Monday, April 30, 2012

Random Checklist

Another 67 days. Kenapa aku macam tak busy pun... Balik kampong pun dah makin jarang. Dua bulan sekali. Patutnya makin kerap lah kan.  

Haritu balik, ada lah progress sikit... Mak Ja tunjuk dia punya buku log. Eceli buku log ni dari majlis pertunangan aku, tapi aku je yang pernah tahu. Aku pun tak pernah buat... Ada pun tulis sikit2 atas kertas pastu TER hilang. Mungkin dia buat untuk tolong abah kira budget... 


Tentatif dan budget

Menu nikah, berinai dan bersanding

Jumpa Cikgu Is (planner). Masa ni dia datang snap2 gambar luar & dalam rumah untuk decide kat mana nak letak khemah makan, khemah buffet, khemah lauk, pelamin, DJ, etc.


Cikgu Is kata, garaj tu untuk rewang. So abah dah pasang kipas disitu...

Apalah perancangan dia. Aku ikut je...

Cikgu Is dengan assistantnya...

Dalam bilik pun snap? Aku snap gambar Cikgu pulak!

Masa ni jugak finalise dengan Cikgu Is tentang konsep pelamin, baju sume. Beli majalah banyak2, at last semua serah kat dia je sebab dah rambang mata nak pilih mata satu. Done! Tak nak pikir lagi dah.


Discuss sambil makan keropok lekor. Apasal Mak Ja macam
nak baling bantal dekat Cikgu Is?

Apa lagi ya? Cuma kad kahwin dan doorgift je yang tak include dalam pakej. Eceli kad kahwin tu include, tapi aku gatal tak nak amik sebab nak tempah kat kawan. Tapi harga pakej tetap sama, tak boleh kurang, so aku kena ganti dengan benda lain lah yang relate dengan printing. Customised paperbag/banner/sticker... Tengoklah camne.

Disebabkan semua abah dah cover kan, aku dengan rela hati nak kuarkan duit untuk beli doorgift. Dah plan dah dengan Mak Ja nak bagi apa untuk VVVIP (belah lelaki), VVIP (frens) dan VIP (orang sekampung).

Nak dijadikan cerita, hari tu abah ada pergi Terengganu. Then terus dia pecut jap ke Rantau Panjang untuk beli barang. Ku ingatkan barang apa, rupannya balik rumah tengok dah berlonggok doorgift dalam bilik! Sponsored lagi... Rezeki aku... Terima kasih abah!


Bila bapak2 memilih, ini lah hasilnya... Old skul sket. Huhu

Tak puas hati lagi, aku pun nak kuarkan duit jugak. Asik abah je... Aku tambah jugak sikit2 doorgift. Doorgift yang aku suke sangat, bagi kat kengkawan lah!


Boleh teka tak apa dia?

Ada duit2 lebih tu, aku ingat nak belikan makcik2 kain pasang tuk pakai time majlis nanti. Aku pun TER berjanji dengan diorang. Padahal duit dah habis gatai dok booking videographer. 


Tapi janji mesti ditepati. Tak boleh tangguh2 sebab takut tak sempat nak tempah baju. At last, pinjam duit abah lagi... Dapat gaji kena ganti. Mengharapkan abah kata “Tak payahlah bayar balik...”. Hahaha. Memang betul pun! Tapi abah kata duit tu buat hidupkan roadtax kereta aku yang dah mati 2 bulan tu! <-- aku pun tak perasan dah mati.

Ok lah, sesekali update tentang wedding preparation, macam panjang pulak. Nanti kalau rajin aku cerita tentang videographer dan doorgift in detail. (Lepas kawin pun boleh kan). 





 Thanx for reading 







Saturday, April 28, 2012

Belog Best! Thanx to Ben Ashaari.


Semalam bos aka supervisor aku tak ada. So kerajinan aku pun berkurang. Bukan nak curi tulang. Pepagi tu aku memang rajin basuh waste, kemas workbench, tapi tetiba bila tengok result transformation, rasa down pulak.

