Wednesday, August 10, 2011

Baju Raya Murah


Hai semua. Dah beli baju raya? Aku biasalah, selalu over excited! Bukan aku je, seluruh family lah. So a day before Ramadhan, kami dah pergi cari baju raya. Mengalahkan esok nak raya je padahal esok baru nak puasa!

Bukan apa, beli lambat-lambat nanti takut tak ada saiz, sebab kami cari baju tuk satu family. Yang hero-hero tak de masalah. Asal baju tu ada dua lubang tuk masuk tangan kiri kanan, satu lubang tuk masuk kepala, dah kira ok dah! Tapi yang pompuan ni, susah nak cari baju sedondon tapi menepati citarasa setiap orang. Bila ada yang dah berkenan, saiz pulak yang jadi masalah. Macam-macam peel!

Lagipun, memang pernah dengar ceramah yang beli baju awal-awal ni bagus, so that masa bulan puasa boleh tumpu ke ibadah je. InsyaAllah akan dipraktikkan. Memang sekarang aku tak shoping apa lagi dah. Ada pun setakat keluar teman kengkawan shop je...

So! Ni nak cerita sikit tentang destinasi shoping di Johor yang aku dah pergi.

Angsana - Baju lawa-lawa tapi harga, Ya Ampun mahal..!!!
Kipmart - Baju biasa-biasa je. Tak banyak pilihan dan kain kurang kualiti.

Payahnya nak cari tempah yang baju lawa, banyak choice tapi murah. Tapi ada.... Jangan risau. Contohnya di Kota Tinggi, Tangkak and Segamat. Kalau di Segamat tu, yang aku tahu di Bandar Utama lah. Tapi kalau di Kota Tinggi tu, not sure pulak. 

Lagi satu adalah di Bazar Baitulmal, Muar. Berhadapan dengan Sekolah Sains Muar, bersebelahan Petronas. Kalau dulu bazar ni hanya di bawah khemah, nak beli pun berpeluh-peluh berlemuih, sekarang bazar ni dah dok dalam mall, berbumbung dan ber'ekon' lagi. So boleh spend masa lama-lama sikit!

Berpuluh-puluh kedai dalam tu, memang rambang mata dan kena plan betul-betul apa yang nak dibeli. So objective kami nak beli baju sedondon sorang satu tercapai. Suke hati... =)





















Nampak tak 2 gambar pertama tu? Aku minat sangat baju 2 ton purple blue tu, dah grab satu! Dan jubah pink tu... sweet je but not practical. Tak tahu bila akan dipakai, so tak jadi beli. Huh mesti Mr.F kagum dengan ketabahan aku melawan nafsu membeli!

Ok lah u guys! Kepada sesiapa yang nak shoping raya tu, do spend ur money wisely ya...  Kalau ikutkan nafsu, memang semua aku nak. Tapi sabar.... (padahal duit yilek!)

Ok dah bye!







1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...