Wednesday, November 14, 2012

Kota Kinabalu: Day 1


Assalamualaikum. Lamanya tak update. Bukan tak ada cerita. Ada, banyakkkkk lagi tu. Tapi penyakit malas menaip semakin menjadi-jadi sekarang ni.


So last week, Khamis malam me n hubby bertolak ke Kota Kinabalu dan kami sampai di sana around 11.30 malam. Cecepat kami cari taxi sebab kalau terlambat akan dikenakan late-night charge.

Beli tiket untuk taxi di kaunter (dalam airport) dan cas dikenakan RM30 dari airport ke mana-mana tempat di pusat bandar Kota Kinabalu. Extra 50% cas akan dikenakan dari 11.50 malam – 6.00 pagi. Phew, nasib baik flight sampai on time!

On the way ke hotel, saya tengok bandar KK ni masih ‘hidup’ walaupun hampir tengah malam (kecuali shopping complex dah tutup ler). Ramai lagi manusia dok berdating di tepi laut berhadapan hotel. Memang la tak manis dipandang, tapi at least kawasan hotel ni tak de lah sunyi je. Tak de lah takut kalau kami nak keluar tengah2 malam cari makanan nanti...

Sesampai di hotel (Gaya Centre Hotel), kami disambut baik oleh receptionist nya. Yela, sesetengah tempat ni asal dah malam je muka pun monyok je buat kerja. Tak ikhlas betul.  Tapi di sini, semuanya manis2 belaka, cuma kami ni je muka kelat sebab penat travel dari KL-Melaka-JB-Sabah. Mereka serahkan kunci dan kami terus ke bilik di tingkat 10!










Bilik ni ngam2 lah besarnya. Ada lah space kalau kami nak berjemaah. Yang penting ada queen size bed, 32' LCD TV, iron & board, tea maker, hair dryer, refrigerator and safety deposit box. Worth la dengan harga dia, around RM130 ++.

Untuk couple cam kami yang lebih nak outdoor activities ni, mmg sesuai la bilik di untuk dijadikan tempat berehat. Tapi untuk newlyweds yang memang nak hanimun semata, saya prefer pergi resort la. Bukan sebab hotel ni tak privacy, cuma tak berapa romantik. Hehe...

To be continue...




Thanx for reading



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...