Monday, January 31, 2011

Banjir Oh Banjir

Assalamualaikum

Tak tahu lah nak mula dari mana. Tapi nak minta maaf lah dekat kawan-kawan, sedara-mara terutamanya keluarga belah lelaki sebab majlis terpaksa ditunda. Alhamdulillah, lokasi majlis (rumah abah) tak terjejas cuma terputus hubungan je. Bila Segamat dah dilanda banjir, paling awal pun 2 minggu banjir akan surut. So majlis akan ditunda paling awal pun 2 minggu lagi.

Tak pe lah, ada hikmahnya bila tunda majlis ni. Sebelum ni, labmates aku tak dapat datang. So bila dah ditukar tarikh ni, harap diorang dapat datang lah. Labmates, take note k! Hehe.

Ok lah, aku tak tahu nak buat apa sekarang ni. So kalau ada sesape pun tak tahu nak buat apa, meh baca kronologi fenomena banjir ini.


Sabtu (29/01/2011)

Arini aku dah start cuti. Pagi2 datang lab dulu pastu terus balik Melaka untuk ambil barang yang orang nak sponsor. Boleh jugak aku amik kete aku yang diservis kat Melaka. Hujan sepanjang highway. Sampai Melaka dah pukul 3 dan penat walaupun aku tidur je sepanjang perjalanan.


Ahad (30/01/2011)

Mak cal tanya dekat mana. Dia tak bagi aku balik dulu sebab hujan lebat dari pagi tak berhenti. Ramalan mengatakan hujan akan turun sampai Isnin. So mak suruh balik Isnin petang atau Selasa aja.

Masa tu, tak expect pun akan banjir. Selalunya, hujanlah berapa hari pun umah aku tak akan naik air. Cuma bila banjir besar tahun 2007, air naik kat umah aku sampai paras lutut.

Aku di Melaka dah mula risaukan kenduri pada Jumaat ni. Masuk shopping complex je, hati lega sikit. Bukan sebab leka shopping, tapi sebab tak nampak hari hujan. Bila kuar shopping complex dan nampak hujan masih tak berhenti, hati mula risau balik. Fon pulak kene block kalau nak call kampong.

Ahad malam, mak call bagitahu rumah mak cik sebelah nak mula naik air dan dah pindah barang ke rumah kami.


Isnin (31/01/2011)

Pagi-pagi lagi mak dah call bagitahu umah dah naik air. Mak siap buat lawak, ‘perabot2 banjir dulu yang ruku’ sume dah sujud dah dik!’. Aku tanya tak sempat bawak kuar macam dulu ke. Mak kata tak sempat sebab ada barang-barang jiran tumpang kat depan umah. So bawak kuar perabot diorang dulu barulah boleh bawak lari perabot rumah kami. Kira dah terlambatlah... Tak pe lah mak, nanti adik banyak duit adik buatkan mak rumah 2 tingkat k. Banjir je kita lari naik atas k?

Aku terus call abah pulak. Rumah abah tak terkene banjir. Air cuma naik sampai depan pagar rumah je. Nasib baik. Tapi lain pulak dugaan tuk abah. Lembu dia 5 ekor mati lemas. Tak sempat nak selamatkan sebab air naik mendadak. Patutnya masa hujan tak berhenti semalam, abah dah boleh selamatkan semua ternakan dia, tapi abah sibuk sebab ada pilihanraya di Labis. Tak pe lah, tak de rezeki kami di situ. Tapi abah ada pasang ambai untuk tangkap ikan. Itulah rezeki kami sepanjang musim tengkujuh.

Hari ini jugak abah tanya, boleh tak tangguhkan majlis. Eh mestilah! Dia kesian dekat aku, tapi aku kesian kat dia. Dah tak ada pilihan bah... So bila dah confirmkan dengan belah lelaki, aku terus call pembuat kek, penggubah sireh dan mak andam tuk postpone sume. Alhamdulillah, diorang faham. Terima kasih!

So disini lah aku sekarang (Melaka). Nak balik dah tak lepas. Sedihnya, dah lah sebulan tak balik kampong, nak balik tak lepas lak. Patutnya aku bersyukur sebab terselamat. Tapi tak jugak. Aku nak balik kampong lah!!! Walaupun kat sini dapat tidur atas katil, berair, berletrik, makan sedap-sedap (mak cik aku kat Melaka ni ada restoran) tapi hati aku tetap teringat dekat kampong terutamanya mak.

