Friday, October 12, 2012

Review: Vintage Handbouquet


Minggu ini nak habiskan cerita handbouquet (HB). HB nikah di entri ini. Untuk HB resepsi, plan asal nak pakai fresh flower, pastel colors. Tapi bila browsing, jumpa HB DIY Vintage di The Craft Portion. Menarik juga walaupun made from kain, tapi boleh simpan terus dan buat hiasan.

HB dari The Craft Potion (FB Link)

Ini contoh2 HB di The Craft Portion. Dan dibawah contoh HB yang dibuat untuk saya, DIY Vintage namanya. Cuma ada manik berjuntaian tu saya tambah sendiri. Tak perlu pun masuk manik sebiji2 kat benang, just beli rantai manik Rm10 kat pasar malam then jahit ke HB tu.


Customized for me

Kalau perasan, ada amik berjuntaian di HB

Masa resepsi rumah mak, rancangnya nak pakai baju champange color. So saya dah order HB DIY Chanel color (champange + black) dari vendor yang sama, The Craft Potion. Tapi at last tukar tema baju warna royal blue, so saya cancel la HB DIY Chanel color tu dan minta sepupu (Kak Shima) buatkan artficial HB warna biru putih. Saya request ada bunga putih (tak nak bunga biru), dan tambah blue pearl, blue butterflies dan blue riben yang panjang.

Chanel color dari The Craft Potion, but not for me lerrr

White hydrangea flower with accessories

Next untuk resepsi lelaki di Melaka tema kaler hijau ala2 garden lah kononnya. So saya terfikir nak pakai long HB, contoh gambar di bawah. Saya pakai artificial flower je, so mintak tolong Kak Shima lagi buatkan. Tapi masa nak berarak tu, rasa HB tu macam besar sangat compared to my badan. Rasa macam bawa pokok bunga pulak. Mak andam pun suggest pakai HB Vintage haritu. At last HB panjang tu saya buat hiasan kat kepala katil.

Contoh long HB

Recycle HB Vintage. Nasib baik sesuai dengan baju

Ada 3 lagi different HB yang saya gunakan pada malam berinai di kesemua tiga rumah. Tapi tu semua mak andam yang sediakan. Tak perlulah cerita juga, panjang dah entri ni. Pheww! Berupdate juga akhirnya...




Thanx for reading






Thursday, October 11, 2012

Solemnization's Handbouquet


Tema hari ini adalah handbouquet (HB) atau bahasa melayunya bunga tangan. Ada orang mungkin tak kisah. Apa yang mak andam sediakan, itu lah yang dia ambil kan.

Itulah yang terjadi pada saya masa bertunang dulu. Hanya fikir hantaran, baju dan pelamin je. Walaupun dah tahu HB mak andam ni artificial flower dan dah out of date, tapi saya malas nak fikir benda remeh temeh ni. At last... mak andam tak bawa pun bunganya! Dah berdiri kaku je sambil tangan kebelakang masa bergambar. Tak dapat nak cover perut buncit dengan HB tau!

So nak balas dendam la pakai HB cantik2 masa kawin ni. Haha perlu ke. Untuk nikah, saya pilih white lily. Fresh flower ye, so rasa suasana tu pun macam fresh je. Plus warna putih tu rasa suci je.


Berkenan dekat HB lily dari The Craft Potion (vendor yang buat HB resepsi), tapi tak orderlah dekat dia sebab dok jauh, susah nak pos fresh flower tu. Jadi saya request kedai bunga dekat kampung je buatkan. Nama kedai pun Lily Flower, berhadapan McDota Segamat.

Masa nak order tu, tak bawa pulak contoh gambar, just inform je nak macam ni macam tu. Hasilnya macam di bawah ni. Bunga yang dah kembang segar pulak... Takpe lah, walaupun tak seperti dirancang, tapi perantin tak boleh sedih2 kan?


Maafler gambar tak clear. Alasan sama, gambar dari OP tak dapat lagi. Katanya minggu ni. Lepas nikah, terus masukkan dalam transparent glass vessel dan hias di meja solek. Menambah keromantikan bilik perantin. Hehe.

Alamak panjang pula entri ni. Sambung cerita HB resepsi later2 lah ye.







Thanx for reading 

Friday, October 5, 2012

Wedding Highlight: 08 Julai

Full video nya pun dah siap, in 2 months je. Tapi tak payah ler nak upload kat sini video sejam lebih tu kan? Maap ler muka tala senyum. Tak tahu kenapa, rasanya dah senyum sepanjang hari! Memang muka aku ni expressionless kot...






Thanx for reading

Nikah Outfit



Hello Oktober! Cepatnya masa berlalu... Kita cerita straight to the point ye. Karang kalau nak rancang2 ayat, memang tak berupdate lah blog ni.

Jom buat review, cerita tentang baju nikah saya. Baju dibeli untuk hantaran pertunangan. Awal gila beli, 2 tahun lepas. Kain lace je, masa tu belum femes kain sifon ni. Kira lace saya ni old fashion la. Tapi kalau nak sifon, sediakan je lah duit 6-7 ratus sepasang, kan? Ni saya rembat pakej paling murah.

Perempuan: 4 meter satin + 2 meter lace
Lelaki: 4.5 meter satin + samping songket
Total: around RM 200 (cheapest package at Jakel).

Hantaran bertunang

Dah last minute nak kawen baru saya hantar tempah. Sebab? Nak tunggu latest fashion. Tapi tak de pun, at last kurung moden jugak. Tu je yang sesuai untuk nikah. So korang tak yah le pening2 pikir design baju nikah. Kurung moden atau kebaya labuh je sesuai tuk nampak sopan. Biar baju simple, pastu tambah lah accessories lace, beads, 3D flower, etc.

Memula hantar tempah pada mak sedara tapi dia jahit kurung moden dah macam kurung pahang (besar, tak fit!). Kain saya buat bersusun di lutut. Total lost: Rm 37 for me dan RM 40 untuk baju melayu hubby. Dah out of time, saya malas nak suruh mak cik tu alter kecikkan baju tu. Saya hantar alter di JB je.

Sebelum alter --> besar!

Next, saya beli kain sifon 4 meter di Jakel untuk veil, shawl dan niqab (kain penutup muka). Eceli shawl tu sesaja dibuat panjang so that yang lelebihnya boleh dibuat niqab. I malas nak buat asing2. Lost RM 10 x 4 = RM 40.

Shawl + niqab

Next, hantar jahit manik pada baju dan veil di Labis (Kak Arabella Adi). Ada balance2 lace tu aku suruh dia tampal di kain dan veil. Upah jahit veil, shawl dan tampal manik di veil, baju dan kain tu around RM 150. Murah. Recommended!

Lepas alter dan tampal lace + manik

Lagi apa ya? Oooh samping songket hubby! Kami tak pakai yang Jakel bagi tu. Konon2 nak ikut trend, hubby beli songket yang retis dok pakai sekarang ni. Samping songket yang colorful tu. RM 300 di pesta konvo UTM. Kalau kat Angsana tu dah ribu2. Oooh tu mungkin bagus kualitinya... But, who cares??

Lagi? Kasut tak yah ceritalah. Aku pakai kasut hantaran tunang, hubby lak pinjam kasut kawan dia.  

Kasut hantaran

Nak tahu total cost outfit nikah, kiralah sendiri. Sesiapa nak sewa pun dialu-alukan. Baru pakai 2x (nikah + berinai rumah mak). Ini hasilnya...

Nikah 07.07.12 (entri nikah)

 Berinai 07.09.12 (entri berinai)



Thanx for reading

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...