Thursday, August 29, 2013

Raya Kedua 2013



Rutin biasa pagi raya kedua adalah ke rumah along breakfast / brunch. Kira mini open house lah untuk sedara-mara. Menu tahun ni nasi lemak, nasi himpit, nasi goreng, mee dan mihun goreng. Tahun lepas laksa nyonya, signature dish along. 


Rumah along. Dari kanan: Angah, Busu, Along dan uncles mereka

Yang dah kawin dok dalam melayan anak

Next adalah ke rumah bibik untuk makan tengah hari. Menu nasi putih, popia. Kira mini open house yang juga rutin setiap tahun. Kami spend masa lama kat rumah ni sementara menunggu cik abang semua solat Jumaat. Makan, borak, baca paper, main game. Ulang makan lagi, pastu tertidur. Tu lah aku kat rumah bibik.



Rumah bibik ni berderet kereta n motor mewah. Lori van semua ada.

Selepas tu, kami beramai-ramai ada lebih kurang 10 rumah di belakang rumah bibik untuk dilawati. Lawatan sekejap je, so menu air dan kuih raya je la. Tapi tahun ni kami khatam around 5 rumah je sebab ada rumah yang dah tak berpenghuni, ada yang rumah masih renovation, ada yang terpaksa beraya di hospital.  



Itu dia... Lorong yang akan kami jelajahi...

Beraya di sepanjang lorong ni memang rutin. Tapi kebiasaanya kami tak bergerak sekaligus. Dari rumah bibik, mungkin kami akan pecah kepada 2 group. Group kedua mungkin akan gerak 10 minit lambat untuk elak jem dalam rumah orang. Haha. Tapi tahun ni semua bergerak sekaligus. Penuh dah tak bernafas dalam rumah orang!



Salah satu rumah nenek sedara

Puncanya?? Sebab baru-baru ni laki aku buat whatsapp group sepupu sepapat dia. So sume tak nak gambar ketinggalan masuk group, tu yang sume nak melekat je masing2. Sume pun gila bergambar tahun ni.



Tengok tu! Makwe (nenek sedara) pun eksaited nak masuk wasap.

Ada sekali hubby pinjam kamera aku tuk ambil gambar. Pastu dia pass balik kat aku, aku simpan masuk bag dan terus berlalu. Tetiba aku dengar orang gelak. Rupanya laki aku pass kamera sebab nak suruh ambilkan gambar! Bukan suruh simpan! Puaslah diorang posing menunggu, tapi aku tak nampak. Haha maaf...



Ini lah posing mereka... 

Destinasi seterusnya, kena naik kereta, ke rumah Mektam dan menu macam biasa, laksa johor. Special kat sini sebab ada tapai. Ok tapai biasa2 je (tapi sedap!), special bila hubby campur tapai dengan puding, buah dan air bikarbonat. Benda lain bercampur-baur masuk perut aku, aku ok je. Tapi bab tapai campur2 ni aku risau sket. But so far aku tak pernah sakit perut lagi, ok lah tu...



Tapai special

Rumah terakhir untuk konvoi raya kedua adalah rumah Busu. Menu macam biasa, buah dan koktel. Kata rumah penutup kan, mestilah sediakan desert kan. Aku suka pergi rumah Busu sebab so english style! Banyak ‘makanan’ dari getah (kot?) dan fabrik. Orang pangil faux (false) cupcake, donut, ice-cream etc. Lagi kagum bila tengok semuanya bersih dari habuk. Ke Busu bersihkan bila nak raya je ni...



Faux foods

So malamnya, kami anak beranak je ke rumah mak cik sebelah arwah mak mertua. Menu utama, mee goreng dan teh tarik. Aku bukanlah penggemar mee, tapi tak tahu kenapa aku bertambah 3x! Siap berebut udang dengan anak buah dan biras aku. Teruk la.



Di sebelah keluarga arwah mak mertua

Balik rumah, detox segala lemak dan minyak dengan Herbalife. *iklan jap* AloeVera untuk mencuci usus, TeaMix untuk detox dan bakar lemak luaran, Omega3 untuk lemak dalaman. Air masak secukupnya. Alhamdulillah berat aku sekarang maintain macam sebelum raya. Kalau nak lose weight, senang je. Top up je TeaMix tu jadi 3 cap (aku amik 1 cap) je. Aku tak kisah berat badan, aku nak sihat je. Cuma tak de istilah ‘gemuk sihat’ kan? Preggy pun boleh makan ni sume. *habis iklan*



My detoxification tools


Jumpa di entri raya seterusnya...

