Friday, November 25, 2011

Pernikahan- Bukan Sekadar Penyelesaian



Salam Jumaat. Pagi ni aku ada meeting. Masa korang baca entri autopublish ni, mungkin aku tengah kena hentam teruk dengan bos. Tak pe, dah biasa. Ok sempena musim mengawan orang khawin ni, aku nak share something, a good info tentang tujuan pernikahan, dipetik dari www.saifulislam.com.





“Saya perlu bernikah, ustaz. Sangat perlu” ujar seorang anak muda.

“Mungkin tidak patut ustaz menyoal, tetapi KENAPA?” soalan saya ajukan kepadanya. Bukan mengapa nikah, tetapi mengapa begitu terdesak.

“Tidak tenteram. Ada gelodak jiwa” katanya.

“Justeru selepas nikah nanti, kalau sudah tenteram dan jiwa kembali tenang, apa seterusnya?” saya menyambung pertanyaan.

“Tenteram itu bukankah sentiasa perlu? Jadi perlukah ada ’seterusnya’, ustaz? Saya keliru,” katanya jujur.

“Izinkan ustaz berterus terang. Jika tenang dan tenteram yang anta maksudkan itu adalah pada nikmat beristeri dan menikmati isteri, hati-hati dengan tabiat nikmat dunia,” saya tidak mahu berbunga kata.

“Tabiat yang bagaimana?” beliau agak kabur dengan perbualan kami.

“Kalau ustaz pakar sambal sotong, ustaz hidangkan kepada anta buat kali pertama, Alhamdulillah. Tengah hari nanti sambal sotong juga, Alhamdulillah. Makan malam nanti sambal sotong lagi, Alhamdulillah. Bagaimana jika sarapan pagi esoknya juga sambal sotong dan tengah hari itu juga berlaukkan sambal sotong. Kamu mampu menjamahnya lagi?” saya beranalogi.

“Aduh, boleh muntah dibuatnya. Jangan, ustaz!” katanya sambil ketawa.

“Benar. Segala nikmat di dunia, biar sesedap mana pun ia, sedapnya semasa lapar, semasa bujang, semasa belum merasa. Tetapi kalau sudah dirasa, diulang rasa, berterusan merasa, bisa sahaja yang sedap menjadi hambar” saya menyambung kalam.

“Jadi, apa yang cuba ustaz beritahu saya?” soal beliau.

Pernikahan, jangan sekadar satu penyelesaian. Ia harus lebih besar dari itu” saya memberikan kesimpulan.


NIKAH UNTUK SELESAI

Tidak salah untuk percaya bahawa pernikahan boleh menyelesaikan banyak masalah. Itulah hikmahnya pada Sunnah bernikah.

Tetapi kekhuatiran yang timbul, ialah apabila sebuah ikatan perkahwinan mahu dilangsungkan hanya untuk menyelesaikan masalah tertentu, dan selepas masalah itu selesai, perkahwinan itu hilang tujuan! Menjadikan perkahwinan sebagai penyelesaian, hanyalah sebuah hasrat berupa perancangan jangka pendek.Sedangkan untuk sebuah rumahtangga terus membuka laluan sampai ke Syurga, ia perlu kepada perancangan jangka panjang. Sepanjang kehidupan.

Kebelakangan ini saya dihimpit rasa bimbang. Tatkala hari demi hari didatangi pasangan yang berkahwin muda mengadu masalah, saya memaksa diri untuk berfikir dan mencari sudut-sudut tersembunyi(blind spot) di dalam tasawwur seorang anak muda semasa mahu bernikah.

“Saya bosan tengok isteri saya ustaz. Salahkah saya berperasaan begitu?” tanya seorang anak muda.

Jantung saya berdebar. Merenung matanya, saya dapat merasakan ada semacam satu kehampaan di dalam dirinya kerana terbeban oleh perasaan yang gagal disembunyikannya. Syukur, sekurang-kurangnya dia mahu bertanya. Di samping berusaha menemukan jawapan, saya juga dapat belajar sesuatu untuk diri dan dikongsi dengan yang lain.

