Friday, April 20, 2012

Urusan Permohonan Nikah

Orang-orang lain dok counting days, aku malas. Aku hanya counting months. Bila orang tanya, aku jawab lagi 4 bulan, 3 bulan. Lately ni je, bila nombor 3 angka dah menjadi 2 angka, aku pun terjebak sama, asik dok counting.


Kebetulan hari ni lagi 77 hari, cam cantik je... sama cantik dengan tarikh nikah dan besday Mr.F, 7 July...




Sebelum update apa2 tentang baju, pelamin etc, aku nak update perkara paling penting dulu. Di bawah ni checklist borang-borang penting untuk permohonan nikah.

Lelaki:
Kad pengenalan (salinan) - DONE
Sijil kursus kahwin (asal & salinan) – DONE
Keputusan HIV (asal) – DONE
Surat akuan bujang (asal & salinan) – DONE

Perempuan:
Kad pengenalan (asal & salinan) – DONE
Sijil kursus kahwin (asal & salinan) - DONE
Keputusan HIV (asal) – DONE
Surat akuan bujang (asal & salinan) - OTW
Surat nikah ibubapa (jika perempuan anak sulung) (asal & salinan)- OTW
Borang permohonan nikah – DONE
Kad pengenalan wali (salinan) – DONE
Kad pengenalan 2 orang saksi (salinan) – DONE

Syukur semuanya hampir selesai. Cuma ada 2 je yang On The Way. Surat akuan bujang tu ayah tengah usahakan sebab ketua kampung asik MIA je.

Surat nikah parents pulak hilang masa banjir, dah kena minta baru di pejabat agama. Nasib baik ada sepupu kerja di sana, kalau tak remeh jugak nak kena ada report polis dan surat akuan sumpah. Itu pun masih bermasalah sebab tak ada dalam system, so kena cari manually. Nasib ingat tarikh nikah diorang, 2 September 1986. Alhamdulillah setel. 

Sekarang hanya tunggu Mr.F pos borang2 dia dan aku perlu hantar permohonan nikah aku di Pejabat Kadi Segamat, seterusnya interview. So kena minta cuti satu hari dari Bos. Adoila...

So untuk bakal2 pengantin, setelkan benda2 ni dahulu. Aku buat awal2 sebab dah tahu ada masalah mencari surat nikah mak ayah. Nasib ada orang dalam. Kalau tak...???

Pastu macam mana kalau masa buat ujian HIV dan hasilnya positif? Nak kena second check up dan sesi kaunseling pulak kan. Walaupun aku tak pernah melalukan aktiviti berisiko, tapi cuak jugak masa nak ambil ujian tu. Eh, who knows kan. Ingatkan aku je, rupanya kengkawan pun berperasaan sama. 

Hish minta2 dijauhkanlah. Bab2 masalah lain, InsyaAllah aku boleh lagi handle. Tapi bab2 tunda atau cancel nikah ni, nauzubillah! Ya Allah, permudahkan lah...





 Thanx for reading 







2 comments:

  1. 77 no fav tuh.. sbb bday 7 julai jgk.. adik bradik kmbar la gitu ngn Mr F. ;p

    ReplyDelete
  2. hanis,
    kembar lain mak lain ayah ye? huhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...