Rasa nak redah naik bas tapi bas pun tak boleh lalu. Pagi tadi drive pun asik tersalah lorong je. Traffik light hijau aku stop, traffic light merah aku nak jalan lak. Lorong ke rumah mak cik aku pun leh berbabas. Tengok TV pun boleh tembus sampai ke dinding, tapi bila sampai part banjir di Segamat, aku tiba2 terus macam ada magnet tarik, terus dok dekat TV dan kuatkan suara. Dah 80% Segamat tenggelam!

Tapi sekarang aku dah ok. Redha je lah bila kena tangguhkan majlis. Bila difikir-fikir, musibah aku tak seteruk mana. Semalam pak cik aku balik dari kenduri khawin di Tenang. Dia dah nampak umah pengantin, tapi tak lepas nak ke sana sebab air naik. Sedihnya bila ayah pengantin cakap kat pak cik aku, ‘Kalau kau nak balik dulu pun baliklah. Aku nak hantar nasi kat kau pun tak tahu macam mana. Ko jangan risau ye, kalau anak kau kawin, ko bagitahu aku, aku datang...

Iye iye, aku redha. Tapi, rugi! Nak balik main air. Wah, bestnye!!! So aku dah amik keputusan, Khamis ni aku nak redah jugak balik kampong. Tinggal je lah kete kat Tangkak ke pe, nak redah jugak. Yeay!!!

Ni ada beberapa keping gambar yang diambil dari FB sedara aku.  

Rel kereta api. Semua pengangkutan awam terjejas


Masjid

Banjir Kilat di bandar Segamat


Segamat Corner



Segamat Corner, beberapa jam selepas itu



To all my love kat Segamat, take care ya! Dah pernah merasa pengalaman ni, so jadi sedih bila teringatkan apalah yang mereka makan... Paling mewah pun hanyalah bantuan kentang, telur dan suun. Syukur, tapi masih sedih kalau nak dibandingkan apa yang aku ada disini. Aku makan sedap-sedap, tapi mak? Mak, nanti adik balik tolong basuh rumah k?

Friday, January 28, 2011

Jemput Datang Ye...

Assalamualaikum


Kawan-kawan, saya nak menjemput ni. Datang ye rumah saya Jumaat (04 Feb) ni. Ada makan-makan. Kalau kawan-kawan sume nak bawak kawan pun boleh. Kalau kawan kepada kawan-kawan nak bawak kawan die pun boleh jugak. Kalau... ok cukup! Kesimpulannya, datang la, lagi ramai lagi bagus tuk menghabiskan sume lauk-pauk memeriahkan suasana.


Kad yang disponsor


Setelah dikira-kira, ditambah, tolak, darab dan bahagi, majlis ni akan diakan pada hari Jumaat. Ya awak tak salah baca dan saya tak salah inform. Bukan Sabtu atau Ahad, tapi Jumaat. Sebab ada orang tanya kenapa, ni nak bagitau. Majlis diadakan hari Jumaat untuk memberi laluan kepada orang-orang kampung yang ada majlis khawin. Kalau buat saing nanti, x de orang nak datang rumah saya pulak. Aturcara adalah seperti berikut:

Khamis (03/02/2011) 
2000: Solat hajat dan bacaan Yaasin (kaum lelaki)

Jumaat (04/02/2011)
1000: Majlis cukur jambul
1400: Majlis Pertunangan
1600: Bacaan Yaasin (kaum perempuan)

Ada 3 baby yang akan cukur jambul, anak sepupu saya. Yang nak tunang tu barulah saya. Kepada sedara-mara, anda diwajibkan datang pada hari Khamis untuk mengerahkan tenaga. Untuk kawan-kawan saya, datang hari Jumaat petang k. Kalau terlambat pun x pe, jamuan masih ada sampai pukul 6 petang. Periuk belanga pun masih ada untuk dicuci. Tapi kalau sesapa teringin nak bergambar ngan saya, datang lah awal dalam kul 2 tu ye. Hahaha. Sume tak nak la! Perasan!

Tuk sesapa yang nak datang dan memerlukan kad tuk peta pelan rumah, leh mintak kat saya ye. Act pelan tu tak membantu langsung. Baik korang google map je. Tak pun call saya tuk maklumat lanjut. Senang je nak cari umah saya ni. Tak caya tanya Labmates saya. Oklah, datang tau. Ayam, lembu dan kambing menanti!!! Bye...



psttt: Ade kekeliruan identiti sekejap. Baru perasan yang aku menggunakan 'saya' sebagai kata ganti diri pertama. 

Wednesday, January 26, 2011

Potluck a.k.a Periuk Bertuah

 
Assalamualaikum u olls!!!

