Rutin biasa pagi raya kedua adalah ke rumah along breakfast / brunch. Kira mini open house lah untuk sedara-mara. Menu tahun ni nasi lemak, nasi himpit, nasi goreng, mee dan mihun goreng. Tahun lepas laksa nyonya, signature dish along.
Next adalah ke rumah bibik untuk makan tengah hari. Menu nasi
putih, popia. Kira mini open house yang juga rutin setiap tahun. Kami spend
masa lama kat rumah ni sementara menunggu cik abang semua solat Jumaat. Makan, borak,
baca paper, main game. Ulang makan lagi, pastu tertidur. Tu lah aku kat rumah
bibik.
Selepas tu, kami beramai-ramai ada lebih kurang 10 rumah di
belakang rumah bibik untuk dilawati. Lawatan sekejap je, so menu air dan kuih
raya je la. Tapi tahun ni kami khatam around 5 rumah je sebab ada rumah yang
dah tak berpenghuni, ada yang rumah masih renovation, ada yang terpaksa beraya
di hospital.
Beraya di sepanjang lorong ni memang rutin. Tapi kebiasaanya kami
tak bergerak sekaligus. Dari rumah bibik, mungkin kami akan pecah kepada 2
group. Group kedua mungkin akan gerak 10 minit lambat untuk elak jem dalam
rumah orang. Haha. Tapi tahun ni semua bergerak sekaligus. Penuh dah tak
bernafas dalam rumah orang!
Puncanya?? Sebab baru-baru ni laki aku buat whatsapp group sepupu
sepapat dia. So sume tak nak gambar ketinggalan masuk group, tu yang sume nak
melekat je masing2. Sume pun gila bergambar tahun ni.
Ada sekali hubby pinjam kamera aku tuk ambil gambar. Pastu dia
pass balik kat aku, aku simpan masuk bag dan terus berlalu. Tetiba aku dengar
orang gelak. Rupanya laki aku pass kamera sebab nak suruh ambilkan gambar! Bukan
suruh simpan! Puaslah diorang posing menunggu, tapi aku tak nampak. Haha maaf...
Destinasi seterusnya, kena naik kereta, ke rumah Mektam dan menu macam biasa, laksa
johor. Special kat sini sebab ada tapai. Ok tapai biasa2 je (tapi sedap!), special
bila hubby campur tapai dengan puding, buah dan air bikarbonat. Benda lain bercampur-baur
masuk perut aku, aku ok je. Tapi bab tapai campur2 ni aku risau sket. But so
far aku tak pernah sakit perut lagi, ok lah tu...
Rumah terakhir untuk konvoi raya kedua adalah rumah Busu. Menu macam
biasa, buah dan koktel. Kata rumah penutup kan, mestilah sediakan desert kan.
Aku suka pergi rumah Busu sebab so english style! Banyak ‘makanan’ dari getah
(kot?) dan fabrik. Orang pangil faux (false) cupcake, donut, ice-cream etc. Lagi
kagum bila tengok semuanya bersih dari habuk. Ke Busu bersihkan bila nak raya je ni...
So malamnya, kami anak beranak je ke rumah mak cik sebelah arwah
mak mertua. Menu utama, mee goreng dan teh tarik. Aku bukanlah penggemar mee,
tapi tak tahu kenapa aku bertambah 3x! Siap berebut udang dengan anak buah dan
biras aku. Teruk la.
Balik rumah, detox segala lemak dan minyak dengan Herbalife. *iklan jap* AloeVera untuk
mencuci usus, TeaMix untuk detox dan bakar lemak luaran, Omega3 untuk lemak
dalaman. Air masak secukupnya. Alhamdulillah berat aku sekarang maintain macam
sebelum raya. Kalau nak lose weight, senang je. Top up je TeaMix tu jadi 3 cap
(aku amik 1 cap) je. Aku tak kisah berat badan, aku nak sihat je. Cuma tak de
istilah ‘gemuk sihat’ kan? Preggy pun boleh makan ni sume. *habis iklan*
Jumpa di entri raya seterusnya...
Disclaimer: Testimonial Produk dan pendapatan adalah tidak tipikal, keputusan setiap individu adalah berbeza-beza. Produk Herbalife tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit. Herbalife hanyalah nutrisi.
No comments:
Post a Comment