Terus aku ke pantry dan makan nasi lemak. Dah macam makan ubat tidur, terus rasa mengantuk. Kalau boleh, nak ditongkatkan kelopak mata ini dengan batang mancis. 


Malangnya mancis tak ada, so untuk menyegarkan mata, aku berblog walking dan join segmen Ben Ashaari. Wah! Bilangan follower bertambah dengan cepatnya! Thanx kepada otai yang sudi follow blog picisan ini. So who are the lucky #99, #100 and #101? (sori tak ada hadiah)


Ustazah di Jakim tapi blognya sangat sempoi... Aku minat sebab dia bride to be jugak.  Tapi dia pandai buat beading work, tak macam aku.



Its a personal blog yang aku baru go through beberapa entries. Memang santai... Kalau nak baca semua entries, memang tak dapek lah kan. Eden ni bizi ngalahkan PM. Tapi InsyaAllah akan baca update terbaru kamu.



She is a sle patient. Best baca blog ni sebab mengajar aku erti tabah dan syukur. Bercakap tentang dua perkara tabah dan syukur ni, aku ada lagi satu belog best!

Bermula dari aku mengugel tentang 'tempoh valid ujian HIV', aku terjumpa blog seorang pesakit HIV. Dia sangat bermotivasi, tabah dan membuatkan aku bersyukur dikurniakan kesihatan yang baik. Syukur mempunyai antibodi yang kuat hinggakan aku terlupa bila kali terakhir aku demam, batuk atau selsema.





Blog ini juga mengajar aku untuk menjadi positif, mengubah tanggapan tentang pesakit HIV. Tidak diskriminasi, iaitu memandang rendah atau takut berkawan dengan mereka. Kita tidak ada hak untuk itu.

Ok lah, selamat berblog walking. Aku perlu ganti semula waktu kerja pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Hari Pekerja...






Thanx for reading







Friday, April 27, 2012

Model UTM



Gambar ni diambil 2 tahun lepas, masa tu aku still pakai tudung bawal (kanan). Dah beberapa kali gambar ni digunakan untuk poster di Career Fair, etc. Poster besar gila, lagi besar dari saiz sebenar model. 


Model sebenar dan poster

Poster di atas tu masa Career Fair di Persada JB. Nak promote jap, laki dok tengah tu single lagi, sedang mencari. Dia ada PhD, sekarang tgh buat post-doc. Yang comel kiri kanan tu dua2 dah berpunya...

Lepas poster, iklan surat khabar pulak. Sesiapa yang baca Berita Harian semalam? Saya tak baca pulak. Kalau ada, meh post kat rumah saya artikel ni, nak tampal kat softboard depan lab. 

Keratan Berita Harian. Kena mintak royalty ni!

Sesambil tu boleh promote program Pasca Ijazah kemasukan September 2012. Sesiapa berminat, boleh ke website UTM untuk info lanjut. 



Notakaki: Rasanya dah lama tak update entri kawin. Tunggu weekend ni ye, banyak stori-morinya...

Thanx for reading







Segmen : BEN ASHAARI DAN BLOG AKU !





Salam Jumaat semua. Harini terasa nak join segmen. Jom!

Persamaan blog? PERSONAL BLOG.

Thanx for dropping by here. Sila tinggalkan link! InsyaAllah akan BW.




Thanx for reading 







Friday, April 20, 2012

Urusan Permohonan Nikah

Orang-orang lain dok counting days, aku malas. Aku hanya counting months. Bila orang tanya, aku jawab lagi 4 bulan, 3 bulan. Lately ni je, bila nombor 3 angka dah menjadi 2 angka, aku pun terjebak sama, asik dok counting.


Kebetulan hari ni lagi 77 hari, cam cantik je... sama cantik dengan tarikh nikah dan besday Mr.F, 7 July...




Sebelum update apa2 tentang baju, pelamin etc, aku nak update perkara paling penting dulu. Di bawah ni checklist borang-borang penting untuk permohonan nikah.

