Saturday, April 28, 2012

Belog Best! Thanx to Ben Ashaari.


Semalam bos aka supervisor aku tak ada. So kerajinan aku pun berkurang. Bukan nak curi tulang. Pepagi tu aku memang rajin basuh waste, kemas workbench, tapi tetiba bila tengok result transformation, rasa down pulak.

Terus aku ke pantry dan makan nasi lemak. Dah macam makan ubat tidur, terus rasa mengantuk. Kalau boleh, nak ditongkatkan kelopak mata ini dengan batang mancis. 


Malangnya mancis tak ada, so untuk menyegarkan mata, aku berblog walking dan join segmen Ben Ashaari. Wah! Bilangan follower bertambah dengan cepatnya! Thanx kepada otai yang sudi follow blog picisan ini. So who are the lucky #99, #100 and #101? (sori tak ada hadiah)


Ustazah di Jakim tapi blognya sangat sempoi... Aku minat sebab dia bride to be jugak.  Tapi dia pandai buat beading work, tak macam aku.



Its a personal blog yang aku baru go through beberapa entries. Memang santai... Kalau nak baca semua entries, memang tak dapek lah kan. Eden ni bizi ngalahkan PM. Tapi InsyaAllah akan baca update terbaru kamu.



She is a sle patient. Best baca blog ni sebab mengajar aku erti tabah dan syukur. Bercakap tentang dua perkara tabah dan syukur ni, aku ada lagi satu belog best!

Bermula dari aku mengugel tentang 'tempoh valid ujian HIV', aku terjumpa blog seorang pesakit HIV. Dia sangat bermotivasi, tabah dan membuatkan aku bersyukur dikurniakan kesihatan yang baik. Syukur mempunyai antibodi yang kuat hinggakan aku terlupa bila kali terakhir aku demam, batuk atau selsema.





Blog ini juga mengajar aku untuk menjadi positif, mengubah tanggapan tentang pesakit HIV. Tidak diskriminasi, iaitu memandang rendah atau takut berkawan dengan mereka. Kita tidak ada hak untuk itu.

Ok lah, selamat berblog walking. Aku perlu ganti semula waktu kerja pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Hari Pekerja...






Thanx for reading







4 comments:

  1. zura lau ada blog pesakit inform aku tau.....tq..

    ReplyDelete
  2. @chocolatePink

    Aah tikah... masa buat ni pun aku teringat ko. Engat nak inform esok lusa ke... Ak baca hampir semua entri diorang. Diorang sangat tabah. Ak harap ko boleh dapat ketabahan dari diorang... Dan aku doakan ko cepat sihat.

    ReplyDelete
  3. masuk blog list Ben ke? fuyooo! ;)

    ReplyDelete
  4. eh.terkjut <<wat muka kodok
    thanks =)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...