Monday, February 28, 2011

Cinta Sesuci dan Sesegar Ros Putih

Assalamualaikum




Nak gelak dulu. Miahahaha. :-D Tak tahu nak fikir tajuk pe. Entri ni nak cerita tentang hantaran dari Mr. Fiancee. Hantaran darinya bewarna hijau dan dihiasi bunga ros putih. Ros putih tu membawa makna kasih sayang yang berpanjangan. (Majalah Pengantin, Mac 2011).

Hantaran putih sebab ring holder yang dah dibeli awal2 adalah bewarna putih, so kalau boleh warna hantaran pun tak nak lah berbeza sangat dengan ring holder tu. Mr. Fiancee tanya aku, putih lawa dengan warna ape ye? Aku cakap, hijau kot. Biar nampak fresh dan natural. The rest is history. Pergi kedai pilih bekas, bunga, riben, bla bla bla bla dan siap! Masa amik hantaran dari kedai, ramai jugak lah puji cantik dan nampak segar. Aku pun puas hati. 

Tapi hantaran ni jadi colourful dan kecantikan nya tenggelam sikit bila dah dicampur aduk dengan warna-warna lain. Ramai sangat yang nak sponsor nya.... Its ok orang nak sponsor, tapi biasalah orang laki. Bukan nak amik tahu sangat pun. Bila orang nak sponsor, ok terima je. Bukan nak bagitahu tema hijau putih ke pe. Pastu bukan nak beli extra reben ke ros tu tambah2 kat hantaran yang disponsor. Biar lah nampak seragam sket. Kalau tak, inilah hasilnya. Hantaran yang colourful.


From him
 
Ring holder dari Lovely Lace. Interested? Call me.

Untuk negeri Johor, duit adat adalah sebanyak 1% dari jumlah hantaran dan duit tu tak ditolak dari hantaran. Contoh kalau hantaran 10k, duit adat adalah sebanyak RM100. So nanti bila sampai masa nak bagi duit hantaran, jangan kau bagi RM9900 pulak sebab ko ingatkan dulu kan dah bagi RM100. Oh no no no no! Duit RM100 tu burn beb! Hahahaha. Eh aku gelak, tapi aku seyes ni. Duit tu burn. RM100 yang diberi tu macam simbolik duit hantaran korang la...


Bunga rampai. Duit adat, untuk negeri Johor

Sireh junjung sebagai kepala adat

Telur. Adat untuk meminang
 
Untuk nikah, aku pilih kaler pearl white. Beli siap-siap dan terus bagi sebagai hantaran. Senang! Aku beli kain ni masa promotion kat Jakel. Beli sepasang baju perempuan, dapat sepasang baju lelaki dan kain songket.  Jimat! Tapi, bila dah beli barulah aku dapat info yang kain Jakel ni tak berapa bagus. Banyak tailor akan tanya dulu, kain ni beli dari mana. Kalau dari Jakel, diorang tak nak amik sebab susah nak gunting + jahit. Kalau kain kat Nagoya ok. Tapi tengok la harganya beb... Kat Nagoya mahal sangat, x mampu pulak.


Organza dan satin untuk nikah

Telekung

Kasut nikah

Jam dan pen Parker

Selebihnya adalah makanan. Semuanya disponsor. Terima kasih banyak-banyak. Buat susah-susah aje. Nanti kawin sponsor lah beg ke kasut. Perfume pun ok jugak. Hehe.


Butter cake

Kek kukus

Kuih bakaU
Buah-buahan

Gula-gula

Coklat
 
Tapai

Puding buah

Banyak betul makanan yang diberi. Puas hati dapat rasakan kat semua sedara-mara. Belajar dari kesilapan dulu. Dulu lepas dirisik aku terus tertidur penat. Huhu kantoi. Eh tertidur ok, bukan tidur. Penat tau! Pastu buah tangan yang Mr.Fiancee bagi aku letak je kat ruang tamu. Aku bangun tidur rupenya sorang pun tak usik makanan tu sume. Amboi manje ye nak kene potong-potong hidang dalam pinggan... Tapi jangan jadi cam aku tau! Ralat pulak masa tu tak dapat rasakan kat sedara-mara =(

Lastly, tak kisah lah hantaran colourful ke tak. Yang penting adalah keikhlasan memberi. Aku rasakan semuanya ikhlas memberi sebab semuanya sedap-sedap belaka. Thanx yunk!

                                                                             (¯`v´¯)
                                                                              .`·.¸.·´
                                                                              ¸.·´¸.·´¨) ¸.·*¨)
                                                                            (¸.·´ (¸.·´ .·´¸¸.·¨

Oklah, bye and gud nite friends!



