Wednesday, May 30, 2012

Kindly Save The Date


Saya sememangnya dilahirkan tanpa otak kanan. Eh jap, bukan! Mungkin dilahirkan tanpa otak kanan berfungsi sepenuhnya. Bagilah pensil kaler, berus cat ke apa, akan huduhlah lukisan yang akan dihasilkan. Tapi otak kiri saya berfungsi dengan baik. Bagi saya soalan Math, no hal... tutup mata pun boleh buat (tapi soklan budak sekolah rendah je lah).

Mungkin sebab ni lah saya tak kreatip. Kalau dulu pensil kaler dan berus lukisan, tapi sekarang dah ada Paint, Adobe Photoshop dan seangkatan dengannya, tapi percayalah saya memang tak reti guna (sebab tu gambar dalam blog tak de watermark).

Ok itu dia mukadimahnya. Sebenarnya nak cakap yang saya nak DIY Save The Date poster. Tapi tak reti yang guna program apa. Dan tak kreatip nak design cam mana. So search template DIY. Hah senang je!

Ni website (klik) untuk Save The Date poster. Download dalam bentuk word/publisher, so senang nak edit. Hasilnya seperti di bawah.




Kalau nak poster bergambar, boleh ke website ini (klik). Pilih template yang mana satu, idaman kalbu (nyanyi lagu P.Ramlee), browse for your pic, upload dan edit details. Senang!




Yang penting both websites ni bagi FREE template. Iya lah, nak DIY kononnya, tapi kalau ambil template yang berbayar, tak de gunanya DIY tu kan? Banyak lagi website lain. Cari sendirilah ye... Happy DIY-ing!






Thanx for reading







Friday, May 25, 2012

Hantaran Mewah Tapi Berbaloi

Sebelum kamu proceed membaca, please keep in mind yang ini bukanlah hantaran saya. Saya hanya bercerita secara general. Even tajuknya ‘hantaran berbaloi’ tapi saya masih tidak mampu untuk melabur sebegini. Just to share and give some ideas untuk kamu semua...

1. Gold Bar/Dinar
Kalau sebelum ni, mas kahwin ditetapkan untuk setiap negeri, apa kata kita buat kelainan dengan menggunakan dinar emas. 1 dinar emas bersamaan 4.25g emas 999.9. Bagi sesiapa ada duit lebih, boleh gunakan gold bar/jongkong emas! Antara kebaikan dinar adalah kerana ia merupakan matawang Islam yang sebenar dan boleh digunakan untuk membayar zakat dengan lebih tepat. Dinar/jongkong emas juga boleh disimpan atau sebagai pelaburan kerana nilainya adalah lebih stabil dan semakin meningkat berbanding wang kertas.

Dinar / gold bar Public Gold

2. Sijil ASB
Hantaran kamu beribu-ribu? Apakata tukarkan duit hantaran kepada sijil ASB yang boleh disimpan dan dikumpul dividennya. Tapi ini terpulang kerana tak semua orang prefer melabur di ASB kan? Ini kerana pelbagai fatwa halal haram yang hingga sekarang saya masih samar-samar tentang hukum sebenarnya. Lagipun kalau semua wang hantaran disimpan, mana pula nak dicari wang untuk majlisnya, kan?

3. Sijil Insurans
Insurans seperti insurans hayat adalah pemberian beharga yang kekal sepanjang hayat. Ia penting sebagai satu pelan perubatan/kesihatan dan menjamin pendapatan keluarga dalam apa jua keadaan. Contoh jika pencari nafkah hilang upaya, insurans hayat memastikan keperluan keluarga tidak terjejas.

4. Rumah & SnP agreement
Kalau kamu dalam proses/merancang membeli rumah, apa kata jadikan ia sebagai salah satu hantaran dengan meletakkan replika rumah atau kunci rumah.