Bagaimana boleh bosan? Saya harus mencari jawapan pada titik mula dan titik tengah soalan itu. Justeru untuk mencari penjelasan pada titik mula, saya persoalkan tujuan perkahwinannya semasa di tahun 2 pengajian lebih setahun yang lalu.

“Kami selalu berjumpa. Saya bimbang hati terus terfitnah memikirkan tentangnya. Alhamdulillah saya tidak bertepuk sebelah tangan. Biar pun ayah dan ibu kami agak berat untuk menyatakan persetujuan, tetapi syukur akhirnya mereka merestui,” cerita beliau.

“Alhamdulillah.Jadi, sekarang ini, adakah anta sudah mendapat apa yang dicari?” saya bertanya.

“Ya, cuma…” beliau teragak-agak menyebut.

“”Cumanya sekarang anta sedang dilanda jemu, kan?” saya sambungkan ayatnya yang tidak langsai itu.

Tatkala kita mengejar sebuah ikatan perkahwinan sebagai jalan keluar kepada apa-apa sahaja masalah yang sedang dihadapi, syukur jika masalah itu selesai, dan syukur juga jika masalah itu belum selesai. Sekurang-kurangnya dia masih punya sesuatu untuk diusahakan dalam sebuah perkahwinan. Namun bagi yang masalah sudah selesai di tahun satu pernikahannya, apa lagi cita-cita dan azam yang ada dalam visi dan misinya bagi melangsungkan usia perkahwinan?

Daripada gelisah menjadi tenang dengan nikah. Timbul jemu, mahu mencari tenang dengan membatalkan nikah? Naudhubillah

Tidak sedikit air mata sang isteri tumpah semasa suami mereka berterus terang berkata, “mengahwinimu adalah suatu kesilapan!”


 Source



Sepatutnya masalah seperti ini tidak timbul. Tetapi realiti sering meninggalkan banyak ’sepatutnya’ terkontang-kanting menjauhi kesempurnaan.

Perkahwinan menyelesaikan. Tetapi ia bukan sekadar sebuah penyelesaian. Ia adalah sebuah gagasan. Impian yang memerlukan pandanganmu jauh sampai ke usia tua, sampai cangkul dan tanah memisahkan jiwa, sampai ke kubur, sampai kamu ke Syurga. Jadikanlah perkahwinan itu kenderaan yang membawa dirimu untuk ke Syurga Akhirat. Jangan sekadar syurga dunia.




“Saling berpesan-pesanlah kamu tentang para isteri agar berlaku baik kepada mereka. Sesungguhnya kamu mengambil (menikahi) mereka dengan amanah daripada Allah dan dihalalkan untukmu kemaluan mereka adalah dengan Kalimah Allah” 

[Hadith riwayat al-Bukhari daripada Abu Hurairah]





 Pssttt rasanya lepas ni nah post something islamic setiap Jumaat.

Thanx for reading 







Thursday, November 24, 2011

Their Engagement


First of all, congratulations to Angah dan tunangnya Xieya. They both engaged last Sunday, masa tarikh cantik tu... 20.11.2011! Dan sori lah ye tak dapat join. Nanti korang khawin InsyaAllah datang. Jom tengok gambar diorang dengan tema brown gold.


Cantik ko Xieya walaupun agak chubby! ;P


Tanda risik dan tunang, both from Tomei? Zoom sket...


Rantai emas putih untuk tunang? Ni yang jeles nih!


The hantarans. My mum adalah the lady in red! Redmummy?


Alhamdulillah, aku seronok diorang dah bertunang ni. Sebab rancangnya nak sanding sakaligus. Opkos lah kena bagi adik aku tu nikah dulu kan. So bila diorang dah bertunang, tarikh nikah dah ditetapkan, automatically tarikh nikah aku pun di set one week after diorang. Bila? Tunggulah my future FIL datang awal tahun depan untuk tetapkan tarikhnya secara rasmi dulu baru boleh kepoh-kepoh okay!