Minggu lepas, aku dan labmates merancang tuk mengadakan aktiviti Potluck. Haha mesti tak pernah dengar kan? Aku mula-mula dengar pun rasa cam jakun je. Pebenda Periuk Bertuah ni? Kalau hari Sabtu sebelum ni dah penat main rounders, kali ni nak main cop2 periuk cam main Kerusi Bertuah tu ke? Aku dengan bersemangatnya terus google. Baruku tahu, potluck ni ialah aktiviti berkumpul dimana setiap orang membawa makanan sendiri (masak/beli) dan bertukar-tukar makanan antara kawan-kawan atau sesama kumpulan yang lain. Nak tahu lebih lanjut, sila google.

Aktiviti ini sebenarnya dirancang untuk semua ahli L.A.B (Lab Atas Bukit). Tetapi kemudian bertukar kepada aktiviti gadis-gadis comel Geng Rumah Sewa (GRS) disebabkan memang kiteorg saja yang melibatkan diri. So di Sabtu pagi yang hening itu, aku pun menggagahkan diri bangun awal ke lokasi kejadian. Hihi malu pulak bile sume orang kat taman tu datang dengan tracksuit tuk jogging, tapi kami datang dengan baju bunga-bunga angkut periuk bertuah, flask bagai.

Tarikh aktiviti : Sabtu, 22 Januari 2011.
Lokasi penggambaran : Hutan Rimba Bandar Mutiara Rini
Aktiviti : Potluck, makan-makan, bergambar, bergossip, melapangkan fikiran yang kusut.
Menu adalah seperti berikut:
Jalan Palas: spaghetti, puding caramel, ribena
Jalan Lumpit: aiskrim buah-buahan, popia ikan istimewa
Jalan 3/9: anggur, jambu air yummy-yummy

Kredit kepada blog LabAtasBukit dan FB LabAtasBukit sebab aku curi dan menang ayat2 dan gambar sume dari sana. Tapi kat blog aku ni, mestilah aku letak gambar aku lebey kannn....


Tengok, sume orang bersenam di pagi hari
Ahli rumah Jalan Palas bawa pinggan mangkuk
Ahli rumah Jalan Lumpit bawak perut popia
Gazebo dipilih, Laman Sri Mersing

Model bunga. Tak, model bukan 4 orang tu tapi beg dibawah iteww

Sarapan pagi kami

Teka tangan siapa yang paling awal ambil makanan?

Selain makan, boleh baca jurnal surat khabar

Selain baca surat khabar, boleh main nyorok-nyorok

Selain main nyorok-nyorok, boleh posing tuk cover album

Boleh juga berangan jadi model
Berangan lagi

Dan lagi

Dan lagi

Dan lagi. Ok cukup!

Tukar port pulak. Ni di rumah.... Segamat kot. Tak ingat



Ready nak balik


Sekian, terima kasih.



Saturday, January 22, 2011

Khurafat

Assalamualaikum!

Ni cerita basi Rabu lepas. Aku dan labmates gi tengok wayang kat Tebrau. Bajet hari Rabu dapatlah murah, rupenye kene RM14 jugak sebab hari Khamis tu cuti umum sempena Thaipusam. So hari Rabu selepas kul 9 malam kira harga mahal la. Tak kesah lah tu. Rancangan awalnya nak tengok Paranormal Activity 2, tapi tup tup diorang ni dah dapat softcopy cite tu. Ade ni elok tersimpan dalam harddisk aku ni ha. Paranormal Activity 1 pun ade. Tapi ntah bilanya aku nak tengok, jangan haraplah! Setakat Paranormal Activity, apelah sangat seramnya... Ok2, aku tipu. Aku takut sebenarnya. 

So berbalik kepada cerita tengok wayang tadi, demi mendapatkan mood seram jugak pada Rabu malam Khamis tu, kami pun tukar la rancangan, tengok lah cite Khurafat. Mula-mula aku malas nak tulis sinopsisnya sebab dah banyak blog2 cerita tentangnya. Tapi karang aku tulis nama Johan, Aisyah dan Anna takut aku sendiri pun tak ingat sape mereka tu. Sinopsis ni ak copy je...


