Friday, June 28, 2013

Indahnya Nikmat Pemberian Allah SWT

Tazkirah Jumaat. Berapa ramai di sini menangis setiap hari? Menangis memohon keampunan dan dipermudahkan urusan dari Allah SWT. Aku mengaku aku selalu terleka. Sembahyang asalkan nak cepat je. Lepas sembahyang, membaca doa rutin. Rutin yang lama2 sudah kurang keikhlasannya. Hanya buat syarat je. Hingga Allah SWT rindu tangisan hamba-Nya ini. Dan didatangkan ujian.

Dah terhantuk baru nak terngadah. Dalam keadaan susah baru nak mencari pertolongan Allah SWT. Aku bertanya apa salahku hingga diuji sebegini. Walaupun sebenarnya memang banyak yang salah! Tapi aku syukur aku masih ingat akan Allah SWT dalam kesusahan, bukan mencari alternatif lain untuk menyelesaikan masalah.

Dalam terfikir2 apa salah kita, baiklah kita buat solat sunat taubat. Mohon maaf kepada semua orang terutama ibubapa, suami, adik-beradik dan kawan2. Oh lupa, dan juga boss. So dikesempatan ni, aku nak minta maaf dari korang semua, samada zahir atau batin, sengaja atau tidak sengaja. Maafkan lah, halalkan lah, tegur-tegurkan lah.

Solatlah hajat untuk memohon pertolongan Allah SWT. Istikharah jika perlukan sesuatu petunjuk. Buat dengan hati yang ikhlas dan bersungguh2. Menangis2 basah tikar sejadah. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Pengasih, Maha Penyayang. Dia akan makbulkan permintaan kita. Dan apa yang diberi adalah lebih daripada apa yang kita minta. See, masalah selesai, siap ada bonus Allah SWT bagi.

Semalam masalah PhD aku dah nampak jalan keluar. Semangatku dah pulih. Kemudian Allah SWT reward dugaan yang diberi padaku dengan 2 lubang rezeki, pada hari yang sama. Salah satunya berkaitan kerja suami aku (doakan yang terbaik untuk dia)! Lagi satu adalah berkaitan bisnes kami. Customer yang satu ni pernah buat aku stress setengah hari sebab dia kata aku ada letak extra charge (sebenarnya salah faham). At least aku belajar dari kesilapan, dont make customer confuse. Tapi semalam dia cari aku semula dan setuju mula program turun berat dengan produk lebih RM 2k. Dia adalah medical doctor dari HB Melaka.

Terus aku kaitkan kejadian yang sama setahun yang lepas. Kusut fikiran aku tang masalah buat kenduri kahwin. Huru-hara, berebut-rebut tarikh. Sesungguhnya Allah SWT tidak akan mensia-siakan doa hamba-Nya yang ikhlas. Akhirnya masalah mak ayah aku selesai, plus aku dapat bonus bersanding di 3 lokasi! Nak lebih best, 90% covered di semua lokasi. Aku follow je, yang penting kawin.

MasyaAllah! Indahnya pemberian Allah SWT. Datang dari pelbagai bentuk. Allah SWT malu bila ada hambaNya yang menengadahkan tangan (memohon kepada-Nya) lalu dibiarkannya kosong dan kecewa (HR. Al Hakim). Maka jangan berhenti berdoa (dengan ikhlas!).

Aku tahu aku bukanlah sesiapa nak bercerita tentang agama. Tapi ingat mengingati untuk kebaikan bersama. Kita gerak sama-sama ya. Akhir sekali nak bagitahu, doa anak yang soleh kepada ibu bapanya akan dimakbulkan. Tapi pernah tak kita teringat untuk berdoa supaya Allah SWT memakbulkan doa kedua ibubapa kita?

* lepas habis belajar, tolong doakan aku dapat baby twin. Qada' setahun kahwin tanpa baby! 



Thursday, June 13, 2013

Holiday Mood Activated


Short update. Baru habis mengemas. Macam dah terlambat je nak tidur sebab esok kena bangun 4.30am. Takut tak tersedar! JB-KL-Bangkok! Yup ‘B’ stands for Bangkok. Bukan Bandung atau Beijing. Huhu suka berspekulasi...

Hanya 1 big luggage untuk aku dan suami selama 5 hari. Amazing! Selalu aku balik kampung sekejap je bag dah macam nak balik sebulan! Tapi spare 1 bag kosong untuk souvenir. Ada sesiapa nak buat special request? Kalau x, dapat magnet atau keychain je lah.




Passport holder aku dan suami. Duit 4000 Thai Bhat. Kalau 4000 Ringgit Malaysia kan seronok. Hopefully itu je yang digunakan since makan minum semua siap. Tak mau draw duit di sana.

Things settled:
- Camera thanx to Hasma
- Dah tak ada perasaan to-go-or-not-to-go

Things to ponder:
- Oh no esok petang tak dapat tengok drama Teduhan Kasih!
- Malam Sabtu akan terlepas drama Sebenarnya Saya Isteri Dia!
- Jurnal tak siap lagi!

Ya Allah. Selamatkanlah perjalanan pergi dan balik kami. Amin...




Monday, June 10, 2013

Bercuti dan Interview

Alhamdulillah cuti approved! Tapi senang sangat Bos bagi cuti. Aku takut dia tersalah dengar je...

Selalunya dia tanya, “ berapa hari dan ada hal apa nak cuti? ” Penat aku memikir jawapan sejak pagi. Lebih kick bila dia akan tanya, “ apa progress sekarang? “ Tak ditanya juga.

Tapi permission yang aku dapat lebih dahsyat. Dia approve tanpa pandang muka! Huh psiko! Aku lagi rela ditanya progress kot... Ter-psiko aku sampai sekarang. Hopefully bangun tidur esok semuanya macam biasa...

Esok malam hubby datang, kebetulan Rabu dia interview di LipidChem, Kota Masai. Memang aku suka hubby dok sini, tapi jauh sangat Masai tu + bad traffic! Doakan yang terbaik lah...


Now, packing2 time!




Macam ada yang tertinggal. Jurnalkah? Hehe mesti bawa dan baca walaupun hanya abstract! Esok kita cari jurnal baru ye...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...