Wednesday, March 30, 2011

Lelucon


Lately ni aku suke sangat share video. Al-maklumlah dah ade streamyx kat rumah. Asal buat keje, asal skodeng blog orang, telinga ni pasang apa2 lagu yang best kat youtube. Sambil2 makan dan minum pun layan jap video2 kat youtube.

Ok berbalik kepada tajuk, lelucon tu maksudnya lawak dalam bahasa Indonesia. Sekarang kat lab aku ni ada student exchange dari Indonesia, so banyaklah vocab yang aku belajar.

Ok berbalik kepada video tadi pulak. Haha pening. Cakap tak de susunan langsung!

Ok2. Act memula ak terjumpa video yang budak ni nyanyi. Suara macam Ziana Zain, meremang bulu roma dengar. Pastu terjumpa lak video ni. Kalau rasa2 tension dan nak gelak2, meh lah layan. Aku tengok 2, 3 kali pun gelak lagi. Ingatkan mak cik tu over, rupanya melatah! Comel je... Suke kat part 3:35 -  3:42. 







Notakaki: Agak2 lama sangat buffering tu, tutup je la. Karang elok2 nak release tension, jadi lagi tension lak. Jangan salahkan aku pulak ye...

Sunday, March 27, 2011

Congratulations and Celebrations


Specially dedicate this song to labmates dan sesiapa yang berkenaan.




Bila dengar lagu ni teringat kenangan waktu konvokesyen dulu. Berkobar-kobar nyanyi lagu UTM dan lagu ni dalam dewan. Sambil lambai2 mortar board, tangkap2 belon yang jatuh dari atas. Huh memang the best moment ever! 

Bilalah aku nak konvo lagi ye... 3 ke 4 tahun lagi? InsyaAllah.

Semalam 3 labmates aku dah menghabiskan master diorang. A big congratulations untuk Kak Iza, Kak Faz dan Usop.




Another congratulation untuk Kak Faz yang dah ada baby girl yang comel. Konvo dengan anak + husband. Sweet kan? Nak jugak lah! Hihi. ;-)




Congratulation jugak untuk kawan ku yang dah bertunang pada hari yang sama. Identiti dirahsiakan atas permintaannya. So tak yah lah korang nak main teka-teka. Tak de hadiah disediakan.







Hantaran warna royal blue. Santik kan? Hanya 2 gambar ni je yang boleh boh kat sini. Nak tengok gambar pengantin jugak? Ok la ok la. Nah.


-
-
-
-
-
-







Hahaha. Kejam kan? Sume muka orang aku sensored kan. Whos next??? Ok kali ni boleh main teka-teka. Tapi masih tak de hadiah disediakan.


Akhir sekali, congrats untuk diri sendiri yang dah spent >RM200 di pesta konvo. No regrets at all! Worth la. 


Baju yang aku pakai tu 3pasang Rm100! Tudung tu paling murah aku pernah jumpa. Rm18 je! Tempat lain kemain tekan harga sampai Rm30, at least. Huh mana lah aku tak gila. Tiap2 hari pergi! Tapi blouse kat sana mahal2. So aku tak layan! 


Ok lah semua. Nak siapkan proposal. Kalau tak macam mana nak konvo 3, 4 tahun lagi dengan husband dan anak. Kan? Kan? Ok, babai. Jumpa lagi.




Notakaki: Ok kan gambar camtu? Aku dah censored kan.

Cerekarama Ntah Ape-ape


Assalamualaikum 



Ada sapa2 tengok cerekarama jap tadi? Well dis weekend agak free, sampai online pun dah tak tahu nak buat apa. Abis sume blog aku khatamkan. So, layan TV3 je la. FYI, TV kat umah sewa ni dapat TV3 je. Tu yang kul 10 je tercongok tunggu cerekarama. 

Tajuk Khalifah. Tentang Izuan (Ery Putra), playboy yang bertaubat. Sad ending (atau boleh dikategorikan bad/stupid ending) bila tetiba GF lama datang balik claim responsibility from him sebab dan beranakkan his son.

Seyes tak best dan membuang masa aku selama 2 jam. Baik aku tido je. So tak payah lah korang sume nak cari kat tonton.com.my atau youtube. Tengok Cikgu Shida kat youtube lagi bagus kot. Haha.

