Saturday, September 29, 2012

Al-Fatihah untuk Rusfainy Atikah


Kamu ingat tentang kawan saya pesakit kanser rahim tu?  Ada diceritakan di entri ini. Alhamdulillah saya sempat melawat dia buat kali terakhir raya lepas. Sempat peluk cium dia. Tapi tak puas, rasa nak ciummmmm dia lagi!

Alhamdulillah tercapai juga hajat arwah untuk balik ke rumah selepas hampir 2 bulan terlantar di Hospital Melaka. So merancang nak ke Melaka pada hujung minggu ni. Kebetulan mak dan adik2 pun nak ikut.

Tapi apakan daya, Allah lebih menyayanginya. Arwayarhamah Rusfainy Atikah binti Azman telah kembali ke rahmatullah pada Selasa 25 September 2012 pukul 1.30 petang. Ralatnya rasa sebab tak sempat nak jumpa lagi Ahad ni. Hari pengkebumian pun memang tak dapat hadir sebab saya di JB. Hanya mak, husband dan sepupu yang datang.
Profile picture FB terakhir arwah

Kadang2 bila sendiri, airmata bagai nak gugur je. Bukan kerana sedih arwah sudah pergi (dah dapat terima kenyataan), tapi sedih kenangkan keperitan dia menanggung segala kesakitan. Kali terakhir arwah dimasukkan ke hospital pada pertengahan Ramadhan dan keluar pada 24 September (satu hari sebelum meninggal).

Banyak cerita pahitnya di hospital itu. Berhari raya di sana, kejadian doktor menebuk perut tanpa bius, ibu dan adik jatuh motor waktu ingin melawat, ayah kemalangan, macam2 lagilah yang semuanya sedih kalau nak diceritakan. Kagum dengan ketabahan arwah.

Dengar cerita dari sepupu yang melawat jenazah, riak muka arwah walaupun pucat, tapi tenang, cantik, manis dan tersenyum. Alhamdulillah. Semoga rohmu tenang di sana, sayang. Al-Fatihah.

Bidadari syurga. Amin...






Thanx for reading

Wednesday, September 19, 2012

Majlis Resepsi Lelaki: 09 Julai 2012


Ini adalah resepsi ketiga dan terakhir saya. Klik untuk baca resepsi pertama dan resepsi kedua. Majlis juga dikenali majlis sambut menantu. Walaupun majlis di pihak lelaki, tapi still ada malam berinai atas permintaan ayah mertua.

Bila dah alang2 berinai, ada pulak request dari mak pak cik hubby untuk saya pakai sanggul lintang. Dah adat di Melaka, bila malam berinai, bride kena pakai songket dan sanggul lintang while groom pula dengan jubah songket dan tarbusnya.

Gambar hiasan ambil dari Salima-MUA

Contoh pakaian jubah dan bersanggul lintang pada malam berinai di Melaka. Tapi idak ler hubby nak berjubah camtu, aku pun tak nak dia berjubah cenggitu. Bukan pe, malas je nak menahan gelak guling2 nanti.

Penyudahnya dia pakai baju melayu songket dan tanjak macam biasa. Aku je bersanggul lintang. Tapi dengan syarat, nak yang kecik2 je. Tak nak besar2, berat!

Tapi gambar berinai will upload later2 ye. Dun worry, aku tak kan lupa, banyak lagi cerita sampingan nak diceritakan di Melaka ni. Acara simbah air, mak andam menipu, beg hilang dan banyak lagi yang sungguh dramatik!

Next, adalah resepsi keesokan harinya. Tema kali ni green apple. Sporting sungguh semua mak pak cik, kendarat, orang marhaban semua berpakaian hijau.





Majlis penutup ni adalah paling meriah! Tau2 je lah orang Melaka ni, nak havoc je... Tapi semuanya sporting2 belaka, cant wait for the video! InsyaAllah ada masa, akan direview tentang pelamin, baju & HB (own collection), bilik, kek etc in more details. 

Pak Imam tengah doa tolak bala apa ni? Soon...





Thanx for reading 







Tuesday, September 18, 2012

Majlis Resepsi Perempuan: 08 September 2012

Hepi Tuesday. Malasnya nak buat wedding review. Gambar dari official photographer pun tak dapat lagi. Ni saya review tuk whole event last week lah ye? FYI, last week saya ada 2 majlis. Actually 4 kali sanding sebab both majlis tu ada berinai + resepsi. Kalau di totalkan semua termasuk bulan 7 dulu saya ada 6 kali sanding (3 berinai + 3 resepsi).