Notakaki: Hantaran 'Sangkar Cintaku'



Friday, February 25, 2011

Sangkar Cintaku

Assalamualaikum

Selamat pagi. Pagi-pagi lagi tangan ni dah gatal nak menaip walaupun otak beku tak tau nak tulis pe. Dari semalam nak cakap tentang hantaran kan? So sementara aku rajin ni, baik aku taip je. Karang bila datang mood malas nak menaip aku, memang dok depan laptop main IT girl je la... Tak tahu? IT girl adalah salah satu application di FB. Rugi tak main tau. Kalau ade sesape nak main game tu, jangan lupe add aku in ur clique ya!

Ok cite pasal hantaran ni, bukan hantaran yang bape ribu serba satu tu. Tu rahsia... Tapi hantaran yang dulang berbalas dulang nih. Bukan dulang kosong la! LOL. Ade la barang-barang atasnya...

Gambar-gambar dibawah ni adalah hantaran dari aku. Aku namakan 'Sangkar Cinta'. Haha. Aku tahu ape perasaan korang. Aku pun rase geli je nak namakan camtu... Biarlah. Kalau my Mr Fiancee panggil 'Sangkau Cinta'. Orang Melakau la katekan...
  

Sebahagian dari 16 hantaran

Hantaran ni dari idea aku sendiri. Tips untuk korang yang nak buat pertunangan/perkahwinan ala-ala dalam taman, sangkar ni sangat sesuai dijadikan sebagai dekorasi tak kiralah di pelamin, bilik dan hantaran. Kalau tak de taman nak dijadikan lokasi, dirumah pun tak ada masalah., yang penting kene banyak bunga-bunga. Sebab tu korang nampak bilik dan pelamin aku banyak bunga. Alang-alang nak bunga banyak-banyak, aku apply sekali bilik dengan english style.

Yang penting kita kena tahu apa yang kita nak. Walah! Kalaulah dalam research aku pun aku tahu ape yang aku nak kan bagus... Ok, menyimpang lak. So bile dah tahu nak konsep pe, aku bagitahu lah kat sepupu (Kak Shima) dan suruh die surveykan harga sangkar. Tahu berapa? Yang kecik RM40 u! Lari bajet aku. So aku pun try lah google kalau-kalau ade sesape nak sewakan. Memang ada, tapi kebanyakannya sewakan siap dengan dekorasi sekali. Satu gubahan mau pergi RM50! Kalau gubahan dengan fresh flower dah RM90! Tak boleh jadi nih! Cari punya cari, at last aku jumpa juga blog Tepak Sireh. Selain sangkar, banyak lagi bekas-bekas hantaran yang lawa boleh disewa disini. 

So bila dah bagi sangkar kat Kak Shima, aku pun tunjuk contoh hantaran yang aku minat. Warna? Of course  la pink purple sebab tu adalah warna bunga. Kate nak tema bunga-bunga kan... Tapi aku tak expect lak dia akan letak bunga orkid. Aku tak berapa minat sangat. Tapi tak pe la, dah siap cantik jugak. Nak tengok hasilnya?

Sireh junjung sebagai kepala adat

Bunga rampai, juga pelengkap adat

Untuk kain, aku lagi prefer bagi kain untuk dibuat baju melayu berbanding dengan kemeja atau T-shirt. Sebab, baju Melayu ni boleh digunakan untuk nikah, tak payah nak beli-beli lagi. Sama jugak dengan kasut. Tapi kalau aku bagi dia kasut untuk nikah, dia pakai sekali je la. Membazir sebab dia bukannya kerja ofis yang akan selalu pakai kasut formal tu. So aku belikan dia kasut dari Oberman. Dia minat sangat kasut buatan German, berkualiti katanya. Iye kan aje...


We choosed pearl white for our solemnization

Songket, also for solemnization

Songkok dan butang baju

Kasut

Seperti hantaran pertunangan orang lain, aku ada juga bagi sejadah, kain pelikat dan Al-Quran. Sejadah dan kain pelikat dibeli di Kampung Jawa, Melaka. Murah-murah. Al-Quran pulak dibeli oleh Hajah Nur Fahanis dari Mekah. Thanx Anis. Camne gaye la dia bawah Al-Quran besar-besar tu eh...

Kaabah, Al-Quran di dalamnya

Kain pelikat

Sejadah

Hantaran sampingan lain adalah jam dan cincin. Mr Fiancee dah lama teringin nak pakai jam chronograph. Aku pulak baru je teringin, semenjak dia tunjuk contoh jam chronograph kat aku. Biarlah, aku kan penyibuk. So kitorang survey-survey dan terjumpa satu kedai yang murah. Tapi kene hati-hati jugak, takut murah sebab tiruan ye! Tapi bila dah ditanya-tanya, memang ramai cakap kedai ni jual jam original dengan harga murah. Kedainya di depan bus stand lama Melaka. Kitorang pun terus capai jam Casio chronograph sepasang!