Atau korang banyak masa tuk dibuang, leh la layan cite yang ada ciri-ciri ni:

1. Tak tahu kenapa bagi tajuk Khalifah. Mungkin sekarang drama yang dapat sambutan dan award adalah drama sedih2 dan lebih Islamik, so ramai lah yang nak buat jugak...

2. Slow. Zoom muka orang nangis pun dah 10 minit.

3. Ada satu scene ni Izuan tu marah bila orang tengking anak yatim. Tapi bila balik rumah, Izuan gi tengking + tolak mak dia pulak. Pe cite?

3. Banyak scene nangis tapi tak sedih langsung pun... 

4. Ok nak cerita endingnya. Izuan tu bercinta dengan Siti Mariam, girl yang buatnya insaf (dengan izin Allah). Tapi tetiba GF lama datang suruh bertanggungjawab sebab dah give birth their illegal son. So Siti Mariam ni dengan baik hati lepas kan Izuan sebab mereka dah tiada pilihan. What?

Hello, u do have a choice la dey! 

For the sake of his son, responsible kat baby tu je lah. Dah lahir dah pun... So amik bela la. Tak pun bagi nafkah walaupun illegal son is not considered his son kan? Tak boleh ke? Ke memang kena khawin jugak? Aku tak setuju. 

Well jangan cakap aku kejam. Cuba ko kat tempat Siti Mariam tu. Tengok ko sanggup tinggalkan Izuan ke tak? Dalam drama memang semuanya baik-baik belaka...

Maybe korang akan kata ada hikmahnya. Siti Mariam akan dapat jodoh lagi baik dan Izuan dapat ubah wife nya. Yup setiap yang terjadi ada hikmahnya. So sambung lah ceritanya, jadi happy ending. Ni tak... Buang masa aje. Tobat dah tak mau tengok cerekarama lagi!




Lawa dagu ko Ery. Berlekuk gitew!

Saturday, March 26, 2011

Happy Anniversary


Assalamualaikum


Jap tadi buka FB, ternampak reminder yang hari ini besday roomate masa di Matriks Tangkak dulu. Then terus teringatkan sesuatu!

Dulu lepas celebrate besday roomate, Mr.F call dan ajak kapel. Menangis2 mintak jadi GF dia. Ok tipu, tak de lah sampai nangis sebab aku dengan cepatnya cakap 'Yes! Why not?'. Ok tipu jugak. Tak engat ceritanya, yang penting malam tu kami kapel.

So, hari ni adalah anniversary aku n Mr.F. Huh seyes memang tiap2 tahun tak pernah ingat. Dan kalau dah tak ingat tu, of cos lah tak pernah celebrate apetah lagi bagi hadiah kan... 

Jom kita mulakan nak? Tapi bukan celebrate anniversary as BF and GF, or Mr F and Mrs F, tapi nanti lah lepas kawin k...

So seperti tahun2 sebelumnya, wish aje lah ye. Happy 6th anniversary! Ok sket lah dari tahun2 lepas yang asal teringat nak wish je, mesti  be-lated. 




Oh ya, ni aku baru balik dari kenduri kawan tunang. Tetiba teringat, nape lah aku pun tak pilih tarikh tunang hari ni, yang sama date ngan kitorang kapel ye? Hmm tak kisah lah!




Yang penting hari ni kami dah engage selama sebulan seminggu dan sehari. Wah... Lamanya lagi. 


Harap jodoh kami berpanjangan. Amin...

Friday, March 25, 2011

Bunuh Diri Di KB Mall



Bunuh diri di KB Mall? Lokasi yang sama 2 orang meninggal sebab kereta terbabas dan jatuh di eskelator tu kan? 

Sila jangan tengok video ini seorang diri...



.


Haish kalau boleh aku tak nak penuhkan blog aku ni dengan benda-benda yang tak de kena ngena ngan diri aku ni.

But things make me wonder are:

- dah nak bunuh diri tu, nape tak panjat pastu terus terjun? nape mesti nak tunggu orang datang kerumun ramai-ramai? pastu leh lak jalan slow2 macam amik angin lagi. 

- selalu kuar TV camtu kan? Bomba dah datang, dah dapat tangkap dia, barulah meronta-ronta nak terjun. padahal berani terjun sebab ada tilam ke apa kat bawah tu. aku rasa, kalau bomba menunggu kat bawah sambil tadahkan keranda tuk dia, mesti dia x terjun kan? gimik je tu...