Disclaimer: Testimonial Produk dan pendapatan adalah tidak tipikal, keputusan setiap individu adalah berbeza-beza. Produk Herbalife tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit. Herbalife hanyalah nutrisi.

Raya Pertama 2013

Salam. Tak pernah-pernah menaip entri pepagi buta. Sementara masih ada mood raya, nak cerita tentang sambutan raya tahun ni. Kalau tak, berlalu macam tu je...

Perbezaan raya Melaka vs Segamat adalah...

1. Di Segamat, aku balik kampung semua dah tersedia. Langsir, cadar, sarung kusyen, kadang2 karpet pun dah siap mak ganti. Tingkap, longkang sume dah siap ayah aku sental. Tapi di Melaka, semua dibuat sehari sebelum raya. Aku lah mangsanya sebab cuti lama sebelum raya. Ehhh ni bukan merungut ye.


Salah satu persiapan di Melaka, kacau dodol. Hubby kanan sekali.

2. Malam raya, ada orang bertakbir ke rumah pada di Melaka. Tapi di Segamat tak ada pulak, cuma ada Marhaban sepanjang Syawal.


Takbir di rumah mak cik

3. Pagi sebelum sembahyang raya, seawal 6.30 pagi masing-masing yang on the way ke masjid dah singgah ke rumah orang kampung hanya untuk bersalam. Aku yang ter-bersiap lambat ni rasa gabra pulak sebab semua orang dah cantik-cantik. Tak pernah tengok situasi macam ni. So pepagi bangun tidur je mood beraya dah on. Kalau sebelum ni, mood beraya tu on hanya bila dengar orang bertakbir je.


Dengan ipar dan biras. Kiri dan kanan sekali masih available

4. Jemaah di Masjid Bukit Baru, Melaka sangatttt ramai! Penuh dan sesak seluruh masjid dengan jemaah lelaki dan perempuan. So sehari sebelum raya, mak cik aku dah warning suruh datang awal untuk dapat saf depan. Itupun aku hanya dapat saf ke-5. Di Segamat, hanya kurang 20 orang jemaah perempuan. Saf bahangian lelaki pun tak penuh. Kenapakah??


Abang ipar sebagai imam solat raya tahun ini

5. Di Segamat, selepas sembahyang raya ada sesi bermaafan dan photoshoot. Tapi di Melaka, tak sempat semua tu! Lepas balik sembahyang, rumah kami dah diserbu sedara-mara. Maklumlah, ayah mertua aku ni anak sulung. So kenduri pagi raya pertama tu dia booked sampai raya bila-bila.


Kenduri di rumah mertua

6. Selepas kenduri, kami beramai-ramai terus beraya ke rumah sedara-mara di belakang rumah. Rutin mereka setiap tahun. Kalau di Segamat, kami main hentam je raya mana-mana dulu. Tak de rutin-rutin ni. So pening sikit la, dan banyak clash dengan orang lain.


Sepupu sepapat hubby

7. Banyak sangat open house di Melaka. 1 rumah sampai 2 kali open house. Rumah mentua aku dan abang long aku tu buat 2x open house. Satu mini untuk sedara-mara, satu lagi besaran untuk sedara-mara dan kengkawan sume. Fuhh... Aku yang penat.


Salah satu balang kuih cantik kat umah mak cik. Hehe.

8. Kesimpulannya, beraya di Melaka memang meriah tapi aku penat. Perasaan pula memang berbeza bila tak dapat beraya dengan mak abah. Kalaulah aku dapat bawa mak abah sambut raya kat Melaka, mesti double happiness!!

Malam raya pertama jumpa mak sekejap di tepi highway, sebelum mak berangkat ke Perak.


Jumpa mak, adik dan si budak bucuk Daniel

Bersambung di entri raya kedua...



Thursday, August 15, 2013

Jodoh, anak dan rezeki itu rahsia Allah SWT


Salam Aidilfitri semua. Maaf zahir dan batin dari saya dan suami.

Maaf juga lama blog tak berupdate. Sampaikan ada request untuk update entri cruise. Hihi terharu. Rancangnya nak update masa cuti beraya minggu lepas, tapi penat beraya, so blog sunyi sepi lagi...

