Showing posts with label Kad Kahwin. Show all posts
Showing posts with label Kad Kahwin. Show all posts

Wednesday, July 4, 2012

Teaser: Baju Resepsi

Saya ni memang suka beli majalah pengantin. Baju cantik sampai rambang mata nak pilih. Penyudahnya, 22 Jun lepas baru finalised baju resepsi. Ya, exactly on dat day sebab saya ada simpan lagi mesej kami berbincang tentang baju.

Masa ni lah baru nak buka balik folder2 yang ada simpan gambar baju yang dah shortlisted. Nasib baik tak hilang masa laptop buat hal bulan lepas.

Itupun still rambang mata so send 2 images kat diorang, pandai2 lah diorang nak buat macam mana. Pening dah.

Nak tengok 2 images tu ke atau nak tengok teaser baju saya? Dua-dua tak nak? Fine... Kita cerita je lah tanpa gambar.

Masa balik kampung last week, ayah suruh saya bayar duit di Iris Awana. Boleh je kalau nak online transfer. Tapi diri ni tak menyabar nak tengok baju. So saya buat cash deposit dan pura-pura bagi alasan nak bagi resit kat diorang. Padahal nak tengok baju. Ces!

Bajunya? Hmmm boleh lah... Boleh lah dari tak de kan. So sad. Nak cerita panjang pun tak guna, baju dah hampir siap pun.

Tak, saya tipu. Im in love with the dress ok!  

Ni nak tunjuk teaser lah. The 2 images masa buat review nanti ok? Masa ni detailing tu baru tampal2 je dengan peniti, belum jahit sepenuhnya. So comot momot sket...


Eh kenapa kau jadi hitam putih? Hehe. Nak kaler,  tengok live.


Another 2 days to go...






Thanx for reading







Tuesday, July 3, 2012

Teaser: Baju Nikah

Baju nikah dah siap. Dah lama siap sebenarnya. Mak sedara yang jahitkan. Dia jahit based on design yang saya bagi (3 kali tukar design). 

Tapi bila makcik-makcik yang jahit ni, semua nak dibesarkan dan dilonggarkan. Baju kurung moden (kantoi!) dah jadi macam baju kurung pahang pula. So saya hantar kecilkan sikit, malas dah nak suruh dia sebab kesian dia nak layan saya.

Jahit baju di Segamat, alter di Wardah Spa di JB dan hantar tampal lace dan jahit manik di Shadira spa di Labis. Kenapa jahit baju di Spa? Dah diorang semua multi-talented. Jauh bajuku merantau.

Ini gambar dari penjahit manik di Labis tu. Teaser dulu, so kena tunjuk gambar hitam putih je. Veil pun suruh dia buat. Hari Khamis ni saya balik baru nak pick. Harap semuanya ok...


Nikah attire!


Another 3 days to go... 





Thanx for reading







Friday, June 22, 2012

Jemputan Walimatul Urus - Azura & Hidayat


Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera




Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi, pada pagi Jumaat yang mulia ini, saya dengan segala hormatnya kami menjemput saudara mara, rakan taulan dan kenalan sekeluarga ke majlis resepsi kami :

:: Siti Norbaidurah binti Ayob Mohd. Hidayat bin Mohamed Sakan ::

08 July 2012 bersamaan 17 Shaaban 1433 H (Ahad)
Lot 6937, Kg. Bukit Limau Manis, Pogoh 3, 85000 Segamat, Johor 








Semoga dengan kehadiran dan doa restu hadirin sekalian akan menyerikan lagi majlis kami dan mendapat keberkatan ALLAH SWT. InsyaAllah...





Thanx for reading







Thursday, June 14, 2012

Teaser: DIY Kad



Sebelum mengedarkan kad esok hari (InsyaAllah, but depends kepada mood big boss juga), meh lah layan saya sat, nak sambung cerita tentang kad hari itew. Luckily kad tu sampai dan siap on time. Eceli kad yang di order di Indonesia tu belum siap di print inlay nya. 