Info tambahan, kalau korang ade duit lebih nak beli jam mahal-mahal sket, belilah dari betul-betul watchmaker macam Casio, Seiko, Roscani dan Oris. Tag Heuer dan Rolex juga. Wah mahal tuh! Tak kisah lah, yang penting bukan dari Guess atau whatsoever sebab korang hanya beli jenamanya sahaja!

Cincin pulak kitorang sesaja menggedik nak couple-couple kan jugak. So tempahkan lah untuk dia. Di Melaka, hanya di Kg. Jawa ada servis tempah cincin. Masa tunang ni lah lawa kalau batu cincin tu ada kaler-kaler. We choosed pink untuk delima. Batu delima tu memang dia ada, ikat dengan silver, tak yah nak suasa. Tak kuasa. Membazir.

Jam dan cincin

Cincin silver untuknya
Selebihnya adalah makanan. Orang kata majlis tunang ni elok bagi makanan manis-manis. Ye ke? Heart shape fondant cake dan buttercream cupcakes tu aku order dari Kak Lynn. Belah lelaki kate sedap, habis licin!

Buah-buahan

Coklat
Heart shape fondant (Moist chocolate)

Buttercream cupcakes (vanilla)

Bipang kacang berbentuk bunga ros. Kreatif!

Dodol Melaka

Ok itu sahaja. Harap info yang aku bagi ni leh sedikit sebanyak membantu korang memilih barang untuk dijadikan hantaran. Harap dekorasi hantaran aku ni jugak boleh beri idea kat korang camne nak buat hantaran yang cantik tapi dengan harga murah. 

Oh ya. Sesiapa yang nak tempah gubahan hantaran boleh mesej aku. Kak Shima tak mau direct bagi num fon dia kat sini. 

Sekian, babai!

Thursday, February 24, 2011

Mood Pertunangan

Assalamualaikum

Minggu ni aku masih berada dalam mood pertunangan. Cewah... Jangan muntah. So sebelum mood tu hilang, aku nak update gambar seberapa banyak yang boleh. Ingat hari ni ingat nak update gambar hantaran, tapi rasa cam tak best la kalau tak letak gambar pertunangan dulu.

Semua gambar aku dah upload di FB. Sekarang ni, aku open gambar tu kepada semua friend of friend. Tak lama lagi, bila mood bertunang tu dah hilang, aku akan restrict kepada friends only. Aku sesaje open gambar di FB tu sementara waktu untuk promote mak andam, pembuat kek dan penggubah hantaran aku. Sebab aku puas hati sangat100x dengan diorang ni, so nak la promote kan bisnes diorang.

Anyway, thanx kepada semua yang ucap tahniah dan cakap aku cantik. #_#. Ade jugak beberapa strangers di FB (ntah bila aku accept die dalam frenlist aku pun x tau) tanya pasal hantaran, make up dan pelamin. Aku dah bagi contact number diorang. So kak Shima n Emmy, nanti nak upah tolong promote ye... Hehe. Tak ikhlas betul.

Ok ok x mau cakap banyak-banyak, jom tengok gambar. Dekat bawah ni de beberapa gambar pertunangan aku. Selebihnya boleh tengok kat FB aku sebab susah nak upload kat blog ni. Nak kene resize dulu la itu la ini la. Sampai ke malam tak siap la jawabnya. Atau mungkin ada shortcut tapi aku je yang x tau. Memang aku ni ada buta IT sket... Redha je.


Mini pelamin sesuai untuk pertunangan dan akad nikah

Sangkar ni aku request sendiri dari mak andam

Bilik jangan diabaikan. Hanya perlu tampal sticker untuk meng'english'kannya

Bunga yang tak sempat digubah. Hentam je... Asalkan pink!

Hantaran dariku. Pink purple dengan deco sangkar. Love!

Hantaran darinya. Green with white roses. Looks fresh!


Labmates dah sampai dari JB, aku tak siap-siap lagi


Lepas make up

Orang-orang kuat majlis

Hasil tangan Emmy dari Ellyna Bridal

Baju dari Elena Boutique. Nak sewa? Call me.

Rombongan lelaki

My future sister-in-law. InsyaAllah

Nur Insyirah Damia. Flower girl? Lebih kurang la...

Tada...!!! My Mr Fiancee

Doakan kami ye...



FYI, sume gambar ni tak diedit. Ade yg dari kamera hanfon aku, ade dari kamera kawan dan ade dari DSLR. So kalau korang perasan kualiti gambar semua berbeza. Apa? Tak perasan? Baguslah, maksudnya kamera hanfon aku ni setaraf DSLR la ye? Ok sampai sini dulu. Jumpa lagi. Bye!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...