Actually my parents divorced. So both of them nak buat resepsi saya. Nak combine kat dewan je, tak nak pulak, masing2 nak buat kat rumah sendiri. So saya ikutkan je lah... Ramai kata untunglah saya... Hmmm untung lah kot. Selepas beberapa kali bincang + menangis + gaduh, bincang balik. Akhirnya rezeki begini yang saya dapat...

Luckily adik tiri saya (anak tiri mak) pun nak kawin bulan 9, so kami plan untuk combine je. Luckily jugak majlis sambut menantu saya bulan 9 juga, so tak de la terasa janggal tetiba nak sanding balik kat rumah mak. Haa faham tak apa yang saya nak sampaikan? Tak faham tak pe lah, tengok gambar je. Resepsi di rumah mak 08 September 2012 bersama sepasang lagi pengantin baru.

Malam berinai, kami semua recycle baju nikah

Me n husband, with arabian theme

Adik (Affan) with his wife

Pelamin frame baru berkembar dari Pusat Kecantikan Puteri

Our outfit sponsored by Iris Awana.
Own HB and shoes collection.

Adik with Puteri's turqoise wedding outfit

Our family without along (kursus) and Aizim (orientasi UPSI).


Peach dress yang adik pakai tu pun from Puteri’s collection, tuk potong kek. Kami je tak sesalin sebab around kul 4.30 pm aku dah remove make up dan terus pecut ke Melaka untuk malam berinai belah lelaki.

Engatkan nak g outdoor sekejap di Segamat, I found out satu tempat yang best, tapi baru naik kereta, hujan dah turun pulak. Ahh nemai lah, aku buat tuk 1st anniversary nanti. Nak tahu tempat best tu? Airport lama di Segamat, dekat2 Segamat Golf Club dan Pusat Memandu. Lain2 outdoor di Segamat, can click here.

Gambar dan album dari official photographer resepsi ni pun dah siap. Sehari je siap! Kualiti gambar macam kat bawah ni. Memang recommended! Dan make up dari Puteri ni pun much better dari Iris Awana. 




Will update about my next (and last) resepsi. Oh ya, resepsi adik di Sekinchan juga. Bye for now! 

Tuesday, September 4, 2012

Surprises!

Kalau korang nak tahu, my 15th eh 25th besday jatuh pada 1 Shawal lepas. So malam raya tu, kami anak beranak g shopping last minute di Bazaar Karat, Segamat. Hubby sempat sambar carpet dan alas kaki sepasang. Ceh so makcik2.

Kami sampai rumah around 12.30 malam. Baru aku nak landing tido, tetiba dia suruh gosok baju melayu dia. Aku kata esok pepagi la, ni dah ketaq kepala lutut asik berjalan + mengemas rumah. Tapi dia suruh keluarkan juga baju. Haaa masa ni macam dah boleh agak dia nak bagi something. Keluarkan baju dia, tetiba terjatuhlah sampul surat... Tapi still tertanya apekebendanya. Buka sampul, nampak coin purse. Ha tetiba terus terfikirkan benda tu!


Dah lama sebenarnya nak benda ni. Engat bila kewangan dah stabil sikit, nak beli sendiri sebab ni satu je yang aku tak ada. Yang lain2 sume dah ada. Plus, makcik aku dah janji nak bagi benda ni as a wedding gift tapi aku kena pergi pilih sendiri dengan dia. Hubby pun tahu tentang tu, so memang tak expect dia akan bagi juga...


Yup, its an earring! Love shape. Hubby bagi, dia pilih sendiri pula tu, mestilah seronok kan. So lengkaplah semua dari dari atas ke bawah. Kat hidung je tak de. Tak mau lah. Mak pun bagi hadiah gelang dan cincin Zhulian. Tapi cincin tu besor sangat, so mak amik balik. Haha aci eh cenggitu? Abah pula kata hadiah hutang ke tahun depan... Akan ku tuntut nanti.