- dia ni Islam ke tak? bila dah baca komen2 kat youtube, ada kata dia gagal spm, ada kata yang termengandung. ape2 je lah alasan nya, memang berdosa besar lah...

- apa penyudahnya ye? aku rasa selamat kot. sebab sume orang dok tepuk tangan lepas dia jatuh (video lain). tengok2 komen kate patah kaki je. alah 2 tingkat je pun. lain kali tinggilah lagi.

Sama-samalah amik pengajaran darinya. Eh bukan pengajaran yang kalau nak bunuh diri naik cepat terus lompat tu tau! Pikir sendiri lah...


"Sesiapa yang terjun dari bukit membunuh dirinya, dia akan terjun ke dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun membunuh diri, racun itu akan berada di dalam gengamannya, dia akan menghirup racun itu di dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama-lamanya. Siapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka besi itu akan berada dalam gengamannya, dia akan menikamkannya di perutnya di dalam neraka jahannam, kekal di dalamnya selama-lamanya." 
(HR al-Bukhari dan Muslim)



"Didatangkan kepada Nabi S.A.W. jenazah seorang lelaki yang membunuh diri dengan anak panah, lalu baginda tidak menyembahyangkannya."
(Muslim)


Notakaki: Pernah dengar orang cerita yang penyesalan bunuh diri datang semasa tengah terjun tu... Mintak dijauhkan dari aku, keluarga dan rakan-rakan...

Monday, March 21, 2011

Busy Mode

Assalamualaikum


Dalam 2 minggu lepas sampai hujung April, aku tersangat-sangat busy. Rabu ni kena hantar proposal ke SV, dan dia hanya ada masa dua hari untuk cek dan pulangkan balik kat aku sebab nak kena submit proposal ni kat Fakulti Jumaat ni. Last minute baru nak bagi SV cek kan? Bersedia ajalah tahan telinga...

Kali ni dah tak boleh main-main buat proposal. Dah tak boleh copy paste je dari jurnal sebab dah ada software tuk detect plagiarism. Huh makin susah lah kerja aku yang Ratu Copy Paste nih! 


48% similarity detected! Haish...


Dah sebulan aku tak balik kampung. =( Ntah-ntah dah membangun dah bandar Segamat tu. Wah ko jangan nak menipu, setakat sebulan tak balik, Segamat terus membangun?

Dah siap hantar proposal, kene prepare untuk first stage PhD lak. Kalau tak lepas, kena lah downgrade ke Master. Tak nak tak nak. Mak, abah, doakan...

22 April pulak meeting projek. Mintak-mintak buatlah kat Sabah ke, Sarawak, Langkawi, tak pun Cameron. Walah. Macam nak gi honeymoon. Result ntah ade ke tidak nak present kat meeting nanti.

Sekarang tengah bersengkang mata siapkan proposal. Tapi boleh pulak tikus ntah dari mana masuk bilik. Sejam menunggu nak tangkap dia. Mana tak nya, dia kuar je, aku pun jerit lompat atas katil, haruslah dia nyorok balik terkejut kan... 

Akhirnya dia keluar jugak dari bilik aku. Esok nak beli perangkap tikus. Jaga kau ye! Kau tak tahu ke aku tengah sibuk, ko nak buat hal? 

Untuk sementara, tutup celah-celah pintu dengan tuala yang hampir-hampir aku nak buang, tapi rasa sayang pulak. Rupa-rupanya ada kegunaannya lagi...


Tuala yang kaler purple tu


Sekian sahaja update saya... 


Notakaki: Orang Melakau yang suruh update... Rindu katanya. Ntah ape2. Rindu miscal lah! Haha. Ayat nak ego. Ok, I miss U too...










Friday, March 18, 2011

Belog Cap Ayam Pengubat Kesedihanku....

Assalamualaikum


Tahu tak aku asik jeles je tengok gambar pertunangan orang lain? Jeles sebab diorang ada hand bouquet! Aku tak de... Padahal dah request kat mak andam dan dia memang dah bawak tapi tertinggal dalam kereta. Aku pun mane lah nak ingat sume benda... Padahal exsited terlebih, tak pikir mende lain dah!

Patutlah masa nak bergambar ngan Mr. Fiancee, aku rasa cam kekok nak posing. Barulah terperasan, hand bouquet tak de! Huarghhh...Tengok gambar ni.




