Showing posts with label Labmates and I. Show all posts
Showing posts with label Labmates and I. Show all posts

Thursday, May 17, 2012

Permata Senibong Seafood & Steamboat, JB

Baru terperasan yang saya telah mengupdate satu entri per hari sejak Ahad lalu. Dan terperasan juga yang  3 entri sebelum ni semua adalah tentang perkahwinan. Maka, hari ini nak lari tajuk sikit, kita cerita tentang lokasi jalan-jalan cari makan kami, warga Lab Atas Bukit.

Malam semalam, kami semua telah ke Senibong, JB untuk meraikan rakan-rakan lab yang diantaranya bakal mendapat PhD, ada yang bakal menunaikan umrah, 2 orang yang akan berangkat ke Australia untuk attachment, 2 orang yang baru convocation dan 2 orang besday girls.

The besday girls sahaja interframe

Lokasi dipilih adalah di Senibong, JB. Senibong adalah salah satu tempat tarikan pelancong di Johor untuk menikmati hidangan seafood dan steamboat. Terdapat beberapa gerai makanan seafood di sana, tapi kami terus menuju ke restoran Permata (gerai #8) seperti yang dicadangkan seorang rakan. 

The entrance

Boleh nampak Kota Singa

Luckily, rupanya memang seindah khabarnya. Masakannya sedap, sampai terupload semua gambar makanan walaupun hanya di snap menggunakan henpon murah saya.


Best dish of the night, Siakap Steam Nyonya

Siakap Tiga Rasa

Tomyam Campur

Ketam Salted Egg

Udang Nestum

Sotong Bakar

Kupang Lemak Cili Padi

Pinggan dan gelas yang bocor


Bak kata kebanyakan kedai makan, "Kalau tak sedap beritahu kami, kalau sedap beritahu rakan", so saya nak beritahu yang tempat ini memang recommended! Tentang harganya, don't u want to make a guess first? No? Ish pemalas betullah. Ok, below is the price, which is affordable, atau boleh jugak dikategorikan murah.


Kami ambil 10 pax set. RM 280, with free tomyam.


Kalau nak cuci mata tengok hidangan, senarai harga atau tempahan awal, boleh ke FB Permata Senibong. Sekian dari kami, Jalan-jalan Cari Makan versi Lab Atas Bukit.



Cuba cari mana 'Maria Tengku Sabri'?




Thanx for reading







Friday, April 27, 2012

Model UTM



Gambar ni diambil 2 tahun lepas, masa tu aku still pakai tudung bawal (kanan). Dah beberapa kali gambar ni digunakan untuk poster di Career Fair, etc. Poster besar gila, lagi besar dari saiz sebenar model. 


Model sebenar dan poster

Poster di atas tu masa Career Fair di Persada JB. Nak promote jap, laki dok tengah tu single lagi, sedang mencari. Dia ada PhD, sekarang tgh buat post-doc. Yang comel kiri kanan tu dua2 dah berpunya...

Lepas poster, iklan surat khabar pulak. Sesiapa yang baca Berita Harian semalam? Saya tak baca pulak. Kalau ada, meh post kat rumah saya artikel ni, nak tampal kat softboard depan lab. 

Keratan Berita Harian. Kena mintak royalty ni!

Sesambil tu boleh promote program Pasca Ijazah kemasukan September 2012. Sesiapa berminat, boleh ke website UTM untuk info lanjut. 



Notakaki: Rasanya dah lama tak update entri kawin. Tunggu weekend ni ye, banyak stori-morinya...

Thanx for reading







Friday, April 13, 2012

Bawal Printed Anyone?




Ingat tak entri aku beli tudungbaru, square hijab? Tudung baru pun kecoh sampai 2 entries kan. Bukan apa, sebab aku dah lama tak bertudung square ni. Selalu pakai tudung ekspress dan shawl je. Bila sesekali pakai, ramai pulak berkenan dan tanya beli di mana.







Tudung yang aku pakai di dibeli di Hijabiza. Tapi sekarang dah macam trend pulak, ramai betul yang jual tudung yang sama. Cuma aku tak tahulah kualiti di tempat lain macam mana sebab tak pernah beli dari mereka. Ni link FB diorang aku senaraikan (klik di bawah gambar).







Geram betul aku, semua yang cantik2 dah habis. Aku pun nak meniaga online lah macam ni. Orang-orang sekarang ni memang rajin shopping online. Termasuklah yang kat lab aku. Ni buktinya. 


Hah berebutlah korang. Peace!






