Saturday, December 31, 2011

Sweet and Not-So-Sweet Memories in 2011



2012 is approaching yaw! Welcome 2012! Tahun yang ditunggu-tunggu aku. Goodbye 2011, kirim salam kat 2010 skali. Ok readers, entri ni bukan nak cerita tentang azam baru ke apa, tapi saje nak syer dengan kamu tentang my sweet and not-so-sweet memories in 2012.


Sweet Memories

1. The sweetest memory mestilah bila dilamar kekasih hati. Wink wink. It happened on 19th Febuary, dan janjinya setahun setengah, tapi lagi awal lagi bagus kan. Alhamdulillah sekarang dah hampir setahun and we are counting down for the big day! Klik entri tunang





2. Next adalah kelahiran my first nephew on 18th March. Putra Aqeef Danial, untung jadi cucu pertama ni. Atok nenek semua sayang. Mak pak sedara 5 orang semua berebut nak dukung jaga. Tapi bila beyak, semua tolak kat mama dia lah kan. Klik entri ahli keluarga baru




3. Last but not least, mestilah kenangan Europe trip dari 19 Jun ke 10 July! Jelajah Europe lah sangat, padahal ke Denmark je. Tapi during weekend, kita ambil inisiatif sendiri travel ke Sweeden dan Germany. Sekarang rasa rindu je nak ke sana. Paling rindu mestilah weathernya, second is culture nya. Mereka semua polite je especially the driver, tak macam Malaysian driver. Nauzubillah. Klik entri Denmark


At campus village a.k.a rumah kontena

Hard Rock Cafe Copenhagen

Travel to Germany by train

On our way to Germany

The day we escape to Sweeden


Not-so-sweet memories

1. Dan disebalik suka, ada juga duka. Salah satunya banjir besar di Segamat. Memang tempat kami dah biasa banjir, tapi banjir tahun lepas jadi pada hari saya bertunang. So agak stress bila fikirkan majlis pertunangan yang sepatutnya 4 Febuary terpaksa ditangguh. Klik entri banjir



2. Lastly bila my lil hero masuk IJN untuk pembedahan jantung. 8 jam dalam OR dan sekarang dia dah sihat, Alhamdulillah. Adam memang hero! 





Sebenarnya banyak lagi pahit manis masam masin yang jadi sepanjang 2011. Tapi aku hanya ambil yang ada big impact je lah. 


Dalam manis ada pahitnya. Majlis pertunangan aku nampak meriah, tapi bila dicampur aduk masalah keluarga, hanya Allah yang Maha Mengetahui sahaja tahu kesedihanku. 


Dan dalam pahit pun ada manisnya. Dalam setiap kesusahan yang berlaku, jangan anggap sebagai masalah, tapi anggaplah semuanya sebagai cabaran dan ujian Allah. Alhamdulillah, aku berjaya mengatasinya! Bila berjaya melaluinya, aku boleh simpan semua sebagai kenangan yang manis pulak. Tapi, cukuplah sekali terjadi dalam kehidupan ini.


So 2012, aku harap semua yang dirancang akan berjalan dengan lancar. Welcome 20121







Thanx for reading 







Friday, December 23, 2011

Kenapa Dah Sembahyang Tapi Tak Juga Kaya?


Ok jom sambung segmen Ilmiah di pagi Jumaat ni. Nak tanya lah, kenapa kadang kala kita lihat seseorang tu sentiasa dapat kegembiraan seperti dapat naik pangkat, rumah tersergam indah, kereta mewah menjalar sedangkan dia tu selalu melakukan kemungkaran? 





Tetapi mereka yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain, tapi hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa?

Nanti... jangan terus membuat kesimpulan! Bersangka baiklah kepada Allah. Sebenarnya, pemberian nikmat Allah kepada manusia yang melakukan maksiat dan kejahatan adalah pemberian yang tidak diredhaiNya. Tetapi pemberian nikmat Allah kepada hamba yang dikasihiNya adalah pemberian yang diredhai. Inilah yang dinamakan ISTIDRAJ.

Rasullulah S.A.W. bersabda :

"Apabila kamu melihat bahawa Allah S.W.T memberikan nikmat kepada hambaNya yang selalu membuat maksiat (durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah S.W.T."

(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadatpun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku”, katanya sombong. Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.

Rasullulah S.A.W bersabda: 

"Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya".

 (Kitab Nasaibul æIbad)

Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat (sayap), dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah S.W.T.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, namun Firaun masih belum juga mati, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya Tuhan. Tetapi dengan nikmat itu jugalah Allah binasakan dia.

Jadi, jika fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?

Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan dan mengabdikan diri kepada Allah bukanlah istidraj. 

Oleh itu, janganlah kita menolak kekayaan, juga bukan mencari kemiskinan. Yang penting adalah tujuan hidup untuk mencari keredhaan Allah. 

