak.

Then lepas ayah berinaikan kami, aku letak la mulut ni kat telinga dia. Konon nak cium ayah ler, padahal dok bisik dekat dia “Kek atas meja dalam bilik. Abah amik bagi dekat Ida, nanti dia set up semua.

Caramel cake from Elly Malina Bakeri

Yup its a surprise besday party untuk hubby! Rancangan asalnya nak suruh ayah borak2 dengan hubby lepas berinai, saya masuk rumah jap amik kek n bawa keluar sambil DJ mainkan lagu besday.

Tapi kebetulan sepupu (Ida) nak join sekaki celebrate besday anaknya. Itulah terhasilnya hubby’s besday party yang macam kid’s besday party!

Hang Tuah dari Melaka sambut besday. Haha

Ceritanya masa kami berinai, Ida dah set up meja, belon, junk foods semua. Semuanya buat di dalam rumah. Iyalah, kami kan berinai di gazebo luar, so memang hubby tak nampak apa yang terjadi dalam rumah. Lepas set up, hanya mencari kek hubby je yang saya sorok dalam bilik.

Lepas dah siap set up semua, mak andam yang dapat green light dari dalam rumah pun pura-pura berlakon “Lepas bergambar ni, kita masuk rumah ye, bergambar dekat dalam pula.” Oh ya, mak andam ni pun sepupu sepapat kami juga, kebetulan bekerja di Iris Awana, so tak ada masalah nak berpakat. DJ pula dengan sportingnya “kelihatan pengantin sedang menuju ke dalam rumah...” dan terus mainkan lagu Selamat Hari Lahir exactly bila kami di pintu masuk.

Hubby? Tak perasan pula muka dia terkejut ke tak. Tapi dia tergamam sikit la, senyap je. The rest is history. Kalau nak cerita, banyak lagi. Tapi highlight kan je lah tentang photoshoot ku sorang2 sebab hubby kena balik homestay cecepat sebab kunci homestay ada dekat kunci kereta dia. But nemai, saya pun dah penat, tak larat nak berphotoshoot bagai.

Masuk rumah tanggal make up, segarkan badan dan sembahyang, then melayan sedara-mara yang berkaraoke. Pertandingan Karaoke Suka-suka tapi ayah sediakan 18 hamper. Tahniah lah pada yang menang ye. Bakat terperam terpendam tuuuu! Begitulah ceritanya malam berinai. Terima kasih pada sedara sepupu sepapat yang menjayakannya esp the birthday surprise!

His family

His big families!




Thanx for reading







Tuesday, August 7, 2012

Malam Berinai: Part 1

Today is 7th! Alhamdulillah, its been a month since we get married. Yeay! But I owe u the wedding reviews. Baru cover majlis nikah je. So sorry.

Hari ini kita cerita majlis berinai pula. Majlis bermula pada pukul 10 malam, selepas bacaan tahlil. Alhamdulillah hujan renyai2 dari petang nikah dah berhenti. Kalau tak, habislah perancangan saya nak berinai outdoor. Tapi halaman rumah agak lembap, but its ok lah, nasib baik tak lecak sangat.


Ketibaan pengantin lelaki dimeriahkan dengan bunga api yang dibawa dari pihak mereka. Memula mereka kata ada 6 das bunga api roket, tapi bila das kedua dah terus berhenti. Terus saya confuse, dah boleh keluar rumah pergi menyambut hubby ke tak ni? Ke nak tunggu 4 das lagi?

Sepupu dah get ready nak berbalas tembakan bunga api dari pihak kami pulak. Tapi ayah kata nanti dulu, masa sanding baru pasang. Sebab kesian pula diorang ada 2 das je padahal kami punya berpuluh2 das macam bunga api nak sambut tahun baru! Nanti obvious sangat perbezaannya. Tunggu punya tunggu, kompang pun dah dipalu, saya pun keluar je sambut hubby dan terus ke pelamin di gazebo.


Beberapa minit bersanding dan semua kamera tertumpu pada kami, bunga api dari pihak kami dipasang. Dan2 tu juga semua orang (dan kamera masing2) tertumpu pada bunga api pula. Ces kami pengantin dipinggirkan! Kesian kami tak boleh nak tengok bunga api yang meletup di atas sebab dihalang oleh atap gazebo.


At last kami laki bini dok bergosip je lah atas pelamin sementara menunggu pertunjukan bunga api habis. Masa inilah hubby cerita, rupanya bunga api yang dibawa tu masuk angin sebab tak balut dengan plastik. Patut lah dari 6 das jadi 2 das je. Lepastu meletup pun macam nak tak nak je. 


Pertunjukan bunga api mengambil masa kira2 3 minit. Credit untuk pasukan kompang sebab pandai berhenti bila pertunjukan bunga api bermula, dan sambung semula berkompang bila pertunjukan habis. Bermacam2 lagu yang diorang nyanyikan. Nasib baik tak hujan lagi sekali.

Majlis diteruskan dengan acara merenjis. Eceli saya nak elak acara2 merenjis sebegini, cukuplah dengan hanya bersalam. Tapi kuasa makcik pakcik semua lagi kuat, tak terlawan! Tapi kami elakkan penggunaan beras untuk merenjis. Yela, kan tak elok dok buang2 beras, macam membuang rezeki pulak kan. Hanya inai, bunga rampai dan air mawar.


Tapi saya seronok sebab ramai betul sanggup naik atas gazebo tu sebab nak menginaikan kami. Macam2 kerenah. Dengan yang menangis, melawak, yang melatah pun ada.





Sampailah giliran ayah untuk berinai kan kami. Ada satu isyarat rahsia yang ayah nak sampaikan pada saya. Konon2 bersalam dan cium pipi ayah, padahal ada sesuatu yang saya bisik ke telinga ayah...

To be continue at part 2...





Thanx for reading







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...