Friday, March 11, 2011

UTM International Johor Horse Show


Assalamualaikum


Selamat hari Jumaat semua! Hari ni 11 haribulan kan? Dah 2 hari terlambat post ni. Nak bagitau kat UTM ada menganjurkan UTM International Johor Horse Show 2011 yang dah pun start dari 9 Mac 2011.




Fiesta ni berlangsung pada 9-13 March 2011. Sempat lagi nak pergi tengok beratus-ratus kuda tu. Jom pergi kawan-kawan! Tentatif nya seperti di bawah...




 Wah wah wah patut lah aku nampak UTM upgrade Equine Centre nya! Nak organize international show rupanya...

Pape pun, aku bangga lah ngan UTM. Uni ko hader? Hahahaha. Tak sabar lak nak tunggu siapnya stadium dan kolam renang UTM. Boleh la berenang dengan sewenang-wenangnya penuh dengan senyuman pasni sebab masuk tanpa bayaran. 






Aku sambung blajar kat UTM ni pun sebab nak menunggu stadium ngan kolam renang tu siap tau! Hehe boleh terima tak alasan?

Bila stadium dan kolam renang dah siap pun nanti, masih banyak kawasan di UTM yang masih kosong. Banyak lagi kawasan hutan bersedia untuk dibangunkan. Nak buat track untuk jungle tracking pun boleh!

Berborak-borak ngan kawan tadi, terkeluarlah sejarah kenapa kawasan UTM ni luas sangat. Pertamanya sebab kedudukannya bukan di tengah-tengah bandar. Keduanya? Nah tengok map Johor ni dulu.




Menurut sejarah dongeng,  dulu Sultan Johor berniat nak membuka satu universiti di Johor. Baginda pun amik peta dan terus membulatkan (gambar di atas) kawasan tanpa menyedari bulatannya hampir meliputi seluruh kawasan Skudai! 

Iye lah, map tu kecik, yang dibulatnya besar-besar nak buat ape? Hah ambik kau! Uni sebesar-besar tidak!

Ok itu aje tuk hari ini. Nak cerita pasal UTM International Horse Show, 'ter'melalut ke sejarah UTM lak. Sebelum 'ter'masuk ke sejarah uni lain, aku chiao dulu k. Bubui! 


Notakaki: Kredit gambar Fiesta dan Stadium

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...