Thanx for reading 







Tuesday, November 22, 2011

Cerita Aku dan Harimau Muda



Malam tadi lepas tengok cerita Tentang Dhia, aku tercongok lagi depan TV tunggu Final Sukan Sea 2011 Malaysia Vs Indonesia. 5 minit lepas Indo jaringkan gol, aku frust terus aku off TV then masuk bilik kacau Mr.F (oh i mean kacau by calling him).

Tapi... dia tak nak layan aku sebab nak tengok bola! Fine aku pun keluar pi on TV tu balik sambil2 tu tengok Maharaja Lawak Mega online. Dalam tak nak tengok bola, mata ni dok curi2 pandang gak dekat KFCM!

Sampailah beberapa trial nak score gol aku terjerit2, housemate pun keluar join. Terus henfon kuketepikan dan focus kat TV sampai Malaysia score 1st gol!




Masuk 2nd half aku curi2 je tengok bola. Tak mau focus sebab dup dap dup dap. Tak tahu kenapa aku over sangat. Sampai lah ke 1st masa tambahan yang Indo dapat jaringkan gol. Kecewa kejap tapi its offside. Kah kah kah. Gelak jahat.

Sampai ke sepakan penalty, aku focus tengok TV dan doa-doa supaya emas memihak Malaysia. Alhamdulillah. Tabik to all Harimau Muda yang bertungkus lumus berlari kejar bola selama 2 jam! Memang kemenangan yang dramatic! Gol penalty terakhir yang suspen! Tengok youtube lagi sekali pun still suspen jugak. Over kan?






Hah terdiam kau semua. Terkedu. Terkelu. Dulu masa suku akhir ko dok bising2 tak reti hormat lagu Negaraku kan... Apa salah Malaysia pada Indonesia ye? Tak kan sebab Rosmah soping duit rakyat Malaysia, ko pulak yang emo lebih? Ok fine tak de kena mengena.





Tetiba cam terminat pulak dekat Baddrol.  Miiaaawww. Eh salah. Aaauummmm!








Thanx for reading 







Congrats Pengantin


Assalamualaikum

Soooo buzy since my last post. Bukan busy labwork, tapi busy attend wedding kengkawan. Maklumlah school holiday, sampaikan adik sendiri bertunang pun tak dapat pergi.

Betullah kata my bos, inilah cabaran study di Malaysia. Asik cuti sana, hal sini, event sinun. Tak datang tak manis pulak, dah lah aku belum kawin lagi. Nanti majlis aku tak de sapa nak datang jugak kan...

Nah aritu tarikh cantik 11.11.11, ada 2 kenduri kawin cousin and counsins-to-be. Bestkan kawin tarikh cantik2 ni. Haish korang ni, bukan nak percaya tarikh tu bawak tuah ke apa, tapi senang lah nak ingat nanti kan... 

My cousin ni, tunang 01.11.11 dan nikah 11.11.11. Lagi cantik sebab hantarannya RM11,111.11 dan mas khawinnya RM111.11. Walaupun groom ni baru patah kaki belum 100% recover, tapi masih nak teruskan resepsi tarikh cantik. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Congrats to my cousin, Nazliah. Credit pic to photographer.

The next day ke kenduri khawin sepupu Mr.F. Orang Melaka, sanding salin baju 4-5 pasang itu wajib. Joget lambang itu pun harus. Main-main siram air lepas kenduri juga kemestian! 

Nah aku syer 1 je gambar diorang. Tema pink purple sama macam aku tunang dulu.

Ehem! Pengapit lelaki tu!

Habis 1 hujung minggu. Then, last week pun tarikh cantik, 20.11.2011. Ada 2 jemputan plus adik aku bertunang. Tapi.... adik aku dok pilih jodoh jauh sangat lah kat Sekinchan. Sori ye tak datang. Nanti buat entri khas korang.