Lelaki:
Kad pengenalan (salinan) - DONE
Sijil kursus kahwin (asal & salinan) – DONE
Keputusan HIV (asal) – DONE
Surat akuan bujang (asal & salinan) – DONE

Perempuan:
Kad pengenalan (asal & salinan) – DONE
Sijil kursus kahwin (asal & salinan) - DONE
Keputusan HIV (asal) – DONE
Surat akuan bujang (asal & salinan) - OTW
Surat nikah ibubapa (jika perempuan anak sulung) (asal & salinan)- OTW
Borang permohonan nikah – DONE
Kad pengenalan wali (salinan) – DONE
Kad pengenalan 2 orang saksi (salinan) – DONE

Syukur semuanya hampir selesai. Cuma ada 2 je yang On The Way. Surat akuan bujang tu ayah tengah usahakan sebab ketua kampung asik MIA je.

Surat nikah parents pulak hilang masa banjir, dah kena minta baru di pejabat agama. Nasib baik ada sepupu kerja di sana, kalau tak remeh jugak nak kena ada report polis dan surat akuan sumpah. Itu pun masih bermasalah sebab tak ada dalam system, so kena cari manually. Nasib ingat tarikh nikah diorang, 2 September 1986. Alhamdulillah setel. 

Sekarang hanya tunggu Mr.F pos borang2 dia dan aku perlu hantar permohonan nikah aku di Pejabat Kadi Segamat, seterusnya interview. So kena minta cuti satu hari dari Bos. Adoila...

So untuk bakal2 pengantin, setelkan benda2 ni dahulu. Aku buat awal2 sebab dah tahu ada masalah mencari surat nikah mak ayah. Nasib ada orang dalam. Kalau tak...???

Pastu macam mana kalau masa buat ujian HIV dan hasilnya positif? Nak kena second check up dan sesi kaunseling pulak kan. Walaupun aku tak pernah melalukan aktiviti berisiko, tapi cuak jugak masa nak ambil ujian tu. Eh, who knows kan. Ingatkan aku je, rupanya kengkawan pun berperasaan sama. 

Hish minta2 dijauhkanlah. Bab2 masalah lain, InsyaAllah aku boleh lagi handle. Tapi bab2 tunda atau cancel nikah ni, nauzubillah! Ya Allah, permudahkan lah...





 Thanx for reading 







Muhasabah Petang Jumaat


Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan,
Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuan-Nya,
Rasa bahagia dengan ujianNya walaupun perit.

Air mata yg menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka,
Indahnya tarbiah Allah, tersiram rahmat dan hikmah disebaliknya,
Diuji kita sebagai tanda sayang dariNya.

Belajar DIAM dari banyaknya BICARA
Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN
Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG
Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN
Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN
Belajar TAWAKKAL dari UJIAN
Belajar REDHA dari satu KETENTUAN



sambungan dari entri lalu. Ctrl-A untuk baca entri tersebut.

Monday, April 16, 2012

Tutorial Tukar Dashboard Baru ke Dashboard Lama



Klik untuk jelas

Ya, kamu tak tersalah baca. Tukar dari baru ke lama. Bukan tukar dari lama ke baru ya... Annoying betul dengan dashboard blogger yang baru. Tak user friendly langsung (for me). Senang je nak tukar sebenarnya, tapi disebabkan aku memang tak suka, aku pun malas nak explore disitu macam mana nak tukar, sampai kena cari tutorial. Thanx to Meera untuk tutorialnya.


How?

1. Sign in your blogger account
2. Klik blogger options (atas kanan seperti gambar di bawah)
3. Klik 'Old Blogger Interface'








4. Done! Dah, tak nak tekan upgrade sesuka hati lagi. 






Phew! Nasib baik boleh tukar semula... Now tengah berjaga-jaga untuk facebook timeline. Jangan la bertukar... Tak suka!





Thanx for reading 







Sunday, April 15, 2012

Dugaan


Everythings happen with a reason. 
There is no such thing as coincidence.
........................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

Betul kata orang, nak kawin ni, banyak dugaan yang datang. Semuanya membabitkan emosi. Ada je hal untuk dibuat gaduh. Bukankah syaitan dah berjanji akan menyesatkan manusia hingga akhirat. Dan selagi ada masjid yang nak didirikan, dia cuba sedaya upaya menggagalkannya.

