Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum semua. Salam Maulidur Rasul. 





Hari ini, 12 Rabiul Awal, adalah tarikh keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah S.W.T. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi. 

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Maka sempena sambutan tersebut, marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Rasulullah S.A.W. kerana keberkatan dan manfaatnya amat besar di dunia dan di akhirat.


Sabda Nabi Muhammad S.A.W:

"Barangsiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali 
dan pada waktu petang sepuluh kali, dia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat."


Riwayat Al Baihaqi dan Al Khatib; Sabda Nabi Muhammad S.A.W:

"Barangsiapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, 
barangsiapa berselawat kepadaku dari jauh, maka selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya. "


Lebih banyak selawat boleh didapati disini. Bukan untuk diamalkan hari ini sahaja tapi hari ini boleh dijadikan permulaan untuknya. Selamat beramal!






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...