Everythings happen with a reason.
There is no such thing as coincidence.
........................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

Betul kata orang, nak kawin ni, banyak dugaan yang datang. Semuanya membabitkan emosi. Ada je hal untuk dibuat gaduh. Bukankah syaitan dah berjanji akan menyesatkan manusia hingga akhirat. Dan selagi ada masjid yang nak didirikan, dia cuba sedaya upaya menggagalkannya.
Aku dah tak kuasa nak fikirkan masalah ni lagi. Sibuk nak menggembirakan hati emak, abah, mertua dan si fulan tu. Hanya 3 dari mereka dapat kupenuhi hasrat mereka. Hari-hari aku berdoa agar semuanya dipermudahkan, agar mereka juga dilembutkan hati, agar semuanya gembira.
Usaha,doa, tawakal. Usaha,doa, tawakal. Tapi masalah makin complicated. Ibarat si buta yang cuba meleraikan simpulan. Simpulan tak terurai malah makin rumit untuk dileraikan. Ada sahaja halangan yang datang, akhirnya hasrat salah seorang dari mereka juga terkubur. Aku hanya mampu menggembirakan 2 pihak sahaja. Kenapa boleh jadi begini?
Aku buntu. Allah menguji begitu hebat. Adakah dugaan ini tanda dia sayang padaku? Atau kifarah dosaku? Aku tersepit dalam kenangan silam ibubapa. Terpaksa akur dengan keputusan bakal mertua. Teraniaya dengan irihati si fulan. Alhamdulillah tunang banyak memberi semangat! Sepupu tersayang (Fizah dan Kak Ayu) banyak meringankan beban. Kalau tak, dah lama kuminta Allah ambil nyawaku. Semua orang dah tak sayang aku.
Astagfirullahaladzim...
Ya Allah! Teruknya aku hingga berfikiran begitu. Suci sangatkah aku hingga rasa tak layak diuji? Allah tidak akan menguji diluar kemampuanku. Dan setiap ujian akan dibekalkan dengan kesabaran. Ya, dalam menghadapi ujian ini, kesabaran itu sangat penting.

Aku juga perlu berfikiran positif. Hari-hari aku berdoa minta dipermudahkan, agaknya inilah jalan yang Allah permudahkan. Mungkin padaku tidak cukup baik sebab tak dapat menggembirakan semua, tapi sebenarnya petunjuk/penyelesaian yang terbaik dariNya. Allah knows best. Mungkin satu hari nanti baru aku tahu hikmah disebaliknya.
p/s: Sebenarnya, aku tak suka meluahkan perasaan di blog. Tapi perlu juga kerana aku tak ada medium lain untuk mengekspress perasaan sedih dan untuk beritahu mereka yang aku sayang mereka. Tahniah kepada yang dapat baca isihati aku.
Thanx for reading
No comments:
Post a Comment