Inlay 


Memang saya nak print di Malaysia je sebab nak cepat dan tak nak amik risiko salah ejaan etc. Di sana saya cuma suruh mereka hotstamp nama kami (dakwat gold tu) di luar kad sahaja. So saya suruh vendor di sana ceraikan talak satu inlay dan kadnya...


Luckily ada kedai printing di Taman U (Sigai Jati Emas) boleh print kan sebab inlay yang vendor Indo sediakan bukan bersaiz standard. Tebal pun dah macam manila kad.

Sekarang dari tak de kerja, jadi satu hal pulak nak gam inlay dan kadnya. Shortcut nya, kita guna getah rambut transparent untuk ikat kad dan inlay tersebut. Susah jugak nak mencari yang transparent macam ni. Kat Mydin je ada...

Getah transparent

Tapi dah try tunjuk kawan. Dia kata macam mana lekatkan? Maksudnya dia tak terperasankan getah tu. Mission accomplished! So boleh teruskan trick tersebut dan mari kita DIY!


Mr.F ikut balik kampung untuk fitting baju, paksa dia lipat inlay


My side. Ready to distribute

Groom side






Thanx for reading







Saturday, May 19, 2012

Hadiah Misteri

Alamak, baru verangan nak publish satu entri setiap hari selama seminggu. Tapi hari ini dah terskip pulak. Hari ini penat sangat mengangkut barang bawa naik ke bilik di tingkat 3 (naik lif je pun kecoh), maka lepas Isya’ terus tidur dan hasilnya, inilah terjaga pada pukul 2.30 pagi.

Tak apa, sebelum terbit fajar, masih boleh dikira Jumaat kan? Kan? Boleh kan aje lah ye. Nak buat jugak entri untuk hari ini, Jumaat.

Tadi cerita tentang angkat barang kan? Its a parcel kad kahwin dari Indonesia. Both parcels dah sampai, and all together is 67kg saya dok angkat sensorang sampai terasa nak kena buasir dah (tipu).




Dan dalam parcel itu terselit my first wedding present! Nak buka, tak nak, nak buka, tak nak. Ok lah, kita simpan sampai the big day ya.




TYVM Laura for the gift. Oh ya, Laura is my Indonesian friend yang tolong survey, order and post the cards. She helped me a lot, and I owes her a lot! Thanx again Laura!




Thanx for reading







Monday, May 14, 2012

Teaser: Pemilihan Kad 1

Tik tok tik tok...

Its already mid of May! Hari ini nak cerita tentang kad kahwin. Dah lama nak cerita sebenarnya, tapi kad pun tak nampak bayang lagi, malaslah nak verangan kan... Anyway sekarang kad dah selamat sampai di rumah, kita update sikit-sikit ya.

28 kg parcel. Another 32 kg is on da way

Memula saya nak buat kad yang bajet je. Buat apa buat mahal-mahal nanti orang buang juga. Tapi November lepas saya dapat kad jemputan dari sorang kawan ni, kad dia sangat cantik, dan murah! Murah itu yang kita nak dengar ye kawan-kawan. Tapi mana nak dapat kad yang cantik lagi murah?

Kad jemputan dari ex-skulmate

Jawapannya di Indonesia lah... So saya pun memulakan calculation. Flight ticket, hotel, apply cuti, bla bla bla yada yada. Tak jadi lah. Mahal sangat and not worth kalau setakat nak cari kad sahaja. Baru nak sedih-sedih, but suddenly teringat kawan di Surabaya.

She’s willing to help and it took her a month untuk dia cari kantor kartu (kedai kad) dan email saya contoh-contoh kad yang ada. 


RM 0.97, tak minat sebab berenda

RM 0.82, besar sangat susah nak pos. Plus tak de riben

RM 0.77, banyak sangat corak pulak...

RM 1.03, tak minat banyak tali, macam corset pun ada

Banyak songeh betullah! At last saya bagi contoh kad yang saya minat. Dia cakap boleh buat, deal harga then terus siapkan. Wah, kesian kami. Sebulan menunggu sample kad, tapi akhirnya tunjuk contoh lain.


Kad yang mana? To be continue...






 Thanx for reading 







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...