Diri kaku je kan? Pastu terjumpa belog ni dan terfikir nak wat doodle, boleh tambah hand bouquet percuma! Ni lah hasilnya... 






Apa yang boleh buat dengan doodle ni? Header and watermark contohnya. Tapi aku nak simpan dululah. Hehe. Belum rajin nak mendesign blog. Tarikh first stage PhD tak lama lagi Zura oooiii!

Minat? Jom lah order di Dollydle's Cottage. Jom baca entrinya tentang si cantik ni. Siapa si cantik tu agaknya ye? Hehehe.

Owner belog ni ada juga Belog Cap Ayam nya yang comel. Dia jugalah yang buat header blog jejarirucing, gf kesayangan Khairul Fahmi. Nanti nak order jugaklah!

Pe lagi? Jom jom! 






Monday, March 14, 2011

Sesi Terapi dengan Marathon Shopping


Assalamualaikum


Hari tu janji nak cerita tentang Bridal Fair di Angsana kan? Memang lah dah nak dekat sebulan berlalu, tapi infonya masih leh pakai kan? Gambar-gambar pelaminnya semua valid lagi kan? Iye iye betul tu! (jawab tuk sedapkan hati sendiri).

Ok nah updatenya.  



Kami dok depan sekali tau. Takut je diorang ni terjatuh. Stage dari Adli Bridal dan Baju dari Nasha Wedding Planner. Dua-dua ni leh cari kat FB aku. Malas nak bagi link.


Lagi satu pelamin dari Adli Bridal. Ni namanya pelamin kanopi. Sesuai di laman rumah sebab besar dengan 4 tiang roman. RM4500 include baju dan make up. Kalau 3 tiang roman boleh dapat RM3500.


Pelamin dari EZ's Bridal. Sesuai tuk tema Arabian kan?


Pelamin dari AZM Canopy and Bridal House. Boleh search sendiri websitenya. Dah lama aim wedding planner ni sebab ada pelamin idaman aku yang ala-ala... Oops rahsia!


Sesiapa teringin nak jadi Puteri Melayu, boleh lah pilih pelamin dari Gemini Bridal and Salon


Pink Merah. I loooiiike! Tapi Mr. Fiancee kate khawin nanti no more pinky minky! U'olls minat leh g kat Amy Bridal Galeri.


Wah kalau camni boleh tak Mr. Fiancee? Kate orang Melaka. Ni dah sesuai lah macam kat Istana Melaka dulu-dulu. Boleh aku berangan jadi Puteri Hang Lipur. Kalau wat pelamin ni kat Segamat, aku jadi Puteri Gunung Ledang. Leh shoot gambar khawin outdoor kat Sagil. Ooops enough merepek! Ni pelamin dari Nasha Wedding Planner. Leh cari di FB aku.


Sooo sweet kan? Nak la nak la! Sume aku nak. Pelamin Idaman Pengantin ANH.


Ni lagi satu sesuai tema Arabian dari De Pesona Bridal House.


Last but not least, my favourite pelamin! Tapi kecik sangat... Dari Erinna kot? Tak sure lak. 

So nak pilih yang mana? Cuci mata je la... Aku dok Segamat, camne nak dapat sume-sume ni. Dah tanya transportation cost je lebih kurang RM500 ke RM 800. Tu pun diorang bagitahu jangan wat time cuti sekolah. Memang diorang banyak tempahan kalau cuti sekolah, so jangan haraplah nak datang Segamat. Camne ni camne ni???

Ok, sekian sahaja cerita di Bridal Fair. Sume gambar di atas adalah hasil tangkapan photographer yang malu2 nak gi depan amik snap. So begitulah hasilnye =) Lebih gambar lawa-lawa sila ke sini. 



Malam masih muda. Tak puas hati tak habiskan duit di Angsana, kitorang ke Bazar JB lak. Sian kat housemates aku 2 orang ni dah dekat 6 tahun dok JB tapi tak pernah g Bazar JB. Seronok wooo... Tak percaya, sila tengok muka teruja kat atas.


Shopping sakan diorang ni... Duit baru masuk lah katakan. Yang tudung hitam tu dapat gaji tertunggak 2 bulan. Masyuk la... 

Eh Samson, ko ade ikut kitorang ke malam tu? Apesal dalam gambar kat belakang aku tu sebiji rambut n spek ko hah?