KHURAFAT-Perjanjian Syaitan mengisahkan perjanjian terlarang, persekongkolan antara manusia & syaitan.Satu bentuk penyelewengan yang nyata dalam Aqidah Islam dan amat ditegah dalam Agama.Manusia, disogok dengan nafsu serakah dan dendam membara, tanpa mengira akibat dan bahana, rela membelakangkan Allah untuk memperoleh apa yang dicita walau dengan apa cara, akhirnya hanyut dengan bisikan dan tipu daya syaitan durjana.
Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Perubatan di sebuah hospital kerajaan. Dia sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Ayshah. Seawalnya pasangan ini hidup aman & bahagia, namun tanpa disangka ujian melanda di pertengahan jalan, kesan daripada ‘gangguan misteri’ yang berterusan.
Dalam pada masa gangguan-gangguan itu, hadir pula seorang perempuan tua yang tidak Johan kenali namun sering menyapa dan cuba mendekati Johan sewaktu di tempat kerja. Tanda tanya dan trauma yang melanda Johan & Ayshah tidak habis di sana, malah ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan yang bernama Anna.Walaupun setelah mengetahui Johan sudah berumah tangga dan bergelar suami yang sah pada Ayshah, Anna masih terus mengganggu dan merayu untuk menerimanya semula. Ini menyebabkan Johan bertambah runsing dan bertekad untuk mempertahankan rumah tangganya dengan segala daya.
Tidak lama setelah berkali-kali ditolak cintanya, Anna ditemui mati;bunuh diri. Kematian Anna adalah kemuncak bagi segala siri kejadian misteri yang berlaku dalam hidup Johan & Aishah.

Nak tahu kesudahannya? Saksikan filem ini yang menghantui pawagam mulai 13 Januari 2011. Endingnya memang best sebab unexpected cuma aku tak suka ending camtu sebab... Hero mati! Hukhuk (nangis). Tapi aku ada beberapa persoalan yang sampai naik migrain aku memikirkannya.

1.      Nape kalau cerita seram2 gini mesti gelap2 malam2. Ok, memanglah Cik Han ni selalunya berkeliaran waktu malam. Yang ak tertanya2 ni, perlu ke van mayat tu hantar jenazah Anna waktu malam? Hmm mungkin jauh sangat kampong Anna tu kot...


2.      Pastu background sume mesti nak gelap eh? Ok, nak amik feel. Tapi sampai kat dalam wad dan ofis Johan tu pun gelap? Memang jimat letrik lah hospital tu! 


3.      Aisyah, isteri Johan yang digambarkan dalam cite ni tak de lah berani sangat. Tapi perlukah bangun tengah2 malam kalau dengar sesuatu bunyi? Tido pulak tu dengan tingkap seluas-luasnya terbuka. Saje je nak menjemput Cik Han datang.


4.      Pastu masa scene dukung jenazah Anna. Hmm memang seram la. Tak boleh ke kalau biar je jenazah tu kat situ pastu tahan orang dan mintak tolong. Sebab kawan dia, Man tu pun dah meninggal. Tak kan dukung jenazah Anna tapi tinggalkan mayat Man?


Tapi semuanya boleh dimaafkan sebab cite ni memang seram dan unexpected apa yang akan terjadi. Banyak lah unexpected nya, cite ni saje je nak suh ak pikir dan tambah migrain lagi. Kalau tak disebabkan 4 point yang aku cakap kat atas tu, cerita ni tak akan menarik. Untuk orang yang kurang berani macam aku ni, aku bagi 4/5 star tuk cerita seram Melayu. Walaupun tahu Cik Han tu akan muncul dari mana, aku still nak tutup muka ngan shawl aku jugak! Kesimpulannya, Johan memang smart bila pakai jaket dan Aisyah memang comel bila bertudung cenggitu! Eh, boleh eh kesimpulan cam ni?


Comel dan smart kan? Cakap iye cepat! Ok lah, babai!





pssttt: Ade gak aku tengok blogger tulis sinopsis yang Anna mati gantung diri. Asalkan boleh je... 

Sunday, January 16, 2011

Bila Penat Bekerja di Lab...




Assalamualaikum u'olls! 

Ni sambungan entri Diet Kilat. Haritu nak upload gamba, tapi rasa banyak sangat, x tau mane nak pilih. Ingat nak edit2 dulu, tapi las2 malas lah. Boh je lah sume! Ni lah aktiviti kami selain keje kat lab. Sape kate wat research kene dok dalam lab n depan laptop je? Haip! Agak2 ade duit lebih tu, kitorang men bowling atau gi swimming. Agak2 pokai, ke kompleks sukan je lah kite... Men badminton, rounders dan basketball. Hmmm hmmm x de idea lah nak cakap pe. Kaki tengah sakit, otak tak leh pikir. (Ade ke?) Ok lah, jom tengok gambar.

BADMINTON
Wow, raket jadi invisible!

Yang baju hitam sempat posing. Tapi bola x pernah miss! Hebat...
Wah wah wah si tudung pink! Gaya mesti ada...

Ni gaya apa pulak Kimi?

