Baru terperasan yang saya telah mengupdate satu entri per hari sejak Ahad lalu. Dan terperasan juga yang 3 entri sebelum ni semua adalah tentang perkahwinan. Maka, hari ini nak lari tajuk sikit, kita cerita tentang lokasi jalan-jalan cari makan kami, warga Lab Atas Bukit.
Malam semalam, kami semua telah ke Senibong, JB untuk meraikan rakan-rakan lab yang diantaranya bakal mendapat PhD, ada yang bakal menunaikan umrah, 2 orang yang akan berangkat ke Australia untuk attachment, 2 orang yang baru convocation dan 2 orang besday girls.
|
The besday girls sahaja interframe |
Lokasi dipilih adalah di Senibong, JB. Senibong adalah salah satu tempat tarikan pelancong di Johor untuk menikmati hidangan seafood dan steamboat. Terdapat beberapa gerai makanan seafood di sana, tapi kami terus menuju ke restoran Permata (gerai #8) seperti yang dicadangkan seorang rakan.
|
The entrance |
|
Boleh nampak Kota Singa |
Luckily, rupanya memang seindah khabarnya. Masakannya sedap, sampai terupload semua gambar makanan walaupun hanya di snap menggunakan henpon murah saya.
|
Best dish of the night, Siakap Steam Nyonya |
|
Siakap Tiga Rasa |
|
Tomyam Campur |
|
Ketam Salted Egg |
|
Udang Nestum |
|
Sotong Bakar |
|
Kupang Lemak Cili Padi |
|
Pinggan dan gelas yang bocor |
Bak kata kebanyakan kedai makan, "Kalau tak sedap beritahu kami, kalau sedap beritahu rakan", so saya nak beritahu yang tempat ini memang recommended! Tentang harganya, don't u want to make a guess first? No? Ish pemalas betullah. Ok, below is the price, which is affordable, atau boleh jugak dikategorikan murah.
|
Kami ambil 10 pax set. RM 280, with free tomyam. |
Kalau nak cuci mata tengok hidangan, senarai harga atau tempahan awal, boleh ke FB Permata Senibong. Sekian dari kami, Jalan-jalan Cari Makan versi Lab Atas Bukit.
|
Cuba cari mana 'Maria Tengku Sabri'? |
No comments:
Post a Comment