The next day, kami ke Jusco Bukit Indah dan Jusco Tebrau. Baju pink kat atas tu adalah hasil tawar-menawar masa di Bazar JB. Eh eh memang tak payah basuh dulu sebab aku pakai inner kat dalam la!


Pelik ngan orang yang suka amik gambar dalam toilet. Kitorang nak jugak. Nah gambar kami dari toilet!


Sesi menambah tenaga selepas penat 2 hari marathon shopping. Konon-konon nak diet la, tu yang amik 2 salad tuk side dishes. Ceh! Same je...

Ok semua. Babai!


Notakaki: Monday Blues tuk sambungan entri ni walaupun dah tersalah susunan.


Friday, March 11, 2011

Nak Cari Puteri Gunung Ledang Tapi Jumpa....???

Assalamualaikum


As I said in my previous post, aku ngan labmates nak menghabiskan weekend ke Sagil a.k.a Air Terjun Hutan Lipur Gunung Ledang. Jauh kami berjalan dari JB ke Tangkak semata-mata nak memenuhi permintaan Hasma yang nak ke Australia April ni. Lebih kurang farewell party la...

Alhamdulillah kami selamat sampai, selamat panjat bukit turun bukit, selamat bergumbira dan selamat pulang semula ke JB. Duit pun selamat habis jugak...

Sekarang ni malas lagi nak update gambar2 sume. Hasma dah update, boleh gi skodeng blog die. Ni nak bagitau je yang selain nak bermandi-manda dan berBBQ, kami teringin gak nak jumpa Puteri Gunung Ledang. Tapi nak tau ape yang kami jumpa?




Apa? Hulubalang Puteri Gunung Ledang? Bukan... Ni lah Kamen Rider. Yang Shin Chan minat sangat tu... Eh iye ke? Shin Chan minat Action Kamen, same ke? Ntah aku pun konfius. Nama dah lebih kurang sama...




Same kan? Iye iye same... Yang Puteri Gunung Ledang look alike pun ada jugak. Ni ha...




Ok lah. Nanti ada masa update lagi ye. Chiao... 


Notakaki: Sori Abbas. Haha.


UTM International Johor Horse Show


Assalamualaikum


Selamat hari Jumaat semua! Hari ni 11 haribulan kan? Dah 2 hari terlambat post ni. Nak bagitau kat UTM ada menganjurkan UTM International Johor Horse Show 2011 yang dah pun start dari 9 Mac 2011.




Fiesta ni berlangsung pada 9-13 March 2011. Sempat lagi nak pergi tengok beratus-ratus kuda tu. Jom pergi kawan-kawan! Tentatif nya seperti di bawah...




 Wah wah wah patut lah aku nampak UTM upgrade Equine Centre nya! Nak organize international show rupanya...

Pape pun, aku bangga lah ngan UTM. Uni ko hader? Hahahaha. Tak sabar lak nak tunggu siapnya stadium dan kolam renang UTM. Boleh la berenang dengan sewenang-wenangnya penuh dengan senyuman pasni sebab masuk tanpa bayaran. 






Aku sambung blajar kat UTM ni pun sebab nak menunggu stadium ngan kolam renang tu siap tau! Hehe boleh terima tak alasan?

Bila stadium dan kolam renang dah siap pun nanti, masih banyak kawasan di UTM yang masih kosong. Banyak lagi kawasan hutan bersedia untuk dibangunkan. Nak buat track untuk jungle tracking pun boleh!

Berborak-borak ngan kawan tadi, terkeluarlah sejarah kenapa kawasan UTM ni luas sangat. Pertamanya sebab kedudukannya bukan di tengah-tengah bandar. Keduanya? Nah tengok map Johor ni dulu.




Menurut sejarah dongeng,  dulu Sultan Johor berniat nak membuka satu universiti di Johor. Baginda pun amik peta dan terus membulatkan (gambar di atas) kawasan tanpa menyedari bulatannya hampir meliputi seluruh kawasan Skudai! 

Iye lah, map tu kecik, yang dibulatnya besar-besar nak buat ape? Hah ambik kau! Uni sebesar-besar tidak!

Ok itu aje tuk hari ini. Nak cerita pasal UTM International Horse Show, 'ter'melalut ke sejarah UTM lak. Sebelum 'ter'masuk ke sejarah uni lain, aku chiao dulu k. Bubui! 