Rasullulah S.A.W bersabda: 

"Bekerjalah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya. Dan bekerjalah untuk akhiratmu seolah-olah kamu akan mati esok hari". 

(Riwayat Ibnu Asakir)

Kesimpulannya, sentiasalah bersyukur dengan setiap rezeki yang Allah kurniakan dan gunakanlah pemberian Allah ke jalan kebaikan dengan redha dan ikhlas. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

Wallahualam.






artikel diperoleh dari email dan diolah 

Thanx for reading 







Wednesday, December 21, 2011

Wordless Wednesday #7


BEFORE...


Red Velvet, Vanilla and Chocolate yogurt ice cream



AFTER...


Topping with oreo, strawberry, grapes

AND...
It cost me RM 25.30! So this is my lunch for today. Only.




ps: lambat update, lupa hari ni hari Rabu....

Thanx for reading 







Tuesday, December 20, 2011

How I wish Mr.F will do this for me...


How I wish my beloved fiancee will propose me romantically. Jangan salah sangka pula. Romantik itu subjektif. Tak perlu peluk pium bagai. Hanya belikan saya DSLR dan penuhkan kamera itu dengan gambar kamu propose saya sudah cukup. Macam video ini. 




Terharu beb! I want I want! Or maybe like this...




Tak perlu pre-wedding video macam Nabil & Zira, atau Tomok & Ayu. Itu semua lakonan dan dirancang. I want something that will surprise me! Oh how I wish he will propose me like this (tapi kami dah bertunang pun). Ok, do something like this after we get married. Or at least... how I wish HE WILL READ THIS! 

Rasanya dekat kursus pra-perkhawinan, kena ajar lelaki Malaysia ini cara menjadi suami romantik lah kan? 




Thanx for reading 







Sunday, December 18, 2011

One Today!



Tadi tetiba rasa nak baca balik first entry untuk blog ni. Tetiba perasan yang tarikhnya adalah pada 17 Disember 2010. Yeay! Azura’s World dah setahun! Untuk blogger tak tegar yang baru setahun jagung ni, 78 followers dan 1 award dah memadai. Thanx kepada yang follow dan baca, follow sesaja tapi tak baca dan silent readers semua. Maaf juga kalau ada tulisan yang membuat kamu kecil hati dan janji yang tak dikotai.


Hari tu ada beritahu yang saya nak make over blog ni kepada B2B blog. Walaupun beberapa persiapan perkhawinan dah dibeli, tapi saya belum rasa nak syer dengan readers semua. Masih terlalu awal kot. Segan nak reveal. Tunggulah awal tahun depan, kita count down bersama ya? Sekarang, baik saya syer sesuatu yang membantu untuk kita bersiap mentally dan physically dahulu, sebelum materially (betul ke?).


Ok jom nyanyi lagu Hepi Besday to dis blog!







Thanx for reading 







Saturday, December 17, 2011

Lets Shop at Jusco!


Finally i met Saturday! Penat betul rasanya minggu ni. Dengan laptop tak ada, bateri kereta kong dan tersadai di lab, sakit gigi, phew nasib jugak bos tak ada minggu ni. Kalau tak, lagi haruuuu...

So hari ni adalah masa untuk mengemas rumah. Lama betul rasanya lantai tak dimop. Dah tak boleh mop dengan Ajax tapi kena pakai Clorox dah! Memang sakit hati bila fikirkan asik aku je nak buat semua tu. Tapi bila ikhlaskan sesuatu pekerjaan kerana Allah, hati ni jadi sejuk sedikit. 

So sebenarnya nak cerita, dalam minggu yang haru biru ni, nasib aku agak baik. Masa di lab sibuk wat kerja dan makan pun idak, aku sempat layan FB dalam 10 minit je. Dalam 10 minit tu lah aku join contest ni dan tetiba.... eh menang? 




Thanx to Pameran Pengantin Malaysia -by Urban Vibe Event yang organise contest dan Suripermai Spa yang sponsor hadiah. 

Tapi tu lah hadiahnya, infra red sauna, bukan boleh dipos pos, tapi kena ke Suripermai Spa di Setapak, KL. Tengok lah, kalau tak ada expiry date, boleh jugak aku singgah time nak soping sana nanti. Kalau ada expiry, kena lah pas kat orang lain. Aku tak kisah. Aku ada hadiah lain...

On the very same day aku dapat hadiah, Mr.F pun ada annual dinner dengan company nya. Kalau last year dia balik dengan Sony Home Theater, tahun ni dah tak ada hadiah macam tu. Yang ada Cuma Jusco Voucher.  Tak de lah banyak sangat. RM400 je... Je??? Ni yang tak sabar nak pergi Melaka ni.

Tetiba teringat, kami selalu bernasib baik pada waktu yang sama. Dulu dapat gi oversea pun sama-sama. Cuma dia ke Paris, aku ke Denmark. Alhamdulillah...





Thanx for reading 







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...