Maka beraya lah aku dengan earring baru. Macam nampak lah pulak kan, padahal dok bawah tudung je. Then petang raya pertama kami balik ke Melaka. Sampai2 rumah, tengok kat ruang tamu (rumah mertua kat Melaka) ada cawan bersusun. Normal lah tu, sebab hari raya kan. Nanti senang orang datang nak minum. Lepastu, biras aku (Kak Rin) dok tanya hubby aku nak air apa. Dalam hati aku, “eh baiknya, kitorang baru sampai dah tanya nak minum air apa”. Then aku nak lah beramah mesra dengan Kak Rin, dia jawab pun macam takut2. Eh apahal ni...

Lepas tu aku keluar rumah nak angkut semua beg2 baju dari kereta. Makcik pakcik dia berkumpul dekat luar rumah diorang. Tak tahu kenapa, tapi macam peliklah gelagat setiap orang. Diorang tahu aku dapat earring ke? Eh ape kena mengena pulak? Aku yang dah ngam ngan diorang ni tetiba rasa janggal lak nak beramah mesra. Terus aku masuk bilik tak keluar2 balik. Hubby pula dah MIA, lepas sampai rumah tadi dok cakap talifon dengan siapa ntah, terus menghilang.

Tetiba hubby masuk bilik cakap mak su dia panggil. Ha ni mesti nak ajak aku bergosip dekat luar rumah lah ni. Tak sempat aku nak keluar (baru di ruang tamu), lampu terpadam! Diorang jerit tak de letrik. Eh tapi TV terpasang? Haha. Haa mesti ada apa2 ni. Aku dok sengih sorang2 menunggu apa lah hubby nak buat ni. Nasib baik gelap, orang tak nampak aku tersengih. Then masuklah mak cik, pak cik, sepupu dia yang dari mana diorang menyorok tadi sambil bawa kek. Phew, speechless! Lama kot tak celebrate surprise besday camni. Sekolah rendah dulu selalulah parents buat...

Tapi sorilah tak de gambar sebab aku pun keluar bilik lenggang kangkung tak bawa henfon. Nak harap makpak cik sume ni, mana diorang ambil gambar, bukan diorang nak update belog cam aku. Tiup lilin, potong kek sambil tangan ketaq n hubby suap kek. Hihi malu I...

Tq very much hubby for the surprise. Tq tuk Doc Hafis (Bro-In-Law) sebab belikan kek. Tq gak untuk mak Bi (hubby’s aunt) sebab gorengkan bihun, Kak Rin yang sediakan air dan set up meja. Hihi jangan tahun pertama kawin je camni, tahun seterusnya lupa besday bini ye..!




Thanx for reading







Monday, September 3, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Akhirnya, Syawal datang lagi! Dan dah nak berlalu pergi pun, baru aku nak update. Bukan apa, cuti panjang malas nak update. Bukan korang baca pun. Anyway, sempat lagi kan untuk ucap Selamat hari raya Aidilfitri semua, maaf zahir dan batin.

U know what? Raya pertama is my 15th eh 25th birthday! Clap clap! Got a surpises from him! SurpriSES ok (plural maksudanya banyak surprise. nanti aku cerita).

Oh ya, raya tahun ni, aku tak de baju raya langsung. Raya pertama ni aku plan nak pakai balik baju masa kami berinai, tapi cuaca panas pula nak bersongket ni, so ak pakai baju yang pengapit aku pakai je. Lebih kurang macam songket juga, tapi kain jojet. Siap dengan dokoh yang aku beli di Angsana. Hubby pula kebetulan ada baju sedondon stok 2 tahun lepas, dia padankan dengan samping nikah. Haha.

Ni je gambar terbaik dari kami...

Tahun ni aku tak pergi sembahyang raya macam kebiasaan. Sebab nak menjaga si kecik yang hyperactive ni. Tak reti diam seminit. Then pergi ke kubur arwah nenek dan atok, bermaafan dengan hubby, mak, ayah dan adik2, misi membalas dendam selama sebulan berpuasa (sesi makan) dan melawat sedara-mara terdekat dahulu.

Together without along & his wife. Anak dia je jadi wakil.

Nenek dan cucu 

Satu je yang tertinggal, aku dah tak dapat duit raya! Sobs merajuklah. Then balik Melaka membawa diri sebab tak dapat duit raya. Ok tipu. Balik Melaka sebab hubby nak pergi kubur arwah mak dia pula. Al-Fatihah untuk kesayanganku ini.

Rahmah binti Ibrahim & Abidin bin Jali
Munah binti Dagang & Othman bin Mohamad
Asiah binti Tahir




Thanx for reading







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...