Rumah idaman, konsep open-air

5. Kereta
Pada pendapat saya, kereta adalah penting dan mungkin dikategorikan sebagai keperluan sekarang. Tapi, ia bukanlah aset tetapi liabiliti yang perlu dibayar bulanan dan kos servisnya. Tapi kalau ini boleh memudahkan dan menjamin keselamatan tersayang, apa salahnya kan? Pergilah membuat loan di bank dan letakkan kuncinya di dulang hantaran!

Kereta kesayangan

Again, ini adalah idea sahaja. Kamulah kena fikir baik buruknya. Kebaikannya memang ada cuma takutnya terjadi sebarang pembaziran atau perasaan riak. Selain itu, hantaran mahal-mahal lain seperti gadget adalah sangat berisiko untuk dicuri. Iyalah, orang lain semua sibuk merewang, takut ada si pencuri pun ambil kesempatan ‘merewang’ masuk bilik cari ‘aset’ untuknya.




 Thanx for reading 







Monday, May 21, 2012

Teaser: Pemilihan Kad 2


Sambungan dari entri kad kahwin lepas. Setelah beberapa kad direject, saya tunjuk contoh kad yang diminati dari walimatulurus.net. Simple je pilihan saya.

Bahagian dalam kad

Bahagian luar kad


Dalam masa beberapa hari, vendor di Surabaya dah buatkan draf kad dan quotation. Bila dah puas hati, terus proceed je order tu. Bestnya bila saya tak perlu bayar apa-apa dahulu. Dia memang put 100% trust on me.





Dalam masa 2 minggu, semua kad siap! Kebetulan kawan saya di Surabaya mahu ke Malaysia. So dia nak bawakan sekali kad tersebut. Malangnya, vendor tu tak sempat nak hantar kad ke airport sebab katanya banjir on da way ke airport.

Sebagai ganti, dia akan post dan biaya harga kos keseluruhannya. Tapi kesian lah pulak, so kami syer 50-50% harga pengeposan, menggunakan khidmat Agenpos Harapan Baru (Indonesia). RM60 untuk 2 months post via shipping. Saya ambil 2 weeks post sebab nak urgent, so mahal sikitlah...

Mahal2 pun, still worth la untuk sesiapa yang nak kad kawin bajet retis ni. Kalau di Malaysia, harga kad cenggitu boleh capai RM12! 12 kali ganda harga di Indonesia ya... Dan harga memahal cenggitu pun tak include dengan riben. Sadis kan... 

Harga di Malaysia. Sumber sini

Wanna see mine dan harganya? Nanti ya... Awal lagi nak reveal semuanya...







Thanx for reading







Saturday, May 19, 2012

Koleksi Soalan Interview (Permohonan Nikah)

Hari Rabu lepas, saya telah jayanya di interview di Pejabat Agama Kulai. Eceli saya redah je, tak sempat nak stadi dulu. But Alhamdulillah all went well. Nak share story ni sikit, cerita saya di interview.

Ustazah: Nanti awak kena balik Segamat jugak ni uruskan. Kat sini awak hanya boleh interview je. Ke awak nak interview kat Segamat sekali?

Saya: Interview kat sini je lah ustazah. At least settle 1 bab.

Ustazah: Ok awak isi borang interview ni dulu. Saya tunggu di bilik interview ya.

Di form tu ada tertulis soalan yang bakal ditanya. Soalan lain tu ok, tapi bila saya terpandang soalan munakahat dan tanggungjawab suami isteri, terus nebes. Rasa nak pulang balik borang tu dan balik stadi dulu. Tapi... tapi... ntah tawakal je lah.

Soalan-soalan lain adalah:

  • -      Mengucap 2 kalimah syahadah beserta maksudnya
  • -      Membaca Al-Fatihah, surah lazim (saya kena baca 3 Qul)
  • -      Doa Qunut / tahiyat awal / tahiyat akhir
  • -      Munakahat (soalan senang: rukun nikah)
  • -      Jenis-jenis air
  • -      Tanggungjawab suami isteri (saya cerita general je)

Selain soalan yang ditanya kepada saya, ada beberapa lagi soalan favourite yang sering ditanya sewaktu interview.