Alhamdulillah tahun ni beraya paling sederhana, baju raya semua recycle baju mengapit dan raya2 tahun lepas. In fact Ramadhan tahun ni pun paling sederhana, banyak masak sendiri je. Tapi... tahun ni lah raya paling meriah! Nantilah kita stori apa yang meriahnya.

Cuma bila dah berkumpul dengan sedara-mara ni, asik2 soalan “Bila nak habis belajar?” , “Dah berisi ke belum?”. Ish geram tau. Tengok perut kempis ni, belum berisi la.

So harini kebetulan banyak terjumpa tentang anak/rezeki di FB dan Instagram. Nah aku syerkan...


Dari IG Lisa Surihani


"kau x keje lg? kau grad setahun awal dari aku kan.."
"belajar tinggi-tinggi, pakai kete sama je macam aku yang belaja setakat sijil ni.."
"gaji besar tapi aku lagi mewah..ape la kau ni.."
"kau ni bila nak kawin? tengok aku dah masuk anak kedua. kite sebaya kan.."
"aku kawin kemudian dari kau, tapi aku beranak dulu. kau xnak anak ke.."

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Biasa tak dengar ayat-ayat di atas?
Mengapa perlu kita bertanya soalan-soalan sebegitu?
Adakah si penjawab tahu apa yang akan terjadi dalam hidup dia?
Siapa tahu masalah di sebalik setiap yang berlaku pada si penjawab?

Mungkin dia sedang menjaga kedua ibu bapanya yang sakit. maka sebab itu dia masih tidak bekerja.
Mungkin dia sedang membantu adik-adiknya meneruskan pelajaran. maka sebab itu dia berkereta dan berbelanja setaraf orang yang sederhana hidupnya walau gajinya jauh lebih tinggi.
Mungkin dia sedang melawan penyakit yang memungkinkan dia tidak mampu beroleh anak, maka sebab itu dia tangguhkan niat untuk memiliki anak.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Buat si penjawab yang menghadapi soalan sebegini, tenanglah. Jangan bersedih. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil. Dia telah mengatur setiap sesuatu dengan bijaksana.

Mungkin kita memiliki rezeki yang sedikit berbanding orang yang memiliki rezeki yang lebih banyak dari kita. Jangan bersedih kerana rezeki itu luas pandangannya.

Mungkin agak kasar pandangan ini, tapi sebagai manusia, perbandingan juga kadang-kala boleh memberi kekuatan dalam melawan nafsu dan bisikan syaitan terutama bagi orang yang lemah imannya.

Ingatlah,
...mungkin kamu tidak bergaji besar, tapi kamu mungkin memperoleh kebahagiaan yang lebih.
...mungkin kamu berkereta sama seperti mereka yang bergaji lebih kecil dari kamu, tapi mungkin kereta kamu tidak banyak mempunyai masalah berbanding kereta mereka.
...mungkin kamu lewat mendapat jodoh, tapi mungkin juga hubunganmu dengan jodohmu itu lebih panjang.
...mungkin juga kamu lewat mendapat anak, tapi mungkin juga anakmu itu lebih membawa kegembiraan satu hari nanti.

Allah lebihkan seseorang itu di satu bahagian, dan mengurangkan kamu di satu bahagian. Tapi Allah juga melebihkan kamu di satu bahagian lain, dan mengurangi seseorang itu dengan satu bahagian lain. Itulah keadilan Allah yang sering kita lupakan lantaran sering melihat kelebihan orang lain dan melupakan kelebihan yang Allah berikan pada diri sendiri.

Tanamkan dalam minda, Allah itu Maha Adil, dia memberikan kamu apa yang kamu perlukan, bukan apa yang kamu inginkan. Setiap hamba-Nya punyai bahagian masing-masing.

Di saat kamu di lontarkan soalan sebegini, atau di saat jiwa kamu sendiri yang bertanyakannya, pejamlah matamu, tarik dan hembus nafas perlahan-lahan sehingga kamu beroleh kusyuk lalu sebutlah Allah! Allah! Insyaallah kamu akan tenang. Jika orang yang bertanya berada di hadapanmu, jawablah Allah lebih mengetahui segala perancangan untuk hamba-Nya.


~ Dipetik dari Abdul Raouf Jesperi





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...