Hanya sempat pergi sedara dan senior MGHS khawin. Double congratulations!



Purple and gold theme


Ok ni letak gambar lebih sikit sebab kenduri kawin belah lelaki tapi meriah  nye... Makanan lagilah heaven. Siap nasi jagung atas daun pisang, mee goreng, tauhu bakar.





Banyak nya makanan dah macam pasar malam. No wonder sebab kaum kerabat dia semua ni peniaga. Tapi kan... dia nak sponsor tahu bakar masa aku kawin nanti. Hiks! 

Lastly, rumah senior di MGHS dulu. Dia juga adalah B2B blogger dan boleh ke belognya di sini.




Another 2 receptions dis coming weekend! Phew kopak duit aku cuti sekolah ni asik ulang alik JB-Segamat-Melaka, plus hadiah lagi. Eh eh saya ikhlas... Saje cakap je. Nggeeee....




Thanx for reading 







Friday, November 4, 2011

Gosip Terkini Samsung Galaxy S 2!


Assalamualaikum. Hello! Hi! Lama betul tak update belog. Percaya tak, ini semua sebab saya dah lama tak online? Macam tipu kan? But yes since I got this Samsung Galaxy S 2. Sekarang nak online guna fon je since this fon mempunyai processor Dual Core. So tak ada masalah nak buat kerja multitasking, dan yang penting, laju dan tak de heng!


Thanx to Mr.F!


Cuma masalah bila nak update belog lah. Malas nak taip di virtual keyboard. But... but... (Hah itulah beli hanfon ikut trend je. Kan tak tahu functionnya!) until I read at Redmummy.com about other functions of this fon! Baru aku tahu tentang SWYPE it out keyboard. Phew pity me!

I just know that it can recognize my voice command! Ehem “Search protein engineering”, “Send Hello message to Mr. Fiancee”, “What is the weather in Copenhagen”, “Wake me up tomorrow at 6am”, and lastly “How far away is the moon?” and it will give you a loooonngg explanation! Huh amazing tak? Ok fine, aku sorang je gayat.




Other than that, it also can be used as a TV remote control. All the application video can be seen here. And... if ada sapa2 dah beli dan nak try crash test macam video di bawah ni, silalah ye. Sementara warranty masih ada. Ehehe.




The best application in my Android so far mestilah Angry Birds, The Sims 3 and Wedding Planner. The planner is very helpful tau! But the only thing that makes me frust is, lepas beli sebulan, it came in White Limited Edition. Grrrr.....


Ini bukan iklan, cuma something worth sharing. =)

Thanx for reading 







Tentang Abah







Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari. Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita. Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih, ayah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian?


Saat kita sakit atau demam, ayah yang sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!". Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau?

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!". Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya. Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan sangat risau.

Setelah kita dewasa, ayah telah menghantar kita ke sekolah dan universiti untuk belajar.
Di saat kita memerlukan ini-itu untuk keperluan kuliah, ayah hanya mengerutkan dahi. Tanpa menolak, beliau memenuhinya.

Saat kamu berjaya, ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu, ayah akan tersenyum dengan bangga.

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah. Ayah sangat berhati-hati mengizinkannya. Dan akhirnya, saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan, ayah pun tersenyum bahagia.

Mungkin kita tidak tahu, tetapi ayah sempat pergi ke belakang dan menangis.

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia. Dan dia pun berdoa "Ya Allah, tugasku telah selesai dgn baik. Bahagiakan lah putra putri kecilku yang manis bersama pasangannya".

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk. Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita.

Hari ini, 4 Nov 2011. Selamat Ulang Tahun ke 48 abah! Semoga usia diberkati, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik dan beroleh kebahagiaan dunia dan akhirat. Amin....


Saaaayang abah! 


Source: FB dan diedit 'kita' ;P


Thanx for reading 







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...