 Thanx for reading 

Wednesday, March 14, 2012

Izyan's Solemnisation and Reseption



Bersambung dari perjalananku meeting dari JB ke Melaka ke Uniten dan ke Melaka semula, Ahad pagi-pagi kami dah bertolak balik dari Melaka ke JB semata-mata nak hadiri pernikahan labmate, Izyan (yang aku presentkan slide dia tu). Agak sedih di situ sebab walaupun dah cuba pecut kereta 140km/hr (tu je aku mampu), masih tak sempat nak sampai JB sebelum pukul 9pagi. 

Walaupun dah terlambat, aku sedapkan hati sendiri, kot2 pak imam tu terlambat bangun ke, nikahkan orang kat tempat lain dulu ke, supaya aku sempat sampai tengok Yan nikah. Tapi, tak de rezeki aku. Tak pe, yang penting mereka selamat dinikahkan.

What I can say is, pak imam, ketua kampong yang duduk di bandar semua punctual. Kalau dah kata nak nikah pukul 9pagi, pukul 8.50 diorang dah terpacak depan rumah pengantin. Tapi kalau kat kampung... MasyaAllah! Janji pukul 9 malam, 10.30 malam baru nampak batang hidung pak imam tu! Betul tak my beloved cousin, Hafizah Saadan?

Kami sampai dalam pukul 10.30pagi, nasib baik majlis masih meriah. Dapatlah aku masuk 1,2 gambar dalam kamera OP Izyan sebelum aku balik bilik qada’ tidur aku. 



Saat paling best untuk pernikahan di Johor, lafaz Sakinah 
Syahdunya. Nasib aku tak ada, kalau tak, join menangis 
Lepas part sedih. Happy moment 
Di pelamin nikah. Pelamin pagola yang cantik! 
Whos next??? 

Lepas qada' tidur, bangun je terus perut menyanyi minta diisi. Teruk betul. Terus siap2 ke majlis Yan di dewan Alumni, UTM. Motif? Makan! Lauk pauk dari Pak Lah's catering sangat best! 


Orang kurus, pakai apa pun cantik kan 
They r so sweet together. Individually tak ye ;P
Labmates - Lab Atas Bukit 

Tahniah Yankumi dan Hadi. Kami doakan semoga korang berdua sentiasa bahagia, kekal ke anak cucu dan seterusnya ke syurga. Amin...





Thanx for reading 







Monday, March 12, 2012

Meeting at Residence Hotel, Uniten


Okay ini cerita Sabtu lepas tapi tak sempat update sebab busy... (kali ni betul busy). Sabtu lepas ada meeting project kami, Robust Enzyme di Residence Hotel Uniten. Tapi disebabkan kekurangan bajet, kami kena cari alternative lain selain tidur di hotel tersebut. So aku menumpang rumah mak cik di Melaka.

Kami patut pergi berempat, tapi Kimi sakit, dan Izyan pulak cuti kawen, so tinggallah aku dan Kak Atul. Suddenly Bos bagitahu suruh aku presentkan slide Kimi. Fine... nasib baik tahu sikit2 tentang project dia. So malam tu stadilah sket pasal apa yang nak dipresent slide Kimi. Supaya senang nak goreng nanti. Then dok google map pulak untuk ke hotel tersebut. Serius tak paham direction dia, so aku tidur je dengan harapan dapat mimpi direction tersebut.

Tidur pukul 2, bangun pukul 5, then drive dari Melaka ke Residence Hotel tanpa tahu jalan mana yang patut lalu. Malas lah cerita panjang, kami jumpa juga tempatnya sebelum meeting start dan lagi penting, sebelum Bos sampai!

Ingatkan nak lah melayan mata yang mengantuk ni, tapi tiba2 Bos datang dok sebelah aku! Banyak pulak yang disuruhnya. Tukar perbelanjaan itu, edit slide dia, tambah slide Laura. Bagus jugak, sebab aku terus hilang mengantuk! Bila dah ditengok banyak yang aku tolong, tu yang agaknya dia willing nak presentkan slide Kimi. Aku Cuma presentkan slide Izyan. Itu pun banyak Bos tolong explain kat kengkawan sume tu. Aku memang tergagap2 lah kalau sume Dr & Prof mula menyoal bertubi-tubi.

Situasi meeting agak tegang, Cuma sesekali sahaja ada gelak & tawa. So tak berani nak ambil gambar. Kena berlakun serius jugak (dok sebelah Bos kan...) Hanya waktu makan je rasa heaven, dengan chocolate fountain nya...  Fuh! Aiskrim je tak ada. Hanya ini je sebab yang boleh membuatkan aku teruja pergi meeting.