Contohnya:

  • -      Rukun Islam
  • -      Rukun Iman
  • -      Rukun Sembahyang
  • -      Membaca Selawat
  • -      Toharah
  • -      Mandi wajib
  • -      Jenis-jenis darah

Itu sahaja, jangan lupa study ya. Bukan untuk interview je, tapi untuk pengetahuan & apply dalam kehidupan seharian. Pesanan untuk diri sendiri juga. Good luck ya B2B sekalian!





Thanx for reading







Hadiah Misteri

Alamak, baru verangan nak publish satu entri setiap hari selama seminggu. Tapi hari ini dah terskip pulak. Hari ini penat sangat mengangkut barang bawa naik ke bilik di tingkat 3 (naik lif je pun kecoh), maka lepas Isya’ terus tidur dan hasilnya, inilah terjaga pada pukul 2.30 pagi.

Tak apa, sebelum terbit fajar, masih boleh dikira Jumaat kan? Kan? Boleh kan aje lah ye. Nak buat jugak entri untuk hari ini, Jumaat.

Tadi cerita tentang angkat barang kan? Its a parcel kad kahwin dari Indonesia. Both parcels dah sampai, and all together is 67kg saya dok angkat sensorang sampai terasa nak kena buasir dah (tipu).




Dan dalam parcel itu terselit my first wedding present! Nak buka, tak nak, nak buka, tak nak. Ok lah, kita simpan sampai the big day ya.




TYVM Laura for the gift. Oh ya, Laura is my Indonesian friend yang tolong survey, order and post the cards. She helped me a lot, and I owes her a lot! Thanx again Laura!




Thanx for reading







Thursday, May 17, 2012

Permata Senibong Seafood & Steamboat, JB

Baru terperasan yang saya telah mengupdate satu entri per hari sejak Ahad lalu. Dan terperasan juga yang  3 entri sebelum ni semua adalah tentang perkahwinan. Maka, hari ini nak lari tajuk sikit, kita cerita tentang lokasi jalan-jalan cari makan kami, warga Lab Atas Bukit.

Malam semalam, kami semua telah ke Senibong, JB untuk meraikan rakan-rakan lab yang diantaranya bakal mendapat PhD, ada yang bakal menunaikan umrah, 2 orang yang akan berangkat ke Australia untuk attachment, 2 orang yang baru convocation dan 2 orang besday girls.

The besday girls sahaja interframe

Lokasi dipilih adalah di Senibong, JB. Senibong adalah salah satu tempat tarikan pelancong di Johor untuk menikmati hidangan seafood dan steamboat. Terdapat beberapa gerai makanan seafood di sana, tapi kami terus menuju ke restoran Permata (gerai #8) seperti yang dicadangkan seorang rakan. 

The entrance

Boleh nampak Kota Singa

Luckily, rupanya memang seindah khabarnya. Masakannya sedap, sampai terupload semua gambar makanan walaupun hanya di snap menggunakan henpon murah saya.


Best dish of the night, Siakap Steam Nyonya

Siakap Tiga Rasa

Tomyam Campur

Ketam Salted Egg

Udang Nestum

Sotong Bakar

Kupang Lemak Cili Padi

Pinggan dan gelas yang bocor


Bak kata kebanyakan kedai makan, "Kalau tak sedap beritahu kami, kalau sedap beritahu rakan", so saya nak beritahu yang tempat ini memang recommended! Tentang harganya, don't u want to make a guess first? No? Ish pemalas betullah. Ok, below is the price, which is affordable, atau boleh jugak dikategorikan murah.


Kami ambil 10 pax set. RM 280, with free tomyam.


Kalau nak cuci mata tengok hidangan, senarai harga atau tempahan awal, boleh ke FB Permata Senibong. Sekian dari kami, Jalan-jalan Cari Makan versi Lab Atas Bukit.



Cuba cari mana 'Maria Tengku Sabri'?




