Assalamualaikum!
Alhamdulillah banjir di kampung dah beransur surut. Hanya 5 hari perabot2 terendam. Tak lah berapa lama kalau nak dibandingkan banjir besar tahun 2007. Tapi 5 hari tu dah cukup lama untuk membuatkan perabot2 tu dihukum bakar sampai hangus! Sori perabot...
Seperti yang dirancang, aku balik kampung pada hari Khamis (03 Feb 2011). Masa tu banjir tak surut lagi, so aku balik naik bot. Park keta kat bandar Segamat. Hah ketaq lutut naik bot tak kai safety jacket! Siap boleh tersalah terminal. Mak aku tunggu kat tempat lain, bot anta aku kat tempat lain. Ape da...
Perjalanan dari Melaka ke Segamat memang mencabar. Nak lalu Tangkak tak boleh sebab jambatan di Jementah runtuh. Nak lalu Gemas pun tak lepas sebab banjir kat sana. Jadi aku kene lalu Yong Peng untuk balik ke Segamat. Melaka - Yong Peng - Segamat! Sesiapa yang dok Johor tu mungkin tahu lah kot bertapa jauhnya aku nak memusing! Dah sampai kampung pulak kene naik bot baru sampai rumah. Adeh! Papepun thanx kepada My BF sebab sudi temankan dan drivekan kereta.
|
Nampak tak sofa yang tersadai dibawa arus. Banyak lagi termasuklah tokong tuk cina sembahyang boleh didapati sepanjang jalan |
|
Kedai di Shell macam baru lepas wat jualan penghabisan stok! Clear habis! |
|
Dah sampai kampung, kene naik bot. Kene wat muke teruja sket! |
|
Peneman setia tak nak pandang camera. Tengah cuak la tu! |
|
5 feets |
|
Gambar diambil dari atas bot. Tengok bertapa dalamnya air sampai tiang lampu hampir tenggelam |
|
Bot berhenti depan umah. Seperti yang dijangka, ade pesta air |
|
Ni air dah hampir surut |
|
Letupan cobalt |
Sekian sahaja berita banjir untuk hari ini. Jumpa lagi.
Notakaki: Entri ni dah dibuat 4 Feb tapi tak post. Nak post pe nye kalau nak cas fon pun nak mengharapkan jiran sebelah nye generator. FYI, banjir ni menyebabkan kami hidup dalam kegelapan + kepanasan sebab x de letrik. So kul 9 pas makan terus tido. Haish macam dok dalam gua betul.
No comments:
Post a Comment