Notakaki: Kredit gambar Fiesta dan Stadium

Friday, March 4, 2011

OMG! Gambarku Keluar Majalah U'olls!

 Assalamualaikum


Yup jangan tak percaya muka aku ada tertepek kat majalah ni. Front page lagi tu. Bukan 1 tapi 3 majalah ok! Rezeki nak kawin agaknya... Tapi maaflah tak boleh didapati di pasaran Malaysia. Nah aku tunjuk secara eksklusif tuk korang!









Jeles tak? Jeles tak? Cakap iye cepat! Ok x pe. Aku tahu korang tak mudah tertipu. Biarlah, aku nak berangan sekejap pun tak boleh... =(

Ni lah masalah aku kalau ade streamyx. Ade je benda buat tuk nak buang masa. Almaklum ler, bertunang aritu dah perabis duit, nak amik photographer pun dah tak mampu. So buat sendiri la keje edit2 ni.

Aku tak pandai sangat sebenarnya edit mengedit ni. Lebih kurang cam buta IT la. Korang mesti de website yang lagi canggih tuk wat photo effects ni kan?  Meh bagitau aku apa websitenya? Tuk dua-dua gambar kat atas ni aku guna website sini dan sinun.

Lagi-lagi gambar...




 


Ok cukup. Itu aje. Sok nak gi picnic. Not-so-called farewell party picnic tuk labmate a.k.a housemate yang nak ke Aussie. Tunggu updatenya ye. Babai semua.  













Tuesday, March 1, 2011

Monday Blues

Assalamualaikum


Entri ni ditaip pada hari Isnin. So cerita pasal hari Isnin lah walaupun entri ni dipublish hari Selasa. As usual, hari Isnin adalah hari yang paling TAK ditunggu-tunggu. Rasa malas je nak gi lab. Plus ngan seharian dua harian berjalan-jalan. Lenguh-lenguh kaki tak hilang lagi.

Hari Sabtu lepas aku ke Bridal Fair di Angsana, pastu terus gi Bazar JB cuci mate dan cuci duit skali. Oh ya, cerita tentang Bridal Fair, nanti aku update kan tentangnya k. Ahad pulak aku ke Jusco Bukit Indah pastu Jusco Tebrau. Motif pergi 2 Jusco pada hari yang sama? Tak lain dan tak bukan adalah untuk membuang masa dan duit sahaja.

Dah penat dua harian berjalan, balik terus tidur awal dan Isnin pagi pun bangun awal jugaklah. On laptop, connect streamyx dan terus log in FB. Tetiba plup! Mak cik ku mesej di FB. Layan kan je... Until...




Oohhh rasa nak nangis. Rindu kat arwah Tok Tik. Tok Tik adalah nenek aku belah mak dan aku adalah cucu kesayangannya! Hehe x malu claim diri sendiri cucu kesayangan. 

Atuk menderita sakit tiroid. (Di Johor, kami panggil nenek sebagai atuk). Tak ingat macam mana knonologi penyakitnya sebab aku kecik lagi. Yang aku tahu atuk sangat menderita. Dari makan makanan sedap-sedap, atuk beralih kepada bubur. Menu masa ni masih berkhasiat lagi sebab kadang-kadang mak masukkan sekali sayur-sayuran yang direbus dan dikisar ke dalam bubur tu. Bila bubur pun tak boleh ditelan, menu atuk bertukar kepada biskut mary yang direndam dalam air dan dilenyek halus. Lama kelamaan, atuk hanya boleh minum air susu sahaja. Itupun bertapis. Walaupun dah beberapa kali operation, atuk tetap takut untuk makan makanan yang kasar kerana pernah beberapa kali atuk tersedak. Kesian aku tengok...
 
Dulu atuk menerima rawatan penyakitnya di Melaka. Aku seronok sangat bila atuk datang Melaka tidur rumah aku. Sebab pe tau. Sebab kalau aku gi sekolah, atuk rasa boring duduk rumah pastu atuk akan gosokkan baju sekolah aku tuk pakai hari esok. Hehe. Pernah sekali tu aku beli jeans baru. Aku basuh dan sidai di ampaian. Bila masa nak pakai, aku cari-cari tak jumpa. Puas aku selongkar almari sume. Aku ingatkan dah kene curi masa di ampaian. Rupanya atuk gosokkan seluar aku dan gantungkan sekali dengan baju-baju lain yang digosoknya. Atuk atuk... Tak pernah adik gosok seluar jeans...
 