Thanx for reading







Wednesday, May 16, 2012

Salah Faham Dalam Urusan Permohonan Nikah

Ada perkara nak dicerita sedikit untuk panduan. Ia berkenaan borang permohonan nikah. Untuk senarai borang boleh klik sini. Lain-lain peraturan yang mungkin boleh membuatkan kamu salah faham:

1. Borang PERMOHONAN nikah lelaki (jika lelaki dari daerah berlainan perempuan, cth: Melaka) hendaklah DISAHKAN dahulu di Melaka sebelum dikeluarkan surat KEBENARAN NIKAH LUAR KAWASAN. Tempoh pengesahan adalah selama 3 hari bekerja. Surat kebenaran tersebut hendaklah diberikan kepada bakal pengantin perempuan untuk permohonan seterusnya.

2. Seterusnya bagi perempuan, sesiapa yang ingin menguruskan borang PERMOHONAN nikah di daerah berlainan tempat nikah, hendaklah mendapatkan surat bermastautin terlebih dahulu dari ketua kampung tempat bermastautin. Contoh saya mahu bernikah di Segamat dan ingin menguruskan borang di tempat bermastautin (Kulai), saya harus mendapatkan surat mastautin dari ketua kampung Kulai. Dan SURAT AKUAN BUJANG pun hendaklah dari tempat mastautin yang sama. Its easier kalau kamu ada majikan. In my case yang masih belajar, mesti dapat surat akuan bujang dari ketua kampung.

3. Bila dah setel hal #2, saya boleh di INTERVIEW di Pej. Agama Kulai. However, di Kulai, mereka hanya boleh mengeluarkan surat KEBENARAN NIKAH LUAR KAWASAN. Sooooo saya still kena balik Segamat untuk uruskan permohonan nikah! Tapi borang tu boleh pass kat orang lain je. Then barulah Segamat keluarkan surat KEBENARAN NIKAH dan diberikan kepada imam (tempat nikah). Atau nak lebih senang, tak payah uruskan di tempat bermastautin. Itu dikira 2x kerja. Baik balik kampung je uruskan di sana.

Phew! Banyak sungguh miscommunication. Si A bagitahu begitu, si B bagitahu begini. Dah lah saya anak sulung, ayah pun tak tahu sangat.

Untuk sesiapa yang belum nak menikah tu, maaf kalau kamu tak faham apa yang saya tulis. But until kamu dapat checklist, then baru kamu mungkin ada clue sedikit. Cuma nasihat saya, setelkan secepat mungkin! Borang ni adalah perkara utama perlu diuruskan.

But at least dah setel interview. Apa soalannya, kita buat entri lain ya.




Thanx for reading







Tuesday, May 15, 2012

Reveal: Wedding Color Theme

Solemnisation
Venue: Mosque
Theme: Off-White
Attire: Off-White


Bride Reseption
Venue: Dad’s House
Theme: Peach & Pastel Colors
Attire: Off-White (Berinai) & Peach (Resepsi)


Bride Reseption
Venue: Atok’s House
Theme: Turqoise and Black
Attire: Black (Berinai) & Turqoise (Resepsi)


Groom Reseption
Venue: Melaka
Theme: Green Apple
Attire: Gold (Berinai) & Green Apple (Resepsi)


Date? To be continue...



Thanx for reading







Monday, May 14, 2012

Teaser: Pemilihan Kad 1

Tik tok tik tok...

Its already mid of May! Hari ini nak cerita tentang kad kahwin. Dah lama nak cerita sebenarnya, tapi kad pun tak nampak bayang lagi, malaslah nak verangan kan... Anyway sekarang kad dah selamat sampai di rumah, kita update sikit-sikit ya.

28 kg parcel. Another 32 kg is on da way

Memula saya nak buat kad yang bajet je. Buat apa buat mahal-mahal nanti orang buang juga. Tapi November lepas saya dapat kad jemputan dari sorang kawan ni, kad dia sangat cantik, dan murah! Murah itu yang kita nak dengar ye kawan-kawan. Tapi mana nak dapat kad yang cantik lagi murah?