ROUNDERS

Taklimat dari Kak Intan

Ooo som!

Urat kaki Kak Intan terkejut sebab tak warm up

The best player of the week, Fizz!

2 orang ni penyumbang point grup aku!

Kak Faiz aim bola. Ready...

Pukul! Alamak, bola ke belakang. Nampak tak? Haha. Oops!


BASKETBALL
Kak Aizi aim dengan style

Aim kotak tu, kate Usop.

Muahaha. Sape la ni...

3 in a row tau...


Ade lagi gambar ni. Nanti, ak g cari dulu yea. Celcom broadband yang kurang laju ni dah siap upload gambar, tapi aku still x de idea lagi. Ok lah, nak gi cari gambar dan cari idea. Bye!





Wednesday, January 12, 2011

Diet Kilat

Assalamualaikum u’olls!

Pejam celik pejam celik. Tik tok tik tok. Dap dup dap dup. Kurang sebulan sahaja lagi nak raya cina! Eh, nape tetiba menunggu Chinese New Year ni? Huhu. Tapi dalam masa kurang dari sebulan ni, aku nak aim tuk kurus! Boleh ke agaknya? Haa... inilah namanya Diet Kilat!

Zaman sekarang adalah zaman serba instant; mee instant, bahan tumis masakan instant, anak instant dan banyak lagi. Bila ada cara kilat dan singkat, mengapa harus susah-susah mengatur diet makanan kan? Diet Kilat (Crash Diet) adalah jalan mudah untuk menurunkan berat badan dengan jumlah yang banyak. Menarik kan? Nak cuba? Oh tidak... jangan excited terlebih dulu. Diet Kilat yang menjanjikan penurunan berat badan yang cepat adalah tidak sihat! Tidak seimbang!! Memudaratkan!!! Nampak tak tanda seruan banyak2 tu? Nak tengok tanda seruan dengan lebih banyak, jom tengok beberapa lagi kesan negatif diet kilat:

1.      Kehilangan Air, Bukan Lemak! Kemungkinan besar penurunan berat badan disebabkan kehilangan air tetapi bukan lemak. Kehilangan air menyebabkan kehilangan semua vitamin dan mineral penting tubuh!
2.      Hilang Daya Konsentrasi! Kebanyakan pengamal diet kilat mengambil makanan yang berkalori rendah. Eh, camne ni, aritu kata ambil makanan berkalori rendah, kali ni kena ambil makanan berkalori tinggi pulak ke? Tak, maksud kalori rendah adalah pengambilan kalori harian YANG LEBIH RENDAH DARI SEPATUTNYA, dan ini menyebabkan pengamal mudah letih, pening dan hilang tumpuan.
3.      Jadi Bosan! Menghadkan pengambilan makanan sebenarnya sangat membosankan! Menghadkan selera makan juga amat membosankan dan tidak dapat bertahan lama. Akibatnya, berat naik mendadak bila pengamal tak dapat kawal selera makan!
4.      Berat Tidak Stabil! Berat pengamal diet adalah tidak stabil, seperti Yo-yo yang turun naik turun naik! Kesan jangka pendek adalah beratnya akan naik mendadak bila berhenti berdiet.

Eh2, panjang pulak explanationnya. Dah lari tajuk ni. Ok kesimpulannya, aku cancel nak Diet Kilat! Penurunan berat badan yang sihat adalah dengan mengetahui berat badan ideal masing-masing dengan menentukan BMI:

BMI = Berat (kg) / [Tinggi (m) x Tinggi (m)]

BMI anda
Berat badan anda
Kurang 18.5
Kurang
18.5 – 25
Normal (Ideal)
25 – 30
Berlebihan
30 dan ke atas
Tahap Obes

Dah congak? Apa? Overweight? Baiklah, untuk yang bercadang menurunkan berat, kurangkan makan secara berperingkat dan teratur dan bukannya pada Diet Kilat. Pengurangan berat badan yang sepatutnya adalah 10% daripada berat asal dalam 6 bulan. Apa?? 6 bulan wooo... Kurangkan makanan berlemak terutamanya berasaskan daging. Pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan (sumber anti-oksidan) setiap hari sudah memadai. Untuk penurunan berat jangka panjang yang efektif, gabungkan diet sihat dengan senaman. Ingat, jangan berdiet untuk langsing, tapi berdietlah untuk kesihatan.

Mari skodeng apa aku dah buat untuk dalam usaha menurunkan berat badan.



Eh, salah salah! Kita sambung lah kat next entri. Cam best tengok Garfield tido. Rase nak tido jugak. Bye!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...