Dulu aku lah selalu jadi driver atuk nak kemana-mana. Klinik, bank, pejabat pos, kedai runcit, semua aku pimpinkan tangan atuk tuk pergi ke sana. Pastu atuk akan belanja aku apa-apa walaupun aku tak minta sebenarnya. Pernah mak aku tanya kat atuk yang atuk aku beli apa gi kuar lama sangat. Atuk jawab dia beli barang-barang dapur dan hair straightener. Terkejut mak aku bila atuk cakap dia beli hair straightener. Haha. Perli aku la tu. Hair straightener tu aku punya, atuk belanja. Ni bukan upah jadi driver ye, tapi sebab aku dah lama nak, pastu atuk belikan lah. Kate cucu kesayangan. =p
 
Bila atuk dah semakin uzur, nak kemana-mana pun dah tak larat. Malam-malam selalu datang bilik aku mintak tolong urutkan. Sakit sangat gayanya. Aku yang nak urut ni pun takut-takut sebab badan atuk tinggal tulang je. Memang kurus, sebab dah bertahun atuk tak makan nasi. Makin lama, kudrat berjalan pun dah mula hilang. Mak beri atuk sudip dan tin biskut sebagai alarm. Kalau atuk nak panggil, atuk hanya ketuk sudip dan tin biskut tu. Ting ting ting! Aku dan Ajai (adik) pun berlari-lari masuk bilik atuk. Kadang-kadang atuk nak ke bilik air, kadang-kadang mintak bancuhkan air susunya. 

Bila aku cuti semester dulu, atuk memang dah tak daya berjalan. Jadi akulah yang menjaga dan selalu pimpinnya ke bilik air. Kalau kene angin rajin aku, lepas mandi aku siap blow dry dan straighten kan rambutnya. Pastu pakaikan bedak wangi-wangi. Atuk senyum je... Dia cakap kalau hari-hari macam ni kan bagus. =) 

Di saat-saat akhirnya, atuk seperti tahu-tahu aja. Dan kami pun perasan perubahan padanya. Pernah sekali aku nak keluar, atuk kirim kacang hijau! Atuk mana boleh makan. Nak buat apa kacang hijau. Aku dah tergamam! Di kampung aku, bila ada kematian, semangkuk kacang hijau akan diletakkan dan pelawat yang datang akan ambil sebiji demi sebiji sambil membacakan Al-Fatihah bagi setiap biji untuk disedekahkan kepada arwah (fungsi macam tasbih). 

Oooh uda Jah! Nape wat kita nangis pagi-pagi buta ni??? Rasa rindu sangat kat atuk. Dulu rindu je, talifon. Sekarang? Hanya Al-Fatihah mampu disedekahkan. Nak tengok gambar pun tak de, abis rosak masa banjir. Harapkan gambar IC je... 

Dulu, setiap kali lepas sembahyang, aku akan sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah Tok Din dan Tok Atan. Dan aku berdoa janganlah tambah bilangan orang yang aku patut sedekahkan Al-Fatihah. Tapi Allah lagi menyayanginya, atuk pergi masa aku tahun 1 di UTM. Masa aku berbelah-bahagi nak balik ke tak. Ah, kenapa lah aku ak balik je Jumaat tu. Mesti aku sempat jumpa atuk. Masa tu aku berbelah bahagi antara balik kampung dan test, dan aku tak tahu yang atuk nazak. 
 
Masa mula-mula kehilangannya, aku asik mimpikannya. Dalam mimpi, aku mengejarnya tapi atuk lari tak bagi aku ikut sambil cakap yang dia sayang pada aku.

Kini senarai nama kesayanganku yang aku selalu sedekahkan Al-Fatihah semakin bertambah. 
 
Ya Allah Ya Tuhanku, janganlah Kau ambil orang-orang yang aku sayang pergi dariku lagi....


Al-Fatihah:
 
 

Rahmah binti Ibrahim (Tok Tik)
Abidin bin Jali (Tok Din)
Munah binti Dagang (Tok Munah)
Othman bin Mohamad (Tok Atan)
Asiah binti Tahir (Ibu Mr. Fiancee)
Nurhidayah binti Madlan (BFF)


Miss them sooooo much!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...