Assalamualaikum
Entri ni ditaip pada hari Isnin. So cerita pasal hari Isnin lah walaupun entri ni dipublish hari Selasa. As usual, hari Isnin adalah hari yang paling TAK ditunggu-tunggu. Rasa malas je nak gi lab. Plus ngan seharian dua harian berjalan-jalan. Lenguh-lenguh kaki tak hilang lagi.
Hari Sabtu lepas aku ke Bridal Fair di Angsana, pastu terus gi Bazar JB cuci mate dan cuci duit skali. Oh ya, cerita tentang Bridal Fair, nanti aku update kan tentangnya k. Ahad pulak aku ke Jusco Bukit Indah pastu Jusco Tebrau. Motif pergi 2 Jusco pada hari yang sama? Tak lain dan tak bukan adalah untuk membuang masa dan duit sahaja.
Dah penat dua harian berjalan, balik terus tidur awal dan Isnin pagi pun bangun awal jugaklah. On laptop, connect streamyx dan terus log in FB. Tetiba plup! Mak cik ku mesej di FB. Layan kan je... Until...
Oohhh rasa nak nangis. Rindu kat arwah Tok Tik. Tok Tik adalah nenek aku belah mak dan aku adalah cucu kesayangannya! Hehe x malu claim diri sendiri cucu kesayangan.
Atuk menderita sakit tiroid. (Di Johor, kami panggil nenek sebagai atuk). Tak ingat macam mana knonologi penyakitnya sebab aku kecik lagi. Yang aku tahu atuk sangat menderita. Dari makan makanan sedap-sedap, atuk beralih kepada bubur. Menu masa ni masih berkhasiat lagi sebab kadang-kadang mak masukkan sekali sayur-sayuran yang direbus dan dikisar ke dalam bubur tu. Bila bubur pun tak boleh ditelan, menu atuk bertukar kepada biskut mary yang direndam dalam air dan dilenyek halus. Lama kelamaan, atuk hanya boleh minum air susu sahaja. Itupun bertapis. Walaupun dah beberapa kali operation, atuk tetap takut untuk makan makanan yang kasar kerana pernah beberapa kali atuk tersedak. Kesian aku tengok...
Dulu atuk menerima rawatan penyakitnya di Melaka. Aku seronok sangat bila atuk datang Melaka tidur rumah aku. Sebab pe tau. Sebab kalau aku gi sekolah, atuk rasa boring duduk rumah pastu atuk akan gosokkan baju sekolah aku tuk pakai hari esok. Hehe. Pernah sekali tu aku beli jeans baru. Aku basuh dan sidai di ampaian. Bila masa nak pakai, aku cari-cari tak jumpa. Puas aku selongkar almari sume. Aku ingatkan dah kene curi masa di ampaian. Rupanya atuk gosokkan seluar aku dan gantungkan sekali dengan baju-baju lain yang digosoknya. Atuk atuk... Tak pernah adik gosok seluar jeans...
Dulu aku lah selalu jadi driver atuk nak kemana-mana. Klinik, bank, pejabat pos, kedai runcit, semua aku pimpinkan tangan atuk tuk pergi ke sana. Pastu atuk akan belanja aku apa-apa walaupun aku tak minta sebenarnya. Pernah mak aku tanya kat atuk yang atuk aku beli apa gi kuar lama sangat. Atuk jawab dia beli barang-barang dapur dan hair straightener. Terkejut mak aku bila atuk cakap dia beli hair straightener. Haha. Perli aku la tu. Hair straightener tu aku punya, atuk belanja. Ni bukan upah jadi driver ye, tapi sebab aku dah lama nak, pastu atuk belikan lah. Kate cucu kesayangan. =p
Bila atuk dah semakin uzur, nak kemana-mana pun dah tak larat. Malam-malam selalu datang bilik aku mintak tolong urutkan. Sakit sangat gayanya. Aku yang nak urut ni pun takut-takut sebab badan atuk tinggal tulang je. Memang kurus, sebab dah bertahun atuk tak makan nasi. Makin lama, kudrat berjalan pun dah mula hilang. Mak beri atuk sudip dan tin biskut sebagai alarm. Kalau atuk nak panggil, atuk hanya ketuk sudip dan tin biskut tu. Ting ting ting! Aku dan Ajai (adik) pun berlari-lari masuk bilik atuk. Kadang-kadang atuk nak ke bilik air, kadang-kadang mintak bancuhkan air susunya.
Bila aku cuti semester dulu, atuk memang dah tak daya berjalan. Jadi akulah yang menjaga dan selalu pimpinnya ke bilik air. Kalau kene angin rajin aku, lepas mandi aku siap blow dry dan straighten kan rambutnya. Pastu pakaikan bedak wangi-wangi. Atuk senyum je... Dia cakap kalau hari-hari macam ni kan bagus. =)
Di saat-saat akhirnya, atuk seperti tahu-tahu aja. Dan kami pun perasan perubahan padanya. Pernah sekali aku nak keluar, atuk kirim kacang hijau! Atuk mana boleh makan. Nak buat apa kacang hijau. Aku dah tergamam! Di kampung aku, bila ada kematian, semangkuk kacang hijau akan diletakkan dan pelawat yang datang akan ambil sebiji demi sebiji sambil membacakan Al-Fatihah bagi setiap biji untuk disedekahkan kepada arwah (fungsi macam tasbih).
Oooh uda Jah! Nape wat kita nangis pagi-pagi buta ni??? Rasa rindu sangat kat atuk. Dulu rindu je, talifon. Sekarang? Hanya Al-Fatihah mampu disedekahkan. Nak tengok gambar pun tak de, abis rosak masa banjir. Harapkan gambar IC je...
Dulu, setiap kali lepas sembahyang, aku akan sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah Tok Din dan Tok Atan. Dan aku berdoa janganlah tambah bilangan orang yang aku patut sedekahkan Al-Fatihah. Tapi Allah lagi menyayanginya, atuk pergi masa aku tahun 1 di UTM. Masa aku berbelah-bahagi nak balik ke tak. Ah, kenapa lah aku ak balik je Jumaat tu. Mesti aku sempat jumpa atuk. Masa tu aku berbelah bahagi antara balik kampung dan test, dan aku tak tahu yang atuk nazak.
Masa mula-mula kehilangannya, aku asik mimpikannya. Dalam mimpi, aku mengejarnya tapi atuk lari tak bagi aku ikut sambil cakap yang dia sayang pada aku.
Kini senarai nama kesayanganku yang aku selalu sedekahkan Al-Fatihah semakin bertambah.
Ya Allah Ya Tuhanku, janganlah Kau ambil orang-orang yang aku sayang pergi dariku lagi....
Al-Fatihah:
Rahmah binti Ibrahim (Tok Tik)
Abidin bin Jali (Tok Din)
Munah binti Dagang (Tok Munah)
Othman bin Mohamad (Tok Atan)
Asiah binti Tahir (Ibu Mr. Fiancee)
Nurhidayah binti Madlan (BFF)
Abidin bin Jali (Tok Din)
Munah binti Dagang (Tok Munah)
Othman bin Mohamad (Tok Atan)
Asiah binti Tahir (Ibu Mr. Fiancee)
Nurhidayah binti Madlan (BFF)
Miss them sooooo much!
No comments:
Post a Comment