Tengok, panjang tangan aku capai makanan






Next Entri: Izyan's solemnisation and reseption

 Thanx for reading 







Wednesday, July 20, 2011

Pesta Durian di Dataran Segamat



Ni cerita minggu lepas. Kalau blog pasal pesta durian pun, buat meleleh air liur je sebab pesta nya dah tamat! Al maklum, aku ni blogger "up-to-date".


Tak pe, yang penting nak share jugak!


Ni lah tunang saya. Alamak dia tengah buat perangai pulak...

Hard Rock pun, durian, tempoyak, sambal belacan tetap dicari!

Macam terrar je cium2 durian tu! Cucuk hidung baru tau!

Durian klon 3.50 per kilo beb! Sedap x hengat....

Durian klon IOI

Durian goreng pun ada...

Ada pertandingan lukakan tangan dengan berlari membawa durian sebanyak mungkin!


Malam tu ada jugak konsert (lebih kurang la) dari J. Sham (60s). Tapi sori kamera henpon je ada, malas nak amik gambar. Confirm tak nampak!




Sebab durian murah, aku tapau untuk labmates! Mak aku siap buatkan pulut/santan/serawa durian. Habis licin semua!




Gambar yang membuatkan ramai terus keluar cari pulut, santan dan durian!


 Lepas ni tunggu manggis dan rambutan belakang rumah pulak berbuah... Eh eh tetiba teringat Hasma di Aussie. Keh keh keh. ツ




Ok dah bye!





Thursday, July 14, 2011

Surat Untuk Hasma!



Kehadapan Hasmaliana,


Apa khabar Hasma sekarang? Kami di sini sihat-sihat sahaja. Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kerana tidak dapat berjumpa sebelum Hasma ke sana. Fridge magnet untuk Hasma dari Denmark, Germany and Thailand ada Fizz simpankan dulu.


Macamana keadaan bumi Aussie? Best tak cuaca nya? Ramah tak orang-orang nya? Cepat-cepatlah upload gambar dan update belog ya!


Oh ya, di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana meninggalkan medium BMMY, BMGY, YNB dan YPD plate kepada saya. Macam tau-tau aja saya memang sangat malasssss nak prepare semua medium-medium tu ya!





Hasma dok sana belajar rajin-rajin ya. Jangan rindu kami di Malaysia. Tapi jangan sampai lupa nak belikan fridge magnet pula! Kami di sini sentiasa ingat Hasma. Haritu makan mekdi buy 1 free 1, teringat Hasma. Hmmm sedapnya Double Cheese Burger. Sampai sekarang teringat-ingat! Malam tadi tengok Harry Potter and the Deathly Hallows- Part 2 pun engat Hasma. Sangat best.... Keh keh keh! =D


Lagi satu, jaga diri leklok ye. Dengar cakap Ros John tu. Jangan nak buat perangai pelik-pelik especially macam kat bawah ni tau! Hehehe.






Ok lah, masa dah tak mengizinkan (padahal dah tak de idea nak merepek apa). Jumpa lagi hujung tahun ni! Selamat Menyambut Puasa di Aussie dan Selamat Hari Raya in advance! Maaf Zahir dan Batin ye. Kalau nak suh remove gambar, bagitau ler. Akan dipertimbangkan. Bye fwen!



Notakaki: Rasa semacam lak buat entri pakai bahasa baku! Tak de keje...


Wednesday, June 15, 2011

Steamboat Party



Sekarang ni dekat lab aku ada 2 orang labmates yang baru dapat durian runtuh!!! So dengan mengamalkan konsep 'Kesenangan dikongsi bersama', diorang pun belanja lah kami yang belum masuk-masuk pun lagi musim durian ni...

Dulu time aku, kena pow Pizza Hut! Sekarang ni kitorang pow diorang steamboat lak! Steamboat party ni (party la sangat) dibuat di D'Terrace JB, isnin lepas.

Tema ke party ni sepatutnya adalah skirt untuk perempuan dan floral shirt untuk lelaki. Tapi hampeh je... 

Nah enjoice the pics!


Ni je yang comey-comey ikut tema. Tapi sila abai ekspressi muka aku

Ni budak langgar peraturan

16 of us @ D'Terrace Steamboat

Muka bahagia makan free =)

Setat memasak sekarang!

Meja aku

Aim meatball dari tangan Kak Faiz!

Ni hasil meja kami

Next meja

The other meja

Hasil meraka, failed! Hahaha.

Laura yang terpaksa makan seafood

Acara lumba makan aiskrim

Diakhiri dengan sesi membakar lemak dan duit di Bazar Karat, JB

Sekian sahaja laporan aktiviti minggu ini. Eh nak batuk pulak. Ehem ehem. Ada sorang lagi yang dapat durian runtuh tu, bila nak kongsi-kongsi nya?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...