Kad jemputan dari ex-skulmate

Jawapannya di Indonesia lah... So saya pun memulakan calculation. Flight ticket, hotel, apply cuti, bla bla bla yada yada. Tak jadi lah. Mahal sangat and not worth kalau setakat nak cari kad sahaja. Baru nak sedih-sedih, but suddenly teringat kawan di Surabaya.

She’s willing to help and it took her a month untuk dia cari kantor kartu (kedai kad) dan email saya contoh-contoh kad yang ada. 


RM 0.97, tak minat sebab berenda

RM 0.82, besar sangat susah nak pos. Plus tak de riben

RM 0.77, banyak sangat corak pulak...

RM 1.03, tak minat banyak tali, macam corset pun ada

Banyak songeh betullah! At last saya bagi contoh kad yang saya minat. Dia cakap boleh buat, deal harga then terus siapkan. Wah, kesian kami. Sebulan menunggu sample kad, tapi akhirnya tunjuk contoh lain.


Kad yang mana? To be continue...






 Thanx for reading 







Sunday, May 13, 2012

Another Surprise for Emak



Hari ini 13 May 2012 adalah Hari Ibu Sedunia! Haram disambut? Kenapa ya? Setakat mesej berantai yang mengatakan haram menyambut hari ibu di Facebook? Eh, siapa nak raikan hari ibu di Facebook? Orang nak raikan di rumah, restoran, hotel, etc. Kuikuikui. Ok tak lawak. Kalau betul pun info itu, aku tak ada niat meraikan apa2 kejayaan Kristian. Hanya nak gembirakan hati ibu tersayang.

Untuk tahun ni, aku buat surprise delivery kat ofis mak. We celebrated it a day earlier. Seminggu lepas aku dah order ‘rose’ bouquet in a basket untuk mak. 

Chocolate rose bouquet in a basket

Tapi dok fikir2 balik, kenyang ke mak makan coklat nanti? Dia dah lah suka makan. So aku tempah apam stroberi juga.

Add on apam strawberry with strawberry + chocolate filling

Aku sesaja suruh deliver right before her lunch time supaya boleh terus makan. Around 12.30pm tu mak dah call:

Mak:    Adik hantar mak hadiah eh?
Aku:    Mana ada. Mak kan ada anak lain. Cuba Tanya.
Mak:  Anak lelaki mak semua selalu celebrate belanja makan. Adik je yang suka surprise ni
Aku:    Mak dapat apa?
Mak:    Ntah la, ada bunga, tengah2 dia ni gula eh. Dengan apam polkadot.
Aku:    Bukan gula tapi coklat lah mak. Tapi semua tu tak boleh makan tau.
Mak:    Laa... iya ke...
Aku:    Gurau je. Hahaha. Makan lah. Saje tempah banyak2, bagi kat kawan2 mak.
Mak:   Tu lah, semua dah cop sorang sekuntum ‘bunga’. Diorang dok salam peluk mak wish Mother’s Day.
Aku:    Aah bagi je sorang sekumtum. Kuih tu pun bagi sekali.
Mak:    Ada yang siap kata, bilalah anak aku nak besar. Nak merasa dapat macam ni jugak...
Aku:    Hehe... (no komen)

See? Adik beradik aku yang lain pun akan treat mak dengan belanja makan dalam apa2 event sebab mak ni memang suka makan! Dan anak-anaknya pun disuruh kuat makan. Sampaikan balik kampong last week, mak belikan aku Vitamin C dan buah jambu sebab katanya aku dah kurus. Aiyo! I diet lah mak...

Anyway, Happy Mother's Day Mak, Mak Ja, Tok Tik, Tok Munah dan kengkawan yang dah menjadi ibu. For mom, thanx for being a great mom since I was born! Sorry for every single thing I did. And I love you so much! Tak lupa Al-Fatihah for mak Mr.F (Asiah Tahir), Tok Tik (Rahmah Ibrahim) & Tok Munah (Munah Dagang).

Mak kata, ni dua je dia simpan tuk makan

Credit untuk Elly Malina Bakery, Segamat.




 Thanx for reading







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...