Aku dah tak kuasa nak fikirkan masalah ni lagi. Sibuk nak menggembirakan hati emak, abah, mertua dan si fulan tu. Hanya 3 dari mereka dapat kupenuhi hasrat mereka. Hari-hari aku berdoa agar semuanya dipermudahkan, agar mereka juga dilembutkan hati, agar semuanya gembira.

Usaha,doa, tawakal. Usaha,doa, tawakal. Tapi masalah makin complicated. Ibarat si buta yang cuba meleraikan simpulan. Simpulan tak terurai malah makin rumit untuk dileraikan. Ada sahaja halangan yang datang, akhirnya hasrat salah seorang dari mereka juga terkubur. Aku hanya mampu menggembirakan 2 pihak sahaja. Kenapa boleh jadi begini?

Aku buntu.  Allah menguji begitu hebat. Adakah dugaan ini tanda dia sayang padaku? Atau kifarah dosaku? Aku tersepit dalam kenangan silam ibubapa. Terpaksa akur dengan keputusan bakal mertua. Teraniaya dengan irihati si fulan.  Alhamdulillah tunang banyak memberi semangat! Sepupu tersayang (Fizah dan Kak Ayu) banyak meringankan beban. Kalau tak, dah lama kuminta Allah ambil nyawaku. Semua orang dah tak sayang aku. 


Astagfirullahaladzim...


Ya Allah! Teruknya aku hingga berfikiran begitu. Suci sangatkah aku hingga rasa tak layak diuji? Allah tidak akan menguji diluar kemampuanku. Dan setiap ujian akan dibekalkan dengan kesabaran. Ya, dalam menghadapi ujian ini, kesabaran itu sangat penting. 

Aku juga perlu berfikiran positif. Hari-hari aku berdoa minta dipermudahkan, agaknya inilah jalan yang Allah permudahkan. Mungkin padaku tidak cukup baik sebab tak dapat menggembirakan semua, tapi sebenarnya petunjuk/penyelesaian yang terbaik dariNya. Allah knows best. Mungkin satu hari nanti baru aku tahu hikmah disebaliknya.

p/s: Sebenarnya, aku tak suka meluahkan perasaan di blog. Tapi perlu juga kerana aku tak ada medium lain untuk mengekspress perasaan sedih dan untuk beritahu mereka yang aku sayang mereka. Tahniah kepada yang dapat baca isihati aku.




Thanx for reading 





Friday, April 13, 2012

Bawal Printed Anyone?




Ingat tak entri aku beli tudungbaru, square hijab? Tudung baru pun kecoh sampai 2 entries kan. Bukan apa, sebab aku dah lama tak bertudung square ni. Selalu pakai tudung ekspress dan shawl je. Bila sesekali pakai, ramai pulak berkenan dan tanya beli di mana.







Tudung yang aku pakai di dibeli di Hijabiza. Tapi sekarang dah macam trend pulak, ramai betul yang jual tudung yang sama. Cuma aku tak tahulah kualiti di tempat lain macam mana sebab tak pernah beli dari mereka. Ni link FB diorang aku senaraikan (klik di bawah gambar).







Geram betul aku, semua yang cantik2 dah habis. Aku pun nak meniaga online lah macam ni. Orang-orang sekarang ni memang rajin shopping online. Termasuklah yang kat lab aku. Ni buktinya. 


Hah berebutlah korang. Peace!






 Thanx for reading 

Thursday, April 12, 2012

Fairytales Wedding Theme


Ada sesiapa teringin tema perkahwinan fairytales? Ni dia aku bagi contoh. Majlis sepupuku yang tak perlu aku bagitahu bila (sebab dah lama baru nak update). Cuma waktu nikah je dia pilih tema arabian dengan niqab.

Enjoice the pics!


Solemnisation - Arabian with niqab

Hantaran cinderella (pink)

Pelamin kereta kuda

Meja makan beradap 

Deco bantal untuk meja makan

3 tier Secret recipe cake u'olls....

Groom side - pagola entrance

Di pelamin - tiffany / baby blue

...

We were married!


Congratulations my dear Norhafizah!







 Thanx for reading 







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...